Halaman

Selasa, 3 November 2015

Pie Sardin

Holla..hm, tekak teringin nak makan pie tapi..tak nak pie yang manis2.Google resepi kat Mr. Google Pie Ayam, Pie Daging and mostly guna sos ala Spegetthy.Bukan apa, sos tomato tu buat I cepat muak. Hari tu buat Lasagne pun I makan sikit je sebab muak dengan sosnya.Hmm tulah..tekak Melayu yang tak berapa nak Orang Putih..tapi nak jugak makan ala-ala orang puteh..gini la jadinya!

So, I decide try je resepi sendirik.Oleh sebab I malas nak buat Sos daging or sos ayam, so I amik alternatip lain..Guna Sardin ajelah..Labuuu...

Caranya? Sonang aje..sesuai sangat untuk orang yang malas macam I ni.Kih3x.



Bahan2 :

(Inti 1)

1 tin sardin Ayam Brand saiz kecik.Paling kecik.
5 ulas bawang putih (diblend/ tumbuk)
4 labu bawang Merah (diblend/ tumbuk)
10 biji Cili padi/api (kalau nak kurang pedas or tambah pedas pepandai ler adjust) putih (diblend/ tumbuk)
Air asam jawa.
Minyak untuk menumis.

(inti 2)

Enam biji ubi kentang sederhana besar ( buang kulit dan rebus)
Seketul kiub ayam knorr.
2 sudu butter
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Daun bawang

Pastri

250 g tepung gandum
150 g mentega
secubit garam
secubit gula
Setengah cawan air sejuk (dari freezer/water cooler)
Hirisan keju (topping pizza)
Kuning telur (untuk di sapu atas doh siap dibentuk)

Cara2:

1) Mula2  sementara menyediakan bahan tumis, rebus kentang yang telah dikupas kulit
    tadi sehingga empuk dalam rebusan Kiub ayam knorr.


kentang lenyek, mashed potato


2) Kemudian, dalam kuali lain, tumis bawang dan cili yang dah diblend /
     tumbuk tadi dengan minyak.Guna api sederhana.jangan hangus!

3) Masukkan Sardin dalam tin.Hancurkan sardin (jangan hancur sangat) dan gaul.

4)Tuang Air asam jawa (untuk elak bau dan rasa  hanyir  sardin) gaul sekata atas kuali.

5) Tunggu sehingga naik bau dan kuah kering sedikit.Tutup api.


sardin


6) Sediakan doh pastry.Masukkan mentega ,garam,gula dan tepung, uli sehingga sebati.
   Tuang air sejuk agak2 tepung boleh dibentuk.Jangan terlalu lembik.

7) Apabila ubi kentang empuk, angkat dan tos airnya.

8) Lenyek kentang (ala-ala buat mashed potato)

9) Campurkan butter dan gaul.

11)Tabur daun bawang yang dipotong cincang dan gaul rata.

12) Masukkan serbuk lada hitam dan lada sulah.Gaul lagi.Siap!

13) Canai doh leper.Letakkan dalam acuan.Letakkan inti 1 dan 2 berselang seli.

14) Bahagian atas kulit pie, sapukan dengan kuning telur dan taburkan hirisan keju.

15) Bakar pada suhu 180 C Selama 20 minit.



pie sardin

                                                           Siap untuk di makan!




6 ulasan:

  1. sedap tak? kikikih ..ok nanti nak try..tq share resepi :)

    BalasPadam
  2. ahaha!! nak tau sedap x kenalah try..tapi macam rasa karipap je sebenarnya..hoho.

    BalasPadam
  3. malas ke kalau mcm ni..dah kira rajin tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah betul la tu :)
      over rajin ni nama nyer!

      Padam
  4. sardin pun sedap.
    ada la kelainan skit...

    BalasPadam