MeRdeKa!!
Yess!! dah Abis Final Exam.Ini bererti tamatlah sudah perjalanan beta dalam menuntut Ilmu di peringkat Sarjana Muda.Ada rezeki nanti, beta sambung Master dan PHD pula. (Angan-angan melambung tinggi..fuhh).Hari ni paper terakhir Numerical Method. Hah,kau ada??.Lega betul lepas jawab soalan tadi. Terasa ringan samuanya.Otak beta juga dah ringan.Hihi..
Inilah MATLAB Programming untuk subjek Numerical Method I.
Ni lah sample soklan Numerical Method .
Tak sabarnya nak jumpa Mr. Hubby tercinta.Semestinya jugak jumpa parents dan parents in law di KL sana. JB-KL empat tahun setengah aku mengharunginya. Alhamdulillah.. KL.Tunggu beta datang!
Esok Maulidur Rasul.Mr.Hubby kata nak datang ambil.Barang beta banyak oo.empat tahun peram.Nasib parents dah datang Ahad lepas ambil separuh dalam MPV.Kalau tak.Mana nak muat kereta Mr. Hubby nak sumbat semua tu.Ingat apa? sotong sumbat?
Ramai students yang dah balik.Mana taknye.Ini minggu terakhir peperiksaan yang berlangsung selama 3 minggu.Buat apa nak bertapa lama-lama dalam UTM ni kalau dah abis exam kan? So UTM agak lengang. Tak dapatlah Mr. Hubby nak cuci mata lebih -lebih tengok aweks UTM.kiki.Jahat beta.Rutin beta hari ini macam biasa.Lepak di kolej, sekali sekala menjenguk ke bilik member, makan di kafe.Bosan pulak.
Yang pernah belajar di UTM mesti kenal Kafe ni kan2X?
Yang pernah belajar di UTM mesti kenal Kafe ni kan2X?
Surat-surat dan permohonan kerja semua beta dah hantar siap-siap.Beta tak mahu mengganggur lepas tamat belajar.Jadi, beta buat persiapan awal.Send permohonan kerja dan resume kepada tempat-tempat yang beta jangkakan ada potensi untuk ambil beta bekerja.Al-maklumlah, beta pun bukannya muda lagi..Jadi persiapan itu PASTI.
Owh..Rumet beta? Dah balik awal-awal lagi.Beliau orang Melaka.Lagi pun exam beliau habis awal berbanding beta..Jadi, dah balik kampunglah..Privacy sikit beta nak gayut telefon lama-lama dengan Mr. Hubby.
Comments
Post a Comment