Posts

Showing posts from February, 2019

Salah ke saiz XS?

Image
Salam , Semoga sihat sentiasa Kali ni nak story sikit pasal beberapa insiden yang menyebabkan diri ini berfikir dan bermenung sendirian. Terkadang rasa lucu, tapi terkadang rasa janggal pulak. Untuk yang bertubuh 'Renek' dan 'kurang inci' tu tentu faham masalah yang melanda diri ini. Hahaha, masalahnya tak ada lah sebesar mana, mengalahkan masalah dunia! Kalau pasal mencari saiz pakaian, mungkin tak ada masalah sangat.Saiz kasut? apalah sangat, rata-rata kedai kasut yang ada kat Malaysia ini masih lagi menawarkan kasut bersaiz kecil dan stylo. Cuma, terkadang masalah tu muncul dari diri sendiri.Masalah kurang keyakinan diri! Hahaha. Nak bergaya pun terkadang kena pikirkan bentuk tubuh dan ketinggian yang dimiliki.Kadang bila dah terover  konpiden, ada pula insiden-insiden yang tiba2 menjengah dan menyebabkan low self esteem tu! Fuh! Al-kisah yang terjadi... KISAH 1 Aku dengan Hubby aku, baru pindah .Kami naik lif untuk ke rumah kami.Tiba- tiba ada satu keluarga ni masuk...

Semangat Pejuang

Image
Assalamualaikum Dari filem Paskal yang meletop di pawagam kini muncul pula Leftenan Zana dalam sebuah slot tayangan drama di TV3  mengingatkan aku kepada arwah datuk dari sebelah ibu. Sebagai cucu sulong dari keluarga sebelah ibu tentunya aku agak rapat dengan arwah datuk.Terdetik rindu mengenangkan beliau apatah lg tatkala menonton drama atau filem berkenaan parajurit negara. Bertuahnya aku kedua2 datuk dari sebelah ayah dan ibu adalah tentera darat malaysia. Menariknya tidak pula salah seorang ibu atau ayahku mewarisi darah kepahlawanan itu.Tetapi tetap ada bapa saudaraku yang mewarisi pekerjaan itu. Adik iparku juga seorang tentera.Hm, tak hairanlah agaknya sikap tegas dan disiplin itu sedikit sebanyak ada dlm diri aku. Sempena memperingati arwah datuk  aku titipkan entri ini semoga jasa mereka dapat di kenang dlm menjaga keamanan negara. Tahniah kepada pejuang sekalian.Tahniah juga kepada warga perfileman yg telah menceritakan smula tentang perjuangan mereka melalui suatu ...

Professional ke?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim.. Pertama sekali selalu nak ingatkan diri sendiri yg aku cuma hamba ,bukan sesiapa atas muka bumi ini. Social media memang sangat2 berkuasa di akhir akhir zaman ini.Maka social media influencer pon apa kurangnyakan. Populariti kadang2 mengalahkan celebrity. Upsss.. Kang cakap lebih2 kang kata kita ni dengki.Tak ada la sayang2 sekalian.Tak kuasa i nak dengki2. Apa yang menarik perhatian i baru2 n sejak dua tiga menjak ni adalah gelagat si polan si polan yang mempunyai kredibiliti, integriti dan sepatutnya memiliki personaliti yg konon mencerminkan membawa watak profesionalisme masing2. Kadang kita ni kagum.ya lah awak tu pendidikan dan tahap tinggi tapi kenapa nak berperwatakan tak sma macam tahap pendidikan yg dibawa? Sibuk sakan bersocial media ,membawang , dan terkadang watak yg dibawa tu tak mencermin kredebiliti awak. Ye sy tahu awak tu niat baik nak sebarkan ilmu, untuk masyarakat kan.tapi perlu ke memfitnah dan menambah garam dan aj...