Posts

Showing posts from March, 2016

Cenderahati SIs JM

Image
Assalamualaikum. Semoga semua sihat walafiat Baru2 ni dimaklumkan Sis JM ada cenderahati untuk pengunjung blognya. Serius x tahu i adalah salah seorang penerimanya Anyway.Thans a lot to Sis JM. Ha..Fridge Magnet dari Korea ni dah selamat pun mendarat di Fridge I bersama2 dengan koleksi FM yg lain. Gambar bunga Sakura yang mekar berkembang.  Terima kasih skali lg Sis JM. Lain kali boleh bagi lg ahehehe ..

Saya Menang!! : HPM 2015

Image
Assalamualaikum. Hai semua. Harap bloggers semua sihat. Mungkin ada antara you all penah dengar tentang FOMCA? HPM? Ceritanya begini, tahun lepas, waktu I godek2 laptop ni sambil surfing internet, terjumpalah benda alah ni: Kebetulan tengah senggang, jadi tertarik pula nak mencuba nasib. Belek punya belek, pertandingan merekabentuk poster tu macam menarik. So, I pun sesaja design  poster ringkas. Nama pun cuba2 kan..Itu pun penyertaannya  dah hujung2 dekat dengan tarikh tutup dah. Lepas hantar design poster tu  baru terperasan ada pertandingan menulis esei jugak in BI & BM. Malam sebelum tarikh tutup tu gigihlah menaip esei. Hahaha.sekali silap antar pulak. Esei BM hantar ke Bahagian Esei BI. Lucu! Then Lepas antar semua, I pun busy dengan life and work.Sampai terlupa penah hantar penyertaan ni. Sampailah satu masa tetiba dapat call daripada HPM ni, Mengatakan I menang tempat SAGUHATI. Tak percaya , I pun bukalah website dia.Betul.Memang menang KATEGORI E (Mere...

CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET

Image
CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET Hai! Apa khabar semua? Hari ni nak tunjuk set Cherry Blossom yang comel ni! Pink gituww! Cherry Blossom Whitening body set ni adalah produk  dari Korea.Istemewanya set ini adalah  diperbuat dari pada bahan-bahan semulajadi dan diperkaya dengan extract susu dan buah buahan! Wangi tau! Set mandian NI baunya sangat menyegarkan dan aromanya pun long lasting. Memang leakt pada badan ni! Lepas mandi je , satu bilik boleh  bau keharuman dia..Hahaha! Di bawah ini adalah kebaikan penggunaan  CHERRY BLOSSOM WHITENING BODY SET Menghilangkan daki dengan salt scrub  Melembabkan kulit dan menghilangkan kulit2 mati Memelihara kehalusan kulit  Menyegarkan badan  Mencerah dan memutihkan kulit Wangi sangat  Melindungi badan dari masalah bau hapak

Tonton Batman v Superman: Dawn of Justice

Image
Peminat Adi wira Batman mahupun Superman?  Pasti korang ternanti2 filem terbaru dua adiwira terkenal ini. Batman v Superman: Dawn of Justice 2016 merupakan film aksi superhero yang pastinya menghiburkan  anda dengan imaginasi dan pengalaman yang menakjubkan.Filem Batman vs Superman ini diarahkan oleh Zack Snyder. Bintang utamanya adalah  Henry Cavill sebagai Superman dan Ben Affleck sebagai Batman. Film Batman vs Superman Dawn of Justice ini turut  dibintangi Amy Adams, Laurence Fishburne, Jesse Eisenberg, Gal Gadot, Diane Lane, Jeremy Irons, Holly Hunter, Scoot McNairy dan Jason Momoa. Batman v Superman ditayangkan pada 25 Mac 2016   di Amerika Syarikat. Film action " Batman v Superman: Dawn of Justice " mengisahkan tentang Superhero separuh dewa yang tiada tandingannya . Konflik antara Batman dan Superman terjadi saat masing2 mempertikaikan tentang siapakah yang lebih diperlukan oleh dunia untuk melindungi seluruh umat manusia.Samaada Batman ataupun Su...

Ujian - Kafarah atau Dugaan?

Image
Salam, Apa khabar blogger semua? harap sihat walafiat dan ceria bahagia bersama keluarga tercinta. Hari ni tiba2 hati rasa sayu sangat. Rasa pilu. Sebagai seorang manusia  atas muka bumi ini, aku percaya setiap manusia ada bahagiannya masing2. Ada rezekinya sendiri, ada dugaannya sendiri. Setiap seorang itu dugaan dan ujiannya berbeza2 mengikut tahap kemampuannya. Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Qur'an DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA diluar kemampuan hamba-hambaNYA. Sesungguhnya kerana ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujianNYA maka didatangkan ujian itu terhadap hambaNYA sebagai tanda KASIH dan INGATANNYA terhadap kita. Pernah tak antara kita mempersoalkan kenapa kita diuji? Ada yang diuji dengan Lambatnya datang Jodoh Ada yang diuji dengan Masalah Keluarga Ada yang diuji dengan Anak-anak Ada yang diuji dengan Pekerjaan dan Rezeki Ada yang diuji dengan ditarik nikmat kesihatannya Kita sebagai manusia tak lari dari sifat cemburu. Kadang kita cemburu meli...

8 Pekerjaan 'Glamer' ?

Image
SALAM, HAI, Terima Kasih sudi jenguk Blog ni.Macam yang kita semua tahu, keputusan SPM, STPM/STAM dah keluar baru2 ni.Masih terpacar kegembiraan wajah adik2 dan anak2 yang beroleh keputusan cemerlang. Bagi yang tak berapa nak cemerlang tu..janganlah sedih2.Hidup ni bukan sekadar bilangan 'A' atau 'A+' yang ditulis atas kertas.Bukan jugak sekadar 4.00 PNGK, 1st class atau Anugerah Dekan semata2.Perjalanan hidup masih panjang.Masih perlu untuk anda terus berjuang! Selalu anak2 kita mengimpikan alam pekerjaan yang indah2, setimpal dengan usaha keras yang telah diambil sepanjang bergelar pelajar.Rata-rata lepasan SPM atau STPM masing2 pastinya sudah ada perancangan untuk masa hadapan. Rata-rata ibubapa turut mengimpikan anak2 mereka menjawat jawatan tinggi dan menyandang pekerjaan yang glamer dipandangan mata masyarakat.Paling tidak pun kalau ada yang bertanya nanti "Eh Timah, anak kau Si Enon tu kerja apa?" DAN Kau dengan kembang2 hidung semangkuk menjawab penuh ...