Posts

Showing posts from May, 2016

Cuti di Hari Jumaat

Assalamualaikum .. Huhu hahaha hihi.. Pagi2 lagi dah meroyan. Okey. Hari ni hari Jumaat. Patutnya hari ni ada Appoinment dgn doktor di Hospital tapi memandangkan Beberapa hari lagi dah nak puasa maka, My TTC Treatment tak dapatlah dijalankan mengikut penjadualan yang biasa. Rugi je I apply cuti awal2.Ingatkan boleh teruskan treatment. Tapi bila call hospital , dapat makluman yang tak boleh teruskan sebab bulan Puasa kan. Macam mana nak scan bagai kan? Batal puasa mak nanti oiiiii!! Okey2, disebabkan kita bercuti hari ni maka settle kan semua kerja2 rumah ni dulu sebelum kita  Outstation .Wahahah. Tapi sayangnya seawal jam 8.00 pagi officemate whatsapp pasal kerja. Hm..konfius plakkk. I ni sebenarnya cuti ke keje? Haiyakkkkkk.. tak berhenti sampai situ.. Officemates lain pulak call. lepas tu bos yang pergi kursus tu pulak call. Lepas tu baru beberapa minit sebelum I menaip entry ini I dapat whatsapp dan call lagi tanya pasal dokumen, pasal email, pasal invoice, dan sebut harga bla, ...

Sedap ke Avocado?

Image
Assalamualaikum.. Aku selalu scroll page member FB aku sorang ni dan ternampak dia post pasal Avocado. Aku ni 2x 3x tengok mulalah rasa tertanya2.Membuak-buak rasa tu. Sedap ke buah Avocado ni? Ada rasa manis2 mangga tak? sebab aku tengok isi Avocado ni macam lembut je..? Macam tembikai tak? berjus dan sedap..? Atau macam oren tak? masam2 manis? Ke macam rasa  sayur-sayuran? Aku konfius! Last week aku ke pasar. Giant je pon. Beli barang2 dapur. Sesambil topup bawang putih dengan bawang merah yang dah habis. Aku beli buah anggur sikit. Aku memang suka buah. Aku kalau dapat makan buah-buahan ..tak makan nasi pun tak apa! Aku ternampak buah Avocado! Aku teruja gila! Kecik tapi harga RM 3 sebijik!Aku pon terpikir.Nak cuba ke tak nak. Nak ke tak nak? Macam mana kalau buah Avocado tu tak sedap? Kelat? Tawar? Rugi je beli nanti. Siapa nak makan? laki aku? konpem dia tak nak! Aku pon belek2 buah tu. Licin kulitnya! teruja lagi. Tengok warna hijau dia macam best je. Aku pegang pastu cuba pi...

RAGAM KERJA DI OFFICE

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Sesak.Serabut.Annoying. Tu yang boleh aku gambarkan dengan perasaan aku. Aku jenis tak banyak cakap, tapi aku suka memerhati. Suka pendam dan bila nak meletup.. rasa macam nak  hantar bom 'HIROSHIMA'.Biar hancur semua!!! Banyak yang aku perhatikan ragam orang di sekeliling aku. Lebih tepat OFFICEMATE aku. Tapi aku rasa benda2 ni bukan terjadi dekat office aku sorang kot. Mana2 tempat kerja mesti ada jadi benda2 macam ni. Betul tak korang? (1) Penah tak, dalam organisasi korang ni ada spesis yang BAJET BAGUS. Bagi arahan ikut suka hati macam dia tu bos SUPER besar. Padahal dia tu level biasa2 je. Pastu kalau orang cakap 'NO' dia cannot accept. Macam seolah-olah apa yang dia nak tu kena say 'YES'  dan angguk2 je. Kira kena ikut je telunjuk dia semua. Bukan pendapat aku sorang je tau. Ni orang HR pon perasan benda ni. Dia sendiri cakap ada spesis ni 'BESAR KEPALA'  BAJET BAGUS.Kalau dah benda tu peraturan cakap 'TAK BOLEH' ta...

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SPP

Image
Salam, Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan  di bawah rahmat serta ketenangan . Pada 31 Mac 2016 , whatssapp group ISMP berduyun2 dimasuki mesej. I tetiba jadi hairan. Kenapa ya? Jadi I pun teliti mesej satu persatu. Ramai yang dapat makluman semakan panggilan temuduga SPP DG 41 melalui Mesej. Tetapi bila I check Handphone x ada pula mesej daripada SPP masuk. Apakah? Hati I  kembali berdebar2. Tambahan lagi kawan2 satu batch 2014 pon dapat makluman panggilan temuduga.Macam mana dengan I? I sedikit terkilan n sedih. Tapi kawan2 minta terus buat semakan di laman web SPP.Jadi I pun buka web SPP yang masa itu sangat2 jammed. Stuck tak dapat buka! Berdebar2 dan berpeluh2 juga menanti.Alhamdulillah.. penantian I berakhir setelah 2 tahun menunggu. Bayangkan sejak bergraduat pada 25 Mei 2014 hinggalah waktu ini 31 Mac 2016. Baru dapat panggilan temuduga! Nak ditakdirkan, Tarikh panggilan temuduga 14/4/2016 tu bos I pon nak cuti. Jadi,  dia risau bos besar tak benarkan kami berd...