Mengenangmu..Sempena 22 Febuari (Elvis Presley MALAYSIA)

elvis presley malaysia


Kenalkah anda pada seraut wajah ini?
Terngiang-ngiang Lirik Lagu dendangan Arwahyarham yang bertajuk "Balik Kampung' dicorong- corong radio tatkala Hari Raya menjelang tiba.Nyata tiap hasil Karya beliau seolah-olah 'Berhantu' kerana seringkali menjadi Hits dan kekal menjadi siulan ramai hinggalah ke hari ini.

"Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang.."

Siapakah disebalik empunya nama SUDIRMAN HAJI ARSHAD ini?

Biodata Ringkas:

  • Nama: Dato' Sudirman bin Haji Arshad
  • Tarikh Lahir : 25 May1954
  • Tempat Lahir: Temerloh, Pahang
  • Kerjaya : Peguam,Komposer,penyanyi,penulis, pelukis kartun, pelakon, usahawan.
  • Kejayaan : Menjuarai Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau adalah pemegang gelaran daripada "No. 1 Performer Asia" pada 19 Mac 1989. beliau memenangi pertandingan ''Anugerah Muzik  Popular Asia '' di Royal Albert Hall di London. Beliau mendapat pelbagai gelaran seperti "Singing Lawyer ", "Penyanyi Rakyat", "Patriot Singer" dan "Elvis Presley Malaysia".
  • Pendidikan:  Sultan Abu Bakar School (SABS), Kuantan ,  Degree in  Law  from University of Malaya.
  
Selain Sudirman Haji Arshad, terdapat beberapa lagi Selebriti tempatan yang merupakan anak kelahiran Pahang.Antaranya adalah:

artis pahang

   Dato' Siti Nurhaliza - Kuala  Lipis Pahang.

artis pahang

Seniwati Datuk Sarimah Ahmad -Pekan Pahang.

artis pahang

Azhar Sulaiman -Bentong ,Pahang.

artis pahang
 
Fizz Fairuz -Raub, Pahang.

artis pahang

 Sharifah Haslinda (Lynn) -Raub Pahang.
kakak kepada Sharifah Shaheera & Sharifah Sakinah.

raub pahang

Norkhiriah - Raub Pahang.

jerantut pahang

Juliana Banos -Jerantut Pahang.


Amazing Malaysia.

What is so Hot about Malaysia?

Does it about the weather, the geography,the Equatorial climate, ( also known as tropical rainforest climate) or diversity in culture?

As a Malaysian what I can  say is, it's the combination of all above.








source: malaysian photographer.



Muda2 dah Sewel

Takutnya melihat masalah muda-mudi dekat Malysia ni. Yang tak muda-mudi pun satu hal.Dunia ni dah ramai orang Gila.Macam2 jenis Gila. Ada yang Gila Meroyan, Gila Isim,Gila talak,Gila Harta, Gila Darjat, macam-macam jenis Gilalah! (Macam lagu Stacy Gilalah!)

Serius I Takut.Dalam bebanyak penyakit.Penyakit ni paling bahaya.Sebab penyakit ni senyap2 je.Kat dalam kan? Bersifat Rohaniah gitu.So, kita tak tahu pun orang tu Gila.Pembunuh senyap , bukan untuk penderita penyakit tu sahaja tapi orang lain jugak!

Jom Layan Keratan Akhbar berikut:


  
Ni Laki ni Gila Talak


Gila  Psikosis  / halusinasi (kerap dengar bisikan misteri)

 Suspek ni dikatakan Gili Isim.



Ni meroyan.


HAA..takutkan? Banyak betul orang gila dalam dunia ni.Belajar tinggi-tinggi pon gila.Tak belajar tinggi pun ada yang jadi gila.

Masalah mental ni kadang2 memang rumit.Ada banyak jenis penyakit mental yang secara tak langsungnya boleh membawa kepada Gila ni kalau tak dibendung.Nampak tak betapa pentingnya menjaga kesihatan mental masing2?

Terlalu Depress (tekanan) pun  tak elok jugak, kemurungan,kegelisahan(Neorolisis) fobia, ketakutan, mudah naik darah,rendah diri, suka menyendiri adalah tanda-tanda gangguan jiwa.

Psikosis pula adalah gangguan paling teruk dihidapi apabila pesakit seolah2 terasing dalam dunianya sendiri,hilang hubungan dengan alam nyata dan berkelakuan ganjil.

Sering berkhayal, bercakap sendiri,mendengar suara-suara dan bisikan misteri, melihat benda-benda yang tidak dapat dilihat oleh pandangan orang lain, dan kadang-kala merasakan diri mereka di alam lain.

Pesakit lazimnya tidak sedar dirinya 'sakit' dan tidak mencari bantuan.Bahayakan? Kadang2 kita tak tahu pun ada berapa orang gila yang sedang berada berhampiran kita, bergaul, melakukan aktiviti harian bersama-sama, malah mungkin ada yang menjadi teman rapat kita.

Tau-tau je..tetiba dah ada lak yang kena bunuh.Sebab apa? tak tahu pun yang Si polan- si polan yang kita kawan tu sebenarnya 'gila'!

So, kalau korang tengok kawan korang atau saudara korang tu macam lain macam je.Stress memanjang, tekanan sokmo.Jumpa korang je hari2 mengadu masalah. Nasihat elok2. Jangan biar tenggelam tak ada haluan.Paling penting, ilmu agama.Jangan abai ajaran agama.

Nasihat paling elok, rujuk Psikitaris kalau dah teruk.Jangan biarkan OK?TAK KORANG JADI MANGSA, ORANG LAIN LAK YANG KENA.

I sendiri ada experience tau dengan Rumet masa dekat U dulu.Psiko gila dia tu.Takut I.Hari2 asyik cerita masalah tu, masalah ni,benda kecik pun dia mengamuk.Pastu gelak sorang2, cakap dengan patung, pastu melalut2 pasal agama, I cukup scary time tu. 

Bayangkanlah.Malam2 ketawa mengekek ,gelak2 dengan anak patung dia padahal I kat sebelah tengah lepak study kat meja.Tak ke scary?

Pastu marah2 sesorang.Bercakap, membebel sesorang.I pun kekadang meremang bulu roma tau tak?Bila tegur, dia buat tak tahu macam dia kat alam lain dan I ni dekat alam lain!

Tapi I bersangka baik.I cakap elok2 ,I cuba nasihat.Tapi lama2 I pun tak tahan dengar masalah dia sebab setiap kali nasihat dia x mahu terima.Dia suka salahkan semua orang termasuk lecturer, ibubapa, rakan sekelas, pengurusan kolej, hatta semua manusia atas muka bumi ni.Dia je seorang yang selalu betul.

Satu hari dia mengamuk sebab I tersalah cakap.I pun time tu tak sengaja tercari pasal dengan dia. Apa lagi, dia perang mulut dan maki2 I.

Al kisah selepas tu,baru I tahu dia memang ada masalah,kawan2 sekelas dia (semua jd bekas kawan baik) cakap dia memang problem.Macam selalu tertekan dan tak dapat nak kawal diri, kawal perasaan, selalu mengadu stress.Kawan2 nasihat, semua tak pakai.Last2 semua kwn give up n mula menjauh sbb tak mau jadi magsa 'lepas geram' dia.

I merayu pentadbiran kolej tukar bilik I sebab I takut duduk sebilik dengan 'Psiko'. Lepas tu jarang jumpa dia dah. Tup2 SEKARANG ni bila I buka Facebook, dia selalu update status tekanan dia tu, marah2 kat somebody (tak tahu sapa). Last I tengok dia maki parent dia cakap parent dia mata duitan la, apa lagi ntah..Tapi memang kamus idup dia penuh kebencian, tekanan memanjang, dan asyik persalahkan orang disekeliling dia.

Tak tahulah dia macam mana sekarang.I doakan dia dapat atasi Stress dia tu dan lawan bisikan2 jahat syaitan serta kembali ceria dan menjalani hidup bahagia macam manusia lain

Hukum Bermain Alat Muzik dan Mendengar Muzik/Nyanyian

Umum tahu apa itu Muzik.Bunyi2 an yang terhasil daripada alatan tertentu menghasilkan paduan irama.

Ada pendapat mengatakan hukum bermain muzik itu  haram.I sendiri yang kurang ilmu ni tak dapat nak meletakkan duduk hukum sebenar.Tapi sebagai seorang islam wajib ambil tahu.
di sini I kongsikan penulisan di ruangan komen oleh seorang ustaz mengenai perkara ini.


Oleh: Ustaz Ridhwan Hj Hashim
BA (Univeristi Al-Azhar), MA (UKM)
Bekas Imam Masjid Subang Jaya,

a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.

b) Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak, maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewaktu perkahwinan.

c) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.

PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.

Golongan Ulamak Yang Pertama

Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Golongan Ulamak Yang Kedua

Di sana terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik. Antara ulamak-ulamak tersebut ialah Al Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.

Golongan Ulamak Yang Ketiga

Golongan ini ialah golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار ) seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – الأوتار ) alat muzik bertali dan (Thoblu al Kubah – طبل الكوبة) gendang kecil yang ramping di tengah (lihat gambar-gambar alat tersebut sebagaimana dilampirkan). Inilah pendapat di sisi Imam al Ghazali r.a. dan mereka yang sependapat dengannya. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak dan khunsa. Selain daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih kekal dengan seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.

 DI SINI,kita dapati bahawa persoalan berkenaan dengan hukum alat muzik ini merupakan satu perkara yang menjadi khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulamak. Mereka tidak sepakat mengenainya. Ini bermakna ia tidak termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Inilah yang ditegaskan oleh al Syeikh Ja-du al Haq dalam kitab Fatawa beliau. Dalam fatwanya itu beliau telah menolak dakwaan sesetengah golongan yang mendakwa bahawa persoalan muzik dan mendengarnya adalah termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Penolakan beliau itu berdasarkan kepada apa yang dihuraikan oleh al Imam al Syaukani di dalam risalahnya yang bertajuk Ibtol Da’wa al Ijma’ ‘ala Tahrim Mutlak al Sima’ – iaitu Membatalkan Dakwaan Ijma’ Para Ulamak Ke Atas Hukum Haram Mendengar Muzik Secara Mutlak.

Dengan ini, maka sewajarnyalah kita saling meraikan dan menghormati pendapat atau pendirian golongan yang mungkin berbeza dengan pendapat atau pendirian kita. Kita tidak boleh menghukum secara muktamad umpamanya mengatakan bahawa dia adalah haram sama sekali dan sesiapa yang menggunakannya maka berdosa, menjadi fasik dan ditolak kesaksiannya. Kita seharusnya berhati-hati apabila mengeluarkan hukum khususnya yang melibatkan halal dan haram. Imam Malik pernah berkata: Tidak pernah menjadi sikap golongan yang telah mendahului kita yang telah menjadi ikutan mengatakan: “ Ini halal, itu haram. Sebaliknya mereka berkata: Saya tidak suka ini, saya berpendapat begini ”.

Jadi pada pandangan penulis Blog ni sendiri Pulak, berdasarkan senario dunia hiburan hari ini, dengan artis2 wanita berpakaian seksi, bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas dalam keraian, bermain muzik untuk hiburan semata2 untuk bersuka-sukaan, ditambah kelazatan hidangan minuman haram dan sebagainya hukumnya jatuh haram.

Tetapi jika bermain muzik untuk tujuan pelajaran, mempertahankan kesenian dan warisan ,untuk meraikan, mungkin wajar dipertimbangkan. Hm..lagipun kalau bermain untuk OKESTRA kebangsaan atau Kebudayaan dalam keadaan yang tak bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas, dan aurat terjaga, tak memudharatkan.(Pendapat peribadi)

Namun masih perlu berwaspada, kerana Dalam Muzik itu sendiri ada Kelazatan,Keasyikkan dan selalunya Kelazatan serta keasyikkan itulah yang akan mendatangkan Kelalaian.Syaitan juga suka melalaikan.Nauzubillahiminzalik.

Ulamak-ulamak kita bukan Jahil atau tidak mengerti bahawa hukum Muzik itu khilaf ulamak , mereka lebih tahu dari kita, tetapi mereka punya disiplin Ilmu dalam menghikayat qaul-qaul ulamak untuk orang Awam . mereka punya pendirian " Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. "

Paling baik, jika Muzik itu memudharatkan, lebih membawa kepada tujuan yang melalaikan dan sia2 , Lagha maka jauhilah ia dan jika lebih berat kepada tujuan kebaikan  bertawakkallah dan tetapkan niat kepada kebaikan.