Country Fresh Goat's Milk.

Hai you all semua..

Ha..nak tanya ni? you all penah minum susu kambing x? Macam mana rasa dia, sedap x? Sebenarnya kan, I x pernah minum pun susu kambing.Yela, selalu yang banyak jual kat pasaraya pun susu lembu je, yer dak?

Hmm.. al kisah.. I ada terbaca dalam sebuah komen thread kat satu ruangan forum ni, kata dalam rancangan tanyalah ustaz, salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat adalah minum susu kambing. Tak salah mencuba kan? No harm pun..

So gigihlah I pujuk my hubby pergi cari dekat pasaraya.Siap request nak yang ada perisa lagi tu u all. Konon nak perisa strawberry , jagung , coklat bagai. Macam susu lembu tuu..

 ha..canggini.tapi ni susu lembu...

Kami pun mencari di bahagian minuman.Cari punya cari tak jumpa.Belek punya belek.Semua susu lembu aje. Last2 mata I tertangkap pada satu botol kecil warna putih.Tudung botol merah.
Ha.. canggini.



Putih bersih kan?

Frust sekejap.Tarik muka. My Hubby pun pandang je.Kami berdua jadi patung keras kejap kat depan freezer tu.Orang yang lalu lalang pun hairan kot tengok kami duk termenung kat depan tu.

I menung sebab fikir nak ambil yang mana satu jenama.Nak amik saiz besar ke, kecik? sedap ke tak susu ni?Ada bau hamis tak?

hmm..Kenapa tak ada perisa!!!  I nak strawberry flavour!!

Last2 my hubby suggest I cuba rasa dulu.beli botol kecil 200ml dulu.Tu pun harga dah RM 5 hinggit lebih.I pun setuju.Try first.Kang beli2 tak minum, kan ke rugi? membazir.So beli botol kecil n try dulu.Dapat hadam ke tak?

Hm I sebenarnya ada masalah enzim Lactase kurang.Jadi perut susah nak digest susu lembu or else. Tiap kali minum susu lembu I cirit birit. Ha..semua yang ada masalah yang sama macam I ni adalah dari punca yang sama iaitu kurang Enzim Lactase yang digunakan untuk mencernakan Laktosa dalam Susu dari haiwan ruminan (haiwan makan rumput) yang diminum.

Setakat yang I pernah minum susu lembu jela kan.Susu kambing x pernah try lagi.So, tak tahu la cirit ke tak nanti.Kikiki..

Jadi I pun pilihlah susu ni...


Tadaaaa...Country Fresh Goat's Milk.



Dah selamat pun duduk dalam perut I.Tadi I dah minum bagi habis.Hahaha.Walau macam mana pun I tetap nak yang ada flavour.Selera sikit.Huhuhu..Kalau you all tahu kat mana ada jual Susu Kambing Segar berperisa ,bolehlah rekemen pada I k? TQ.Muaaaahhhhh cikit.huhu.


Susu Kambing:
Minuman terbaik kedua selepas susu ibu.Para nabi dan sahabat juga meminum susu kambing.Mudah dihadam berbanding susu lembu. Kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam!!

Khasiat Susu Kambing:

·         Mengatasi Demam kuning
·         Merawat lemah jantung
·         Merawat/mengawal  darah tinggi
·         Mengawal penyakit magrain/kerap sakit kepala
·         Mencegah penyakit sendi, urat saraf, buah pinggang
·         Rawat batuk kering/TIBI
·         Cegah Hepatitis
Penyakit saraf dan tulang belakang (lanjut usia)

Alhamdulillah..Allah sayang kamu!!

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam



Begitulah heading sebuah akhbar bertarikh 7 April.Mengenai seorang sami buddha yang akhirnya menemui petunjuk dari Allah untuk memeluk Islam setelah 30 tahun menghabiskan masa untuk mengkaji Islam.

Menurut akhbar tersebut, sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.Syukurlah, di usia 66 tahun dia akhirnya memeluk Islam.

Tapi, bukan ni yang I nak highlightkan hari ini.Di bawah ni sebenarnya.



Sekalung tahniah juga ingin I hadiahkan pada seorang lagi Saudara baru yang juga merupakan kenalan I .Beliau yang dikenali sebagai Kevin , kini memilih nama Islam Khalil Hussein.Di usia menjangkau 30 tahun, beliau  yang berbangsa Cina kini secara rasminya memilih Islam menggantikan agama nenek moyang beliau.

Beliau adalah antara orang-orang terpilih menerima hidayah Allah.Sebenarnya tak sangka yang beliau akan memeluk Islam kerana I menjangkakan seorang lagi rakan berbangsa India yang lebih menonjol dalam mengambil tahu tentang Islam di zaman persekolahan yang akan memeluk Islam sebaliknya, beliau diam2 terlebih dahulu tertarik dengan Islam.

I berdoa rakan India itu juga akan terbuka hati untuk mendekati dan mendalami Islam.Semoga dia mengikut jejak langkah rakan kami ini dan mendapat hidayah dari Allah.


Yang Pelik & Yang Jelik? (viral di FB)

Maybe tajuk ni macam pelik pada penglihatan or pendengaran korang, tapi paham2 je lah ye.
Ok firstly, I nak mohon maap bebanyak kalau entry I kali ni Mengguris hati2 orang2 yang berkenaan ni, or peminat2 depa, sahabat handai atau rakan2 terdekat.Ni bukan bertujuan nak mengaibkan orang.
Ni nak ingatkan diri sendiri & orang lain agar tak buat benda yang sama.

Firstly, korang2 tentu ada tengok berita2 yang keluar melalui FB & dihangat2kan oleh orang ramai baru2 ni berkenaan dengan adengan2 yang 'CUN' & tak 'CUN' dalam ABPH 2015 Ahad baru2 ni kan? Ada yang HOT dan jadi Viral kat lama sosial lagi tu!

So, apa pandangan korang? Ada yang JELIK? OR PELIK?
Antara yang mengusik 'JIWA' I:



Anda kenal pelawak dan penyampai radio
 Era FM ini?


(1) Semua sedia maklum Pelawak ini telah mengungguli ketegori Penyampai Radio Lelaki Popular di ABPH 2015. Rata-rata media sibuk memperkatakan dan mempersoal tindakan beliau mencium isterinya (cium bibir hokey) dikhalayak ramai sewaktu diumumkan pemenang ketegori tersebut.

Persoalannya adalah, wajarkah tindakan Johan tu? Hmm.. isu sensitiviti kaum seharusnya dititikberatkan. Sebagai rakyat berbilang bangsa, dan agama, kita harus hormat pada budaya, dan agama yang terdapat di negara Malaysia ni.Tambah pula jika anda seseorang yang beragama Islam. 

Ya, memang .Betul. Saya tahu anda bijak pandai! Mereka itu kan suami isteri? Alahh..tak pelah, nak cium pun, laki bini!  Hm.. semua satu Malaysia , satu dunia tahu ke , mereka tu suami isteri? ABPH tu untuk tontonan Umumkan. Ada yang duduk depan TV tu anak2 kecik, budak remaja yang baru nak akil baligh, mak2 ,atok2 ,nenek2.Tak ke terkejut beruk orang tua tu nanti nengok dengan cucu-cicit adengan macam filem Inggeris kat TV Flat skrin 40 inci kat rumah tu?

K, tak apelah.Kita maapkanlah dia.Maybe excited sangat menang sampai tak sedar satu Malaysia dok tengok dia dengan isteri bercium kat dalam TV. Hm, agak2nya kalau yang menang tu Cina ke, India ke buat macam tu korang terkejut beruk tak tengok depa bercium macam tu?

Tak pun kalau korang tengah jalan2 kat pasar malam, tetiba korang bercium kat tengak pasar malam tu depan orang yang lalu lalang n peniaga pasar malam yang menjual tu.Terkejut tak depa? Atau depa buat2 pejam mata je? Sebab ingat korang tu Mat Salleh turun Malaysia.


Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa


(2)  Ha, yang ni pulak..korang kenalkan? Okey, satu ni pulak isu bersalaman dengan lelaki.Yang peliknya, heboh pulak depa nak cerita Neelofa tolak salam dengan lelaki. Itu hak dia nak jaga maruah dia sebagai muslimah. Lagipun memang seharusnya muslimah jaga batas.Bukan jaga aurat sahaja.Pergaulan pun kena jaga. Macam2.

Kepada abang yang nak bersalam dengan Neelofa tu moga2 dapat muhasabah diri. Jangan kecik ati pulak dengan Neelofa tu!


Artis Komedi Lelaki Popular

Abam


(3)Tahniah Abam sebab menang artis Komedi Popular. Hm, apa yang di Viral kan adalah kata-kata ' Gemuk is Awesome' oleh Abam. Okey, mungkin niat Abam tu nak menyedapkan hati sendiri.Tapi kita semua sedia maklumkan, gemuk tak Awesome pon. Buktinya, ramai orang gemuk yang hidapi  masalah kesihatan.Malah, gemuk menyebabkan kita cepat letih, sukar nak berjalan, sukar dapat pasangan hidup, dan paling penting, masalah kegemukan ni susah nak cari .saiz pakaian.

Ape pun.di doakan Abam sentiasa sihat walafiat, murah rezeki lepas ni okey? Hm, Jadi, 'Gemuk tak awesome' pun..jangan jadikan alasan untuk anda tak jaga kesihatan  ok?



Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat


(4) Okey.Ni satu lagi.Fesyen punyalah pelik.Dalam banyak2 fesyen, Macam tak cukup kain. Kenapa di belakang punyalah labuh tapi, sikit lg kat depan tu tak boleh ke nak tutup.Ni memang sah kes tak cukup kain.Kan free2 dah kena kutuk 'kalau lutut tu putih tak apa, lutut hitam nak tayang2'
Haaa..tu bukan I yang pandai2 cakap ye? tu ucapan yang keluar daripada mulut seorang lelaki tau?

Sharnaz Ahmad

(5) Di mana ada Sharnaz Ahmad, di situ pasti ada Kontroversi nya? Betul ke? Hmm, kali ni soal pakaiannya.Dikatakan menyerupai pakaian tentera dan tak menghormati sensitiviti .Pakaian beragam seperti Polis, tentera dan sebagainya perlu di hormati di Malaysia ni.Kalau kat luar negara tak tahu la plak kan?? Sesuai dengan kategori yang dimenanginya, artis paling kontroversi, bagaimana pun telah memohon maap kalau isu pakaian itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Harap lepas ni Syarnaz tak ulang perkara yang sama yerk? Hmm tapi Syarnaz & Kontroversi memanglah tak dapat nak dipisahkan, ye dak???