08/07/2014 yang tidak bernasib baik

Kenapa tajuk macam ni??

Cerita hari ni bermula seawal jam 5pg.5 pagi?? Ya, segalanya terjadi I beta terlajak bangun.Nasib baik jam 5.Kalau jam 7 tak ke haru? Tak bersahurlah jawabnya.Hubby dh tentu2 lena tak sedar benda. Krohhh..
krohh..!

I pun bersungguhlah memanaskan lauk dan membancuh air panas untuk mr hubby.Mr hubby memang tak sah kalau tak pekena air panas.Baik waktu berbuka mahupun waktu bersahur.WAJIB! I selesai memanaskan nasi dan lauk.Kejut mr. hubby, dia pun terpisat-pisat bangun.Sementara I menceduk lauk ke dalam pinggan, (siap sedia untuk bersantap) tiba-tiba mr hubby dapat panggilan telefon.

Tengok2 mr hubby ambil nasik dari rice cooker.I pun ingatkan nasi tu untuk dia.Tup2 dia hilang.Tetiba nasi dan pinggan jugak hilang.I yang keliru terus tanya "Mana nasi?". Dah bagi pada rumah sebelah.(Kakak ipar I). I pun pening.Nasi I letak satu pot je.Jadi, apa yang tinggal untuk Mr Hubby makan?

Dia pun jawab.."Makan apa yang ada saja la.". I tanya balik "Nak makan apa?". Dalam hati, selain hairan dengan Mr Hubby ,I juga x faham.Dia bagi nasi pada orang dan dia tak tahu nak makan apa?

Last2, I bagi nasi I dan lauk pauk yang sudah diceduk kepada mr hubby.Lalu I pun mencari sisa dan saki baki nasi yang tinggal lalu makan...dalam hati beta tertanya2.Bagi nasi pada orang, tak pikir dulu. Mamai lah tu!.

seawal jam 7.50 pagi, cikgu lesen memandu dah menelefon mengingatkan tentang 'test JPJ'  pada hari ini. Mengikut kata cikgu beta, beta sesi 1, sedangkan beta tengok pada jadual macam sesi 2.Dalam ke'konfiusan' itu beta pon terus bersiap-siap dan menunggu cikgu lesen beta datang membawa beta ke pusat latihan memandu.


Tempat Beta ambil lesen memandu


Tepat jam 8 pagi cikgu lesen membawa beta dan 2 orang lagi calon ke pusat latihan memandu. Sejurus tiba, kami diarahkan untuk menyemak jadual ujian memandu dan nombor giliran.Bagi sesi 1 terus masuk ke dalam dewan.Sambil-sambil tu sempat jugak beta tengok orang-orang sesi pertama bersiap sedia untuk ujian.

Tak lama kemudian, kami dipanggil masuk ke dewan.Jadi tak dapatlah beta lihat orang ujian.Air cond dalam dewan menambahkan lagi kegusaran dan kegentaran beta.Tak lama selepas itu sekitar jam 11 pagi, pelajar di arah berbaris mengikut nombor.1-20 dan 21-40.Beta mendapat nombor 21.Dup dap,dup dap jantung tuhan sahaja yang tahu..

Kami diarahkan ke Bukit,bermakna akan menjalankan ujian di litar terlebih dahulu.Seorang demi seorang dipanggil. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang apa yang perlu dilakukan dan diingatkan bahawa tester adalah seorang perempuan dan sangat tegas.

Bila tiba giliran beta, macam -macam masalah mula mengintai.Bermula dari handbreak tak mahu turun.Kemudian, sewaktu di atas bukit, tayar kereta sipi-sipi je masuk dalam line kuning dan akhirnya menggelongsor..GAGAL!

Bayangkan perasaan beta tika itu.Selepas berhempas pulas belajar.Selama ini tak ada pula masalah ini, dan kali ini.GAGAL di atas bukit!!!.Musnah semua harapan.Memang down sangat-sangat!

Selepas diarahkan turun oleh tester wanita tersebut.Beta diarahkan ke bahagian jalan raya untuk diuji. Selepas menunggu giliran, sekali lagi malang menimpa.Tester lelaki! dan orangnya sangat tegas.Langsung tak senyum.Beta buat lapan perkara wajib..Cek side mirror, cermin belakang, lampu,hon, gear, handbreak, signal, dan pakai tali pinggang.

Bila nak mula gerak..YA ALLAH! sekali lagi masalah datang.Kereta mengundur??? Selama ini masalah-masalah ni tak pernah wujud pun masa belajar memandu.Tak tahu mengapa kini terjadi.Dua kali mengundur, beta dah fed up dan bertanya pada tester itu "saya dah gagal ke encik?"

Dengan muka serius,tester itu buat tak tahu dan langsung tak ambil pusing soalan itu.Beta pun terus bergerak ke hadapan dan buat macam biasa.Tiba di jalan raya..tak samapai beberapa meter nak ke tempat pusingan balik, beta diarah berhenti dan tukat tempat duduk.Dah GAGAL!!

Boleh tak kamu2 paham bagaimana hancurnya hati beta?? GAGAL berkali0kali.Nak menangis pun ada.Tapi beta selindungkan. SEDIH sangat2. Sampai je sekolah memandu terus beta mesej cikgu lesen dan juga mr hubby ;beritahu yang beta dah GAGAL.Sangat2 kecewa!!!



                                                Keputusan Ujian JPJ yang menyedihkan..



                                         Ni contoh video parking yang Beta download untuk nota



Ini pula 3 penjuru..


Jadi, kepada sesiapa yang hendak amik Test JPJ tu, semoga berjaya.Jangan GAGAL macam beta,k??




Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

8 Pekerjaan 'Glamer' ?