Posts

Allergic & Sensitive Skin

Image
Hello you all.. Kali ni entri I pasal Skin atau dalam BM Kulit. Hm..al kisah pada hujung semester pengajian degree I dulu , kulit muka I tetiba je jadi macam kena panau.Tapi bukan panau. Macam iritasi.Masam dehidrasi pun ada jugak.Tapi I tak tau apa punca sebenarnya.Actually muka I tak ada masalah jerawat yang serius.Muka I bukan jenis berminyak.Jadi  memang kulit muka I tak banyak masalah. Cuma kali ni tetiba dapat masalah macam tu.Maybe I dah tua kot..(huu..sedih) Jadi I pun pergi pusat perubatan untuk dapatkan rawatan.Then doc pun bagi I satu krim ni, dan ubat makan. I pun pakailah krim tu..Tetibe je masalah kulit muka I jadi lagi serious. nasib tak gi kelas pakai purdah I nak pergi kelas pun malu sangat time tu tapi demi pelajaran I gagahkan juga.Yang peliknya kesan ubat tu menjadikan muka I macam melecur kepanasan.So I decide to stop.I tak pakai dah ubat yang doc bagi tu.Iyelah kan..sebelum melarat baik I stop. I buntu sampai nangis-nangis masa tu.Yelah,..muka elok2 tak ada ma...

Cinta atau Cita2 ?

Image
Hai..bloggers. Ingat tak lagu Adam AF dengan Farah ni? "Kita tak tahu antara dua Hala yang berbeza Kiri kau menjanjikan cinta Kanan menjanjikan kerjaya Oh yang mana… Kita tak tahu antara dua Pilihan yang nyata Sebelah hati inginkan cinta Sebelah lagi inginkan cita Agar hati membimbing kita Tahu antara dua..." Hokeyh..ape2 lah hai..tak ada pe pun sebenarnya nak cerita.Ni hah je nak tunjuk surat tawaran sambung belajar yang baru je sampai. So bagi adik2 kat luar yang ada masalah nak buat pertimbangan macam lagu kat atas tu.. nasihat  I nih..buatlah pilihan yang betul macam dalam lirik  kat bawah nih hokey? Takkan lari gunung dikejar Semoga diizinkan cinta Selesaikan yang dah bermula Sementara usia masih muda.. K bye! p/s: macam I ni yang dah tua2 ada lagi ke permasalahan cinta? 

Ustaz Ustazah 'mee segera'?

Image
Assalamualaikum.Salam sejahtera. Mungkin dah ada pun Bloggers yang buat entri pasal ni, tapi I tetap nak tulis jugak.Ni versi I pulak. Versi ni adalah dari sudut pandang I. Tak kesah la..kalau ada yang tak setuju atau tak berapa nak setuju.Pandangan masing2 kan.Kita negara demokrasi..bebas bersuara.Ada hak untuk bersuara. Seperti yang kita nampak hari ni..memang banyak program2 realiti yang melahirkan pelbagai bakat baru.Tak kurang jugak program realiti yang mencari pelapis dalam bidang keagamaan dan kerohanian.Contohnya, program macam Ustazah Pilihan, Pencetus Ummah, dan sebagainya. Eloklah..kan? Barulah ada konsep 'Ballancing' dekat situ.Mana boleh program hiburan je ada reality showkan? Macam dalam akaun pun kena ada debit dan kredit, dalam Falsafah Cina ada Ying Yang, dalam hidup ada susah ada senang, ada lelaki ada perempuan, ada Siang ada malam. Tapi bagus ke kewujudan ustaz dan ustazah segera ni? Macam 'Mee segera'? Terpulanglah pada penilaian individu.Pada I sen...

Cita-citaku menjadi..... ?

Image
Okeyh..salam Jumaat.Actually I memang suka hari Jumaat ni sebab I lahir dulu2 hari Jumaat. Baiklah entri kali ini pasal yang kat 'atas' tu.. Hm..ni sikit intro .. Ha..itu cita2 Tegar da.. Agak2 nye apa cita2 korang pulak? Dulu2 masa I sekolah rendahkan..I rasa bukan I sorang je pun..(semua mesti pernah alaminya) Cikgu selalu tanya, kamu nak jadi apa besar nanti? apa cita2 kamu? - masa tu mulalah sibuk nak pikir nak jadi apa yek? Hm oleh sebab keterbatasan oleh pendedahan tentang kerjaya..maka jawapan klise yang diterima rata2nya adalah.. Saya nak jadi DOKTOR,PEGUAM,CIKGU..Balik2 jawapan yang sama je budak2 ni bagi.Pada waktu itu seingat I dalam darjah lima..(ketika cikgu hendak isi fail rekod pelajar) I telah menjawab soalan Cikgu itu dengan sesuatu yang lain daripada yang lain? Cikgu: Apa cita-cita kamu? I: Nak jadi Guru (jawapan klise) Cikgu :Lagi ? I: Nak jadi Doktor (jugak klise) Cikgu :Pilihan ketiga? (Ada 3 kotak untuk diisi) I: Nak jadi Tukang Jahit. (Ni jawapan X klise)...

Aduhh..sukarnya 'memanusiakan' manusia..

Image
Salam..Hai U all..                                                     Keratan daripada cerita 'Happy Gost II' Terkadang perih juga menjadi guru di zaman mellenium ini. Bila guru bersuara dituduh mengeluh. Hakikatnya inilah cabaran 'memanusiakan manusia' di zaman ini.Hatta ada di antara ibubapa sendiri yang I percaya  turut terasa bahang cabaran  'memanusiakan manusia' ini. Pengalaman I sendiri (walaupun agak memalukan dan sehingga kini rasa diri memang tak berdosa ) I pernah ditampar seorang guru Matematik sewaktu dalam darjah 5 atau 6 (kurang ingat) Atas kesalahan tersalah buat latihan matematik, tersalah teknik menulis pengiraan dan jawapan..di depan semua murid di dalam kelas. Kerana tidak puas hati I cuba membela diri dan ditampar sekali lagi. Guru itu kemudiannya menuduh I mereka2 teknik jawapan/penulisan kira2 (tak berapa ingat) lalu memanggi...

Jangan Pandang sebelah mata

Image
Hai semua blogger.Salam sejahtera Gatal tangan sesangat  nak taip entri ni.Cerita ni masa zaman dulu-dulu.Masa tu I masih di sekolah menengah.Tak silap I dalam tingkatan 4. Waktu tu I dalam kelas aliran Sains Tulen.Kebetulannya I baru sahaja bertukar ke sekolah tersebut.Jadi, dalam banyak-banyak kejadian.. ada satu kejadian ni berlaku dalam kelas Matematik Tambahan. Ada seorang guru baru, masuk ke dalam kelas kami.Kononnya dia dulu daripada sebuah sekolah berprestasi tinggi swasta.Lagaknya macam Ayam Jaguh masuk gelanggang.Elok sahaja masuk ke kelas dia mula bercerita dan memandang para pelajar dalam kelas kami macam serba tak kena pada matanya. Tiba-tiba dia menceritakan kebanggaannya menjadi salah seorang ahli sekolah berprestasi tinggi dulu. Kemudian tak segan silu 'angkat bakul sendiri'  dan yang buat I sakit hati bila dia mula memandang rendah para pelajar yang memilih bidang sastera dan yang selainnya daripada bidang sains. Dengan penuh rasa bangga dia berkata, masa depa...

Genetik :Baka anak Genius?

Image
Salam mesra.Hi semua blogger.Harap sihat2 belaka.Yang sakit makan ubat cepat, jangan biar melarat, yang dah melarat ,buat2lah solat sunat taubat..takut tak sempat. Bismillahirahmanirrahim.. Betul ke, Genetik boleh mempengaruhi Intelektual (kecerdikan dan kecerdasan otak) anak-anak? Bermaksud, kalau nak anak bijak , kena pilih pasangan yang bijak2.Mak kena jadi bijak, hasil daripada baka bijak dan bapak jugak kena daripada baka bijak? Betul ke ni?? Maksudnya, kalau mak atau bapak  yang kurang cerdik atau dua2 mak dengan bapak memang langsung tak berapa nak cerdik, tak ada peluanglah nak hasilkan benih yang cerdik? tak ada peluang nak dapat waris yang high level intelektualnya? Adik Adi Putra-Genius Matematik Malaysia Menurut The California State Department of Education ,terdapat lima bidang pengkelasan utama untuk mengkategorikan seseorang kanak-kanak itu sebagai Genius ( berkebolehan luar biasa)  iaitu: 1.Keupayaan intelek yang tinggi. • Ini ditentukan oleh ujian IQ • Antara k...