Kampung People menghiburkan!
Assalamualaikum w.b.t Cuti sekolah ni anak-anak kita buat apa? Cuti persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.Tak lama lagi,ibu dan anak-anak termasuklah bapak-bapak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak, betul tak? Apa aktiviti ibu bapa bersama anak-anak sepanjang cuti persekolahan ni? Ada yang membawa anak melancong, berjalan-jalan, beriadah, berekreasi bersama keluarga, bersukan, berhibur menonton wayang, balik ke kampung halaman berjumpa sanak saudara mengerat silaturrahim, tak kurang juga yang melatih anak-anak membuat kerja rumah..Bagus, anda memang ibubapa yang cemerlang! Baru -baru ni aku ada menonton rancangan tv yang berkonsep kekeluargaan di TV3. Walaupun pada aku jalan ceritanya macam ada yang tak masuk akal, tapi ada sesuatu yang menarik pada pandanganku. Kampung People. Drama yang ditayangkan setiap Rabu sehingga Jumaat jam 9 malam, di Slot Lestari TV3 menggeletek hati.Drama yang diterbitkan oleh Kl Motion Picture ini memang sangat memenuhi konsep hiburan kekeluargaan...