Ujian - Kafarah atau Dugaan?

Salam,
Apa khabar blogger semua? harap sihat walafiat dan ceria bahagia bersama keluarga tercinta.

Hari ni tiba2 hati rasa sayu sangat.
Rasa pilu.

Sebagai seorang manusia  atas muka bumi ini, aku percaya setiap manusia ada bahagiannya masing2. Ada rezekinya sendiri, ada dugaannya sendiri.

Setiap seorang itu dugaan dan ujiannya berbeza2 mengikut tahap kemampuannya.

Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Qur'an DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNYA diluar kemampuan hamba-hambaNYA.

Sesungguhnya kerana ALLAH tahu kita kuat untuk menghadapi ujianNYA maka didatangkan ujian itu terhadap hambaNYA sebagai tanda KASIH dan INGATANNYA terhadap kita.

Pernah tak antara kita mempersoalkan kenapa kita diuji?


  • Ada yang diuji dengan Lambatnya datang Jodoh
  • Ada yang diuji dengan Masalah Keluarga
  • Ada yang diuji dengan Anak-anak
  • Ada yang diuji dengan Pekerjaan dan Rezeki
  • Ada yang diuji dengan ditarik nikmat kesihatannya


Kita sebagai manusia tak lari dari sifat cemburu.

Kadang kita cemburu melihat Rakan kita memiliki rumah mewah, kerjaya hebat.Tapi sebaliknya kita lupa dia juga ada ujiannya yang tersendiri. Biar memiliki harta dan kerjaya, dia masih belum dikurnia pasangan hidup, dan nikmat kesihatannya ditarik pula- penghidap Diabetes.

Kita cemburu melihat Jiran kita,. Punyai Pasangan hidup, senang-lenang dan kaya.Masih punyai ibu dan bapa dan anak-anak yang comel belaka. Tapi.. kita tidak tahu dia sebenarnya punyai masalah keluarga dan hampir bercerai-berai pula.Anak-anak buat perangai juga. Ponteng sekolah dan menjadi liar pula sedangkan telah  diasuh sebaik- sebaiknya, diberi didikan agama.



Ada dikalangan saudara kita, hidupnya bahagia.Punyai ibubapa dan pasangan hidup yang setia. Tapi ujiannya juga berbeza, belajarnya tinggi sampai ke universiti namun masih belum punyai pekerjaan lagi.Isterinya pula meninggalkannya.

Ada sesetengah dari kita pula hidupnya miskin papa kedana.Anaknya ramai pula.Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi dia tetap bahagia.Anak-anak membesar di depan mata. Masing-masing senang mendengar kata dan rajin menolongnya.

Ada manusia hartanya melimpah ruah sehingga boleh membeli dunia. Kawannya ramai tak terkira. Tapi hidupnya sepi sebab dikelilingi dengan manusia yang penuh pura2. Ayah dan ibu lama sudah tiada. Isteri juga sudah tinggalkannya. Anak pula langsung tak ada. Hidup juga sudah tak lama- bermacam penyakit bersarang dalam dirinya.



Berbalik kepada diri , rasa sakit sekali

Bila dikenang-kenang. Terasa cemburu dengan mereka2 yang beroleh sesuatu dengan begitu senang sahaja.

Terkadang terfikir, eh.. dia tu tutup aurat pun tidak, dedah  sana sini, sembahyang pun tak cukup 5x sehari .tup2 dah jadi pegawai besar. Anak comel2, suami kacak, Kaya pulak tu.

Kita ni tutup aurat, solat 5x ++ bertudung litup ,aurat jaga ,pergaulan jaga, tapi jodoh tak muncul2 juga. Kerja pun takat biasa2 saja.Tak senang mana.Harta pun tak ada.

Pernahkah kita begitu? Jangan tipu- tak sekelumit pun mesti ada rasa begitu.
Normallah.Manusia.


Saya selalu pikir.dan kadang jadi hairan.Mulalah mempersoal itu dan ini.Pada diri.
Baliklah kepada fitrah diri, dan beristighfar kembali.


Allah lebih tahu. Janganlah persoalkan kejadian yang telah terjadi.Pasti ada hikmahnya nanti. Hanya itu ayat untuk menyedapkan hati sendiri.






Comments

  1. cikja pun pernah ad satu masa tetiba rasa sdh. tu mksdnya Allah rindukan kita :)

    ReplyDelete
  2. pernah jugak terfikir...tapi cepat2 istighfar...Allah itu sebaik2 perancang...
    setiap org ada dugaan masing2...
    ada yg bahagia sangat...pasangan setia, anak2 comel bijak pulak tu, kerjaya yg bagus, agak mewah tapi bermasalah pulak dengan keluarga mertua...

    tapi itu lah, kita jangan pertikai kenapa begini begitu...Allah uji sebab sayangkan kita...Dia sangat suka hambaNYA yang merintih padaNYA...

    ReplyDelete
  3. pernah jugak terfikir...tapi cepat2 istighfar...Allah itu sebaik2 perancang...
    setiap org ada dugaan masing2...
    ada yg bahagia sangat...pasangan setia, anak2 comel bijak pulak tu, kerjaya yg bagus, agak mewah tapi bermasalah pulak dengan keluarga mertua...

    tapi itu lah, kita jangan pertikai kenapa begini begitu...Allah uji sebab sayangkan kita...Dia sangat suka hambaNYA yang merintih padaNYA...

    ReplyDelete
  4. betul...sabar dgn ujian Allah kerana percayalah Allah sayang semua umatnya

    ReplyDelete
  5. jgn lupa emailkan sis JM alamat eh

    ReplyDelete
  6. hmm.. betul. bohonglah kalau tak pernah rasa cemburu dgn org yg lebih atas dari kita kan? Tapi, apa2 pun cepat2 beristighfar. Buang perasaan cemburu dan bersyukur untuk mereka. InsyaAllah. Mana tahu Allah akan melipat gandakan rezeki kita pula.. Neway, stay positive. hep =)

    ReplyDelete
  7. memang. normal sebab kita manusia biasa yang terkadang jatuh dengan emosi sendiri. tapi berbalik pada teks yang atas tadi. kita tengok orang tu bahagia luarannya tapi dalaman yang dia simpan sendiri tak siapa yang tahu. mungkin lebih perit lebih sakit dari yang kita rasa sekarang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

8 Pekerjaan 'Glamer' ?