Surat dari Neraka
Assalamualaikum WBT kepada seluruh anak cucu Adam.
Warkah ini aku titipkan buat tatapan dan renungan kamu sekalian anak cucu cicit Adam agar menjadi Pedoman untuk kamu dikemudian hari!!! dan bacalah ia dengan penuh keinsafan agar ia meresap di dada, dan kekal menjadi peringatan buatmu.
Wahai Manusia!!!
Bangkitlah kamu dari tidur-tidurmu..Sekarang terimalah pembalasanmu. Inilah imbuhan kepada apa yang telah kamu kerjakan.Maka sesungguhnya tidaklah bagi kamu apa yang kamu perolehi ini melainkan daripada apa yang telah kamu kerjakan ketika kamu hidup di muka bumi ciptaanku.Setiap amalan dari sekecil-kecil zarah debu sehinggalah sebesar-besar kuman akan diberi perhitungan.
Dan di atas titian Sirat akan menentukan amalan amalanmu.Barangsiapa yang melepasinya maka akan berbahagialah ia,dan seandainya sebaliknya bersiap-sedialah kamu dengan azabnya.
Telah disebutkan di dalam Al-Qur’an tentang Al-Mizan..dimana timbangan segala amalan kebaikan dan amalan kejahatan akan disukat.Jika timbangan kebaikanmu baik ia adalah sekecil-kecil kuman, lebih berat berbanding timbangan kejahatan yang kamu lakukan ,maka berlegalah kamu.Namun jika sebaliknya yang berlaku bersiap sedialah kamu dengan pembalasan setimpal yang bakal kamu perolehi.
Dan ingatlah kamu ,sesungguhnya azab yang akan kamu terima seandainya kamu termasuk di dalam golongan penghuni neraka itu adalah amat dasyatnya. Tidak tertanggung oleh kamu keperitannya, tidak akan terlepas setiap dari kamu dari menanggungnya kecuali bagi orang-orang mukmin yang mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA.Dan telah di sebutkan di dalam Al-Qur’an tentang kewujudan neraka Jahanam itu yang maha Dasyat.
Wahai manusia!!!
Takutlah kamu dengan neraka Jahannam..kerana di sini bahawa sesungguhnya adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Sesungguhnya bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dan pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung kamu di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung pula disebelah hadapan muka kamu, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakangmu. Dan kamu (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan berlutut serta memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami!!”
Telah diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Wahai Manusia!!
Tahukah kamu akan luasnya neraka itu?
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu ! yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum neraka Jahanam itu nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya dek kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan bahawa sehelai daripada baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati seluruh penduduk bumi dek kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebutkan di dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair bukit itu sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.Masya-Allah betapa tinggi kekuasaan-NYA!
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat itu tersiksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang berada di hujung timurnya kerana tersangatlah panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah besi,logam panas, dan minumannya adalah dari air panas yang dicampur nanah dan lendiran yang kotor lagi menjijikkan, dan pakaiannya pula adalah daripada potongan-potongan api yang menyala.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu itu ada bahagiannya yang tertentu untuk orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawab malaikat Jibrail: “Tidak, tetapi pintunya selalu terbuka, Setiap satu adalah lebih panas daripada yang lainnya,dari pintu ke pintu adalah jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”
Tanya Rasulullah s.a.w : “Siapakah penduduk pintu masing-masing?”
Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya adalah neraka Al-Hawiyah.
Pintu kedua adalah tempat orang-orang musyrikin bernama neraka Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in yang bernama neraka Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama neraka Ladha.Manakala
Pintu kelima pula untuk orang yahudi bernama neraka Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama neraka Sa’eir.”
Pintu kelima pula untuk orang yahudi bernama neraka Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama neraka Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”
Jawab malaikat Jibrail: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sehingga mati pun belum sempat untuk bertaubat.”
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”
Jawab malaikat Jibrail: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Wahai Manusia!!
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak akan dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-NYA.Tidak takutkah kamu dengan pembalasan dari tuhanmu?
Ingatkah kamu akan peristiwa Israk dan Mikraj?Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam AL-Qur’anul Karim.Telah di bawa Rasullullah s.a.w ke langit lalu dipertontonkan akannya azab-azab di neraka.Dan betapa kebanyakkan penghuni neraka itu adalah daripada kaum Hawa.
Rasullullah s.a.w telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan diatas segala perbuatan yang telah dilakukannya ketika dia berada di dunia. Dan antaranya adalah;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih pula otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ketika di dunia dia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang akan dirinya,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas itu dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya perempuan itu ketika hayatnya,amat suka menyakiti suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah Zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia ketika hayatnya telah ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa keizinan daripada suami yang menikahinya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka yang panas menyala itu; maka bahawa sesungguhnya dia telah keluar rumah tanpa keizinan daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung sambil dia memakan daging tubuhnya dan api neraka yang panas itu dinyala-nyalakan di bawahnya; maka bahawa sesungguhnya dia telah memperhiasi tubuhnya untuk orang lain dan tiada pula dia memperhiasi dirinya untuk tontonan suaminya sendiri.
Dan adapun perempuan yang tergantung lalu ditambat pula oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya lalu ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala jengking berbisa .Dan kala jengking serta ular itu itu memakan akan dagingnya dan menghisap akan darahnya; bahawa sesungguhnya dia ketika di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub ,haid mahupun nifas lalu ketika hayatnya dia gemar pula meringan-ringankan solat.
Dan adapun perempuan yang tergantung dalam keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. Ketika hayatnya dia telah melakukan zina dan kemudiannya memperakui anak yang dikandungnya itu sebagai benih daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat gemar mengadu-ngadu,menjadi batu api dan amat gemar berdusta serta melaga-laga.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api yang panas membara masuk ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya dia sangat suka mengungkit pemberian dan pertolongan orang dan banyak dengki mendengki dengan kelebihan yang dimiliki orang lain.
Justeru,tidak takutkah kamu wahai kaum Hawa,akan janji-janji tuhanmu?Tidak gentarkah kamu berhadapan dengan azab-azabnya?.Jauhilah diri daripada kemurkaan-NYA.Sentiasalah mencari Redha suami, kerana bahawa sesungguhnya bagi seorang wanita itu,syurganya adalah suami.
Dan Allah SWT pernah berfirman; maka apabila seseorang wanita bergelar isteri itu mentaati suaminya, melayani suaminya selagi sang suami tidak menyuruhnya melanggar ketaataannya kepada Allah, serta sentiasa mendapat keredhaan daripada suaminya…janji syurga adalah buatnya.
Wahai manusia!!!
Tahukah kamu,dan adapun laki-laki yang akan dijanjikan neraka itu?dan mereka-mereka itu adalah; seorang ayah.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke dalam neraka.
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,dan apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang yang alim (solat tidak bertangguh,puasa tidak pernah tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam api neraka.
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya pula dibiar melencong dari ajaran Islam.....Maka, tunggulah akan mereka itu tarikan daripada adiknya di akhirat kelak.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan daripada ibunya di neraka kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan dalam membimbing mereka.
Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat:“Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.”
Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis yang dilaknat.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”
Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”
Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”
Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”
Setelah sekalian ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas bersegeralah kita kembali ke pangkal jalan ,seandainya nafas sudah berhenti maka segala-galanya sudah tidak berguna lagi.
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.
Apakah masih belum jelas padamu akan balasan syurga dan neraka itu? Maka apakah masih kamu belum sedar akan segala janji-janji-NYA itu adalah benar.Sekiranya kamu adalah dari kalangan yang takut akan kemurkaan-NYA maka marilah kita bersama-sama berdoa agar tidak akan termasuk ke dalam golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam yang amat dasyat lagi menggerunkan itu??
Yang Benar,
…………………………..
(Sahabat yang memperingati)
allahuakbar.. subhanallah.. terima kasih akan perkongsian yang bagus ni..
ReplyDeleteyou know, my hand tgh 'ketar' masa taip komen ni.. ps/folow sini
allahuakbar.. subhanallah.. terima kasih akan perkongsian yang bagus ni..
ReplyDeleteyou know, my hand tgh 'ketar' masa taip komen ni.. ps/folow sini
Nice sharing :)
ReplyDelete