PAnGILan TeLefon & HaRI BerTuAH..


BisMIllahirrAhmaNIrahhIMMM...


Hari Jumaat- 04 Julai 2014.Hari Ini ,macam biasa sesi petang akan masuk pada jam 2.45 pm. Tapi mengenangkan Bulan Ramadhan.Sesi persekolahan bermula pada jam 12.30 pm.Seawal jam 11.58 am Beta telah mendapat satu panggilan daripada SKBBS. Nasib baik beta memang ada simpan nombor telefon sekolah rendah ni.Jadi bila dapat panggilan, beta  serta-merta dah tahu siapakah pemanggilnya.

Panggilan tersebut ternyata daripada salah seorang staf di pejabat sekolah yang meminta Beta untuk datang ke sekolah untuk Urusan permohonan jawatan guru ganti di sekolah terbabit.Pucuk dicita, Ulam mendatang..Beta berbesar hati untuk datang namun...Beta diminta datang pada jam 3 petang???

Beta pun menerangkan perkara sebenar ,di mana beta tidak dapat datang pada waktu tersebut kerana beta bertugas di sesi petang di sekolah menengah.Justeru beta menyarankan agar waktu perjumpaan di tukar pada jam 12.30 tengahari.Mujur Kakak yang menelefon bersetuju dan meminta Beta merujuk kepada Puan Halimah ketika sampai di pejabat.

Sejurus tiba, beta bertanya kepada pengawal yang bertugas di manakah kedudukan pejabat sekolah.Pengawal wanita itu menyerahkan pas pelawat dan menunjukkan bangunan pejabat terbabit.Awalnya, beta tersesat di bangunan yang menempatkan kelas-kelas pelajar.Beta mencari jalan pintas yang menyambungkan kelas dengan bangunan pejabat tetapi gagal.Rupanya bangunan tersebut memang tidak bersambungan antara satu sama lain.

Beta terus masuk ke pejabat.Berdiri di kaunter dan menyebut nama Puan Halimah.Seorang wanita dalam lingkungan 40-an muncul dengan membawa borang  dan dokumen-dokumen berkaitan permohonan jawatan Beta.Dia kemudiannya meminta Beta mengisi dua salinan borang tersebut.Beta akur dan mengisinya di kaunter.



                                                         Contoh borang yang perlu Beta isi


Sepanjang proses itu, banyak pulak yang ditanyakan Kakak itu.Macam tukang temuduga pulak.Ada ke patut tanya, duduk di mana,dengan siapa, tetiba masuk soalan:kenapa kau tak sambung belajar? -gila apa kakak ni. Umur Beta  ni nak sambung blajar lagi? MASTER? ke PHD? Siap cakap , KPLI dan DPLI dah tak ada sekarang? ADA AKU KESAH?? LAGI Beta SUKA ADALAH!!!

Rupanya kakak tu tak tahu tahap pendidikan Beta .Dia pun tanya Beta, belajar apa?BAGUS! Biar sini Beta bagitahu terang-terang.Beta pemegang DIPLOMA SAINS KOMPUTER MULTIMEDIA dan, Beta ada  IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK). BETA ULANGI-PENDIDIKAN MATEMATIK.



Ini degree copy Beta-Hokehh?


Kalau tidak, buat apalah Beta susah-susah nak cari kerja di Sekolah,kan? Baik Beta pegi pejabat Peguam ke, Hospital ke, Jabatan Kerjaraya ke, Jabatan Perdana Menteri ke, atau mana-mana Pasaraya.Kalau kelayakkan Beta adalah dalam bidang Kejuruteraan, atau Arkitek, atau Doktor atau Guaman, atau takat SPM je, tentulah beta tak pergi berurusan di pejabat sekolah ,betul tak??- GERAM pun ada.

Kebetulan masa tu, cikgu-cikgu sekolah rendah dah mula membanjiri pejabat untuk Punch Card.Yelah, masa balik dah ni.Mulalah cikgu-cikgi yang lain tu pandang-pandang, curik-curik dengar perbualan kakak pejabat tu dengan Beta.Suara beta memang terang dan jelas.Hah, lantaklah korang nak dengar ke, apa ke.

Lepas tu kakak tu masih tak puas hati.Dia tanya lagi pada Beta.Mengajar apa di sekolah menengah? Sambil membelek-belek resume Beta.Matematik dan Matematik Tambahan? Soalnya.

"Takla.Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral".Jawab Beta.

Kalau ikutkan, memang Beta pernah mengajar Matematik dan Matematik Tambahan.Di Sek Men Sains Johor dan Sek Men Keb Darul Ehsan,Selayang.Tapi terkini, beta mengajar BM dan Moral.Kakak itu pun bertanya lagi.

"Kenapa awak mintak sini".

Beta yang mula rimas diasak pelbagai persoalan,-(sedangkan Guru Besar tak menyoal Beta sebegitu.) mula disapa perasaan meluat dan menjawab sambil lewa.

"Saya belum dipostingkan ke sekolah lagi kak.".Sambil tersengih.(Buat-buat tersengih padahal sakit hati). Kalau Beta dah di posting kan oleh KPM, tak adalah Beta mengemis minta kerja dari satu sekolah ke satu lain sekolah macam ni! Dan Cikgu-cikgi yang berada di situ pun mulalah menjeling-jeling.Beta rasa mereka paham apa yang beta cakapkan.Mereka ,kan juga seorang guru? Hanya seorang guru yang memahami seorang guru!

dan Kakak itu pun terus terdiam..

Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

8 Pekerjaan 'Glamer' ?