Posts

Showing posts from April, 2018

Persediaan Temuduga SPP

Image
Assalamualaikum w.b.t Musim Temuduga datang lagi.Pasti berdebar-debar bagi calon yang menunggu tarikh panggilan temuduga itu kan? Berikut merupakan beberpata tips dan perkongsian bahan untuk yang bakal menduduki temuduga calon guru. 1) Tidur dan Rehat yang cukup Pastikan anda dapat tidur dan rehat yang mencukupi sehari sebelum tarikh temuduga.Tentu anda tak mahu anda tiba-tiba 'blank' atau  tertidur sewaktu menjawab soalan temuduga nanti bukan? 2) Kenal siapa majikan anda Buat ulangkaji latar belakang majikan anda, apa visi dan misi organisasi jabatan anda bakal berkhidmat, pegawai-pegawai penting diperingkat tertinggi jabatan anda, dan sedikit sejarah jabatan anda. 3) Persediaan yang cukup Jangan sekali-kali datang kosong! Kumpulkan ilmu di dada, buat kajian tentang skop kerja dan tanggungjawab yang bakal dipikul, latar belakang kerjaya yang bakal digalas, dan pengetahuan am yang berkaitan! 4) Berfikir di luar kotak Anda harus bersedia dengan soalan-soalan diluar lingkup bida...

BBM Matematik :Tingkatan 1 (Bab 5:Ungkapan Algebra)

Image
BBM ini boleh digunakan samaada di dalam kelas mahupun untuk dijadikan kerja rumah semasa cuti sekolah.Sekiranya anda hendak melakukan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah juga ianya bersesuaian untuk digunakan ketika sesi pdpc. Boleh dapatkan di Link di bawah: Algebra Lesson Algebra Lesson 2

KSSM

Image
KSSM iaitu singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah telah mula dilaksanakan di peringkat sekolah sejak tahun 2017 secara berperingkat-peringkat.Ia merujuk kepada transformasi kurikulum iaitu usaha menambah baik program pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.PPPM menekankan usaha untuk mencapai enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Transformasi yang dijalankan termasuklah menyusun semula dan menambah baik kandungan kurikulum agar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21dapat disalurkan kepada murid.Penekanan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, ...

Cetak Alamat di Sampul Surat

Image
Cikgu-cikgu selalu kena pos surat kepada ibubapa murid. Bukan itu sahaja, pekerja di pejabat pun kadang-kadang perlu mengepos surat, begitu jugak dengan bakal-bakal pengantin sibuk nak pos kad undangan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana nak mempermudahkan dan mempercepatkan proses pencetakan alamat di atas sampul surat? Bukannya tak nak guna tulisan tangan, tetapi kalau dicetak nampak lebih kemas, dan kelihatan eksklusif sikit, betul tak? Berikut disediakan teknik mencetak nama dan alamat di sampul surat dengan mudah.Tak perlulah anda hendak taip satu persatu. LANGKAH 1: Pastikan anda sudah mempunyai data maklumat dan alamat penerima surat/ kad/ dokumen yang anda hendak cetakkan di sampul surat anda.Data tersebut perlu diletakkan dalam fail Excel. Jika belum, maka anda perlu menaip data tersebut / import data ke dalam >> Excel.                                       (Maklumat di dalam ...

Blog ID

Image
Macammana nak dapatkan Blog ID untuk Blog Anda? Jangan risau, saya tunjukkan caranya di bawah: Langkah 1 : Log in akaun Blogger anda, terus pergi ke Dashboard. Ha, nampak tak yang dibulatkan MERAH tu? yang ada tulis blogID  itu lah Blog ID anda! Mudah kan? Selamat Berjaya!

Pemenang Birthday Giveaway November

Image
Alhambdulillah..dapat jugak cari Pemenang.Tahniah kepada yang terpilih jadi Pemenang Bloglist November 2017. Pertama sekali nak minta maaf banyak2 kerana terlalu lewat mengumumkan pemenang.Bukan disengajakan tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda. Berjuta2 maaf diucapkan. Nama-nama pemenang akan diumumkan tak lama lagi diharapkan peserta dapat bersabar, dan proses pengeposan dan menghubungi pemenang akan dibuat secara berperingkat-peringkat. 3 pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin.Nantikannya!

Disable Right Click dan Copy

Image
Berikut adalah cara untuk buat Kandungan Blog kita terlindung dari di Copy Paste sesuka hati oleh manusia tak bertanggungjawab.Contohnya kalau kita tak nak bagi orang copy Entry blog sesuka hati.Tapi kalau yang tak kisah tak payahlah gatal2 nak letak coding ni kat blog korang.Nanti korang jugak yang susah. Caranya ialah macam di bawah, saya kongsikan: Langkah 1: Log masuk ke akaun Blogger >> pergi ke Dashboard>> Klik Themes>> pilih butang Edit HTML Langkah 2 : Salin Code Di bawah dan Paste kan selepas <Head> dalam Coding Themes Template anda.                   dan masukkan code  di bawah sebelum code  ]]></b:skin>  dalam code Template                  Blog anda /*----- Disable Text Selection with CSS Code ------*/ .post blockquote { -webkit-user-select: text !important; -moz-user-select: text !important; -ms-user-select: text !important; user-select...

Tambah Butang Follow dan Dashboard

Image
Kadang-kadang, bila kita tukar2 template Blog Butang Follow dan Dashboard yang floating kat atas sekali tu hilang dari Blog kita.Perasan tak? Macam mana nak munculkan balik Butang tu ? Ini tipsnya: Langkah 1 : Log in Google Account anda Langkah 2: Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda. Pergi ke Dashboard .Anda akan dapati paparan seperti di bawah. Langkah 3: Pilih link Layout di sebelah kanan Paparan Skrin.Pilih Butang>> Add Gadget di Paparan Layout Langkah 4: Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu. Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code percuma di Internet. Langkah 5: Berikut disediakan code: Langkah 6: Copy Code di atas dan Paste pada kotak yang disediakan .JANGAN lupa tukar >>href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID= YOUR BLOG ID YOUR BLOG ID  perlu diganti dengan Blog ID ...

Memasang Cbox di Blog

Image
Kali ni nak ajar cara pasang CBox atau Shoutbox atau Comment Box di Blog anda.Ini adalah aplikasi tambahan untuk menarik pengunjung Blog dan juga memudahkan anda untuk memeriahkan lagi Traffic Blog . Langkah 1:Pergi ke Google dan Search Cbos atau Shoutbox atau sebarang aplikasi pilihan anda. Langkah 2:Perlu diingatkan, sebelum anda boleh menggunakan Cbox atau sebarang aplikasi di atas, anda terlebih dahulu perlu mendaftar akaun anda. Langkah 3: Pergi ke Themes editor untuk edit Theme (Tema warna, kedudukan, saiz tulisan dlln) Langkah 4: Setelah berpuas hati dengan paparan anda, Klik butang Publish di atas sekali.Copy Code yang diberikan Langkah 5 :Pergi ke Dashboard Blogger anda dan Pilih butang Layout. Langkah 6 : Klik Link Add Gadget >>Pilih HTML Langkah 7 : Paste code yang anda Copy tadi di dalam kotak disediakan dan save.Preview Blog anda. Semoga Berjaya!

HTML coding untuk Template Blog

Image
Hai kali ni nak ajar cara Edit Template Blog guna Coding, HTML/PHP/JAVASCRIP. Camane? Jom tengok Langkah 1 : Log in Google Account anda Langkah 2: Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda Anda akan dapati paparan seperti di bawah.Pilih butang HTML untuk menukar coding HTML untuk Templates anda. Langkah 3: Copy Code HTML template yang anda suka dan Paste kan di dalam Kotak yang tersedia itu. Langkah 4: Edit Code HTML template anda agar bersesuaian dengan citarasa anda.Boleh dapatkan Code Design Template percuma di Internet. Ini antara Link yang berikan anda Template percuma untuk Blogger: https://btemplates.com/ Langkah 5: Selepas berpuas hati, klik preview Blog anda dan klik save untuk Publish Template Blog anda yang baru. Selamat Berjaya!

Menukar Template Blog

Image
Hai Assalamualaikum   Selamat berhujung minggu Kita tepek kat sini cara-cara nak tukar template blog bagi yang baru hendak belajar berblogging. Yang dah lama blogging pun boleh tengok sini kalau lupa.Ok, Bell ringkaskan caranya seperti di bawah ni, Ok? Langkah 1: Log in Google Account anda Langkah 2: Pergi ke Akaun Blogger Anda.Atau search google >> https://www.blogger.com/url anda Anda akan dapati paparan seperti di bawah.Pilih butang Customize untuk memilih Blog Templates yang tersedia oleh Blogger Design. Langkah 3: Pilih Blog Templates yang tersedia oleh Blogger Design.Klik Themes yang anda suka. Langkah 4: Suaikan Pilihan Backgroud, Saiz, Font Tulisan di menu pilihan yang disediakan.- Langkah 5: Setelah selesai, Preview Blog anda.Jangan Lupa Klik butang SAVE Semoga Berjaya!