Halaman

Selasa, 1 November 2016

Breakfast di ikea..nyum3x

Mengambil kesempatan di hari cuti terakhir ni .. kami pon ambil keputusan untuk breakfast di luar.

I pon pujuk my hubby ke ikea.Bukan nk beli barang pon tapi nk breakfast di ikea.hahaha

I pon order bebola ayam manakala hubby ambil peha kambing. then 2 biji muffin coklat sebab i x suka muffin berry tu. Mula2 nak amik hot drink tapi last2 tukar sbb cuma ada coffee n i xminum coffee.

Soup of the day- mushroom soup memang umphh! hirup panas2 mestilah berselera kan?


Ahad, 30 Oktober 2016

Release tension di Lowyat ??

Hello.HI guys.Assalamualaikum..

Sihat semua?Macam mana cuti deepavali u all? mesti balik kampung kan?

Untunglah..tapi still ada lagi yang cakap cikgu sekolah paling untung.Oh No!!

Korang tahu tak.kami ni nama je cuti hakikatnya, macam2 kerja kena selesaikan A.S.A.P. dah macam robot gayanya. Mana taknya. Masa cuti ni lah nak kena settle kerja2 sekolah tu.

Tanda kertas exam yang selambak tu! 4 kelas lak tuu.
Nak kejar due date key in markah. Nak settle minute meeting yg tertangguj.Lagi2 yg macam i ni nak kena buat dokumentasi lagi.bagai.

Hmm.Cuti umpama tiada cuti! Kami bukan goyang kaki.Banyak lagi nak kena settlekan.

Siapa kata tugas guru cuma mengajar sahaja.Guru moden sekarang semua kena apply multiple tasking.
Serba serbi kena tahu.kena uruskan.

Nasib badan. Kalau dah itu jalan yang dipilh kena hadaplah kan??

K.Dalam melayan kesibukan tu sempat jugaklah merealease tension .WIndow shopping ke LOw YAt.
Actually LOw YAt ni dah umpama Playground je untuk hubby i. Macam tiap2 minggu wajib pergi.

Tapi untuk i plak, kalau perlu je i akan pergi.Kali ni temankan dia tukar barang.Salah beli n bendanya tak dapat dipakai.SO pergila pulangkan.dan beli yg baru yang setara harga atau lebih mahal. (wang memang x akan dipulangkanlah okey)
Meh nak belanja gambar sikit






Sabtu, 29 Oktober 2016

EXPLORACE DI ZOO NEGARA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hai semua. Harap semua sihat2 belaka. I ada soklan cepumas ni. cepumas ala2 cecupak.huhu.

Sehingga sekarang, 2016 ni berapa kali agaknya korang melawat zoo negara? hahaha.syok x bunyi soklan cecupak cepumas ni?

Ok sebenarnya. Minggu lepas, i tetibe je ditugaskan jd pengiring pelajar2 untuk program pasca Pt3. Almaklumlah 2 hari tiada di tempat kerja kerana berkursus kat luar, masuk2 je awal pg dh dapat whatsapp mengatakan i kena iring pelajar ke zoo negara!

Memula tu pikir jugak.Apa dh tak ada tempat lain ke diaorang ni nak pergi ??
Then , bila dpt tahu yg program ni sebnarnya dirancang oleh pelajar2 pra U sebagai projek akhir mereka...jd i xjd nak komen lebih2.HUahahah..

Yg handle program of coursela para pelajar Pra U tu merangkap fasilitator mereka. Kami guru - guru ni ( aku dan cikgu kaunseling) cuma bertindak sbg pemantau je.

So far oklah.semua berjalan lancar.Alhamdulilah..next time kalau budget ada lebih mungkin boleh buat di tempat yg lebih mencabar.Bukit Broga mungkin atau Gunung Ledang?




















Sabtu, 15 Oktober 2016

Beli Belah Online Di Zalora.

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Shopping di Zalora. Ahaha.

K, sebenarnya banyak keje nak buat ni. Tapi nak update jugak pasal ni. Baru2 ni I teringin nak beli Jersey. Saja suka2 pakai. Jadi Try cari kat Kedai menjual alatan sukan dan pakaian sukan. Of courselah ada, tapi kadang2 warna, material and design yang I jumpa tak menarik hati.

Yes! I tahu kat Up town confirm ada jual gak, malah mungkin lebih murah kot..Tak tahu??

So, disebabkan kekangan masa, I pon decide untuk cari online je. Memanglah kalau dari Brand Adidas, Nike, Puma Tu mahal, jadi I nak cari yang biasa je. Bukan yang branded pun. Asalkan berkenan di mata, selesa dipakai.

Lastly I cari kat Zalora.

zalora

zalora jersey





So far, okeylah. hm.pakai kat rumah boleh, pakai g kedai pon boleh. nak pakai jogging of couselah lagi boleh kan


Rabu, 12 Oktober 2016

Pandangan Pertama tak semestinya betul!

Hai u all! sihat?

Hopefully semua sihat2 belaka.Insha Allah!

Kali ni nak bebel pasal pandangan pertama. Okey! 1st of all.Penah tak korang tersalah sangka pada seseorang pada pandangan pertama?

Ha! ini bukan cinta pandang pertama okey!

Contohnya. Kau ada officemate baru.Tak pernah bercakap dengan orang dan suka buat hal sendiri je. Kau orang rasa dia ni sombong sbb tak pernah bertegur sapa dengan korang.

Kau orang tuduh dia berlagak. Salah okey! sebagai orang baru, mestilah dia ada perasaan insecure, dan berkemungkinan malu hendak bertegur siapa, atau mungkin dari jenis yang tak reti hendak memulakan dulu interaksi, atau mungkin pemalu dan pendiam. Who knows right?

Jadi tak salah kalau korang yang mulakan dulu,janganlah korang pulak terus je 'mark' dia sebagai sombong.Mana tahu, lepas kenal je tengok2 jadi kamcing plak?kan??


Aku ada satu pengalaman, perkara ni terjadi berulang kali.Kelakar pun ada rasanya. Sebagai seorang pendidik yes, memang segala tingkah laku akan diperhatikan. Tambahan lagi  oleh anak2 didik yang sedang meningkat dewasa.

Yang kelakarnya, setiap kali aku masuk ke sekolah baru, belum sempat perkenalkan diriku pada anak murid, mereka terlebih dahulu dah 'judge' aku dan panggil aku USTAZAH.What??? Ustazah?
Kenapa mana2 sekolah aku pergi pelajar panggil aku 'Ustazah?' .

Tang mana lak tertulis nama 'USTAZAH' tu? Tang dahi aku ke? Ke ada Cop besar2 depan muka aku ni tulis 'USTAZAH'?

Tak pasal2 masuk kelas, budak beri salam dan panggil USTAZAH. Lepas ditilik2 aku sendiri buat kesimpulan mereka panggil aku begitu sebab penampilan aku yang berselendang agak labuh dan berstokin.

Alkisahnya, tudung dan selendang tu saiznya memang saiz standard tetapi besar padaku.Jadi nampaklah labuhnya..Tentang stokin tu pula dah macam jadi kelaziman untuk aku pakai. Tapi kadang2 aku tak pakai jugak pon.

Entahlah..betullah tanggapan pertama tu tak selalunya betul..




Isnin, 10 Oktober 2016

The Girl On The Train

Review

Hari tu cadang nk pergi tgk citer ' miss peregrine's home for peculiar children, malangnya tiket lambat sangat. kul 10 malam kot.. Hm, so we decide to watch  Deep water Horizon. pastu marathon dgn The Girl On The Train.

Wahahah!

Deep Water Horizon actually my husband yg beria-ia nak tengok. Last2 dia yg hampa. Katanya dia nak tengok technically aspect , macam mana they solve the problem about all the pipe. Tapi last2 dia cuma tunjuk cara selamatkan diri. No technical aspect macam yg dia pikirkan. So, dia hampa. Hahaha.

Then, I nak tengok Miss peregrine's home for peculiar children,tapi malangnya semua tiket tu tak tele dengan masa. Lastly my hubby kata jom tgk:  The Girl On The Train.

Okey.Citer ni actually bagi I biasa je. Tapi tak tahulah kenapa BOX OFFICE. Macam citer drama je kot..

Ni sikit ringkasan citer ni:

Pasal watak Rachel. Perempuan yg dah kahwin dengan suaminya.Dia ni dah lama nak anak tapi x berjaya. Lepas putus asa, dia selalu amik alkohol dan jadi pemabuk. Suami Si Rachel ni Kaki perempuan. Curang dan selalu tipu dia.

             
                                                                Anna  dan Tom Wason.


Suami Rachel ni jugak pembuli mental dan fizikal Rachel ni. Dia selalu dera emosi isterinya yang selalu berada di bawah sedar dan kerap peralatkan isteri dia ni.

Mereka bercerai apabila Si suami ni curang dengan perempuan bernama Anna. Mereka bina keluarga baru  dan beranak pinak. Malangnya Rachel tak boleh move on dan masih sayang suaminya itu.


Akibat tekanan perasaaan dan rindukan kenangan dengan suaminya dia kerap datang ke rumah bekas suaminya dan isteri barunya itu,Tetapi Anna tidak suka dan takut pada bayang2 sendiri.Dia takut suaminya kembali pada Rachel.

Pada masa yang sama Anna menggaji pengasuh untuk anak-anaknya yang bernama Megan.Tapi 
ternyata Megan Bukan sembarangan..



                                                                   Megan dan Suaminya,Scott




Nak tahu kesudahan cerita ni? kenalah tengok,..okey? Klik gambar untuk tengok 



The Girl On The Train

tonton

Isnin, 3 Oktober 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani.






Syarat Penyertaan:
1. Mestilah blogger di Malaysia.
2. Sila follow blog KasihkuAmani.
3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani.
4. Letakkan banner pada entry.
5. Banner hendaklah dibacklink ke sini.
6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.

7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami. 


Hadiah Untuk Pemenang
Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)


Tarikh Giveaway : 01 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
Pengumuman Pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh Menuntut Hadiah : 01 Disember 2016 hingga 7 Disember 2016