Posts

Showing posts from June, 2014

Iklan 'sayang' di TV2

Pernah tonton TV2? Cuba angkat tangan sikit, berapa orang yang rajin menghadap TV1, atau TV2 zaman sekarang nih? Kecualilah yang duduk kampung2 , hujung dunia tu, lain ceritalahkan? Siaran tak sampai.Ni tengah bandar , duk tengok TV free.Maksudnya sini siaran tak berbayarlah.. Zaman sekarang ni kan banyak stesen TV swasta.So boleh kira dengan jari je dah, berapa ramai yang hok dok x da ASTRO.Macam beta ni, manalah mampu nak pakai ASTRO.Beta tengok TV tak berbayar je. Beta bukan selalu tengok TV pun, apatah lagi Mr. Hubby.Kami sibuk bekerja. Lagipun, tinggal berdua saja. Masa lapang pun cuma hujung minggu.Kadang-kadang hujung minggu pun tak lapang.Penuh aktiviti.Jadi bila masanya nak menghadap TV,kan? Hari ni, lepas saja beta panaskan Nasi Lemak, dan Mee Sup, beta hidang siap2 depan Mr. Hubby yang sedang duduk depan TV.Tengah enak menghirup Kopinya.Sedang terbuai dengan rancangan yang ditayangkan, tiba-tiba..muncul babak seorang anak perempuan yang tidak habis makan mee sup yang di masa...

Anak BuaH Yang ComeL

Image
Terima kasih sudi jenguk entry kali ni.Hari ini beta baru ada kesempatan nak melawat anak buah yang comel.Mana tidaknya, Mr Hubby sibuk dengan kerjanya dan beta sendiri pun sibuk.Setelah adinda beta berhempas-pulas, dan mengharungi dugaan, dari Hospital Segamat, kemudian ke Hospital Kuala Lumpur, barulah beta dapat melihat sendiri anak buah beta dan adinda beta. Nur Fatiha Humairah nama diberi.Putih kulitnya.Kecik dan comel sahaja.Tatkala dia menangis minta ditukarkan lampinnya,sempat aku mengelus lembut pipinya.Terbayang kesusahan dan cabaran yang dialami mamanya sewaktu melahirkan. Rasa tenang sahaja melihat wajah mulus bayi kecil ini.Teras ingin sekali memiliki bayi secomelnya.Doakanlah.INSYAALLAH.. Kadang-kadang geli hati melihatnya. seolah sebiji kacang soya.Mungkin dia fikirkan dia masih di dalam perut ibunya.Mata kecilnya, bibir mugilnya, menggamit naluri keibuan.Kata bonda, dia mirip adindaku sewaktu kecil.Kata bonda lagi, dia macam bakal model kerana badannya yang tinggi seper...