Posts

Country Fresh Goat's Milk.

Image
Hai you all semua.. Ha..nak tanya ni? you all penah minum susu kambing x? Macam mana rasa dia, sedap x? Sebenarnya kan, I x pernah minum pun susu kambing.Yela, selalu yang banyak jual kat pasaraya pun susu lembu je, yer dak? Hmm.. al kisah.. I ada terbaca dalam sebuah komen thread kat satu ruangan forum ni, kata dalam rancangan tanyalah ustaz, salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat adalah minum susu kambing. Tak salah mencuba kan? No harm pun.. So gigihlah I pujuk my hubby pergi cari dekat pasaraya.Siap request nak yang ada perisa lagi tu u all. Konon nak perisa strawberry , jagung , coklat bagai. Macam susu lembu tuu..  ha..canggini.tapi ni susu lembu... Kami pun mencari di bahagian minuman.Cari punya cari tak jumpa.Belek punya belek.Semua susu lembu aje. Last2 mata I tertangkap pada satu botol kecil warna putih.Tudung botol merah. Ha.. canggini. Putih bersih kan? Frust sekejap.Tarik muka. My Hubby pun pandang je.Kami berdua jadi patung keras kejap kat depan freezer tu.Orang ya...

Alhamdulillah..Allah sayang kamu!!

Image
30 tahun kaji agama, sami peluk Islam Begitulah heading sebuah akhbar bertarikh 7 April.Mengenai seorang sami buddha yang akhirnya menemui petunjuk dari Allah untuk memeluk Islam setelah 30 tahun menghabiskan masa untuk mengkaji Islam. Menurut akhbar tersebut, sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam. Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna. Syukurlah, di usia 66 tahun dia akhirnya memeluk Islam. Tapi, bukan ni yang I nak highlightkan hari ini.Di bawah ni sebenarnya. Sekalung tahniah juga ingin I hadiahkan pada seorang lagi Saudara baru yang juga merupakan kenalan I .Beliau yang dikenali sebagai Kevin , kini memilih nama Islam Khalil Hussein.Di usia menjangkau 30 tahun, beliau  yang berbangsa Cina kini secara rasminya memilih Islam menggantikan agama nenek moyang beliau. Beliau adalah antara orang-or...

Yang Pelik & Yang Jelik? (viral di FB)

Image
Maybe tajuk ni macam pelik pada penglihatan or pendengaran korang, tapi paham2 je lah ye. Ok firstly, I nak mohon maap bebanyak kalau entry I kali ni Mengguris hati2 orang2 yang berkenaan ni, or peminat2 depa, sahabat handai atau rakan2 terdekat.Ni bukan bertujuan nak mengaibkan orang. Ni nak ingatkan diri sendiri & orang lain agar tak buat benda yang sama. Firstly, korang2 tentu ada tengok berita2 yang keluar melalui FB & dihangat2kan oleh orang ramai baru2 ni berkenaan dengan adengan2 yang 'CUN' & tak 'CUN' dalam ABPH 2015 Ahad baru2 ni kan? Ada yang HOT dan jadi Viral kat lama sosial lagi tu! So, apa pandangan korang? Ada yang JELIK? OR PELIK? Antara yang mengusik 'JIWA' I : Anda kenal pelawak dan penyampai radio  Era FM ini? (1) Semua sedia maklum Pelawak ini telah mengungguli ketegori  Penyampai Radio Lelaki Popular di  ABPH 2015. Rata-rata media sibuk memperkatakan dan mempersoal tindakan beliau mencium isterinya (cium bibir hokey) dikhalayak ...

Review Filem Run all Night

Image
Macam biasa.I memang suka layan Action movie dan tentunya filem Inggeris. Knp Action movie? dan kenapa mesti filem Inggeris? Okey, bukannya I tak appreciate filem tempatan, tapi jarang sangat rasanya ada filem tempatan yang keluarkan filem aksi yang mampu tarik perhatian I. Kebanyakan hasil tangan tempatan adalah filem cinta, lawak dan komedi, seram, dan kalau ada pun filem aksi, tak kena dengan selera I. Bukan apa, filem aksi yang dihasilkan macam kurang 'kaw' dan mesej serta pembawakannya  kurang menyentuh sanubari. Memanglah filem inggeris ni garapannya bukannya 'senonoh' sangat pun.Kadang2  banyak jugak yang tak sesuai dipertontonkan.Tapi tak tahu kenapa mesejnya lebih  'menyentuh' sanubari.Terkesan. Sehingga semua mesej 'buruk' yg terselit dalam filem tu boleh 'pejam mata' je .Langsung tak tinggal dalam kepala (pendapat peribadi). Contohnya, dalam filem ni.Awal2 lagi dah dihidangkan dengan lakonan di mana seorang budak lelaki berkulit hitam ...

Gantung Gambar makhluk bernyawa dalam rumah : Malaikat Rahmat tak masuk?

Image
Baru2 ni ada terbaca dekat FB Hukum menggantung gambar makhluk bernyawa (samaada manusia / haiwan) menurut pandangan Islam. 1) Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang .TIDAK termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai roh seperti pokok2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam." Menurut pendapat pertama diatas ini juga,gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga AKAN MENYEBABKAN malaikat Rahmat TIDAK masuk ke dalam rumah. TETAPI gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar ma...

Sabar ~**

Salam semua Blogger yang sudi jengok Blog ni lagi. Rasa lama tak update Blog ni. Sebenarnya perasaan berkecamuk.Dugaan datang lagi.Mungkin Allah memang nak I jadi orang yang betul2 penyabar sebab tu DIA menguji hambanya ini berkali-kali.Tak pernah henti. Ada orang, bila diuji ,akan bercerita situ sini, post FB, update status sana-sini, ada orang cukuplah baginya mendiamkan diri.Baik mengadu pada yang menguji.Mohon diringankan dugaan yang diberi.Hm, manusia..biasalah , mesti diuji. Apa pun, I anggap dugaan itu semua untuk menjadikan manusia lebih dekat padaNYA.Sentiasa beringat padaNYA.Memang DIA nak suruh I jadi hamba yang sentiasa bersabar dan berdoa pada DIA la tu.. Biarpun punca kesalahan tu daripada kecuaian dan kealpaan makhluk yang bergelar manusia, namun ralat tetap jadi makin hebat.Akibat kecuaian dan sikap sambil lewa itu jugalah yang menyebabkan kami-kami ini teraniaya.Kami bukannya gelojoh, bukan tak reti sabar tapi kami dah lama bersabar. Kami diam tak bererti kami tak ambi...

Mengenangmu..Sempena 22 Febuari (Elvis Presley MALAYSIA)

Image
Kenalkah anda pada seraut wajah ini? Terngiang-ngiang Lirik Lagu dendangan Arwahyarham yang bertajuk "Balik Kampung' dicorong- corong radio tatkala Hari Raya menjelang tiba.Nyata tiap hasil Karya beliau seolah-olah 'Berhantu' kerana seringkali menjadi Hits dan kekal menjadi siulan ramai hinggalah ke hari ini. "Perjalanan jauh tak ku rasa Kerna hati ku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata Nun menghijau gunung ladang dan rimba Langit nan tinggi bertambah birunya Deru angin turut sama berlagu Semuanya bagaikan turut gembira Balik kampung oh oh…( 3X ) Hati girang Ho ho… Balik kampung (3X) Hati girang.." Siapakah disebalik empunya nama SUDIRMAN HAJI ARSHAD ini? Biodata Ringkas: Nama:  Dato' Sudirman bin Haji Arshad Tarikh Lahir : 25 May1954 Tempat Lahir: Temerloh, Pahang Kerjaya : Peguam,Komposer,penyanyi,penulis, pelukis kartun, pelakon, usahawan. Kejayaan :  M enjuarai Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau adalah...