Posts

PanggiLaN DariPAdA mAJalAH FitRah

Image
Balik daripada Ujian JPJ -yang keputusannya AMAT mengecewakan, I tertidur dalam kehibaan dan kekusutan yang panjang. Sehinggalah jam menunjukkan ke angka 4.30 petang,beta terkejar-kejar menunaikan solat fardhu Zohor, dan sempat menyemak e-mail.Email daripada majalah Fitrah menggamit perhatian I.Pihak majalah ingin menyampaikan SAGUHATI kepada I  kerana telah menghantar Puisi untuk diterbitkan dalam keluaran kedua majalah ini. Dalam banyak perkara buruk yang terjadi pada I hari ini, terselit juga satu perkara baik.Alhamdulillah..                                                   Inilah majalah Islamik untuk remaja-FITRAH

08/07/2014 yang tidak bernasib baik

Image
Kenapa tajuk macam ni?? Cerita hari ni bermula seawal jam 5pg.5 pagi?? Ya, segalanya terjadi I beta terlajak bangun.Nasib baik jam 5.Kalau jam 7 tak ke haru? Tak bersahurlah jawabnya.Hubby dh tentu2 lena tak sedar benda. Krohhh.. krohh..! I pun bersungguhlah memanaskan lauk dan membancuh air panas untuk mr hubby.Mr hubby memang tak sah kalau tak pekena air panas.Baik waktu berbuka mahupun waktu bersahur.WAJIB! I selesai memanaskan nasi dan lauk.Kejut mr. hubby, dia pun terpisat-pisat bangun.Sementara I menceduk lauk ke dalam pinggan, (siap sedia untuk bersantap) tiba-tiba mr hubby dapat panggilan telefon. Tengok2 mr hubby ambil nasik dari rice cooker.I pun ingatkan nasi tu untuk dia.Tup2 dia hilang.Tetiba nasi dan pinggan jugak hilang.I yang keliru terus tanya "Mana nasi?". Dah bagi pada rumah sebelah.(Kakak ipar I). I pun pening.Nasi I letak satu pot je.Jadi, apa yang tinggal untuk Mr Hubby makan? Dia pun jawab.."Makan apa yang ada saja la.". I tanya balik "Na...

Institut Respiratori

Image
Hari ini 7/7/2014 bersamaan dengan hari Isnin. Semalam adinda beta menelefon meminta beta menemaninya ke Hospital katanya.Beta pun telah bersetuju.Beta bergerak dari rumah seawal jam 7 .30 pagi.Biasalah, tumpang mr hubby yang hendak pergi ke tempat kerjanya..Setibanya di perkarangan rumah, beta menelefon adinda beta memberitahu beta menunggu di luar sahaja. Tepat jam 8 kami bergerak ke Hospital.Sebaik memarkir kereta, kami ke makmal berhampiran. Selepas menyerahkan hasil x-ray untuk diteliti, adinda beta diarahkan berjumpa doktor dan menunggu giliran . Sejurus dipanggil, doktor menanyakan beberapa perkara.Beta yang kebingungan dan tak tahu apa-apa hanya mendengar.Rupa-rupanya pihak hospital sebelum ini mengarahkan adinda beta membuat check up di istitut perubatan ini kerana dikuatiri menghidap TIBI. Bagaimana pun menurut doktor bertugas,tiada tanda-tanda positif yang ketara untuk mengesahkan adinda beta dijangkiti TIBI.Tanda-tanda juga tidak ada.Mungkin sedikit batuk berdarah namun men...

PAnGILan TeLefon & HaRI BerTuAH..

Image
BisMIllahirrAhmaNIrahhIMMM... Hari Jumaat- 04 Julai 2014.Hari Ini ,macam biasa sesi petang akan masuk pada jam 2.45 pm. Tapi mengenangkan Bulan Ramadhan.Sesi persekolahan bermula pada jam 12.30 pm.Seawal jam 11.58 am Beta telah mendapat satu panggilan daripada SKBBS. Nasib baik beta memang ada simpan nombor telefon sekolah rendah ni.Jadi bila dapat panggilan, beta  serta-merta dah tahu siapakah pemanggilnya. Panggilan tersebut ternyata daripada salah seorang staf di pejabat sekolah yang meminta Beta untuk datang ke sekolah untuk Urusan permohonan jawatan guru ganti di sekolah terbabit.Pucuk dicita, Ulam mendatang..Beta berbesar hati untuk datang namun...Beta diminta datang pada jam 3 petang??? Beta pun menerangkan perkara sebenar ,di mana beta tidak dapat datang pada waktu tersebut kerana beta bertugas di sesi petang di sekolah menengah.Justeru beta menyarankan agar waktu perjumpaan di tukar pada jam 12.30 tengahari.Mujur Kakak yang menelefon bersetuju dan meminta Beta merujuk kepa...

Iklan 'sayang' di TV2

Pernah tonton TV2? Cuba angkat tangan sikit, berapa orang yang rajin menghadap TV1, atau TV2 zaman sekarang nih? Kecualilah yang duduk kampung2 , hujung dunia tu, lain ceritalahkan? Siaran tak sampai.Ni tengah bandar , duk tengok TV free.Maksudnya sini siaran tak berbayarlah.. Zaman sekarang ni kan banyak stesen TV swasta.So boleh kira dengan jari je dah, berapa ramai yang hok dok x da ASTRO.Macam beta ni, manalah mampu nak pakai ASTRO.Beta tengok TV tak berbayar je. Beta bukan selalu tengok TV pun, apatah lagi Mr. Hubby.Kami sibuk bekerja. Lagipun, tinggal berdua saja. Masa lapang pun cuma hujung minggu.Kadang-kadang hujung minggu pun tak lapang.Penuh aktiviti.Jadi bila masanya nak menghadap TV,kan? Hari ni, lepas saja beta panaskan Nasi Lemak, dan Mee Sup, beta hidang siap2 depan Mr. Hubby yang sedang duduk depan TV.Tengah enak menghirup Kopinya.Sedang terbuai dengan rancangan yang ditayangkan, tiba-tiba..muncul babak seorang anak perempuan yang tidak habis makan mee sup yang di masa...

Anak BuaH Yang ComeL

Image
Terima kasih sudi jenguk entry kali ni.Hari ini beta baru ada kesempatan nak melawat anak buah yang comel.Mana tidaknya, Mr Hubby sibuk dengan kerjanya dan beta sendiri pun sibuk.Setelah adinda beta berhempas-pulas, dan mengharungi dugaan, dari Hospital Segamat, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur, barulah beta dapat melihat sendiri anak buah beta dan adinda beta. Nur Fatiha Humairah nama diberi.Putih kulitnya.Kecik dan comel sahaja.Tatkala dia menangis minta ditukarkan lampinnya,sempat aku mengelus lembut pipinya.Terbayang kesusahan dan cabaran yang dialami mamanya sewaktu melahirkan. Rasa tenang sahaja melihat wajah mulus bayi kecil ini.Teras ingin sekali memiliki bayi secomelnya.Doakanlah.INSYAALLAH.. Kadang-kadang geli hati melihatnya. seolah sebiji kacang soya.Mungkin dia fikirkan dia masih di dalam perut ibunya.Mata kecilnya, bibir mugilnya, menggamit naluri keibuan.Kata bonda, dia mirip adindaku sewaktu kecil.Kata bonda lagi, dia macam bakal model kerana badannya yang tinggi seper...

UTM Sanjungan Bangsa

Image
                                                 KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA Hah, nampak tak tu? Besar tu..Logo dan Moto UTM. Hari ini dapat perkhabaran. adinda beta sudah selamat melahirkan puteri sulong beliau di Hospital Segamat semalam. Bonda beta yang membawa perkhabaran itu melalui telefon.Bayinya dilahirkan secara pembedahan. Kasihan adinda beta.. bersendirian di negeri orang hanya ditemani sang suami tanpa keluarga di sisi. Bonda beta sempat berpesan untuk menziarahi adinda beta yang berada di sana.INSYAALLAH bonda. Puas kami mencari hotel penginapan semalam, akhirnya dapat juga.Itulah, siapa suruh last minute cari..semua pun sudah penuh.Mujur akhirnya ada juga rezeki kami kalau tidak, tidur dalam kereta sahajalah jawabnya..Bertolak dari hotel jam 7.00 pagi, perut beta tiba-tiba memulas.Entah makan apa semalam. Terus minta Mr Hubby hantar ke stesen minyak,t...