Posts

Showing posts from January, 2015

Viola ke Violin?

Image
Okey ..hari ni cikgu jadi cikgu muzik pulak (eh tetibe jek~ ) Jom kenali jenis2 peralatan muzik ye kawan2.Ha..tak nak citer pepanjang lebar.Tau sangat korang tu bukannya suka nak baca tulisan panjang lebar kan?Jadi bior ceghu tunjuk gambo jer lah ye.Pepandailah korang pahamkan. Jadi, Viola ke, Violin? Haa..korang semua kan pandai.Violin/Viola ni alat muzik kategori mana eh? Pandai!!!! string familylah..bertali. Violin lebih kecik saiznya berbanding Viola/Biola.Jadi, jangan salah alat muzik lak ye? Ha.Apa bezanya? Ada yang menyangka Viola dan Violin ni sama.Sebenarnya berbeza.Hm,kenapa ek tetibe jer citer pasal Viola n Violin ni.Al kisah, adik bongsu kesayangan I baru je masuk kelas muzik, n suppose to play Viola.But, there's no size that suitable for her, n lastly she choose to play Violin! Ha, jangan tak tahu, alat muzik Violin n Viola ni bukan boleh suka2 beli je.Pastu main.Kenalah ukur baju di badan sendiri.Kalau dah tangan awak tu ketot dan pendek, tak ada saiz janganlah beli V...

Bagaimanakah Kedudukan Kewangan Anda?

Image
Sumber rujukan Maklumat: AKPK

Sekolah Seni Malaysia

Image
Seni secara tidak langsung mencerminkan budaya,identiti serta ketamadunan sesebuah negara.  Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan merupakan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Setiap negara mempunyai budaya dan identiti tersendiri yang menggambarkan keunikan masing-masing.Setiap negara maju bersetuju bahawa penekanan kepada pemeliharaan kesenian dan kebudayaan  akan mengekalkan keunikan dan identiti tersendiri bagi negara itu.  Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program tersebut berjalan sendirian di sekolah-sekolah sahaja. Seni, seperti juga program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan dan latihan.  Sekolah Seni Serawak, Sekolah Seni Johor, Sekolah Seni K Lumpur Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di persada antarabangsa adalah satu tuntu...

Liebster Award

Image
Ada cik Adik ni Tag I lah. Katanya Libster Awards.I pun tak tahu natang pekebenda tu.Tapi tak apela.Hari ni bermurah hati nak jawab Question yang bebanyak tu.Actually cik adik ni la yang TAG I tu:   Kemma Cimot  (haa..nanti kau!!)~~* just joking.   Ini pulak syarat2nya: - Mention the person who nominated with link -Answer the questions -Nominate other blogger -Create the questions -Notify your nominate Ni soklan yang diberikan cik Hikma kita ni: 1. apakah perasaan anda bila anda ditag oleh saya hehehe ?     Bengang giler..(hehe gurau)~~ tak  ada perasaan. 2. mesti ada crush kat sesiapa kan ? haa siapakah dia tu ?     My Hubby 3. teka teki : describe hari ini dalam lima huruf     Havoc 4. adakah anda solat penuh semalam ??????? Yup! Of Course!! 5. anda rasa soalan-soalan saya mengaibkan anda ? haha jawab dengan jujur ye Not at all 6. last song you listened to  Beribu Sesalan by Jacklyn Victor, Ning Baizura and Sheila A...

Persidangan Parlimen Belia

Image
Bagi sesiapa yang tak tahu, Hari ini  berlangsungnya Persidangan Parlimen Belia Malaysia. Ini merupakan langkah Kementerian Belia  dan Sukan dalam mengetengahkan suara dan pandangan Belia ke peringkat yang lebih tinggi, selain  mampu merangsang pembangunan belia terutama daripada segi kepimpinan dan keusahawanan. Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia, Mei lepas. Dalam persidangan ini, ahli parlimen belia akan membahaskan tentang usul yang dibentangkan demi kepentingan belia masa hadapan.Ketika ini Ahli Parlimen sedang bersidang di Dewan Rakyat. Berikut sedikit sebanyak info tentang Parlimen Belia:   Matlamat Penubuhan Kriteria Ahli Jawatankuasa terlibat Ahli PBM Haah..kalau you all nak tahu lagi tentang parlimen Belia ni, bolehlah pergi ke : Website Parlimen Belia ( http://www.parlimenbelia.gov.my/ ) Facebook Parlimen Belia ( https:...

Surat dari Neraka

Image
Assalamualaikum WBT  kepada seluruh anak cucu Adam. Warkah ini aku titipkan buat tatapan dan renungan kamu sekalian anak cucu cicit Adam agar menjadi Pedoman untuk kamu dikemudian hari!!! dan bacalah ia dengan penuh keinsafan agar ia meresap di dada, dan kekal menjadi peringatan buatmu. Wahai Manusia!!! Bangkitlah kamu dari tidur-tidurmu..Sekarang terimalah pembalasanmu. Inilah imbuhan kepada apa yang telah kamu kerjakan.Maka sesungguhnya tidaklah bagi kamu apa yang kamu perolehi ini melainkan daripada apa yang telah kamu kerjakan ketika kamu hidup di muka bumi ciptaanku.Setiap amalan dari sekecil-kecil zarah debu sehinggalah sebesar-besar kuman akan diberi perhitungan. Dan di atas titian Sirat akan menentukan amalan amalanmu.Barangsiapa yang melepasinya maka akan berbahagialah ia,dan seandainya sebaliknya bersiap-sedialah kamu dengan azabnya.     Telah disebutkan di dalam Al-Qur’an tentang Al-Mizan..dimana timbangan segala amalan kebaikan dan amalan kejahatan akan disuka...

Menggelabah Itik, Ayam terbang

Image
Okey..Tajuk tu tak berkaitan k? Ni kejadian malam semalam jugak.After officially dapat Lesen, My Hubby ngada2 suh I yang drive balik dari tengok wayang.So, walaupun macam tak berapa konfiden nak drive mlm2 buta gitu, I pun terimalah cabaran my hubby tu.. Itu pun time my hubby tetibe berhenti n turun dari kereta kat tepi jalan. Minta tukar tempat duduk n suruh I drive balik rumah.Biar betul laki I nih? (Time tu pikir gitu la) Jadi i pun drivela..Elok2 gitu.Sambil My Hubby kejap2 membebel.Itu tak kena ini tak kena. Dia takut sangat ..kikiki.Lepas tu dia dah boleh rileks sikit.Hah duk diam2 kat sebelah tu. Tapi kejap je.Pas tu dia bagi arahan.Masuk line tengahlah, side tepilah.I pun ikutkan aje..Steady je bawak. Tetibe masa dekat simpang empat, depan trafik light, lampu merah.Kena berhenti.Time lampu Hijau nak gerak, entah kenapa I gelabah semacam. Kereta tak gerak2. Kereta belakang dah hon dua tiga kali. Last2 depa potong. My hubby dah bebel2 suh tekan minyak kuat sikit.Tapi kereta takna...

Review Taken 3

Image
Okeyh. Malam semalam I dengan hubby pergi tengok Taken 3. Citer dia best ke tak? Hm.. Bagi I biasa-biasa saja.Maybe sebab I dah terbiasa tengok Action Movie  & Plot cerita ni dah dapat dijangka dalam Kepala Otak I ni.Sebenarnya, I lebih suka cerita yang plotnya membuatkan penonton tertanya2, keliru, dan ada twist ending. Tapi okeylah daripada tak ada..kan?? Hm, di awal cerita dah dihidangkan dengan adengan cemas apabila seorang akauntan sebuah syarikat diculik dari rumahnya sendiri oleh Malakov dan gengnya. Tujuannya untuk mendapatkan wang yang kononnya menjadi miliknya. Tapi si bos, iaitu majikan kepada si akauntan yang menjadi kambing hitam (tak pasal2 kena tembak) dalam cerita ni dah melarikan diri. Babak seterusnya mengenai watak utama cerita ini iaitu Bryan Mills yang  ingin membuat kejutan harijadi anaknya yang sudah belajar di kolej dengan menghadiahkan seekor panda gergasi. Perjalanan cerita menjadi lebih menarik apabila bekas isteri Mills mati dibunuh dan dia tela...

Welcome 2015 !!

Image
Assalamualaikum W.B.T .. Walaupun hari ni dah 06 Januari 2015 rasanya masih belum terlewat untuk I mengucapkan selamat datang  tahun baru 2015. Munculnya Tahun Baru membawa seribu satu pengertian pada Individu.Ada yang memasang hajat dan azam bersempena dengan kunjungan tahun baru, tak kurang juga yang muhasabah diri bersempena dengan kemunculannya. Menjelang ketibaan tahun baru, bererti meningkatnya umur, status, dan tak kurang juga pertambahan tanggungjawab.Bagi yang baru mendirikan rumahtangga  tahun baru menandakan bertambahnya tanggungjawab dari single kepada berpasangan, dari berpasangan kepada beranak pinak, bercucu-cicit. Ada juga dari berstatus pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, IPT dan masuk ke alam pekerjaan, alam persaraan. Dari perspektif I sendiri tentunya kemunculan tahun baru ini diharapkan membawa seribu satu pengalaman baru dan peningkatan dalam pencapaian baik dari sudut peribadi mahu pun  umum. Azam? Setiap orang pasti ada 'List to do' or 'Lis...