Posts

Hemofilia

Image
Assalamualaikum.Terima Kasih masih sudi berkunjung ke sini.. Apa Itu Hemofilia? Hemofilia adalah satu penyakit yang terjadi akibat daripada gangguan pendarahan yang jarang berlaku di mana darah tidak membeku secara normal. Pesakit hemofilia, menderita kerana darah mereka sukar membeku selepas terluka atau mengalami kecederaan.Ia boleh melibatkan luka di bahagian luaran (kulit) dan juga menyebabkan penghidapnya mengalami pendarahan dalam badan (dalaman), terutama di lutut, pergelangan kaki, siku dan sendi. Pendarahan ini boleh merosakkan organ-organ dan tisu-tisu badan pesakit serta boleh mengancam nyawa. Hemofilia biasanya diwarisi. "Warisan" ertinya gangguan tersebut dipindahkan dari ibu bapa kepada anak melalui gen.Genetik ibubapa biasanya akan diwarisi oleh anak-anak.Melalui konsep pewarisan gen inilah penyakit ini tersebar kepada waris (anak). Individu yang dilahirkan dengan hemofilia mempunyai faktor pembekuan darah yang sedikit atau langsung tidak ada faktor pembekuan. ...

Merenung Awan

Image
Selamat hari Rabu semua! Suatu masa dulu,I ada satu hobi yang ganjil.Hobi I adalah merenung awan.Kenapa? Sebab awan itu Putih! awan itu menenangkan! awan itu megingatkan I tentang bertapa kerdilnya I sebagai manusia di bumi Allah ni. Awan.Bukan sesuatu yang asing pada umum.Lazimnya semua kenal pada bentuk awan yang putih menggebu macam gula-gula kapas.Kadang2 bentuknya seakan menggambarkan sesuatu.Bergantung kepada sejauh mana tingginya imaginasi orang yang memerhatikannya! Tahukah anda terdapat beberapa bentuk Awan yang seringkali boleh diperhatikan? Jum kita belajar sikit Meteorologi dekat sini: AWAN RENDAH     1) Cumulus   2) Cumulonimbus (3 lapisan )  3)Stratus   4) Stratocumulus AWAN PERTENGAHAN       5)Altocumulus 6)Altostratus                                                               ...

Kerana Mulut Badan Binasa..

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua bloggers yang kiut miut lagi comel2 blaka. Today's I tertarik nak cakap sikit pasal : "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa.." Selalu dengarkan? Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad) Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi) Nampak tak betapa bahayanya mulut (lidah)? Tapi I nak fokus sini berkenaan IMAN "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut IMAN binasa.." Macam mana tu? Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang : (Murtad Qauwli) 1) menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam dan hukum-hukum Islam. contoh: # "Apa hadith nabi? mana ada h...

Kahwin Muda :Pendapat Peribadi Saya

Image
Bismillahirahmanirrahim.. Gambar adalah hiasan semata-mata Okey,untuk entry kali ni I nak bercerita pasal kahwin di usia muda.Namanya pun pendapat Peribadikan, jadi..maybe pendapat I ni tak sama and setara dengan pendapat mereka-mereka di luar sana.Terpulang pada individu untuk menilai dan memberikan pandangan peribadi masing-masing.(I bukan sesiapa,bukan ahli agama, bukan bijak pandai-jadi sudut pandang I hanyalah sebagai orang biasa2) Terus-terang ,I memang tak ada pengalaman kahwin diusia muda ni.Sebab, I kahwin pun dalam usia yang menjangkau 27 Tahun.Jadi, mungkin pendapat I ni boleh atau maybe tak boleh digunapakai. Macam biasa, I menulis berdasarkan pengalaman, pengamatan sekeliling, dan sedikit pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah (Semua pun maklum..ilmu Allah ni seluas dan sedalam lautan) Apalah sangat nak dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan I yang seciput ni. I berkahwin sewaktu semester akhir pengajian I di universiti.Masih bergelar pelajar, tapi berkesempatan memikul...

Bersyukurlah..

Image
Assalamualaikum..Bloggers Kenapa tajuk macam tu ya?Hah ini sebenarnya ceritanya.. Al-kisah, pada Ahad lepas I dengan my hubby saja je gatal2 nak pergi Kompleks Selayang Mall. Walaupun actually jauh sikit la dari rumah I.Tak jauh manalah jugak pun..Macam biasalah my hubby jadi driver, and I lah passanger.Hihi.. So, nak dijadikan cerita, sewaktu nak masuk kat parking lot dia punyalah panjang kereta berderet-deret.Jadi We have to wait.Tunggu punya tunggu sampailah tetiba my hubby cakap "Eh,Sayang! cuba tengok tu? Mak budak tu, kecik aje!" I pun menoleh.Dari cermin kereta yang masih terkatup rapat jelas kelihatan seorang wanita yang kelihatannya lebih rendah daripada I.What? I ingatkan I paling rendah, rupanya ada lagi lagi ketot dari I.hihi.Tapi badannya berisi daripada I.Eh, tak nampak macam mak budak pun.I pandang dua tiga kali.Ada stroller baby dan ada seorang lagi wanita yang agak berusia berdiri disampingnya.Sah! ntah2 bukannya mak budak.Tu memang budak! "Mana? tu buda...

IQ dan EQ

Image
Hai semua.Salam sejahtera. Apa itu IQ dan apa itu EQ? Intelligence Quotient (IQ) adalah nilai yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk belajar, memahami, dan menggunakan maklumat dan kemahiran dalam cara yang bermakna. IQ adalah apa  kebolehan mental seseorang untuk mengukur: maklumat pemahaman. Kiranya IQ ini menggambarkan tahap kecerdikan kita.Tahap ukuran kegeniusan ataupun level pemikiran dan perkembangan minda kitalah.Nak test level IQ korang? <KLIK SINI> Howard Gardner telah memperkenalkan teori Lapan kecerdasan pelbagai yang dikenalpasti dalam diri seseorang. Setiap dari kita memiliki Kecerdasan yang pelbagai.Ada yang Interpersonal, dan verbal-linguistik. Ada pula yang Naturalistik dan bodily Kinestatik. 1 # Visual / Spatial - Melibatkan persepsi visual alam sekitar, keupayaan untuk mencipta dan memanipulasi imej mental, dan orientasi badan dalam ruang. 2# Verbal / Linguistik - Melibatkan membaca, menulis, bercakap, dan bertutur dalam bahasa sendiri atau asing. 3#Lo...

Tips Pengucapan Umum

Image
Hai, Assalamualaikum Bloggers! Pernah tak korang diberi tugasan untuk buat presentation / pembentangan di kelas? Pernah tak korang dikehendaki bercakap di depan ratusan atau ribuan khalayak? Bagaimana perasaan korang? Gemuruh? Takut? Nak terkencing? atau ada yang rasa macam nak terberak? Bagaimana nak mengatasi rasa gemuruh dan menjadi pembentang cemerlang?? Ini I nak kongsi sikit tips berguna untuk korang: 1) Pilih pakaian yang bersesuaian dan selesa dipakai. Kalau I la kan..Ini paling2 I utamakan.Yelah, kita nak bercakap depan ramai orang, penampilan kena jaga sebab semua mata tertumpu kepada kita.Cuba bayangkan kalau you nak buat ucapan di dewan terbuka, air cond dan kipas tak ada, you plak pakai kot ,dengan tali leher, dengan baju lengan panjang, baju dua tiga lapis, you selesa ke? Berpeluh2 bagai.Lainlah kalau dalam air cond, pakai sepuluh lapis pun tak apa! Hah,ini yang I gelarkan pokok krismas bergerak! JANGAN!! berpakaian macam nak pergi konsert rock-Kalau you all hadir membuat...