Posts

Showing posts from September, 2020

Pakej Percutian Penjawat Awam

Image
 Assalamualaikum w.b.t        Hye semua.Me harap semua sihat2 dan ceria bersama keluarga tercinta.Lama dah aktif socmed.Baru2 ni Me terscroll website tulia pasal tawaran pakej percutian selepas Pandermik Covid-19.Wah, menarik bunyinya kan? yang lebih menarik lagi ialah dapat pelepasan cukai !jom kita tengok macam mana tu?        Aquaria KLCC     Salah satu usaha Kerajaan melalui kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam untuk merancakkan kembali industri pelancongan negara dan membantu membangunkan kembali sektor perhotelan dan pelancongan di Malaysia selepas pandermik Covid-19 adalah dengan menawarkan inisiatif ...

Sedap ke Shell Out?

Image
 Assalamualaikum.. Bermula dari PKP sampailah waktu berpantang makim menjadi2 pulak penyakit 'shopping online' me. Asalnya sekali dua, lepas tu macam ketagihan pulak.Bukan setakat beli barang baby, barang basah seperti ikan,ayam,daging, toiletries sampailah ke makanan harian.Semua beli secara online. Yela masa PKP tu tengah sarat mengandung, malahan masa tu kena beratur untuk masuk pasaraya.mana larat nak bawa perut. Alternatifnya belian online jela. Tak sangka kegilaan shopping online tu merebak pantas.Bayangkan sebelum ni tak pernah install apps Food Panda dan GRAB.Tapi sekarang , dalam seminggu dalam 5,6 kali kot beli makanan melalui GRAB dan Food Panda. Tak sempat masak sebab balik kerja pon dah dekat jam 5.Lepas ambil baby mesti nak susukan baby dan tidurkan baby.Nak tidurkan baby pulak lama.Baby jenis nak bergayut je dekat mommynya. Memang letih.Hari ni nak cerita pasal menu di Restoran Shell Out yang baru me order melalui GRAB FOOD.Rancangan asal nk makan di restoran tap...

Masih relevankah Blog?

Image
 Assalamualaikum.. Lama rasanya tak menulis, sejak mengandung sampailah lepas bersalin, baru beberapa entry yang masuk dalam blog.Sibuknya berganda2 tambahan lepas ada anak seorang ni.Betullah kata orang Parenthood ni banyak cabarannya. Nak cari masa yang sesuai untuk menulis blog pon payah. Sebenarnya me masih tertanya tanya.Masih relevankah Blog sebagai medium dan platform penyampaian maklumat pada tahun 2020 ni? Al maklumlah dengan wujudnya pelbagai Platform yang lebih canggih seperti Instagram , Twitter, dan Tik Tok , Blog dan Facebook umpama ketinggalan zaman terutamanya bagi Gen Z. Muda mudi sekarang lebih gemarkan platform yang ringan dan santai berbanding media yang memerlukan mereka untuk menulis dan membaca.Sebab itulah bila time buat karangan semuanya fail! Banyak perkataan dan frasa yang tidak diketahui maksudnya. Bukan takat nak baca buku teks sekolah, baca petikan pendek dalam blog pun belum tentu mereka mahu.Eh, betul ke?Bukan nak pukul rata tapi hakikatnya itulah y...

Pengalaman bersalin Induce

Image
 Assalamualaikum w.b.t. Bermula bulan MAC ,Akibat covid 19 semua aktiviti di luar dihadkan dan masyarakat  diarah duduk dirumah menjalani PkP.Saat itu aku telah pun mengandung 7 bulan. Masa2 kujalani dengan berkurung di rumah.Tak seperti selalunya menjalani hari -hari dengan rutin pergi-balik kerja 8jam sehari dan memandu diatas jalan raya seawal 6 pagi - 4 petang. Selepas mengharung PKP gara2 Covid 19, dan segala kegusaran tentang prosedur bersalin musim pkp akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ilya Nabila. Alhamdulillah.. sekarang Baby Ilya dah masuk 4 bulan usianya. Kali ni aku nak ceritakan tentang pengalaman di induce ketika bersalin dalam musim PKP Covid 19. Pengalaman pertama bersalin, diinduce pula tu..memanglah takkan dapat dilupakan. Oh bagi yang baru ikut blog ni dan kenal aku, sebenarnya Baby Ilya Nabila ni adalah buah hati yang kami suami isteri nanti2 kan selama 7 tahun perkahwinan kami. Ilya Nabila merupakan baby IVF HKL. ya.Il...