Bab Terbaru (Tuhan, jaga dia untukku )

“Abang cari apa tu?” Lisa Adlina hairan melihat abangnya menjengah-jengah ke sekeliling rumah.Entah apa yang di perhatikannya.

Idzhar Effendy cepat-cepat bangun dan mencapai air basuh tangan apabila tersedar Lisa Adlina memerhatikannya.Dia menuang air basuhan itu untuk membersihkan sisa makanan yang terlekat di jari-jemarinya.Seandainya adiknya itu tahu apa yang dicari-cari olehnya, sudah tentu dia akan bertambah-tambah malu.


Lisa Adlina perasan, ada sesuatu yang tidak kena dengan abang tunggalnya itu.Jika tidak, masakan Idzhar Effendy nampak kelam-kabut apabila ditegur tadi? tentu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran abangnya itu tetapi Lisa Adlina tidak tahu apakah sebenarnya ia?..

Ikuti sambungan dan cerita penuh di SINI

JuMpA paKar SaKit PuaN..

Hai semua..assalamualaikum..

Nak tanya, ada x antara you all yang penah g jumpa pakar sakit puan? Sebenarnya I dah setahun lebih berkahwin.But ..belum ada rezeki anak..Adik I yang sama2 sanding atas pelamin ritu pun dah anak sorang.Kawan2 yang naik pelamin selepas I pun semua dah berisi.Pendek kata..hati terusik, kenapa I belum ada apa2..

cute baby


Tengok kat TB orang senang2 je dera ,buang anak..tau tak orang lain punya susah nak anak..suke2 hati je campak anak merata..tak bersyukur diaorang ni.

Jadi suatu hari di sekolah I pun tanya seorang rakan sekerja.Dia dah dua tahun lebih kahwin  but belum jugak datang rezeki.I paham perasaan dia.Sedangkan I yang baru ni pun dah bergelodak jiwa ..inikan pulak dia! Kadang2 tanya pada diri..aku ada masalah ke? tapi dalam my family semua okey. My mum pun sampai 6 orang anak.Sebelah my hubby pun kakak2 ipar semua menjadi.Cucu atok dah 12! Harap jugak la I dapat beri cucu yang ke-13.But hampa!

Sekarang kakak ipar I lak dapat tahta no 13 tu.hihihi..dia dah preggy lg anak ke-5 .dah enam bulan. Alhamdulillah.I jugak yg belum ada apa-apa.Kalau ikutkan sedih..sedih jugakla.I penah tanya my hubby untuk buat check up  dengan I kat pakar sakit puan.Tapi my hubby cakap..biar dulu, biar dulu.. I pun cubalah dengar cakap dia..

Tapi bila fikir balik dengan umur I ni I jd takut pulak.Sempat ke? I taknaklah t orang ckp terlewat. Macam yg semua tahu..perempuan ni makin tua,tahap kesuburan and chances beranak makin kurang..
that's why I risau..  laki tak pe..macam keladi..makin tua makin menjadi.kan?kan?


nilah pokok keladi..kenal tak?


Hm..so I pun tak decide lagi bila actually waktu yang sesuai? rakan sekerja i yang lain , ada pengalaman mcm I.Tapi dia 6 tahun! now dah ada 2 anak lelaki. tapi by IUI technic.Becoz doc kata rahim dia terkebelakang n susah sikit nk mengandung semulajadi. Tu yang I risau.Maybe sumething wrong with me? Hopefully semua baik2 je untuk I.




Apa tu teknik IUI?


Secara ringkasnya (penerangan ni I amik dari blog Dr Hamid Arshat :IUI adalah:)

Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)

Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).



transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- 
berapa telor dan sudah matang atau belum, sudah menetas (ovulation) atau belum.


Ntahlah, kadang2 I rasa..knp la nasib I mcm ni..byk je dugaan untuk I.Kadang I pk orang lain senang je dapat apa yang dia nak tapi I..dari dulu susah sangat! Maybe I banyak dosa kot, so doa I susah nak makbul..or maybe memang tuhan nak uji I supaya I jd orang yang lebih tabah n bersabar..

Apapun..I akan cuba sentiasa Positif walaupun rasanya dah banyak air mata I titiskan sepanjang hidup I.Kejap..kalau orang yang selalu bazirkan air mata ni akan dapat masalah kesihatan apa plak? kalau selalu marah n baran senang dapat sakit jantung ( I ada terbaca dalam sebuah entry) tapi kalau selalu sedih lak? >>>Depression kot? tapi I xadalah selalu depress pun.cuma sedih jer.



Ouh..mybe i'm too stupid or what??

Okey dgn rasa penuh sakit hati n sedih sampai menitik-nitik air mata sampai sekarang i taip entry ni.

Al kisah hari ni i amik JPJ test.With new Curriculum Okey? Ada RPK(RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN), ADA RSM (RUTIN SEBELUM MEMANDU) ada CITO bagai.


Mula I punya sesi 3.Tapi I datang awalah konon nak tengok orag lain buat test. Tetibe I punya session start at 1pm ? Oh My!!!Tak pe lag sabar..

sementara runggu turn hafal la konon step.Then tunggu2 punya tunggu sampai jam 2.30 pm hujan turun..Xapa lg sabar..

Then kena panggil reramai.Buat RPK dulu.3 kete panggil sekali 4 hingga lima orang.Tunggu lagi.. turn i sampai dalam kul 3-4 gitula.I kongsi satu kete buat dua orang RPK.




I Kena start part but kete.Xpela. Ckp punya ckp bebel2 tetibe JPJ tu boleh ckp I bebel sorang2?

Then start pusing tawaf badan kete.Last part paling favourite.ENJIN.I memang dah hapal kaw2 punya part engine.Nasib lah..PASS! JPJ TU SIAP CAKAP..BANYAK NYE KAU BEBEL..DAH P WAT BUKIT..

video

K.LEGA JAPP.THEN BUAT BUKIT!NERVOUS U! PASS!

ALHAMDULILLAH..

Tiba part parking! mak ai..bala datang.hujan renyai turun.I kena wat parking entry yang x penah hayat belajar! selalu wat parking p5 dengan p4 je.Tetibe dia suh masuk parking p2 ? what? mana jalan nak corner? mana nak pusing? I Blurrr! Tak penah wat kottt.

Try jew lar..GAGAL! dan2.. naik kat JPJ meleleh air mata i..kecewa, sedih bagi kiki..dan masuk je dewan..hujan pun turun dengan lebat-selebatnya..macam nak join nangis sama dengan i jer..

nasib la, x dapat wat 3 point turn , SELEKOH X,SELEKOH Z

                                                                      3 poin turn

                                                                             selekoh z




selekoh S

Okey..nasihat i pada sesapa yang nak hamik lesen D (KERETA) -- sekarang dah apply kurikulum baru okey.Ada byk elemen di tambah n ada part2 yang sudah ditukar ujiannya.Jadi..prepare ur self.Kena kuat semangat.Jangan jadi mcm i ni lemah semangat!

JemPut BaCa KarYa sAya..

Hai you all..Bloggers semua.. (*_*)


Hari ni I nak pelawa you semua jenguk2 lah tulisan beta yang tak seberapa.Kalau rajin..bolehlah tinggalkan komen yang membina.Mana tau..you all boleh bantu beta untuk baiki mutu penulisan beta yang tek seberapa ni..

Kalau you all terhibur dengan penulisan I, okeylah.Kalau rasa kurang garam,kurang asam ke ,kurang pedass ke, kurang hot n spicy atau kurang gula..bolehlah pinjamkan jari-jemari you all tu untuk komen n bagi idea apa yang patut..

I berbesar hati terima kunjungan n komen dari you all yang rajin n baik hati ni..(Macam ayat bodek aje..?)

Kalau you all nak baca dalam blog Ipun boleh.Alternatif lain..silalah ke link yang I sediakan kat bawah ni.Jangan lupa tinggalkan komen you all taw? TQ my DEAR..

TUHAN, JAGAKAN DIA..


AKU bukan manusia
yang mengimpikan kesempurnaan,
Tapi seseorang yang boleh menyempurnakan
ketidaksempurnaan,
menjadi pelengkap kepada kekurangan,
kerana manusia saling memerlukan..
saling melengkapkan.

MY SECRET HOBBY!

OKEY..TQ for coming!

Kali ni nak cerita pasal hobi rahsia I.Kenapa rahsia? Sebenarnya, I ada satu tabiat..I suka menulis.Sebab I memang rajin baca buku dan minat pada sasatera.WHAT? MATH Student love literature? Macam pelik tak? Jangan pelik okey..ada je Minah or Mamat Sains yang suka bahasa berbunga-bunga dan penulisan kreatif.Common la, jangan pelik!

Seingat I,, I mula berjinak-jinak dalam sastera sejak muda remaja lagi.Seawal  belasan tahun.Apa puncanya? Suatu hari, I balik ke rumah nenek di Pahang.Terdapat koleksi buku-buku sastera klasik di dalam sebuah almari yang disimpan di rumah nenek.Tangan I yang gatal dan tak boleh duduk diam mula menyelongkar.Satu-persatu buku sastera lama tu beta baca dan hayati.I Puas!

I terus membaca dan membaca.I terbuai dalam gaya bahasa yang digunakan, pengolahan cerita ,dan penggunaan laras bahasa yang agak klasik pada pandangan I.Namun tetap indah dan lekat di hati I.



Lepas tu pulak,nak dijadikan cerita..di sekolah ada kawan baik I ni suka sangat baca novel.Kerana dia jugaklah I berjinak-jinak dengan Novel...

KeNaPa SecRet??

I suka menulis tapi tak pernah beritahu sesiapa pun yang beta suka menulis dan pernah hantar karya I ke Majalah seperti Dewan Siswa.Sehinggalah suatu masa, karya I telah disiarkan dalam majalah.Sejak itu, beta rajin menghantar karya ke majalah.Biasanya dalam bentuk cerpen sahaja.Minat I semakin berkembang dan I mula menulis cerpen dan novel.Sayangnya satu pun manuskrip novel tak pernah I hantar untuk diterbitkan.



PerSaRaAn PenGetUa SMKDE


Lepas terjumpa artikel pasal sambutan kemerdekaan SMKDE , I terjumpa pulak entry pasal Majlis persaraan pengetua SMKDE Puan SIti Aishah.


Kebetulannya, Puan Siti Aishah ni duduk satu taman dengan beta.Cuma I tak tahulah rumah dia belah mana.


Memang beberapa hari lepas I keluar sekolah hari tu, I ada ternampak persiapan untuk persaraan ni.Kebetulannya hari tu hari jumaat kalau tak silap I dan I datang sekolah untuk urusan Gaji.Jadi I dihubungi oleh kerani sekolah untuk datang ke pejabat.

Masa tulah I sempat tengok cikgu-cikgi dan pelajar semua buat persiapan untuk majlis persaraan tu.Siap ada khemah macam pengantin bagai n specialnya ada kereta antik yang cantik sempena majlis persaraan tu!WOW! kalaulah I yang diraikan macam tu..hehehe berangan!


 Comelkan pengetua SMKDE ni?

Hah..ini bukan student taw? ni cikgunye..
hihi..

Apa yang menariknya, sempena hari tu,semua guru berpakaian Uniform sekolah.Patutlah masa I datang tu tak nampak kalangan gurunya,rupa-rupanya pakai uniform sekolah.Manalah I nak perasan!HiHi dalam gambo atas ni I ingat-ingat lupa nama cikgu-cikgunya.Sebab campur semua dengan cikgu pagi.I dulu ngajo belah petang ajer..


Yang namanya masih lekat di hati Cikgu Nazatul Shima, Cikgu Haireena,Cikgu Fazlinda, Azreen Nisa, Haireena,Iffah,Khuzaimah, Norhasni  dan ramai lagilah!


Ni nak belanja lagi video Persembahan Pelajar sempena Hari Guru:

video

Sambutan Kemerdekaan SMKDE


Memang tak sangka okey?

Lepas tinggalkan SMKDE ritu, memang langsung tak contact sesapa dah.Hm bukan apa..nombor contact pun memang tak save pun..

Tapi baru ni terbukak entry dekat website mana ntah.Ada beberapa entry pasal SMKDE dan sambutan kemerdekaan.Wow SMKDE masuk TV and Newspaper you!Jangan main-main..
Bangga la kejap walaupun I kejap je jadi warga SMKDE DULU.


 

Pelajar SMK Darul Ehsan, Preyatarshny Maniam, 15, (dua, kiri) membuat logo Hari Merdeka menggunakan beras bersama pelajar dari Jerman, Ella Dorethea Hansen (tiga, kiri) ketika tinjauan foto Bernama di Selayang, Kuala Lumpur. SMK Darul Ehsan merupakan Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-57 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).


Guru dan pelajar SMK Darul Ehsan melaungkan laungan Merdeka sambil mengelilingi Jalur Gemilang yang dihasilkan dari batu kerikil. - Foto BERNAMA


SMK Ehsan merupakan Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-57 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. - Foto BERNAMA


Hah.ni I belanja sikit video dari budak2 SMKDE waktu majlis penutup sambutan kemerdekaan baru ni.

video