IVF di Hospital kerajaan

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera, semoga semua pembaca dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.
Entry kali ni nak kongsikan tentang rawatan IVF di Hospital Kerajaan.

Bagi pembaca yang TTC , pasti tergerak dihati ingin mendapatkan rawatan IVF setelah mencuba pelbagai kaedah dan rawatan untuk hamil.

Di sini aku nak kongsikan senarai Hospital Kerajaan yang menawarkan rawatan IVF.Berikut adalah senarai Hospital :

1) Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah.
2) Hospital Kuala Lumpur.
3) Hospital Sultanah Zahirah di Terengganu.
4) Hospital Wanita & Kanak-kanak Likas di Sabah.

Terbaru, dikatakan sebuah lagi pusat rawatan IVF di bawah kementerian kesihatan Malaysia akan beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak.Wow, tahniah warga perak!

Selain itu, terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji dalam sektor swasta yang menawarkan khidmat rawatan IVF ini. Cuma perlu sediakan bajet yang mencukupi je.Sekiranya berkemampuan apa salahnya untuk anda dapatkan rawatan di sektor swasta disamping masa menunggu yang pendek dan lebih cepat.

Seperti yang diketahui umum,Yayasan TAFF diketuai oleh Pengasas dan juga Presiden Seumur Hidup KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Mutawakhil binti Sultan Iskandar Al-Haj. KDYTM Tengku Azizah turut menawarkan rawatan IVF bagi pasangan yang sudah lama menantikan zuriat.



IVF

Satu lagi pusat rawatan yang popular untuk rawatan reproduktif adalah LPPKN. Sehingga artikel ini ditulis,terdapat 3 cawangan Klinik Subfertiliti LPPKN iaitu :

  • Klinik Subfertiliti LPPKN Jalan Raja Laut, KL (HQ) : 03-2613 7555
  • Klinik Subfertiliti JB : 07-5588 204
  • Klinik Subfertiliti Ipoh : 05-254 8623

*Selain 3 klinik ini, kesemua cawangan LPPKN yang ada di setiap negeri turut menawarkan khidmat nasihat, kaunseling dan maklumat yang diperlukan bagi pasangan yang memerlukan konsultasi peringkat awal.

Berbanding klinik swasta, Klinik LPPKN menawarkan perkhidmatan yang berkualiti namun dengan kadar yang lebih murah khusus buat rakyat Malaysia.Penjawat awam boleh mendapatkan rawatan subfertiliti di klinik LPPKN dan boleh menuntut bayaran daripada kerajaan iaitu GL.






Comments

  1. sentiasa mendoakan semua yg menjalani ivf ni berjaya dpt anak.
    aminnn...

    ReplyDelete
  2. sentiasa mendoakan semua yg menjalani ivf ni berjaya dpt anak.
    aminnn...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh