Posts

Iklan 'sayang' di TV2

Pernah tonton TV2? Cuba angkat tangan sikit, berapa orang yang rajin menghadap TV1, atau TV2 zaman sekarang nih? Kecualilah yang duduk kampung2 , hujung dunia tu, lain ceritalahkan? Siaran tak sampai.Ni tengah bandar , duk tengok TV free.Maksudnya sini siaran tak berbayarlah.. Zaman sekarang ni kan banyak stesen TV swasta.So boleh kira dengan jari je dah, berapa ramai yang hok dok x da ASTRO.Macam beta ni, manalah mampu nak pakai ASTRO.Beta tengok TV tak berbayar je. Beta bukan selalu tengok TV pun, apatah lagi Mr. Hubby.Kami sibuk bekerja. Lagipun, tinggal berdua saja. Masa lapang pun cuma hujung minggu.Kadang-kadang hujung minggu pun tak lapang.Penuh aktiviti.Jadi bila masanya nak menghadap TV,kan? Hari ni, lepas saja beta panaskan Nasi Lemak, dan Mee Sup, beta hidang siap2 depan Mr. Hubby yang sedang duduk depan TV.Tengah enak menghirup Kopinya.Sedang terbuai dengan rancangan yang ditayangkan, tiba-tiba..muncul babak seorang anak perempuan yang tidak habis makan mee sup yang di masa...

Anak BuaH Yang ComeL

Image
Terima kasih sudi jenguk entry kali ni.Hari ini beta baru ada kesempatan nak melawat anak buah yang comel.Mana tidaknya, Mr Hubby sibuk dengan kerjanya dan beta sendiri pun sibuk.Setelah adinda beta berhempas-pulas, dan mengharungi dugaan, dari Hospital Segamat, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur, barulah beta dapat melihat sendiri anak buah beta dan adinda beta. Nur Fatiha Humairah nama diberi.Putih kulitnya.Kecik dan comel sahaja.Tatkala dia menangis minta ditukarkan lampinnya,sempat aku mengelus lembut pipinya.Terbayang kesusahan dan cabaran yang dialami mamanya sewaktu melahirkan. Rasa tenang sahaja melihat wajah mulus bayi kecil ini.Teras ingin sekali memiliki bayi secomelnya.Doakanlah.INSYAALLAH.. Kadang-kadang geli hati melihatnya. seolah sebiji kacang soya.Mungkin dia fikirkan dia masih di dalam perut ibunya.Mata kecilnya, bibir mugilnya, menggamit naluri keibuan.Kata bonda, dia mirip adindaku sewaktu kecil.Kata bonda lagi, dia macam bakal model kerana badannya yang tinggi seper...

UTM Sanjungan Bangsa

Image
                                                 KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA Hah, nampak tak tu? Besar tu..Logo dan Moto UTM. Hari ini dapat perkhabaran. adinda beta sudah selamat melahirkan puteri sulong beliau di Hospital Segamat semalam. Bonda beta yang membawa perkhabaran itu melalui telefon.Bayinya dilahirkan secara pembedahan. Kasihan adinda beta.. bersendirian di negeri orang hanya ditemani sang suami tanpa keluarga di sisi. Bonda beta sempat berpesan untuk menziarahi adinda beta yang berada di sana.INSYAALLAH bonda. Puas kami mencari hotel penginapan semalam, akhirnya dapat juga.Itulah, siapa suruh last minute cari..semua pun sudah penuh.Mujur akhirnya ada juga rezeki kami kalau tidak, tidur dalam kereta sahajalah jawabnya..Bertolak dari hotel jam 7.00 pagi, perut beta tiba-tiba memulas.Entah makan apa semalam. Terus minta Mr Hubby hantar ke stesen minyak,t...

Konvokesyen..Yeahhh!!

Image
Okehh..Baca tajuk pun pasti you all dah tau entry ni pasal apa kan? Nevermind.. apa-apa pun Beta nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi nak singgah n baca entry beta yang tak seberapa ni,kan?.Baiklah. Ceritanya begini.. Beta baru sahaja tamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda  Beta di UTM (Universiti Teknologi Malaysia)- dulu, member beta suka gelarkan UTM ni -Universiti Tendang Menendang. Ha, nak tahu sebab apa? U ni High class oo. Bukan calang-calang.Boleh dikatakan mahasiswa yang Graduate dari U ni  hebat la jugak..(angkat bakul sendiri ke?) hihi. Sebab dulu-dulu U ni suka sangat tendang (buang pelajar). Tapi ada reasonlah kan? Buang sebab Tak Pass. Bukan saja -saja buang.                                                            Ni dataran depan PSZ UTMKL Tapi itu masa Diplomalah. Gelaran tu lekat sampai sekarang...

Hari Pertama Di SMKBBS

Image
Hai dear...Thanks for coming..hehe. Hari ni, hari pertama sekolah.Yeh.Sebenarnya, panggilan dari guru penolong kanan sekolah tengahari ni (jam 12) memang sangat2 mengejutkan!. Mana taknya, beta tengah shopping barang dapur, tetiba dapat call suruh datang sekolah.Hari ni, dan waktu ini jugak! Macam dah tak menyempat-nyempat!. Awalnya, beta pikir ayat untuk menolak, yelah...beta baru je tamat kontrak mengajar sehari yang lepas di SMKDE.Baru pikir nak Honeymoon kejap..tup,tup..kena panggil bekerja... Orang cakap,rezeki jangan ditolak, musuh jangan cari.Betul tak? Jadi, dengan berat hati, beta pun menerima. Bagai tak cukup tanah,beta berlari ke kaunter bayaran,membuat bayaran dan terus bergerak pulang ke rumah.Nasib badan...Sampai sahaja rumah, jam menunjukkan ke angka satu tengahari.Beta di minta datang sekarang, atau selepas zuhur. Beta pun buat keputusan untuk bertolak selepas zuhur.Bersiap ala kadar,beta bergerak ke SMKBBS yang terletak tak sampai 100m pon dari rumah mama beta.Memangla...

Hari Terakhir di SMKDE

Image
Thanks kerana setia mengunjungi my Blog! Pagi-pagi lagi beta dah dapat mesej. "Pergi sekolah tak hari ni?" Dari adik ipar beta.Ya,beta dimaklumkan hari terakhir beta di sekolah adalah pada 28 April iaitu hari ini.Tapi beta rasa berat hati nak datang sekolah. Lagi pun, hari ini Isnin kot! Tadi beta dah beritahu dengan Mr.Hubby, beta tak mahu pergi kerja hari ni.Maka beta dengan yakin menaip mesej. "Tak". Beta dah putuskan Jumaat lepas adalah hari terakhir beta di sekolah.Beta tak beritahu student-student beta, juga tidak beritahu pada guru-guru lain.Kira senyap-senyaplah ni.Bukan apa, beta ni penyegan orangnya.tak mahulah orang buat farewell party atau sesi maaf-maafan untuk pemergian beta.SEGAN.you all faham kan? Majalah sekolah  Beberapa jam lepas beta reply mesej adik ipar beta,beta dapat call daripada pejabat sekolah.Mula macam malas nak angkat.Hm, takut kena paksa datang sekolah.Lastly angkat jugak phone.Rupa-rupanya, kerani sekolah call nak bagitahu dia tersila...

My Journey..SMKDE

Image
Lencana SMKDE Hari ini hari pertama Beta Di SMKDE.Mula-mula rasa janggal sangat.Tak kenal sesiapa.Semuanya nampak asing bagi beta.Oh ya,bercakap pasal hari pertama, nasib baiklah ada sister in law yang sudi hantar dan ambil beta, walaupun hakikatnya sekolah beliau dengan sekolah beta jauh jugak jaraknya.AL-MAKLUMLAH, beta tak ada lesen kereta.Terpaksalah menumpang orang.Kalau tidak jenuh jugaklah nak naik bas ulang-alik. Rasa bersyukur sangat dapat mengajar di sekolah ni.Walaupun sementara (kontrak 3 bulan je).Berbekalkan ilmu pedagogi, psikologi, teknologi dan berbagai lagi 'logi' serta pengalaman sebagai Guru pelatih semasa praktikal dahulu Beta mengagahkan diri mengharungi cabaran hari pertama di SMKDE.Bagi Beta, cikgu-cikgu di SMKDE ni memang berkaliber dan baik-baik belaka.Bertanggungjawab. Sejujurnya, Beta taklah peramah sangat dan sebagai orang baru di tempat baru, Beta mengharapkan akan jumpa ramai kawan baru.Harapan yang penuh berbunga-bunga.I...