SK JALAN RAJA MUDA

Thanks sebab sudi jenguk Blog I lagi (*_*)  You all memang suweet sangat2x

Pengembaraan Baru I bermula lagi.Kali ni, I cuba nasib untuk mohon di sekolah rendah pulak.Bukannya apa, I dah bosan terlentang, tertonggeng, terbujur dekat rumah sorang-sorang.Kalaw ada anak ..tak adalah bosan sangatkan? Jadi I pun try anta application ke beberapa buah sekolah rendah..

Kebanyakkannya full.Tak ada requirement dan keperluan untuk Cikgu Ganti.So, I pun pasrah jelah kan. Tup-tup.Rezeki I datang bergolek bila Guru Besar SK Jalan Raja Muda telefon I untuk ditemuduga.

Jadi dengan berbesar hatinya I pun bersetuju.Melompat kataklah,apalagi! I lega sebab tak bosan memerap dekat rumah lagi.Kan,kan,kan??


Inilah pintu gerbang depan sekolah Beta


pondok pengawal



  Ini pula bangunan sekolah.

  Panorama Sekolah

Lepas sahaja berjumpa Guru Besar, I dimaklumkan akan menggantikan Puan Nur Syuhada yang cuti bersalin.Tapi kena mengajar Bahasa Inggeris.What? I dah lama tak aplikasikan kemahiran berbahasa inggeris I.I majoring in Math! not English! Minor pun Komputer!Langsung tak kena.Lainlah kena ajar Sains teknologi ke, ada jugak kait mengaitkan?

Tapi, I pun tak kisah sangat,nak tambah pengalamankan.Why not? I sahut cabaran ini!I memang suka Bahasa Inggeris pun.Kalau tengok filem pun...I memang tak layan citer Melayu.Mengarut! Tema semua sama je.Tak berkembang.Kalaw drama tv pun banyak layan English.Crime Series, Lie to Me, version siri penyiasatan dan ala-ala adventure memang I suka sesangat!


Jadi, bermula seminggu lepas tu I masuk sekolah.Persekitaran tempat kerja baru dan rakan baru.



WHAT?? SaKIt JaNtung!!

 Kali ni memang I terkejut sangat.

Berkunjung ke rumah my mum pada hujung minggu dan dapat berita yang my sis disahkan oleh doktor dari HKL bahawa telah mengalami masalah JANTUNG!

MY SIS BARU 25 tahun okey? Lepas bersalinkan anak sulongnya hari tu beliau ada alami komplikasi.Lepas sesak nafas, sukar bergerak dan lemah badan .Beliau penah masuk ICU dan ditahan selepas pengsan di rumah my mum!

Okey,masa adik beta masuk ICU dulu pun beta dah nangis2 ni pulak dapat tahu dia ada sakit jantung.Tengok pulak muka baby kecik dia..lagilah jadi hiba.Tahan jelah air mata..kalau gugur t nangis pulak baby..

Dibedah kali kedua selepas bersalin Ceasar kerana disahkan ada tisu tertinggal dalm perut selepas Ceaseran.Jadi dapat jangkitan kuman.Lepas bedah, still tak baik.Kondisi makin teruk.Badan lemah, sukar bernafas.Then asyik ulang-alik buat  check up sampai anak sendiri terabai.Nasib baik ada my mum yang tolong jaga.

Teknik bersalin Ceaseran


Last2 lepas deal dengan Pakar, doc suspect ada masalah paru2.sebab batuk tak baik2.Dirujuk ke Institut Respiratori,suspek TB.Ulang-alik diagnosis dan check up, doc kata bukan TB.X-Ray dan check up lagi,tak dapat kesan apa-apa.


X-Ray Dada


Last2 dapat tahu ada masalah jantung! Pakar sahkan Injap Jantung rosak.30% sahaja masih berfungsi dan elok.Seluruh keluarga terkejut! HELLO,KAMI tak pernah ada sejarah keluarga sakit jantung!
Doc kata sejak lahir lagi masalah tu.What?? takkanlah baru dapat kesan sekarang? lepas mengandung dan bersalinkan anak sulong baru dapat tahu ada sakit jantung?

 doktor kata jantungnya bengkak



Arteri pesakit jantung

AND sebab masalah jantung tu, doc sarankan buat pembedahan untuk gantikan injap jantung dia yang rosak tu.Tapi my sis refuse.Dia tak yakin nak letak bendasing dalam badan dia.Lagi2 lak injap gentian ! Dia jadi ragu-ragu n still berfikir.Wajarkah?


Doc pesan, dia tak boleh mengandung lagi.Bimbang masalah jantung akan mengancam nyawanya.Jadi that baby akan jd satu2 nya anak tunggal dia.Except dia pulih daripada sakit tu!
Kalau I suggest dia ikut arahan doc untuk bedah pun, beta tak tahu nasib dia lepas tu.Jadi I serahkan pada dia untuk buat keputusan n fikir masak-masak.