Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

Viola ke Violin?

Okey ..hari ni cikgu jadi cikgu muzik pulak (eh tetibe jek~ )

Jom kenali jenis2 peralatan muzik ye kawan2.Ha..tak nak citer pepanjang lebar.Tau sangat korang tu bukannya suka nak baca tulisan panjang lebar kan?Jadi bior ceghu tunjuk gambo jer lah ye.Pepandailah korang pahamkan.





Jadi, Viola ke, Violin? Haa..korang semua kan pandai.Violin/Viola ni alat muzik kategori mana eh?
Pandai!!!! string familylah..bertali.

Violin lebih kecik saiznya berbanding Viola/Biola.Jadi, jangan salah alat muzik lak ye?
Ha.Apa bezanya?


























Ada yang menyangka Viola dan Violin ni sama.Sebenarnya berbeza.Hm,kenapa ek tetibe jer citer pasal Viola n Violin ni.Al kisah, adik bongsu kesayangan I baru je masuk kelas muzik, n suppose to play Viola.But, there's no size that suitable for her, n lastly she choose to play Violin!

Ha, jangan tak tahu, alat muzik Violin n Viola ni bukan boleh suka2 beli je.Pastu main.Kenalah ukur baju di badan sendiri.Kalau dah tangan awak tu ketot dan pendek, tak ada saiz janganlah beli Viola atau Violin yang pjg / besar.Ikutlah saiz yang betul.

Berikut tips nak pilih Viola/ Violin :

Okey.Hope entry ni berguna pada sesiapa yang baru nak mengenali dan berjinak2 dalam dunia muzik nih.Tata~


Khamis, 29 Januari 2015

Lari

UPDATE :Tuhan Jagakan Dia (Bab 21)

DAMIA Aqila mula berasa kecil hati.Sampai hati Fahmi Khairi tidak datang untuk membantu.Sekurang-kurangnya, apa salahnya dia datang melawatnya.Sekejap pun tidak apa, sebelum dia bergelar isteri esok pagi.Sekejap lagi,dia akan diarak untuk menjalankan upacara Mandi Bunga.Lama Damia Aqila bertinggung dagu di muka jendela.Orang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.

“Azam,psst..Zam!!” Panggil Damia Aqila.

Azam menoleh, menceri-cari kelibat pemilik suara yang menyeru namanya.Suasana bising yang kedengaran di sekeliling membataskan pendengarannya.Dia cuba mengamati dari mana datangnya suara yang memanggil-manggil namanya.Puas dia memasang telinga, barulah dia terperasankan Damia Aqila yang sedang mengintai di sebalik daun tingkap bilik tidurnya.

“Ada kau nampak Fahmi?” Tanya Damia Aqila.

“Tak ada pula.” Azam menjungkit bahu.Dia juga hairan.Sewaktu dia datang ke rumah Fahmi Khairi tadi, pintu dan tingkap rumahnya terkunci.Fikirnya, tentulah Fahmi Khairi sekeluarga tiada di rumah kerana pergi merewang di rumah Damia Aqila.
“Bukankah kau selalu ada dengan dia?”
“Tapi hari ni lain.Aku pun tak nampak batang hidungnya!” Balas Azam.
“Kau fikir, dia ke mana?” Damia Aqila semakin curiga.
“Entahlah, Damia.Aku sendiri pun tak tahu.” Azam berterus- terang.

Damia Aqila semakin gelisah.Dia bimbang seandainya sesuatu terjadi kepada Fahmi Khairi.Sudah berkali-kali dia cuba untuk mencarinya namun jelas sekali Fahmi Khairi memang tidak berada di situ.
<BACA SAMBUNGAN DI SINI>

Bagaimanakah Kedudukan Kewangan Anda?
















































Sumber rujukan Maklumat: AKPK

Rabu, 28 Januari 2015

Sekolah Seni Malaysia

Seni secara tidak langsung mencerminkan budaya,identiti serta ketamadunan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan merupakan pelengkap kepada kehidupan berkualiti.
video

Setiap negara mempunyai budaya dan identiti tersendiri yang menggambarkan keunikan masing-masing.Setiap negara maju bersetuju bahawa penekanan kepada pemeliharaan kesenian dan kebudayaan  akan mengekalkan keunikan dan identiti tersendiri bagi negara itu. 

Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program tersebut berjalan sendirian di sekolah-sekolah sahaja. Seni, seperti juga program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan dan latihan. 




Sekolah Seni Serawak, Sekolah Seni Johor, Sekolah Seni K Lumpur

Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggembling tenaga dan membuat perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Bab 23 Buku Rancangan Malaysia Kesembilan turut menekankan usaha terhadap Memperkayakan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni.
Pelbagai program yang meliputi bimbingan, asuhan dan latihan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dengan perkembangan dalam pembangunan pendidikan yang berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan supaya generasi hari ini akan lebih berupaya menghadapi realiti dunia pekerjaan yang persaingannya sangat sengit dan mencabar.
Hasrat murni KPM untuk mendaulatkan Pendidikan 
Kesenian di sekolah adalah selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan dan kesenian yang luhur dan beridentiti.
KPM telah melaksanakan aktiviti kesenian dalam program seperti berikut:
  1. Kesenian Dalam Pengajaran Pembelajaran,
  2. Kesenian Dalam Kokurikulum,
  3. Latihan Guru Pendidikan,
  4. Latihan Jurulatih Eksekutif Sekolah,
  5. Program Apresiasi Seni,
  6. Program Pengantarabangsaan Kesenian.
Justeru penubuhan sekolah seni Malaysia,(SSeM) bertepatan dengan matlamat ini yang akan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni seperti Muzik,Tari, Teater atau Seni Visual. 

Sesetengah ibu bapa masih keliru dengan penubuhan sekolah Seni ni.Sedangkan tak ada apa yang berbeza berbanding sekolah harian lain.Matapelajaran teras yang diambil di sekolah harian seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains ,Geografi , pendidikan Islam turut diajar di sekolah Seni.

Matapelajaran Seni hanya diajar di sebelah petang selepas waktu persekolahan.Selain menyediakan asrama untuk pelajar, sekolah turut menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat dan kegiatan berfaedah untuk anak-anak ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah seni di Malaysia, (SSeM) ini bolehlah ke link berikut:


  • Laman Rasmi KPM Bahagian Sekolah Seni: 

  • Sekolah Seni Johor Bharu:
          http://sekolahseni.blogspot.com/

  • Sekolah Seni Serawak: 
          https://www.facebook.com/SekolahSeniMalaysiaKuchingSarawak


Ahad, 11 Januari 2015

Liebster Award

Ada cik Adik ni Tag I lah. Katanya Libster Awards.I pun tak tahu natang pekebenda tu.Tapi tak apela.Hari ni bermurah hati nak jawab Question yang bebanyak tu.Actually cik adik ni la yang TAG I tu: Kemma Cimot (haa..nanti kau!!)~~* just joking.




 Ini pulak syarat2nya:

-Mention the person who nominated with link
-Answer the questions
-Nominate other blogger
-Create the questions
-Notify your nominate


Ni soklan yang diberikan cik Hikma kita ni:

1. apakah perasaan anda bila anda ditag oleh saya hehehe ?
    Bengang giler..(hehe gurau)~~ tak  ada perasaan.

2. mesti ada crush kat sesiapa kan ? haa siapakah dia tu ?
    My Hubby

3. teka teki : describe hari ini dalam lima huruf
    Havoc

4. adakah anda solat penuh semalam ???????
Yup! Of Course!!

5. anda rasa soalan-soalan saya mengaibkan anda ? haha jawab dengan jujur ye
Not at all

6. last song you listened to
 Beribu Sesalan by Jacklyn Victor, Ning Baizura and Sheila Amzah

7. apa pendapat anda tentang blog hikma ? hehe
Nice

8. semalam anda mimpi pasal apa ?
Laki I nak kawin lagi!!!

9. hikma dah tak tau nak tanya apa . korang rasa hikma patut tanya apa ? (hahaha boleh pulak)
Tanye je la pape

10. bagi satu link contest/giveaway/segmen yang anda join (eh dah kenapa ? nak join laa tu . hikma kantoi ahah)
Tak join pun.kiki~~~

11. dah join kemma's huge giveaway ? ( cepat join !!)
Nope.Maybe.(Let me Think first)


Okey.Bahagian paling I suka adalah,lepas dah jawab soklan tu semua I pulak boleh bagi soklankan? Hah.Ni soklan2 I untuk bakal mangsa2 I pulak.




















































Siapa yang kena TAG tu silalah luangkan masa jawab soklan tu ya.Jangan Marah! Heee~~ Tata!!

Budak Monolog     Ariena              MizahLee      Anis
           
 Mimie Ayunie       Shadira               Amirah        Syafiqah Azli


Hazirah                  Ijahhoney           Isma               CikSyiqah

Hidayatul                    CiciHana             Alia              JieNajihah



Senarai blog di tag:

1.http://atelophobia-me.blogspot.com/
2.http://xixibaek88.blogspot.com/
3.http://ijahoney.blogspot.com/
4.http://alianuryasmin.blogspot.com/
5.http://livegraffitistreet.blogspot.com/
6.http://mimieyayuniey.blogspot.com/
7.http://outlanderm.blogspot.com/
8.http://nurizzatiamirah.blogspot.com/
9.http://tanpenshoosetsu.blogspot.com/
10.http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/
11.http://nurhidayatul-asma.blogspot.com/
12.http://cicihana.blogspot.com/
13.http://budakpeliksstory.blogspot.com
14.http://twentytenninefive.blogspot.com/
15.http://cik-shiqah.blogspot.com/
16.http://najihahawanbiru.blogspot.com/

Sabtu, 10 Januari 2015

Persidangan Parlimen Belia

Bagi sesiapa yang tak tahu, Hari ini  berlangsungnya Persidangan Parlimen Belia Malaysia. Ini merupakan langkah Kementerian Belia  dan Sukan dalam mengetengahkan suara dan pandangan Belia ke peringkat yang lebih tinggi, selain mampu merangsang pembangunan belia terutama daripada segi kepimpinan dan keusahawanan.

Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia, Mei lepas.

Dalam persidangan ini, ahli parlimen belia akan membahaskan tentang usul yang dibentangkan demi kepentingan belia masa hadapan.Ketika ini Ahli Parlimen sedang bersidang di Dewan Rakyat.

Berikut sedikit sebanyak info tentang Parlimen Belia:


 Matlamat Penubuhan


Kriteria Ahli


Jawatankuasa terlibat


Ahli PBM


Haah..kalau you all nak tahu lagi tentang parlimen Belia ni, bolehlah pergi ke :

Website Parlimen Belia ( http://www.parlimenbelia.gov.my/ )

Surat dari Neraka

Assalamualaikum WBT  kepada seluruh anak cucu Adam.

Warkah ini aku titipkan buat tatapan dan renungan kamu sekalian anak cucu cicit Adam agar menjadi Pedoman untuk kamu dikemudian hari!!! dan bacalah ia dengan penuh keinsafan agar ia meresap di dada, dan kekal menjadi peringatan buatmu.

Wahai Manusia!!!
Bangkitlah kamu dari tidur-tidurmu..Sekarang terimalah pembalasanmu. Inilah imbuhan kepada apa yang telah kamu kerjakan.Maka sesungguhnya tidaklah bagi kamu apa yang kamu perolehi ini melainkan daripada apa yang telah kamu kerjakan ketika kamu hidup di muka bumi ciptaanku.Setiap amalan dari sekecil-kecil zarah debu sehinggalah sebesar-besar kuman akan diberi perhitungan.



Dan di atas titian Sirat akan menentukan amalan amalanmu.Barangsiapa yang melepasinya maka akan berbahagialah ia,dan seandainya sebaliknya bersiap-sedialah kamu dengan azabnya.

    Telah disebutkan di dalam Al-Qur’an tentang Al-Mizan..dimana timbangan segala amalan kebaikan dan amalan kejahatan akan disukat.Jika timbangan kebaikanmu baik ia adalah sekecil-kecil kuman, lebih berat berbanding timbangan kejahatan yang kamu lakukan ,maka berlegalah kamu.Namun jika sebaliknya yang berlaku bersiap sedialah kamu dengan pembalasan setimpal yang bakal kamu perolehi.


    Dan ingatlah kamu ,sesungguhnya azab yang akan kamu terima seandainya kamu termasuk di dalam golongan penghuni neraka itu adalah amat dasyatnya. Tidak tertanggung oleh kamu keperitannya, tidak akan terlepas setiap dari kamu dari menanggungnya kecuali bagi orang-orang mukmin yang mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA.Dan telah di sebutkan di dalam Al-Qur’an tentang kewujudan neraka Jahanam itu yang maha Dasyat.

Wahai manusia!!!
Takutlah kamu dengan neraka Jahannam..kerana di sini bahawa sesungguhnya adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

    Sesungguhnya bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.


     Dan pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung kamu di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung  pula disebelah hadapan muka kamu, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakangmu. Dan kamu (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan berlutut serta memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami!!”

 Telah diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

      Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Wahai Manusia!!
Tahukah kamu akan luasnya neraka itu?
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu ! yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum neraka Jahanam itu nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya dek kerana panasnya.

    Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan bahawa sehelai daripada baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati seluruh penduduk bumi dek kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebutkan di dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair bukit itu sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.Masya-Allah betapa tinggi kekuasaan-NYA!

    Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat itu tersiksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang berada di hujung timurnya kerana tersangatlah panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah besi,logam panas, dan minumannya adalah dari air panas yang dicampur  nanah dan lendiran yang kotor  lagi menjijikkan, dan pakaiannya pula adalah daripada potongan-potongan api yang menyala.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu itu ada bahagiannya yang tertentu untuk orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawab malaikat Jibrail: “Tidak, tetapi pintunya selalu terbuka, Setiap satu adalah lebih panas daripada yang lainnya,dari pintu ke pintu adalah jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”

Tanya Rasulullah s.a.w : “Siapakah penduduk pintu masing-masing?”

Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya adalah neraka Al-Hawiyah.

Pintu kedua adalah tempat orang-orang musyrikin bernama neraka Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in yang bernama neraka Saqar.

Pintu ke empat  tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama neraka  Ladha.Manakala 

Pintu kelima pula untuk orang yahudi bernama neraka Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama neraka Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawab malaikat Jibrail: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sehingga mati pun belum sempat untuk bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

 Jawab malaikat Jibrail: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Wahai Manusia!!
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak akan dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-NYA.Tidak takutkah kamu dengan pembalasan dari tuhanmu?

Ingatkah  kamu akan peristiwa Israk dan Mikraj?Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam AL-Qur’anul Karim.Telah di bawa Rasullullah s.a.w ke langit lalu dipertontonkan akannya azab-azab di neraka.Dan betapa kebanyakkan penghuni neraka itu adalah daripada kaum Hawa.

Rasullullah s.a.w  telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan diatas segala perbuatan yang telah dilakukannya ketika dia berada di dunia. Dan antaranya adalah;

    Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih pula otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ketika di dunia dia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang akan dirinya,

       Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas itu dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya perempuan itu ketika hayatnya,amat suka menyakiti suaminya.

   Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah Zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia ketika hayatnya telah ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa keizinan daripada  suami yang menikahinya.

   Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka yang panas menyala itu; maka bahawa sesungguhnya dia telah keluar rumah tanpa keizinan daripada suaminya.

    Dan adapun perempuan yang tergantung sambil dia memakan daging tubuhnya dan api neraka yang panas itu dinyala-nyalakan di  bawahnya; maka bahawa sesungguhnya dia telah memperhiasi tubuhnya untuk orang lain dan tiada pula  dia memperhiasi dirinya untuk tontonan suaminya sendiri.

    Dan adapun perempuan yang tergantung lalu ditambat  pula oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya lalu ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala jengking berbisa .Dan kala jengking serta ular itu itu memakan akan dagingnya dan menghisap akan darahnya; bahawa sesungguhnya dia ketika  di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub ,haid mahupun  nifas lalu ketika hayatnya dia gemar pula meringan-ringankan solat.

     Dan adapun perempuan yang tergantung dalam keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. Ketika hayatnya dia telah melakukan zina dan kemudiannya memperakui anak  yang dikandungnya itu sebagai benih daripada suaminya.

     Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat gemar mengadu-ngadu,menjadi batu api dan amat gemar berdusta serta melaga-laga.

     Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api yang panas membara masuk ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya dia sangat suka mengungkit pemberian dan pertolongan orang dan banyak dengki mendengki dengan kelebihan yang dimiliki orang lain.

Justeru,tidak  takutkah kamu wahai kaum Hawa,akan janji-janji tuhanmu?Tidak gentarkah kamu berhadapan dengan azab-azabnya?.Jauhilah diri daripada kemurkaan-NYA.Sentiasalah mencari Redha suami, kerana bahawa sesungguhnya bagi seorang wanita itu,syurganya adalah suami.

Dan Allah SWT  pernah berfirman; maka apabila seseorang wanita bergelar isteri itu mentaati suaminya, melayani suaminya selagi sang suami tidak menyuruhnya melanggar ketaataannya kepada Allah, serta sentiasa mendapat keredhaan daripada suaminya…janji syurga adalah buatnya.

Wahai manusia!!!
Tahukah kamu,dan adapun laki-laki yang akan dijanjikan neraka itu?dan mereka-mereka itu adalah; seorang ayah.
           
    Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan  ditarik oleh anaknya ke dalam neraka.

   Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,dan apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang yang alim (solat tidak bertangguh,puasa tidak  pernah tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam api neraka.

   Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya pula dibiar melencong dari ajaran Islam.....Maka, tunggulah akan mereka itu tarikan daripada adiknya di akhirat kelak.

   Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan daripada ibunya di neraka kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan dalam membimbing mereka.

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat:“Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

    Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.”

Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis yang dilaknat.

Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

     Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

    Setelah sekalian ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

    Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas bersegeralah kita kembali ke pangkal jalan ,seandainya nafas sudah berhenti maka segala-galanya sudah tidak berguna lagi.

      Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada   Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

    Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Apakah masih belum jelas padamu akan balasan syurga dan neraka itu? Maka apakah masih kamu belum sedar akan segala janji-janji-NYA itu adalah benar.Sekiranya kamu adalah dari kalangan yang takut akan kemurkaan-NYA maka marilah kita bersama-sama berdoa agar tidak akan termasuk ke dalam golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam yang amat dasyat lagi menggerunkan itu??

Yang Benar,

…………………………..

(Sahabat yang memperingati)



Jumaat, 9 Januari 2015

Menggelabah Itik, Ayam terbang

Okey..Tajuk tu tak berkaitan k?

Ni kejadian malam semalam jugak.After officially dapat Lesen, My Hubby ngada2 suh I yang drive balik dari tengok wayang.So, walaupun macam tak berapa konfiden nak drive mlm2 buta gitu, I pun terimalah cabaran my hubby tu..

Itu pun time my hubby tetibe berhenti n turun dari kereta kat tepi jalan. Minta tukar tempat duduk n suruh I drive balik rumah.Biar betul laki I nih? (Time tu pikir gitu la)

Jadi i pun drivela..Elok2 gitu.Sambil My Hubby kejap2 membebel.Itu tak kena ini tak kena. Dia takut sangat ..kikiki.Lepas tu dia dah boleh rileks sikit.Hah duk diam2 kat sebelah tu. Tapi kejap je.Pas tu dia bagi arahan.Masuk line tengahlah, side tepilah.I pun ikutkan aje..Steady je bawak.


Tetibe masa dekat simpang empat, depan trafik light, lampu merah.Kena berhenti.Time lampu Hijau nak gerak, entah kenapa I gelabah semacam. Kereta tak gerak2. Kereta belakang dah hon dua tiga kali. Last2 depa potong.

My hubby dah bebel2 suh tekan minyak kuat sikit.Tapi kereta taknak jugak gerak2. I lagilah gelabah time tu kan? Adoilah hai..tulah.. orang suh bawak je kete hari2 tak nak..Bila dah tak biasa bawak ginilah jadinya.Kah kah kah.

Sebenarnya I slalu bawak kancil dengan viva yang elok2 saiz I tu je. Mana biasa bawak kete My Hubby ni.Tu yang gelabah semacam. Time tu jugak tukar balik.Hubby bawak kete,Tengah2 lampu Merah tu hubby turun dan tukar tempat duduk.Elok pulak kete tu bergerak bila Hubby I yang drive.

Sabar je la..kah kah kah..

So, kesimpulannya. Jangan Gelabah tak tentu pasal okey Nabila??
Nasib baiklah My Hubby tak keluar statement "Tengok bini abang ni bawak kereta macam tengah bawak Lori!"

Review Taken 3

Okeyh. Malam semalam I dengan hubby pergi tengok Taken 3.


Citer dia best ke tak? Hm.. Bagi I biasa-biasa saja.Maybe sebab I dah terbiasa tengok Action Movie  & Plot cerita ni dah dapat dijangka dalam Kepala Otak I ni.Sebenarnya, I lebih suka cerita yang plotnya membuatkan penonton tertanya2, keliru, dan ada twist ending.

Tapi okeylah daripada tak ada..kan?? Hm, di awal cerita dah dihidangkan dengan adengan cemas apabila seorang akauntan sebuah syarikat diculik dari rumahnya sendiri oleh Malakov dan gengnya.
Tujuannya untuk mendapatkan wang yang kononnya menjadi miliknya.

Tapi si bos, iaitu majikan kepada si akauntan yang menjadi kambing hitam (tak pasal2 kena tembak) dalam cerita ni dah melarikan diri.Babak seterusnya mengenai watak utama cerita ini iaitu Bryan Mills yang ingin membuat kejutan harijadi anaknya yang sudah belajar di kolej dengan menghadiahkan seekor panda gergasi.

Perjalanan cerita menjadi lebih menarik apabila bekas isteri Mills mati dibunuh dan dia telah dituduh membunuh bekas isterinya itu.Padahal dia telah diperangkap! Dalam babak ni I dah dapat klu awal yang membuktikan dia tak bersalah sebenarnya. (Maybe sebab dah terbiasa tengok CSI dan rancangan seangkatan dengannya kikiki)

Yela, ada scene tunjukkan dia beli sejenis makanan (Begel) dikedai dan sewaktu tiba dilokasi pembunuhan Begel tu masih baru(panas) of courselah orang yang dituduh tu ada Alibi di kedai tersebut (Begel store).

Begel tu pun masih panas.Macammana dia (Mills) sempat nak membunuh bekas isterinya selepas beli Begel? dan Keadaan Mayat? Mestilah dapat buat bedah siasat dah berapa lama mayat tu dah dibunuh.Lagipun ada rekod data telefon Mills dan bekas isterinya.Boleh buktikan dia tak bersalah.

Cuma yelah..nak tunjukkan scene aksi dan babak bagaimana dia menangkap penjahat sebenarkan? jadi tak bolehlah nak kupas isu bukti tu awal2.Kenalah tunjuk adengan lasak si watak utama dalam usahanya membalas dendam dan cari pembunuh sebenar isterinya itu.

Plot semakin berkembang bila anaknya terheret sekali dalam permasalahan itu.Deng!!! Bapa tiri anaknya yang bernama Stuart tu memang mencurigakan okey! Dan of course tepat jangkaan I dia yang bunuh isterinya tu!


Ni sikit Trailer untuk citer Taken 3 ni: Enjoy!


Isnin, 5 Januari 2015

Welcome 2015 !!

Assalamualaikum W.B.T ..

Walaupun hari ni dah 06 Januari 2015 rasanya masih belum terlewat untuk I mengucapkan selamat datang  tahun baru 2015.

Munculnya Tahun Baru membawa seribu satu pengertian pada Individu.Ada yang memasang hajat dan azam bersempena dengan kunjungan tahun baru, tak kurang juga yang muhasabah diri bersempena dengan kemunculannya.

Menjelang ketibaan tahun baru, bererti meningkatnya umur, status, dan tak kurang juga pertambahan tanggungjawab.Bagi yang baru mendirikan rumahtangga  tahun baru menandakan bertambahnya tanggungjawab dari single kepada berpasangan, dari berpasangan kepada beranak pinak, bercucu-cicit. Ada juga dari berstatus pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, IPT dan masuk ke alam pekerjaan, alam persaraan.

Dari perspektif I sendiri tentunya kemunculan tahun baru ini diharapkan membawa seribu satu pengalaman baru dan peningkatan dalam pencapaian baik dari sudut peribadi mahu pun  umum.

Azam? Setiap orang pasti ada 'List to do' or 'List to Achieve' dalam kamus dan diari peribadi masing-masing.Hmmmm apa pun hari ni secara rasminya I dah dapat Lesen memandu.Hahaha.. setelah berhempas pulas, akhirnya I secara rasminya adalah pemegang Lesen memandu  (kah,kah, kah.. orang lain dah berkurun2 dapat lesen, I baru nak dapat lesen!)


Actually, dengan permulaan yang baik, di awal tahun baru ni I berharap akan menarik lebih banyak aura2 Positif datang kepada I lepas ni ( Ameennnnn!)

Bagaimana dengan you all? Harap u all pun dapat Aura-aura Positif jugaklah sempena Tahun Baru 2015 ni.Kita Doakan sama-sama ya! Apa pulak perkara baik yang terjadi pada you all di awal tahun baru ni? apa kata kongsikan sikit kat bawah Komen box ni Jom?


Hah, ni sample to do list I