Holla!! Assalamualaikum.. Al-kisah.Nak tanya..korang suka shopping online? Jadi macam mana pengalaman korang? Adakah korang sangat2 berpuas hati tahap 'Super duper happy ' dengan hasil tangkapan Online korang tu? Cuba korang Rate sikit mana tahap kepuasan hati korang? Dah 3X TERKENA.Tengok gambar bukan main kebabooom..cun melecun, cantik bergaya. Tapi bila parcel sampai..huh..indah khabar dari rupa.SERIK oiii...lain kuinginkan lain pulak yang datang!! Kekadang nampak material macam HIGH QUALITY, sepadanlah dengan harga yang dijual, tapi bila parcel di bukak, barang depan mata..macam tak ada kualiti!Oh..TIPAH TERTIPU!! Sapa penah kena macam ni cuba angkat tangan??? serik kak oiii..serik.Bagi hakak la, baik la akak beli OFFLINE! Tengok, rasa, belek, cuba, amik feel! Rasa berkenan..terus ZAPPPP, AMIK PERGI KAUNTER DAH BAYAR!!! Lagi puas hati.. Kalau beli online, mesti ada yang tak kena, saiz tak padanlah, kain tak kualiti lah, design indah khabar dari rupalah, warna tone larilah, ...