Pengalaman bersalin Induce
Assalamualaikum w.b.t. Bermula bulan MAC ,Akibat covid 19 semua aktiviti di luar dihadkan dan masyarakat diarah duduk dirumah menjalani PkP.Saat itu aku telah pun mengandung 7 bulan. Masa2 kujalani dengan berkurung di rumah.Tak seperti selalunya menjalani hari -hari dengan rutin pergi-balik kerja 8jam sehari dan memandu diatas jalan raya seawal 6 pagi - 4 petang. Selepas mengharung PKP gara2 Covid 19, dan segala kegusaran tentang prosedur bersalin musim pkp akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ilya Nabila. Alhamdulillah.. sekarang Baby Ilya dah masuk 4 bulan usianya. Kali ni aku nak ceritakan tentang pengalaman di induce ketika bersalin dalam musim PKP Covid 19. Pengalaman pertama bersalin, diinduce pula tu..memanglah takkan dapat dilupakan. Oh bagi yang baru ikut blog ni dan kenal aku, sebenarnya Baby Ilya Nabila ni adalah buah hati yang kami suami isteri nanti2 kan selama 7 tahun perkahwinan kami. Ilya Nabila merupakan baby IVF HKL. ya.Il...