Skin Irritation
Assalamualaikum w.b.t, Lamanya tak blogging. Ada ke yang rindu? Macam tak ada je? Okey, dah sebulan menderita gatal-gatal kulit, kulit mengering dan mengelupas kat muka. Tak perasan sejak bila kena tapi yang pasti selepas aku mengikuti kursus kat Pantai Port Dickson 11 Ogos lepas.Lama jugak dah la. Cerita asalnya, masa aktiviti berkumpulan hari tu, kami bermain di tepian pantai. Ada aktiviti melibatkan air, dan kebetulannya ada direct contanct dengan air, air tu mencurah-curah ke kulit wajah aku. Bercampur dengan pasir pantai bagai, aku pun bersihkan muka dengan sebotol air mineral. Selepas kejadian, tak ada apa yang berlaku, tapi sehari demi sehari selepas kejadian tu, kulit wajah aku mula gatal-gatal.Mulanya hanya sedikit, di kawasan sekitar tepi dan bawah bibir.Aku biarkan saja sebab yakin ia akan sembuh sendiri. Malangnya, gatal-gatal semakin merebak, kulit muka jadi merah, menggelupas dan mengering. Dari sehari ke sehari, aku makin Fed Up. Aku nak make up pun tak boleh sebab kulit...