Posts

Captain Marvel

Image
Assalamualaikum Apa khabar semua. Baru-baru ni Bell ada pergi menonton wayang. Captain Marvel.Peliknya bila dengar Captain bell pikirkan watak lelaki.Agaknya stereotype pikiran Bell ni ,asal kapten je mesti lelaki walhal ada je kapten perempuan kan? Bell dengan Hubby pilih untuk tengok wayang hari bekerja.So tak ada lah ramai sangat masa tu. Lagi pula malam,kan. So far, bolehlah.. Bell bagi 4 Bintang.Sebab watak utama dia ada tahi lalat yang manis bawah mata macam Bell.Ahahah... Okey, Kisah ni mengenai watak Utama yang digelar  'Kree'  dikalangan rakan seangkatannya yang terperangkap dalam memori lamanya .Beliau sering bermimpi dan teringat kisah silam di mana dia terperangkap dalam satu pertempuran.Walaubagaimanapun beliau gagal mengingati sepenuhnya apa yang terjadi sebelum itu. Beliau telah ditugaskan dalam satu misi bersama-sama dengan rakan seangkatannya untuk menumpaskan makhluk yang bernama Skrulls yang dikatakan cuba untuk menculik orang-orangnya. Makhluk Skrulls ...

Cara set appoinment untuk Pakar kulit HKL

Image
Assalamualaikum. Apa khabar.Harap semua sihat.Kali ni aku nak cerita pasal kes kulit muka aku yang masih tak baik2.Tak pasti apa puncanya. Mengelupas.Mengering.Merah2 dan gatal2. Mula2 aku ingatkan allergic.Tapi takkan lah allergic kat muka je.Selalunya allergic ni melibatkan kulit badan sekali.So far badqn aku xkena pulak. Sebab dqh terlalu lama masih belum sembuh jadi aku pun buat keputusan untuk berjumpa doktor pakar di HKL. Mula2 pergi ke klinik kesihatan atau mana2 klinik swasta.Dapatkan surat rujukan untuk berjumpa doktor pakar selepas pemeriksaan doktor.Tapi makesure yang korang memang benar2 perlukan rawatan pakar kulit. Misalnya kulit korang terbakar ke.Jerawat teruk yang tak terkawal ke.Eczema ke.Kalau swtakat seketui jerawat kecik jangan lah ngada2 nak jumpa pakar kulit lak. Ni disertakan contoh surat rujukan doktor.                      Kompleks pakar HKL Surat rujukan doktor Klinik dermatologi

Terapi diri

Image
Assalamualaikum Sihat semua.Harap semua sihat2, gembira dan  bahagia disamping kawan dan orang2 tercinta. Macam mana life korang? Sibuk? Memenatkan? Atau membosankan? Pasti korang semua ada cerita tersendiri disebalik roda roda kehidupan yang korang jalani.betul tak? Macam itu juga dengan aku.Kadang2 rasa sangat letih.Kosong! Lepas tu mulalah pikir balik.Untuk apa semua ni? Untuk hidup yang sementara? Yang tak pernah dapat memuaskan kita? Bila kita 'blank' dan mulai bertanya balik. Apa sebenarnya tujuan kita hidup? Manusia memang perlukan rehat.Kadang mesti nak escape dari rutin yang berulang2 dan membosankan. So that why kena ada hobby.Pengisisan jiwa. Rohani dan jasmani.Ada orang suka bersukan untuk release stress. Ada pula suka window shopping. Tak payah ceritala kalau yang jenis pendapatannya juta2 tu.Mungkin dia release stress dengan melancong merata dunia, beli barangan mewah, beli benda2 pelik yang orang lain x mampu nak beli macam dia. Tapi untuk rakyat marhaen yang sed...

Cikgu,papa kirim salam

Image
Assalamualaikum ,hai semua Semoga semua pembaca blog syifa sihat walafiat Al kisah petang tadi Syifa tertengok slot drama baharu TV3 lakonan Liyana Jasmay. Tajuknya agak catchy dipendengaran ' Cikgu, papa kirim salam'. Macam komedi romantik je tajuknya kan.Tapi Syifa pon tak sure genre nya . Comel pula tgk si Liyana Jasmay ni jd cikgu Maklumat tentang drama ni  Tajuk drama- Cikgu, papa kirim salam Mula ditayangkan- 2 Mac 2019 Hari tanyangan- setiap sabtu dan ahad Waktu tayangan- 7.00 malam Slot tayangan: slot dahlia Pelakon: Amar Asyraf,Liyana jasmay,rania humaira,zee zainal,shasha raman,aprena manrose dlln. Penerbit: orangetree production sdn bhd Selamat menonton.

Salah ke saiz XS?

Image
Salam , Semoga sihat sentiasa Kali ni nak story sikit pasal beberapa insiden yang menyebabkan diri ini berfikir dan bermenung sendirian. Terkadang rasa lucu, tapi terkadang rasa janggal pulak. Untuk yang bertubuh 'Renek' dan 'kurang inci' tu tentu faham masalah yang melanda diri ini. Hahaha, masalahnya tak ada lah sebesar mana, mengalahkan masalah dunia! Kalau pasal mencari saiz pakaian, mungkin tak ada masalah sangat.Saiz kasut? apalah sangat, rata-rata kedai kasut yang ada kat Malaysia ini masih lagi menawarkan kasut bersaiz kecil dan stylo. Cuma, terkadang masalah tu muncul dari diri sendiri.Masalah kurang keyakinan diri! Hahaha. Nak bergaya pun terkadang kena pikirkan bentuk tubuh dan ketinggian yang dimiliki.Kadang bila dah terover  konpiden, ada pula insiden-insiden yang tiba2 menjengah dan menyebabkan low self esteem tu! Fuh! Al-kisah yang terjadi... KISAH 1 Aku dengan Hubby aku, baru pindah .Kami naik lif untuk ke rumah kami.Tiba- tiba ada satu keluarga ni masuk...

Semangat Pejuang

Image
Assalamualaikum Dari filem Paskal yang meletop di pawagam kini muncul pula Leftenan Zana dalam sebuah slot tayangan drama di TV3  mengingatkan aku kepada arwah datuk dari sebelah ibu. Sebagai cucu sulong dari keluarga sebelah ibu tentunya aku agak rapat dengan arwah datuk.Terdetik rindu mengenangkan beliau apatah lg tatkala menonton drama atau filem berkenaan parajurit negara. Bertuahnya aku kedua2 datuk dari sebelah ayah dan ibu adalah tentera darat malaysia. Menariknya tidak pula salah seorang ibu atau ayahku mewarisi darah kepahlawanan itu.Tetapi tetap ada bapa saudaraku yang mewarisi pekerjaan itu. Adik iparku juga seorang tentera.Hm, tak hairanlah agaknya sikap tegas dan disiplin itu sedikit sebanyak ada dlm diri aku. Sempena memperingati arwah datuk  aku titipkan entri ini semoga jasa mereka dapat di kenang dlm menjaga keamanan negara. Tahniah kepada pejuang sekalian.Tahniah juga kepada warga perfileman yg telah menceritakan smula tentang perjuangan mereka melalui suatu ...

Professional ke?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim.. Pertama sekali selalu nak ingatkan diri sendiri yg aku cuma hamba ,bukan sesiapa atas muka bumi ini. Social media memang sangat2 berkuasa di akhir akhir zaman ini.Maka social media influencer pon apa kurangnyakan. Populariti kadang2 mengalahkan celebrity. Upsss.. Kang cakap lebih2 kang kata kita ni dengki.Tak ada la sayang2 sekalian.Tak kuasa i nak dengki2. Apa yang menarik perhatian i baru2 n sejak dua tiga menjak ni adalah gelagat si polan si polan yang mempunyai kredibiliti, integriti dan sepatutnya memiliki personaliti yg konon mencerminkan membawa watak profesionalisme masing2. Kadang kita ni kagum.ya lah awak tu pendidikan dan tahap tinggi tapi kenapa nak berperwatakan tak sma macam tahap pendidikan yg dibawa? Sibuk sakan bersocial media ,membawang , dan terkadang watak yg dibawa tu tak mencermin kredebiliti awak. Ye sy tahu awak tu niat baik nak sebarkan ilmu, untuk masyarakat kan.tapi perlu ke memfitnah dan menambah garam dan aj...