Cekodok itam vs. cekodok puith.
Korang suka makan cekodok? Cekodok versi mana.Yang itam manis ke yang putih? Yang itam tu bukan hangus, tapi itulah cekodok pisang.Yang putih tu cucur kodok ikan bilis +bawang.
Sedappp..cicah dengan sos.Lagi sedap.Bayangkan macam makan KFC.Kah,kah,kah!!
Ada orang suka cucur kodok pisang.Ada suka cucur ikan bilis.Ada gak yang suka dua2.
Senyumannya melebar tatkala mendengarkan cerita mamanya.Dia dan cekodok itam memang tak boleh dipisahkan.Tetapi sejak diperkenalkan kepada cekodok putih, Icha macam tak boleh nak berpisah dengan cekodok putih lagi.Pagi petang siang malam dia cuma nakkan cekodok putih.Dia bukannya sengaja nak beralih kasih, tapi apa nak buat.Sedangkan pantai lagikan berubah..inikan pula manusia biasa!
Mama dan papanya naik rimas dengan perangai baru Icha itu.Bimbang dengan perangai anak perempuan tunggal mereka yang serba tak kena pada pandangan mata mereka.Mana tidaknya..tiba-tiba sahaja angau dengan cekodok putih.Tak pernah jemu dengan cekodok putih.Sedangkan mama yang melihat pun rasa muak dan nak termuntah inikan pula papa!
“Icha!”
Icha menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.Dia cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Kelopak matanya membesar.Bagus, lelaki itu menepati janjinya!
“Kau bawa tak apa yang aku nak?”
“Kau ni tak menyabar-nyabarlah Icha!
“Cepatlah.Kau ni terhegeh-hegehlah.macam perempuan!”
“Habis kau tu, gelojoh macam jantan!”
“Kurang-kurangnya kalau aku jadi perempuan pun beruntung ..pandai masak berbanding kau tu jadi jantan..apa yang kau pandai? melalak?”
“Kau ni kannn!!!” Icha menampar-nampar susuk tubuh di depannya itu.
Grrrrrrr! Geram betul! Tak habis-habis nak kutuk dia macam jantan.Suka hati dialah nak jadi macam jantan ke perempuan.Kalau ada pilihan jadi pondan..agaknya elok lagi dia pilih untuk jadi pondan!
“Eii sakitlah.Kau ni..tak padan dengan perempuan.Kau makan apa ha? makan besi ke?”
‘Sakit betul penangan Icha.Baru kena penampar dekat badan.Kalau kena tampar dekat muka.. pengsan aku agaknya!’
“Mananye..cekodok aku?”
pandai awak mengarang cerita ek. teruskan! gud job! :)
ReplyDeletepandai awak mengarang cerita ek. teruskan! gud job! :)
ReplyDeleterasa nya dua2 cekodok pon suka :)
ReplyDeletekita tak kisah,janji ada rasa,n dia ranggup..
ReplyDeleteBESTNYAAAA >< ni first time saya tertarik baca cerita dekar blog . hihik nnti ada crita baru gtau ehhh ^^
ReplyDeleteBESTNYAAAA >< ni first time saya tertarik baca cerita dekar blog . hihik nnti ada crita baru gtau ehhh ^^
ReplyDeleteCukup kreatif.... harap dapat berkarya dengan ideas yang banyak lagi... best best best
ReplyDeletekreatf... hehe
ReplyDelete