Halaman

Jumaat, 19 Februari 2016

Brain Yoga

Guru2 dilarang denda pelajar!

Hm..habis tu nak buat apa? Biar saja? tengok aje semua kelakuannya? Lantak engkau le?

Kalau zaman dulu2 cakap je, rotan, penampar siam, pulas telinga, ketuk ketampi, berdiri luar kelas, panggil depan perhimpunan, tekan tubi, ketuk dengan pembaris, cubit, tarik side burn tepi telinga, conteng muka, gantung signboard kat leher.. semua ada.

Sebab tulah boleh jadi 'manusia'.

Tapi sekarang.. apa pun tak boleh..apa pun tak ada.Maka jadilah mereka mengada2 dan manja.

Sebab dengkinya, tak puas hati, terlampau sayang anak punya pasal.. apa yang cikgu buat semuanya dia rasa benci.Rasa tak boleh jadi, iri.

'Anak aku jangan berani2 nak usik!' - amboi! berlagak naaa hang?

Sampaikan cikgu denda ketuk ketampi dikatakan mendera, cikgu kutip duit dikatakan cikgu 'along', cikgu perli dan sindir2 dikatakan beri gangguan emosi, memalukan pelajar.Allah!

Abis tu, macam mana kau jaga anak?? didik anak?

Cikgu tu buat denda kutip duit pon bukan nak sangat duit anak korang. Duit tu pon nanti guna untuk photostat bahan belajar ke, kegunaan kelas ke.untuk diaorang jugak.Kalau tak nak kena bayar duit janganlah sampai kena denda!


Cikgu sindir2 anak korang tu nak bagi insaf sikit tapi ada gak jenis tak paham bahasa.dah tu nak buat macam mana? gangguan emosi konon! habis yang cikgu nak bagi anak korang tu jadi manusia,jadi baik jadi berguna..tapi kena layan perangai anak korang yang ntah apa2 tu korang pikir tak jadi gangguan emosi?

Sampai ada yang masuk hospital bahagia kau tahu?

Cikgu suruh ketuk ketampi bukan boleh mati pun! tu nak bagi otak anak korang tu cerdik jugak. tu kan senaman, tak percaya? alah.. barat pun dah tiru senaman yang nek moyang kita buat lama dulu ni! Yoga Brain gitu!


video







Rugi Tak Baca!:





4 ulasan:

  1. scya pun kurang faham dengan kebanyakan ibubapa zaman sekaran sedangkan mereka melalui cara yang sama dulu. Mungkin faham mereka sayang anak, tapi kadang-kadang melampa juga sayangnya tu.

    Bila anak kurang pandai,
    cikgu yang disalahkan.

    Bila anak kurang ajar,
    cikgu juga yang disalahkan.

    Semoga guru-guru dipermudakan urusan dan terus bersabar,
    moga pahala besar menanti mereka,

    BalasPadam
  2. ntahlah..ibubapa moden abad ke 21 camtulah gamaknya

    BalasPadam
  3. salam..

    btul..agk kurng bersetuju dgn mak-mak masa skrng..terlalu mnaje anak
    smpai ank pndai pijak pale..ni la yg dikate dunia akhir zaman..ibu bapa mjadi 'tuan' pada anak2.. hmm

    BalasPadam
  4. di larang denda..abis kalau dah mcm2 perangai dan tak ikut disiplin cane

    BalasPadam