Sabar ~**

Salam semua Blogger yang sudi jengok Blog ni lagi.

Rasa lama tak update Blog ni. Sebenarnya perasaan berkecamuk.Dugaan datang lagi.Mungkin Allah memang nak I jadi orang yang betul2 penyabar sebab tu DIA menguji hambanya ini berkali-kali.Tak pernah henti.

Ada orang, bila diuji ,akan bercerita situ sini, post FB, update status sana-sini, ada orang cukuplah baginya mendiamkan diri.Baik mengadu pada yang menguji.Mohon diringankan dugaan yang diberi.Hm, manusia..biasalah , mesti diuji.

Apa pun, I anggap dugaan itu semua untuk menjadikan manusia lebih dekat padaNYA.Sentiasa beringat padaNYA.Memang DIA nak suruh I jadi hamba yang sentiasa bersabar dan berdoa pada DIA la tu..

Biarpun punca kesalahan tu daripada kecuaian dan kealpaan makhluk yang bergelar manusia, namun ralat tetap jadi makin hebat.Akibat kecuaian dan sikap sambil lewa itu jugalah yang menyebabkan kami-kami ini teraniaya.Kami bukannya gelojoh, bukan tak reti sabar tapi kami dah lama bersabar. Kami diam tak bererti kami tak ambil peduli, tak bererti kami takut, tak bererti kami rela diperlakukan apa sahaja.

Kami pun ada perasaan jugak.Jangan sampai kami bangkit dan bersuara.Masa itulah akan bergegar semua. Masa itulah kamu2 baru nak buka mata.Alasan demi alasan diberikan pada kami ni.Kami bukannya bodoh.Kami juga ada perasaan, ada harapan, ada impian.

Geram betul dengan spesis manusia-manusia macam ini yang tak pernah nak ambil kira dan fikir pasal orang lain. Nak jaga periuk nasik sendiri dan susur galur dia sahaja.Kalau dah tanggungjawab awak tu, buatlah dengan ikhlas dan jalankan sebaik-baiknya. Jangan sampai menindas orang yang tak bersalah, jangan sampai ada yang teraniaya.

Jangan sampai ada yang bercerai-berai.Jangan sampai ada anak yang tak kenal mak bapak, Jangan sampai ada laki dah tak kenal bini sendiri.Sekian terima kasih.


*Konon tak nak mengadu kat orang tapi yang pi taip jugak kat sini buat apa?

Comments

  1. bawa bersabarye... hehe sabar itu separuh daripada iman...

    ReplyDelete
  2. bawa bersabarye... hehe sabar itu separuh daripada iman...

    ReplyDelete
  3. hihi... iye... blognye bagus sangat!

    ReplyDelete
  4. Hihihi...semoga ceria2 selalu yer.
    Yana Singgah sambil follow + klik nuff Sensodyne (^^,)

    Regards,
    Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  5. Kau singgah di sini sebentar saja... singah sebentar saja... ewah.. BW sambil nyanyi heheheh... backlink sampai sini erkk... sipanjangkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Kau singgah di sini sebentar saja... singah sebentar saja... ewah.. BW sambil nyanyi heheheh... backlink sampai sini erkk... sipanjangkata.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh