Nak tukar templates

Hai, u all.. boring la tgk templates sendirik. Rasa nak tukar yang lain.

Kalau tgk yang sama je mestilah boring kan? sapa ada templates free yang georgeos nak bagi i?
huhu..nak free aje, kan?

cuba google kot2 dapat inspirasi .Manalah tahu ada yg berbesar hati n murah hati nk bagi kat i.
Korang buat apa ya? ce story sikit?

I ni namanya je cuti tapi.. berbakul2 baju nk dobi, nk lipat bagai. rumah pon nak kena touch up, dah tunggang langgang.Sakit mata nengok, maklumlah, hari biasa berkejaran pi keje.

Pg pagi kekadang balik dekat tengah malam, sad story.. demi sesuap nasi..Ya allah semoga rezekiku diberkati!

TTC Journey

Haii..salam sayang n rindu..

Moga korang bloger2 cute sihat2 belaka.
Sedih sebenarnya.
Sepatutnya aku menjalani IUI tapi apa boleh buat..belum rezeki.

Inilah rupa ubat yang aku suntik kat perut hari2 *sakitnyee😭😭

Selepas ambil Folliculin 75 iu setiap hari, selama 7 hari berturut2, dan buat TVS,Ovari aku Over react pada Dos ubat yang diberi.

Hm.. kedua2 tiub ada banyak sangat Folikel. Rata2nya besar.Terlalu banyak! Sister tu cakap. Nurse yang duduk sebelah dia pun terkejut. Hm.. nampaknya cycle kali ni tak dapat diteruskanla..pujuk aku dalam hati.

sedih. Tuhan je yang tahu.

Itulah..siapa suruh terlalu berharap.
Doktor tak boleh nak teruskan prosedur IUI sbb sekiranya terjadi juga proses tersebut akan membahayakan dan wujud risiko pada ibu dan bayi nanti. Yelah, kalau semua folikel tu pecah dan ovum berjaya bersenyawa nanti kemungkinan untuk terbentuknya kelahiran kembar lebih daripada 3 adalah besar dan risiko keguguran juga boleh berlaku.

Tambahan lagi doktor bimbang tahap kesihatan ibu dan bayi nanti akan terjejas disebabkan terlalu banyak bayi yang terhasil. Cuba bayangkan kalau 5 biji ovum berjaya disenyawa serentak dan membahagi dua pula. Gila nak ada 10 orang kembar???

Scan Folikel

lebih kurang gini lah rupa scanning image folikel aku kat screen

Bahaya kata doktor.Lagipun, kalau terbentuknya kembar lebih daripada 3 sekalipun tak semestinya semua akan survive.begitu juga dengan ibu. Malah sekalipun berjaya survive akan memakan belanja yang besar untuk membesarkan 10 orang kembar atau lebih mungkin??

Doktor terkejut lepas scan TVS dan harap aku tak terkena OHSS. Nurse pon tanya aku, ada simptom2 macam kembung, atau sebagainya tak? Biasa lah, kalau terlebih react, mungkin akan terkena OHSS. Fikir nurse tu agaknya.

Ntahla. setakat ni aku ok lagi,harap semuanya baik2 belaka.Aminnn..

Nampaknya kena cuba cycle lain nanti.Doakan aku.Yang baik2 sahaja..TQ! :p

Bersawang blog

Hai assalamualaikum.

Lama sgt rasanya tak mengupdate blog.bersawang dah.

Tahun baru ni agak busy. Maklumlah. Awal tahun ni macam2 nak diuruskan. Jadi guru kelas tingkatan 3. Uruskan anak2 tu sekian. Urusan keceriaan kelas.kebajikan kelas. Pendaftaran peperiksaan pt3. Urusan sbg setiausaha panitia Math. Penyelaras peperiksaan dan Pbs tgktn 1. Guru Persatuan badan beruniform , Ajk itu ajk ini, dan mcm2 urusan lagilah.

Btul2 memeningkan kepala.Tak cukup tangan dibuatnya.Sampaikan bawak juga kerja2 ke rumah.Hatta bercuti pon bawak kerja bersama.

Hmm.masa tidur? Xusah cakaplah. Tidur lima minit.terjaga teringatkan hal anak2 murid. Terus settlekan tanda buku.tanda modul. Terlelap kejap waktu ptg teringat pula ada lagi murid yang belum jelaskan yuran. Ada lg yg belum lengkapkan data peribadi di borang maklumat pelajar.

Malamnya karang nak tidur teringat pula pada kelas esok hari.sudah sediakah bahan pengajaran. Teringat pula laporan mesyuarat tempoh hari dah siap kah? Teringat lagi tentang kelas pula. Keceriaan dan hiasan kelas belum lengkap lagi.

Aduhh kadang2 seminggu hanya beberapa jam je lena tidur selebihnya otak berfikir tentang kerja dan kerja dan kerja dah la masa n jarak pjalanan dr rumah ke skolah sejam lamanya.kadang2 nyaris terlelap ketika memandu sbb keletihan..

Nasib badan



Breakfast di ikea..nyum3x

Mengambil kesempatan di hari cuti terakhir ni .. kami pon ambil keputusan untuk breakfast di luar.

I pon pujuk my hubby ke ikea.Bukan nk beli barang pon tapi nk breakfast di ikea.hahaha

I pon order bebola ayam manakala hubby ambil peha kambing. then 2 biji muffin coklat sebab i x suka muffin berry tu. Mula2 nak amik hot drink tapi last2 tukar sbb cuma ada coffee n i xminum coffee.

Soup of the day- mushroom soup memang umphh! hirup panas2 mestilah berselera kan?


Release tension di Lowyat ??

Hello.HI guys.Assalamualaikum..

Sihat semua?Macam mana cuti deepavali u all? mesti balik kampung kan?

Untunglah..tapi still ada lagi yang cakap cikgu sekolah paling untung.Oh No!!

Korang tahu tak.kami ni nama je cuti hakikatnya, macam2 kerja kena selesaikan A.S.A.P. dah macam robot gayanya. Mana taknya. Masa cuti ni lah nak kena settle kerja2 sekolah tu.

Tanda kertas exam yang selambak tu! 4 kelas lak tuu.
Nak kejar due date key in markah. Nak settle minute meeting yg tertangguj.Lagi2 yg macam i ni nak kena buat dokumentasi lagi.bagai.

Hmm.Cuti umpama tiada cuti! Kami bukan goyang kaki.Banyak lagi nak kena settlekan.

Siapa kata tugas guru cuma mengajar sahaja.Guru moden sekarang semua kena apply multiple tasking.
Serba serbi kena tahu.kena uruskan.

Nasib badan. Kalau dah itu jalan yang dipilh kena hadaplah kan??

K.Dalam melayan kesibukan tu sempat jugaklah merealease tension .WIndow shopping ke LOw YAt.
Actually LOw YAt ni dah umpama Playground je untuk hubby i. Macam tiap2 minggu wajib pergi.

Tapi untuk i plak, kalau perlu je i akan pergi.Kali ni temankan dia tukar barang.Salah beli n bendanya tak dapat dipakai.SO pergila pulangkan.dan beli yg baru yang setara harga atau lebih mahal. (wang memang x akan dipulangkanlah okey)
Meh nak belanja gambar sikit






EXPLORACE DI ZOO NEGARA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hai semua. Harap semua sihat2 belaka. I ada soklan cepumas ni. cepumas ala2 cecupak.huhu.

Sehingga sekarang, 2016 ni berapa kali agaknya korang melawat zoo negara? hahaha.syok x bunyi soklan cecupak cepumas ni?

Ok sebenarnya. Minggu lepas, i tetibe je ditugaskan jd pengiring pelajar2 untuk program pasca Pt3. Almaklumlah 2 hari tiada di tempat kerja kerana berkursus kat luar, masuk2 je awal pg dh dapat whatsapp mengatakan i kena iring pelajar ke zoo negara!

Memula tu pikir jugak.Apa dh tak ada tempat lain ke diaorang ni nak pergi ??
Then , bila dpt tahu yg program ni sebnarnya dirancang oleh pelajar2 pra U sebagai projek akhir mereka...jd i xjd nak komen lebih2.HUahahah..

Yg handle program of coursela para pelajar Pra U tu merangkap fasilitator mereka. Kami guru - guru ni ( aku dan cikgu kaunseling) cuma bertindak sbg pemantau je.

So far oklah.semua berjalan lancar.Alhamdulilah..next time kalau budget ada lebih mungkin boleh buat di tempat yg lebih mencabar.Bukit Broga mungkin atau Gunung Ledang?




















Beli Belah Online Di Zalora.

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Shopping di Zalora. Ahaha.

K, sebenarnya banyak keje nak buat ni. Tapi nak update jugak pasal ni. Baru2 ni I teringin nak beli Jersey. Saja suka2 pakai. Jadi Try cari kat Kedai menjual alatan sukan dan pakaian sukan. Of courselah ada, tapi kadang2 warna, material and design yang I jumpa tak menarik hati.

Yes! I tahu kat Up town confirm ada jual gak, malah mungkin lebih murah kot..Tak tahu??

So, disebabkan kekangan masa, I pon decide untuk cari online je. Memanglah kalau dari Brand Adidas, Nike, Puma Tu mahal, jadi I nak cari yang biasa je. Bukan yang branded pun. Asalkan berkenan di mata, selesa dipakai.

Lastly I cari kat Zalora.

zalora

zalora jersey





So far, okeylah. hm.pakai kat rumah boleh, pakai g kedai pon boleh. nak pakai jogging of couselah lagi boleh kan


href="http://nabila86.sharethisstory.net/my-951174-11452">