Cetak Alamat di Sampul Surat
Cikgu-cikgu selalu kena pos surat kepada ibubapa murid. Bukan itu sahaja, pekerja di pejabat pun kadang-kadang perlu mengepos surat, begitu jugak dengan bakal-bakal pengantin sibuk nak pos kad undangan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana nak mempermudahkan dan mempercepatkan proses pencetakan alamat di atas sampul surat? Bukannya tak nak guna tulisan tangan, tetapi kalau dicetak nampak lebih kemas, dan kelihatan eksklusif sikit, betul tak? Berikut disediakan teknik mencetak nama dan alamat di sampul surat dengan mudah.Tak perlulah anda hendak taip satu persatu. LANGKAH 1: Pastikan anda sudah mempunyai data maklumat dan alamat penerima surat/ kad/ dokumen yang anda hendak cetakkan di sampul surat anda.Data tersebut perlu diletakkan dalam fail Excel. Jika belum, maka anda perlu menaip data tersebut / import data ke dalam >> Excel. (Maklumat di dalam ...