Halaman

Sabtu, 27 Disember 2014

HOMEOPATHY DR. ZAINUDIN

Penat mencuba pelbagai rawatan di hospital? Penyakit belum tentu sembuh? Terdapat pelbagai rawatan Alternatif lain yang boleh diusahakan.Ingat.Allah tidak menguji hamba-hambanya dengan beban yang tak mampu digalasnya.Ujian Allah bersesuaian dengan kemampuan hambanya.Apa kata anda cuba dapatkan rawatan kaedah Homeopathy?Kaedah yang tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan, dan tiada suntikan mahupun pembedahan!


Samuel Hahnemann


Homeopathy bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.Ia adalah satu kaedah rawatan yang bermula kira-kira amalan 200 tahun lalu di Jerman. Samuel Hahnemann mendapati ia berkembang dengan pesat di Eropah dan seluruh dunia. homeopathy adalah berbeza dalam hampir semua aspek perubatan "rasmi" iaitu perubatan konvensional barat.

Prinsip utama ‘rawatan penyembuhan’ ini adalah :

MERAWAT PENYAKIT / PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANG SERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR)

Di mana ‘Pengambilan jumlah yang besar sesuatu penawar menimbulkan gejala penyakit kepada golongan sihat, tapi pada masa yang sama pengambilan di dalam dos yang kecil secara berterusan oleh si pesakit pula boleh menyembuhkan gejala penyakit yang sama.

Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih.

 Di dalam kaedah perubatan homeopathy , penawar ini boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama!


homeopati


Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya!

Dengan pengunaan"dos yang sangat kecil" dalam istilah homeopathy, mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan.

Di Homeopathy Dr. Zainudin, beliau menyediakan rawatan Homeopathy untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah rawatan untuk patah tulang, dan masalah lain.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan atau pertama kali ingin mencuba rawatan ini, 
boleh hubungi ditalian:

03-61858676
Homeopathy Dr Zainudin
No.21 
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda 
Batu Caves
K.L


Rujukan :
Gasparin J; Institut Homeopàtic de Catalunya, Barcelona,Revista de Enfermeria (Barcelona, Spain) [2005, 28(3):9-15]
http://nursyifa.info/homeopathy/homrumah.html


Khamis, 25 Disember 2014

Tuhan, Jagakan Dia

FAHMI Khairi melibas-libas parangnya ke batang Pokok Pisang di kebun milik bapanya.Tingkahnya tak ubah seperti orang gila.Habis ditebasnya batang Pisang itu. Tidak puas dengan itu, batang Tebu di hujung kebun pula dikerjakannya.Fahmi Khairi seolah histeria.Fikirannya benar-benar kacau dengan berita yang baru sahaja diterima olehnya.Berita itu benar-benar telah mengganggunya, memandu fikiran di luar sedarnya.

Dia benar-benar kecewa.Namun bila dikenang- kenang, apalah nilainya kecewa bagi seorang remaja hingusan sepertinya.Fahmi Khairi meraung dengan sekuat-kuat hatinya. Melepaskan segala kemarahan yang semakin beraja di sanubarinya.Raungannya bergema di segenap tanah kebun yang sekangkang kera itu.Menakutkan ungas-unggas yang berterbangan, menggentarkan sang penghuni rimba berhampiran.

Tiba-tiba sahaja dia seperti hendak menangis sekuat hatinya.Dia mahu melalak semahu-mahunya.Tiada lagi perasaan malu yang menyelubunginya.Di kebun ini waktu ini,kelelakiannya seolah ditelanjangkan di hadapan ungas-ungas yang berterbangan, cengkerik yang bersahutan,dan serangga hutan yang berkeliaran.Air mata kelelakiannya mengalir membasahi wajah.

Dia menangis! Itulah pertama kali Fahmi Khairi menitiskan air matanya kerana seorang perempuan.Dia melempar pandangannya ke pondok tempat dia dan Damia Aqila sering bergurau senda bersama.Pondok itu dibina ayahnya untuk dijadikan tempat berteduh dan berehat setelah penat berkebun.Di situ jugalah tempat mereka berbual bersama-sama seisi keluarga..< sambungan> 


Khamis, 18 Disember 2014

Love Bite

Hm.. actually I bukan penggemar manisan.Tapi kalau sesekali hendakkan pencuci mulut mestilah kena cari jugak.

Kali ni nak cerita pasal Love Bite. tengok gambar kek yang cute2 macam sayang je nak makan. Bagi korang yang duduk dekat KL yang nak buat tempahan kek ,coklat atau pun cookies and dessert bolehlah contact No hp pemilik Love Bite ni HP: 0173940272  -Puan Fadhlina.

Hah, yang ada planning nak kahwin ke, tunang ke, majlis harijadi ke, ulangtahun perkahwinan ke, Akikah anak atau nak tempah dessert, kuih muih untuk jamuan bolehlah contact no di atas dan nego dengan tuan punya hasil kerja tu.Beliau juga terima tempahan memasak makanan seperti kuih muih tradisional dan masakan barat.

Pilihla design kek ,perisa, jenis kek dan saiz kek yang you all nak.Lepas tu send picture ke, dekat Love Bite tu.Nanti maybe boleh bincang lain dengan dia.Okey, enjoy cuci mata!
cuci mata sikit dengan gambar2 cute daripada Love Bite ni:



2kg Fruit Cakes RM250
Fully Fondant


2kg RM230 

1 kg butter cake with full decoration RM 55

1 kg RM150
fully fondant
 6 inc 700 gm only rm65..coming with fresh fruits...
8 inc 1300 kg only rm 150.00

Black forest cake
Blackforest cake 1kg RM 65

Fondant cake
1 kg RM150
fully fondant

Tiramisu ice cream

Tiramisu Ice cream cake RM75 - 9 inc

wedding cake
Wedding Cake- Price & Design
Based on kg & customer choices

Pink Fondant cupcakes
 set 16 pcs RM100
fully fondant
Purple Fondant cupcake

RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

Orange Fondant cupcake
 set 16 pcs RM100
fully fondant

Pinky Fondant cupcake
16 pcs RM40
 25 pcs RM60
Mix Butter cream



 set 16 pcs RM100
fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

Orange Love fondant

2kg - RM230
fully fondant

 set 25 pcs RM160
fully fondant

 set 16 pcs RM100
fully fondant

RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant


RM 80 = 12 per set
                                                                       fully fondant

 set 16 pcs RM100
fully fondant


Set Love RM 20 
Assorted flavour


15 pcs RM 27


35 pcs asst choc preline = RM 50
 Pelbagai perisa pilihan.


untuk oder di semenanjung RM18.00 untuk 0-3kg yang pertama dan RM3.00 ditambah mengikut berat selebihnya..dan sabah sarawak adalah RM45.00 untuk 0-5kg yang pertama dan tambahan RM5.00 untuk berat tambahan selebihnya.


Choc Lolipop 

Fancy cookies
4 inc = RM1.70each
rm2.50 each with edible image
2 inc = RM 1.00 each
with 2 flavour chocolate or butter cookies


Chocolate bar for wedding souvenir!


Macaroon


    Coming with clear packing each RM 1.50


Lokasi Love Bite ini:


p/s: Harga di atas mungkin boleh dirunding.Nak tahu selanjutnya untuk tempahan call Love Bite sendiri yer?



Rabu, 17 Disember 2014

Salam Perkenalan (Taaruf By NKNDY)

Okey, frankly speaking.. I ni memang baru je join jadi blogger.So maaplah bebanyak ye kalau sebelum ni ada yang tag2 I ke ajak join segmen ke kalau I buat dont know je.Bukan apa..I cakap tadi. I newbie.Banyak bende tak taw lah kan.So Bila tak taw maka malas pulak tu, jadi buat dont know je la...sorry okey.

Kalau yang simple2 tu bleh la diusahakan tapi kalau rasa cam leceh je..sorrylah.tak join.
K Panjang lak bebel.Ni baru je tadi Cik NKNDY tag I. I mane ler taw bebenda tag2 ni. Pekebenda tuh. Ha nampak tak betapa jakunnya? macam baru keluar gua!

Oleh sebab Cik Bunga Sakura Pula ada tunjuk contoh kat blog dia, maka I pun joinlah segmen TAARUF by NKNDY nih.

Okey ni jawapan pada soalan u tu k?

1 . Your name as in IC

You juz can call me Syifa.

2 . Was born on

Friday, 1986

3 . Hobby

Reading,writing, cooking etc.

4 . Since when you make your blog ?

2014

5 . How many blog do you have ?

1st  Blog

7 . Your favorite surah in quran ?

Al-Kahfi, Al- Mulk, Al-Rahman,Al-Waqiah (easy to remember)

8 . Why that surah be your favorite ?

As I state above and it does have great impact in my life.

9. Are you don't mind to answer my question ?

Nope

10 . Can u comment / critic about my blog ?

Juz a nice & warming heart blog



Awas! Jaga harta! Peragut Merata-rata!

Okey Al kisah..walaupun korang tak berapa nak kisah..

Pada minggu lepas, hari Rabu ke Selasa, I tak berapa nak ingat..My Mother in law pergi bank in duit. Dia dengan father in law I  naik kete.Tak perasan entah sejak bila ada orang laki ikut. Bila sampai lampu isyarat dekat simpang depan sekolah, tiba-tiba ada mat motor ni pecahkan cermin dan tarik handbag mother in law I.

Kurang asam punya peragut! Dahlah pecah cermin tingkap kete orang, curik harta orang pulak!
Dalam situasi panik tu my mother in law tarik kuat2 handbag dia.And father in law I sempat tolong tarik.Dah tahu tak berjaya ragut.. dia pun pecut motor laju2 .Blah!

Memang dasyat orang sekarang ni.Sebab duit sanggup buat macam2.Mujur mother in law I tak apa2.Cedera luka sikit sebab terkena serpihan kaca je.

I syak mesti dia dah aim awal2 sejak daripada bank lagi.Memang super duper nekadlah peragut tu.Walaupun kiri kanan ada banyak kete, dia berjaya juga buat percubaan ragut tu.Tak kira tempat!

Bahaya siot dunia sekarang ni!

Kesimpulannya para wanita, hati2 lah.Golongan macam ni memang suka cari peluang dan suka ambil kesempatan terhadap golongan lemah!


Pada Hari khamis lepas juga, Atuk kepada hubby I meninggal.Jadi Jumaat lepas kami sekeluarga telah menghadiri majlis pengkebumiannya.Beliau di kuburkan di tanah perkuburan Changkat selepas solat Jumaat.Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Gombak.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..


Masjid As syakirin ,Gombak


Selasa, 16 Disember 2014

Cekodok itam vs. cekodok puith.


Hm, kalau petang-petang makan cucur kodok pisang panas2 sedap jugak sambil layan drama kat tv.
Korang suka makan cekodok? Cekodok versi mana.Yang itam manis ke yang putih? Yang itam tu bukan hangus, tapi itulah cekodok pisang.Yang putih tu cucur kodok ikan bilis +bawang.

Sedappp..cicah dengan sos.Lagi sedap.Bayangkan macam makan KFC.Kah,kah,kah!!
Ada orang suka cucur kodok pisang.Ada suka cucur ikan bilis.Ada gak yang suka dua2.


Senyumannya melebar tatkala mendengarkan cerita mamanya.Dia dan cekodok itam memang tak boleh dipisahkan.Tetapi sejak diperkenalkan kepada cekodok putih, Icha macam tak boleh nak berpisah dengan cekodok putih lagi.Pagi petang siang malam dia cuma nakkan cekodok putih.Dia bukannya sengaja nak beralih kasih, tapi apa nak buat.Sedangkan pantai lagikan berubah..inikan pula manusia biasa!

Mama dan papanya naik rimas dengan perangai baru Icha itu.Bimbang dengan perangai anak perempuan tunggal mereka yang serba tak kena pada pandangan mata mereka.Mana tidaknya..tiba-tiba sahaja angau dengan cekodok putih.Tak pernah jemu dengan cekodok putih.Sedangkan mama yang melihat pun rasa muak dan nak termuntah inikan pula papa!

CEKODOK


“Icha!”

Icha menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.Dia cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Kelopak matanya membesar.Bagus, lelaki itu menepati janjinya!


“Kau bawa tak apa yang aku nak?”

“Kau ni tak menyabar-nyabarlah Icha!

“Cepatlah.Kau ni terhegeh-hegehlah.macam perempuan!”

“Habis kau tu, gelojoh macam jantan!”

“Kurang-kurangnya kalau aku jadi perempuan pun beruntung ..pandai masak berbanding kau tu jadi jantan..apa yang kau pandai? melalak?”

“Kau ni kannn!!!” Icha menampar-nampar susuk tubuh di depannya itu.

Grrrrrrr! Geram betul! Tak habis-habis nak kutuk dia macam jantan.Suka hati dialah nak jadi macam jantan ke perempuan.Kalau ada pilihan jadi pondan..agaknya elok lagi dia pilih untuk jadi pondan!

“Eii sakitlah.Kau ni..tak padan dengan perempuan.Kau makan apa ha? makan besi ke?”

‘Sakit betul penangan Icha.Baru kena penampar dekat badan.Kalau kena tampar dekat muka.. pengsan aku agaknya!’

“Mananye..cekodok aku?”

Ahad, 14 Disember 2014

Snek Kegemaran Legend

Dulu masa kecik2 ayah I selalu belikan benda alah ni.Korang kenal tak apa kebendanya ni?

Tora dan Ding Dang
ingat tak?


Yelah, dulu manalah mak pak I ada duit nak belikan mainan bebanyak.Nak hari2 lak tu .Jadi alkisahnya bapak I selalu beli benda alah ni untuk I. Ada lagi satu tak salah dulu I panggil 'aladdin' dia dalam bungkusan plastik saja.Babu roti selalu jual.

Bukannya nak makan isi dalamnya sangat pun..nak mainan je lebih.Bila dapat je kotak benda nih cepat2 buka tengok dapat mainan apa.Kalau bertuah dapatlah mainan yang diidamkan.Kalau tak pun tetap seronok jugak dapat mainan.Kikiki

Sekarang budak2 tak pandang dah mainan cam gini sebab dah ada gadget2 yang lagi mahal dan menyeronokkan pada dia orang.Ada games..bagai.

Korang pulak? apa agaknya snek kegemaran korang dulu2 ye?

Yang Tak masuk di Akal vs.Masuk Akal?


Pernah tak korang tengah masak-masak dekat dapur..lepas tu mak korang tegur korang :
JANGAN menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.”
Pastu korang pun tertanya-tanya apa relevennya, menyanyi dalam dapur dengan kawen dengan orang tua? Tak masuk di akal?

Pastu mak korang masak ayam, dalam banyak2 bahagian ayam yang mak korang goreng berempah tu, korang nak jugak pilih pedal ayam!

Mak korang startlah membebel " Makan pedal ayam, nanti mengantuk masa bersanding."

Kat sini ada banyak lagi pantang larang orang tua yang kekadang bila kita dengar rasa macam, eh apa kaitannya? Cam tipu je pantang larang nih semua???

I Dah buatkan List spesial  Untuk you all:

1# Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul. 

Apa kena mengena duduk atas bantal dengan bisul lak kan? Setahu I lah kan, kalau duduk atas kusyen tu pun kira macam bantallah jugak.Tak bisul lak punggung duduk atas kusyen tu?
Sebenarnya, kalau ikut fakta,Bisul terjadi disebabkan oleh kuman yang dipanggil Staphylococcus aureus.Kuman akan masuk ke dalam tubuh melalui kelenjar peluh,kelenjar minyak atau akar rambut  dan seterusnya menyerang kawasan tersebut.

Jadi √† relevannya tak boleh duduk atas bantal sebab, bantal lazimnya dibawa tidur.Terdapat banyak peluh melekat sewaktu tidur dan pastinya banyak bakteria dan kuman di situ.Pointnya adalah,mak-mak dan nenek-nenek kita tak tegur direct, dia berkias “Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.”
Nampak tak indahnya cara orang dulu-dulu berbahasa?Menegur secara berhemah bukannya buat khemah. 
Lagi pun kalau korang duduk atas bantal tu nanti korang kentut pening pulak kepala orang yang tidur atas tu bau gas beracun korang yang terperangkap dalam tu.

2 # Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan (lelaki)

Orang lelaki ni special kes sikit.Dia kalau dah tak tahan kat mana-mana je boleh menyiram! Suburlah pokok-pokok bunga yang kena siram tu.Dapat baja free.
Tapi mak-mak kita, atok-atok kita selalu pesan “Jangan kencing atas busut, nanti buruk kemaluan.”

Kenapa agaknya? Ha..korang taukan Busut biasanya terdapat dekat mana? Dekat hutan,,dekat kebun habitat semulajadinya!
Tau dekat hutan ada apa? Banyak..yang boleh ‘nampak’ dan ‘tak boleh nampak’.Ha..jadi agak2 la kalau nak menyiram pun! Karang korang pancut merata, tersembur dekat muka dia.Tak ke bengang dia? Bukan takat manusia je marah kalau kencing korang tersembur dekat diaorang ..’dia’ pun boleh naik hantu!

4# Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 


Kalau dah anak duk tidur berguling-guling atas padang, bukan takat emak je mati..selera mak mertua nak buat menantu pun  mati! Iyelah.Tak senonoh, banyak2 tempat boleh baring..tengah2 padang jugak nak buat posing maut ala-ala atas katil.Superman ada, gaya primadona ada, gaya singa terlepas kandang pun ada!

Kau ingat padang tu  bilik tidur rumah korang, nak berkuak lentang bagai? Mak sendiri makan hati tengok perangai buruk lantak korang tu , apatah lagi makwe/ pakwe korang sendiri.Patah hati!


5 # Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 

Ya Allah..kau pun dalam banyak2 tempat nak duduk, buntut lesung batu tu jugak nak dijadikan alas duduk! Memanglah berkudis bontot korang! Dahlah benda tu guna tumbuk sambal, tumbuk bawang, bagai..kau buat tempat duduk pulak.
Pedih bontot korang baru tahu!


6 # Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 

 Ni aku tak jelas sangatlah.Tapi aku rasa (bersiul yang dimaksudkan tu, bersiul kuat2)
Pernah tak tengok orang panggil ular guna seruling tu? Ha, kalau rumah korang jenis rumah rendah yang duduk atas tanah tu, memangla tak digalakkan bersiul kuat.nanti bukan takat ular, segala macam benda nak masuk rumah korang.Yelah, ingatkan korang nak mengorat ‘mereka’!

macam dalam filem hindustan ..ke tamil ek?

Pantang larang

   Hai..korang panggil aku ke?


Hah, sampai situ je aku ulas.Yang lain2 tu pepandailah korang pikir ikut akal cerdik korang tu? 
Kalau nak tahu lagi senarai pantang larang orang tua dulu-dulu tengok bawah ni.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan 

  •  Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 
  •  Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 
  •  Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang. 
  •  Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h. 
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. 
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 
  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
  •  Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
  •  Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 
  •  Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 



Pantang Larang Ketika Makan 

  •  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 
  •  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 
  •  Makan mencangkung, payah dapat rezeki. 
  • Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 
  • Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 
  • Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut. 
  • Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 
  • Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 
  • Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 
  • Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 
  • Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 
  • Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 
  • Makan sisa anak, anak akan degil. 
  • Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 


Pantang Larang Ke Atas Lelaki 

  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. 
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 



Pantang Larang Ketika Duduk 
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
  • Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang. 
  • Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki. 
  • Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 
  • Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.