ADUHHH!! Sakit..Kafarah ,Karma atau Ujian?

Sejak dua tiga menjak ni semakin menjadi-jadi pulak. Minggu lepas, I di serang sakit gigi..You all tahu aja lah sakit gigi..macam mana azabnya.Sampai ada yang menggambarkan kesakitannya ke-2 selepas sakit bersalin.Ha..mula2  I  pk  I ni sakit gg sebab ada gigi yang rosak.Tapi, setahu  I  dah lama tak kena sakit gg and kali terakhir I BUAT CHECK UP kat klinik gg Doc cakap gg  I  cantik.

So,  I  pun pk2 kenapa  I  sakit gg ek? I tak tahan sangat dah 2 hari tak baik2..nak tidur pun x dapat, rasa macam nak meraung2 je.. pagi tu jugak  I  heret my hubby temankan I  cari Klinik gg. AHAD k..hari Ahad.Klinik Gov memang tak bukaklahkan..Ah, swasta pun swasta lah, janji azab sakit gg I berakhir..


Jeng2..pg klinik gg area SRI GOMBAK.


Klinik Pergigian Rosman


Klinik buka jam 9 pagi.Tapi doktor lak tak ada.Tanya staff kat front desk, dia cakap Doc masuk jam 11!! ADOIILAH haii.. I pun decide balik dulu, then datang balik t sbb we all ada kerja lain ok dari nak melangut tunggu sampai Doc datang.

Tepat jam 11 we all sampai..Tengok patient beratur panjang.Ramainya nak jumpa doctor gg hari AHAD macam ni?

Bila staff tu nampak  I  dia pun cakap lepas ni giliran  I . Hm, lega. tak payah tunggu lama.Sebelum I ada sorang mamat ni datang dengan bini n ank kecik dia, baby k.Mamat ni siap tidur dengan bertampal tuala di Pipi.Demam kot! demam sebab sakit gigi.

Lepas mamat tu masuk, jumpa Doc tu..keluar je..jeng2 jeng2..terus dia senyum panjang sampai ke telinga! Dah baik kot??

Then..tak sampai 5 minit nama I pun dipanggil.Masuk jumpa Doc, doc tanya, sakit gg mana. Iberitahulah yang hujung.Doc pun pelik.

"Eh,tak ada pun? gigi mana yang sakit? semua elok je ni?"

"Yang hujung tu doktor."

Doctor pun memeriksa gigi kat belakang tu..yang ni ke? yang ni?

"Saya cuba ketuk ya?"

"Sakit tak?"

"Tak!"

"Cuba yang ini?"

"Arrrrghh..sakit!" Aku pun terjerit !

"Tapi gigi ni elok je? tak ada yang rosak?"

"Hmm.sakit antara celah gigi ni..bukan gigi yang sakit." Kata doktor tu.Aku pun blurr.Gusi ke?

"Owhh..awak ada gigi graham bongsu..Gigi ni tergantung ni.Tak ada fungsi pun,sebab awak guna gigi graham yang depan ni untuk mengunyah.Gigi hujung ni tak pakai!"

"Ni sebab sakit ni.Gigi hujung ni tak cukup ruang nak tumbuh."

"Kita cabutlah.." Usul Doktor tu.Cabut??

"Kalau cabut, gigi tu sakit balik tak?" Aku pun tanya balik.Janji gg aku tak sakit dah!

Doktor pun terdiam.Tak tahu nak jawab apa ke?

"Cabut je la.." Akhirnya aku pun pasrah.



Doktor pon ambil semua peralatan, cucuk bius, aku pejam mata rapat2.Then, gigi pun dicabut!

3 hari 3 malam aku meraung sakit lepas cabut gigi.Sakit oiii..cabut gigi graham!!

Lepas baik sakit gigi,sakit tekak pulak.Abis hilang suara..Jadi suara itik serati!



                        

Pertandingan Kalam Jamaie' Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan.

Baru-baru ni I berpeluang menghadiri pertandingan Kalam Jamaie' ( choral speaking Bahasa Arab) Peringkat zon bagi sekolah-sekolah rendah bawah JPW KL.Pertandingan yang I hadiri kali ni melibatkan dua buah zon iaitu zon sentul dan zon keramat.

Bertempat di Dewan Sri Muda, Sekolah Kebangsaan Batu Muda,Sentul Kuala Lumpur.Acara bermula seawal 7.30 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi hakim terlibat dan para peserta.Sebanyak sembilan buah sekolah yang menyertai pertandingan ini.Gambar-gambar peserta dan pengiring boleh tengok kat bawah ni ya?

Antara peserta:

kalam jamaie sk batu muda


pertandingan kalam jamaie





persembahan kalam jamaie




Persembahan peserta:









Jom tengok gelagat peserta cilik:


pendaftaran kalam jamaie






juri

peserta kalam jamaie










sk batu muda














Ketibaan VIP : Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul,  TUAN HAJI JUAHIR BIN MONDAKIR untuk merasmikan majlis penutup Pertandingan Kalam Jamaie'  bagi Peringkat Zon Sentul dan Keramat.





guru besar sk batu muda

timbalan pengarah pejabat pendidikan sentul

Sepatah dua kata daripada  Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul,  TUAN HAJI JUAHIR BIN MONDAKIR





Di penghujung pertandingan, khalayak penonton dihiburkan dengan persembahan Kompang dan juga Gamelan oleh para pelajar SK Batu Muda,

kompang sk batu muda







Masa yang dinantikan pun telah tiba, dan pemenang diumumkan.Jeng, jeng ,jeng...!!!

keputusannya:


sk jalan air panas

(1) SK JALAN AIR PANAS

sk convent bukit nenas 2

(2) SK CONVENT (1) BUKIT NANAS


sk convent bukit nenas

(3) SK CONVENT (2) BUKIT NANAS.




Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!