Kahwin campur

Assalamualaikum.

Kepada yg rajin singgah sini TQ so much diucapkan. Love u all.huhu

Saat masing2 demam Diwale ni ada 2 , 3 perkara yg nk diutarakan.

Dilwale

Tentu korang kenal pelakon utama filem ni kan? Siapa x kenal si hero bollywood Mr Shah Rukh Khan ni.
Kehebatannya dalam lakonan dan aksi2nya sering mendapat pujian ramai.

Namun bukan benda tu yg jd fokus perbincangan kali ni.Korang tentu tahu kan Gelaran 'Khan' dihujung nama belia tu yg simboliknya dimiliki oleh penganut agama islam.

Betul ke Shah Rukh Khan ni penganut Islam? Tapi kenapa ya dalam lakonannya beliau xpenah kisah jika diminta menyembah berhala, memuja dewa2 mereka kononnya, malah pernah juga masuk gereja dan berdoa seolah penganut agama itu?

Apakah Shah Rukh Khan ini juga penganut kesemua agama2 itu? Mungkin akan ada yg berkata:

"Ala..lakonan je tu!"

Benar.tapi bukan sekali dua.bukan! Dan persoalannya, apakah tidak rosak akidah seseorang itu yg memuja dewa dan menyembah patung2 dengan bacaan2 mentera pemujaan itu?

Lebih berani dan terang- terangan Isteri aktor ini sebenarnya masih lagi penganut Hindu yang menyembah berhala.

Ya.Tanpa menukar agama dan pegangannya beliau berkahwin dan mendapat anak2 hasil dari perkahwinan antara penganut Islam dan Hindu itu.Apakah status sebenar perkahwinan mereka?
Apa pula status anak2 yang lahir itu?q

Lebih pelik.Di dalam kediaman tempat mereka tinggal bersama juga madin terdapat berhala dan tokong sembahyang kerana isterinya masih penyembah berhala!

Agak2nya l kan..malaikat nak masuk ke rumah dia tu? Macam mana status agama yang dianuti anak2 shah rukh khan? Pilih Islam ke atau Hindu agak2nya?
Berdoa sambil masa yang sama sembah berhala? Macam mana tu?

Isu perkahwinan campuran tanpa menukar agama ini bukan hanya berleluasa di India malah Indonesia juga telah lama mengamalkannya.Ada juga yg tanpa segan silu murtad kerana mengikut agama suami si penganut Kristian.

AJARAN MANA sebenarnya yang membenarkan perkara seperti ini berlaku? Mazhab Islam yang mana membenarkan seseorang islam berkahwin dengan golongan kafir ini tanpa menukar agama ?

Kenal dengan Aamir Khan? Bagaimana pula dengan Salman Khan? Apakah gelaran 'khan' dihujung nama itu cuma hiasan semata2.atau mungkin gelaran kebedaran untuk menunjuk2 tentang keturanan ' Khan' itu semata2.

Tentu korang dah tengok filem di bawah ni kan? Salman yang juga penganut islam berlakon sebagai penganut hindu.penyembah dan pemuja dewa?


Apa sebenarnya yang lebih membimbangkan selain daripada orang yang mempermainkan agama?

Bajrangi bhaijaan

Moga2  'wabak' merbahaya ni tak menular ke negaraku tercinta Malaysia.Kalau tidak..huru haralah satu Malaysia!

Banyak pula anak tak sah taraf dan kes2 khalwat yang nantinya menggusarkan dan memeningkan kepala penguatkuasa agama.

Ialah.nak kata tak kahwin dah kahwin.tapi kahwin pula ikut adat dan agama lain.macam mana ya? Orang melayu  islam kahwin digereja.oleh paderi pulak tu.dapat anak siap baptis oleh pihak gereja.anak tu islam mix kristian lak ya? Hancur2.

Moga2 jauhkanlah dari kita semua.

Sos Teriyaki Marinated Halal ke?

Takoyaki


Kenal benda bulat2 ni? I cukup suka makan benda ni.Kalau kat Giant jual RM5.00 tak silap.Sebab rasa tak berbaloi, teringin nak buat sendiri.Jadi I pon google lah resepi Takoyaki ni.

Tekak I ni tak berapa suka sangat makanan Korea/jepun .Pernah seorang teman sekelas ajak masuk kedai Sushi ,tak lalu nak order ape2.Cuma makan Takoyaki ni je, Mujurlah ada benda yg boleh gak ditelan.

Tahu tak korang kenapa sebenarnya restoran Sushi tak diiktiraf  Halal oleh JAKIM? Memanglah korang cakap makanan dia tu halal, tapi tahu tak sos2 untuk kegunaan restoran Jepun dan Korea ni kebanyakkannya dibuat dengan ramuan yang diragui HALAL nya.

Macam tu jugalah I terkena.Sebab nak buat TAKOYAKI I terbeli Sos yang tak Halal pulak.Adoii membazir betul.

Sos Teriyaki Marinated, bukan sahaja digunakan untuk masakan TERIYAKI tetapi juga diguna dalam TAKOYAKI.

Sos keluaran syarikat Jepun iaitu KIKOMAN ni, dihasilkan dari campuran arak/tuak. Ya, masyarakat Jepun memang suka menambah sejenis arak dalam kebanyakkan masakannya.Arak yang terhasil daripada peraman beras/nasi ini dicampur dalam sos, dalam makanan, sebagai penambah perisa.

Macam yang kita tahu, arak ni terhasil daripada peraman /tapaian Anggur, Nasi, Barli, dan macam2 lagi.Kalau orang Jepun dia masukkan sikit dalam masakan.

Hmm, nak buat macam mana..dah terbeli.Walaupun terang-terangan dekat botol tu tak ada tulis dia menggunakan arak, tapi kalau tulis "Naturally brewed" maka ia memang ada Alkohol.

Kebanyakan sos Jepun dan Korea memang diragui STATUS HALAL.Susah nak jumpa yang betul2 tak campur tuak/arak ni.Sos masakan Cina pun sama.Jadi, periksa betul2 sebelum beli.Jangan tangkap muat je! tengok nanti membazir macam I.


Kalau makan kat luar lagilah kita tak tahu sos dan ramuan tambahan apa yang digunakan.Bayangkan, ikan, ayam, daging dan sumber lain memanglah Halal,tapi dia letak pulak minyak , sos, penambah perisa yang ntah apa-apa dalam burger korang.Korang pun main telan je? Sekali dalam tu ada minyak babi, arak, campuran lemak haiwan tak halal.euwwwww!!

Kempunan nak letak sos sedap atas Takoyaki buatan sendiri.Huhu kena try buat sos sendirila gamaknya.kikiki.

Kalalu malas ,kena tunggu produk sos makanan Jepun/Korea keluaran Syarikat Malaysia la nampaknya.Bila agak2nya Maggi ke, Knorr ke, Nona nak keluarkan Sos2 untuk masakan Jepun agaknya yer? Nak juga makan makanan Jepun/ Korea yang HALALAN TOIBBAN.TAK PAYAH RAGU2 LAGI PASNI.hmmm?



Teriyaki Marinated sauce Malaysia



Ehemmm..Jumaat yang Istimewa.

Bismillahirahmanirrahim..


Syukur, dapat mengecap udara segar ciptaan Allah.Hari ini 1 januari 2016 sekali lagi diberi peluang untuk hidup.

Menginjak lagi ke tahun baru, rasa macam baru semalam menyambut Januari 2015 tak sangka sudah setahun ditinggalkan.Bererti semakin singkat umur aku hari ini.

Istemewanya 1 januari 2016 ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Hari Jumaat. Mengingatkan pada detik yang semakin singkat. Pernah mendengar seorang ustaz berkata, hari kematian seseorang adalah sama dengan hari kelahirannya

Ya, aku dilahirkan pada hari Jumaat, tanggal 19 Rabiulawal 1407 H.Jam satu setengah tengahari. Apakah aku akan meninggal pada hari ini? semua itu takdir.Tarikh kelahiran memang telah tercatat di dalam IC namun tarikh kematian semuanya ditangan Allah s.w,t.


  • Alangkah indah kalau meninggalnya aku juga pada hari Jumaat.Sebagaimana dikatakan orang yang meninggal pada Malam atau hari Jumaat adalah  Khusnul Khatimah.

             Diriwayatkan oleh Ibnu Amru , bahwa Rasulullah bersabda: "Setiap muslim yang   
            mati pada siang  hari Jum’at atau malamnya, niscaya Allah akan 
            menyelamatkannya dari Fitnah kubur". (Hadirh Riwayat Ahmad dan Tirmizi, dinilai 
            shahih oleh Al-Bani).

             
khusnul khatimah



·     Di dalam Islam sendiri menceritakan istemewanya hari Jumaat.Tahu tak matahari dicipta di
    dunia pada hari Jumaat? Nabi Adam diciptakan dan wafat pada hari Jumaat? Dimasukkan ke 
    dalam syurga juga pada hari Jumaat ? Nabi Adam turun ke dunia juga pada hari Jumaat.

           
             Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabada: "Hari terbaik dimana 
            pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan,   
            dimasukkan  syurga  serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi        
            kecuali pada hari  Jumaat." (Hadith riwayat Muslim)




matahari


  •  Dikatakan juga Allah s.w.t menampakkan dirinya kepada golongan syurga di akhirat kelak  pada hari Jumaat.

              Sahabat Anas bin Malik dalam mengomentari ayat: “Dan Kami memiliki
           pertambahannya”  (QS.50:35) mengatakan: “Allah menampakkan diri kepada 
           mereka setiap   hari Jum’at”.


  • Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.


Sesuai dengan gelarannya Penghulu segala hari, hari Jumaat ternyata menjanjikan banyak kelebihan untuk manusia.Antaranya pada hari Jumaat:


1. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.
2. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
3. Hari dihapuskannya dosa-dosa.
4. Pahala atas orang yang menunaikan solat Jumaat.


Lalu, apakah yang akan berlaku sekiranya aku mati pada  tanggal 19 Rabiulawal iaitu bersamaan hari Jumaat? Bersediakah aku menghadapi detik2 selepas itu?


tanah kubur

href="http://nabila86.sharethisstory.net/my-951174-11452">