Ouh..mybe i'm too stupid or what??

Okey dgn rasa penuh sakit hati n sedih sampai menitik-nitik air mata sampai sekarang i taip entry ni.

Al kisah hari ni i amik JPJ test.With new Curriculum Okey? Ada RPK(RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN), ADA RSM (RUTIN SEBELUM MEMANDU) ada CITO bagai.


Mula I punya sesi 3.Tapi I datang awalah konon nak tengok orag lain buat test. Tetibe I punya session start at 1pm ? Oh My!!!Tak pe lag sabar..

sementara runggu turn hafal la konon step.Then tunggu2 punya tunggu sampai jam 2.30 pm hujan turun..Xapa lg sabar..

Then kena panggil reramai.Buat RPK dulu.3 kete panggil sekali 4 hingga lima orang.Tunggu lagi.. turn i sampai dalam kul 3-4 gitula.I kongsi satu kete buat dua orang RPK.




I Kena start part but kete.Xpela. Ckp punya ckp bebel2 tetibe JPJ tu boleh ckp I bebel sorang2?

Then start pusing tawaf badan kete.Last part paling favourite.ENJIN.I memang dah hapal kaw2 punya part engine.Nasib lah..PASS! JPJ TU SIAP CAKAP..BANYAK NYE KAU BEBEL..DAH P WAT BUKIT..

video

K.LEGA JAPP.THEN BUAT BUKIT!NERVOUS U! PASS!

ALHAMDULILLAH..

Tiba part parking! mak ai..bala datang.hujan renyai turun.I kena wat parking entry yang x penah hayat belajar! selalu wat parking p5 dengan p4 je.Tetibe dia suh masuk parking p2 ? what? mana jalan nak corner? mana nak pusing? I Blurrr! Tak penah wat kottt.

Try jew lar..GAGAL! dan2.. naik kat JPJ meleleh air mata i..kecewa, sedih bagi kiki..dan masuk je dewan..hujan pun turun dengan lebat-selebatnya..macam nak join nangis sama dengan i jer..

nasib la, x dapat wat 3 point turn , SELEKOH X,SELEKOH Z

                                                                      3 poin turn

                                                                             selekoh z




selekoh S

Okey..nasihat i pada sesapa yang nak hamik lesen D (KERETA) -- sekarang dah apply kurikulum baru okey.Ada byk elemen di tambah n ada part2 yang sudah ditukar ujiannya.Jadi..prepare ur self.Kena kuat semangat.Jangan jadi mcm i ni lemah semangat!

JemPut BaCa KarYa sAya..

Hai you all..Bloggers semua.. (*_*)


Hari ni I nak pelawa you semua jenguk2 lah tulisan beta yang tak seberapa.Kalau rajin..bolehlah tinggalkan komen yang membina.Mana tau..you all boleh bantu beta untuk baiki mutu penulisan beta yang tek seberapa ni..

Kalau you all terhibur dengan penulisan I, okeylah.Kalau rasa kurang garam,kurang asam ke ,kurang pedass ke, kurang hot n spicy atau kurang gula..bolehlah pinjamkan jari-jemari you all tu untuk komen n bagi idea apa yang patut..

I berbesar hati terima kunjungan n komen dari you all yang rajin n baik hati ni..(Macam ayat bodek aje..?)

Kalau you all nak baca dalam blog Ipun boleh.Alternatif lain..silalah ke link yang I sediakan kat bawah ni.Jangan lupa tinggalkan komen you all taw? TQ my DEAR..

TUHAN, JAGAKAN DIA..


AKU bukan manusia
yang mengimpikan kesempurnaan,
Tapi seseorang yang boleh menyempurnakan
ketidaksempurnaan,
menjadi pelengkap kepada kekurangan,
kerana manusia saling memerlukan..
saling melengkapkan.

MY SECRET HOBBY!

OKEY..TQ for coming!

Kali ni nak cerita pasal hobi rahsia I.Kenapa rahsia? Sebenarnya, I ada satu tabiat..I suka menulis.Sebab I memang rajin baca buku dan minat pada sasatera.WHAT? MATH Student love literature? Macam pelik tak? Jangan pelik okey..ada je Minah or Mamat Sains yang suka bahasa berbunga-bunga dan penulisan kreatif.Common la, jangan pelik!

Seingat I,, I mula berjinak-jinak dalam sastera sejak muda remaja lagi.Seawal  belasan tahun.Apa puncanya? Suatu hari, I balik ke rumah nenek di Pahang.Terdapat koleksi buku-buku sastera klasik di dalam sebuah almari yang disimpan di rumah nenek.Tangan I yang gatal dan tak boleh duduk diam mula menyelongkar.Satu-persatu buku sastera lama tu beta baca dan hayati.I Puas!

I terus membaca dan membaca.I terbuai dalam gaya bahasa yang digunakan, pengolahan cerita ,dan penggunaan laras bahasa yang agak klasik pada pandangan I.Namun tetap indah dan lekat di hati I.



Lepas tu pulak,nak dijadikan cerita..di sekolah ada kawan baik I ni suka sangat baca novel.Kerana dia jugaklah I berjinak-jinak dengan Novel...

KeNaPa SecRet??

I suka menulis tapi tak pernah beritahu sesiapa pun yang beta suka menulis dan pernah hantar karya I ke Majalah seperti Dewan Siswa.Sehinggalah suatu masa, karya I telah disiarkan dalam majalah.Sejak itu, beta rajin menghantar karya ke majalah.Biasanya dalam bentuk cerpen sahaja.Minat I semakin berkembang dan I mula menulis cerpen dan novel.Sayangnya satu pun manuskrip novel tak pernah I hantar untuk diterbitkan.



PerSaRaAn PenGetUa SMKDE


Lepas terjumpa artikel pasal sambutan kemerdekaan SMKDE , I terjumpa pulak entry pasal Majlis persaraan pengetua SMKDE Puan SIti Aishah.


Kebetulannya, Puan Siti Aishah ni duduk satu taman dengan beta.Cuma I tak tahulah rumah dia belah mana.


Memang beberapa hari lepas I keluar sekolah hari tu, I ada ternampak persiapan untuk persaraan ni.Kebetulannya hari tu hari jumaat kalau tak silap I dan I datang sekolah untuk urusan Gaji.Jadi I dihubungi oleh kerani sekolah untuk datang ke pejabat.

Masa tulah I sempat tengok cikgu-cikgi dan pelajar semua buat persiapan untuk majlis persaraan tu.Siap ada khemah macam pengantin bagai n specialnya ada kereta antik yang cantik sempena majlis persaraan tu!WOW! kalaulah I yang diraikan macam tu..hehehe berangan!


 Comelkan pengetua SMKDE ni?

Hah..ini bukan student taw? ni cikgunye..
hihi..

Apa yang menariknya, sempena hari tu,semua guru berpakaian Uniform sekolah.Patutlah masa I datang tu tak nampak kalangan gurunya,rupa-rupanya pakai uniform sekolah.Manalah I nak perasan!HiHi dalam gambo atas ni I ingat-ingat lupa nama cikgu-cikgunya.Sebab campur semua dengan cikgu pagi.I dulu ngajo belah petang ajer..


Yang namanya masih lekat di hati Cikgu Nazatul Shima, Cikgu Haireena,Cikgu Fazlinda, Azreen Nisa, Haireena,Iffah,Khuzaimah, Norhasni  dan ramai lagilah!


Ni nak belanja lagi video Persembahan Pelajar sempena Hari Guru:

video

Sambutan Kemerdekaan SMKDE


Memang tak sangka okey?

Lepas tinggalkan SMKDE ritu, memang langsung tak contact sesapa dah.Hm bukan apa..nombor contact pun memang tak save pun..

Tapi baru ni terbukak entry dekat website mana ntah.Ada beberapa entry pasal SMKDE dan sambutan kemerdekaan.Wow SMKDE masuk TV and Newspaper you!Jangan main-main..
Bangga la kejap walaupun I kejap je jadi warga SMKDE DULU.


 

Pelajar SMK Darul Ehsan, Preyatarshny Maniam, 15, (dua, kiri) membuat logo Hari Merdeka menggunakan beras bersama pelajar dari Jerman, Ella Dorethea Hansen (tiga, kiri) ketika tinjauan foto Bernama di Selayang, Kuala Lumpur. SMK Darul Ehsan merupakan Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-57 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).


Guru dan pelajar SMK Darul Ehsan melaungkan laungan Merdeka sambil mengelilingi Jalur Gemilang yang dihasilkan dari batu kerikil. - Foto BERNAMA


SMK Ehsan merupakan Johan Daerah Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-57 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. - Foto BERNAMA


Hah.ni I belanja sikit video dari budak2 SMKDE waktu majlis penutup sambutan kemerdekaan baru ni.

video

SK JALAN RAJA MUDA

Thanks sebab sudi jenguk Blog I lagi (*_*)  You all memang suweet sangat2x

Pengembaraan Baru I bermula lagi.Kali ni, I cuba nasib untuk mohon di sekolah rendah pulak.Bukannya apa, I dah bosan terlentang, tertonggeng, terbujur dekat rumah sorang-sorang.Kalaw ada anak ..tak adalah bosan sangatkan? Jadi I pun try anta application ke beberapa buah sekolah rendah..

Kebanyakkannya full.Tak ada requirement dan keperluan untuk Cikgu Ganti.So, I pun pasrah jelah kan. Tup-tup.Rezeki I datang bergolek bila Guru Besar SK Jalan Raja Muda telefon I untuk ditemuduga.

Jadi dengan berbesar hatinya I pun bersetuju.Melompat kataklah,apalagi! I lega sebab tak bosan memerap dekat rumah lagi.Kan,kan,kan??


Inilah pintu gerbang depan sekolah Beta


pondok pengawal



  Ini pula bangunan sekolah.

  Panorama Sekolah

Lepas sahaja berjumpa Guru Besar, I dimaklumkan akan menggantikan Puan Nur Syuhada yang cuti bersalin.Tapi kena mengajar Bahasa Inggeris.What? I dah lama tak aplikasikan kemahiran berbahasa inggeris I.I majoring in Math! not English! Minor pun Komputer!Langsung tak kena.Lainlah kena ajar Sains teknologi ke, ada jugak kait mengaitkan?

Tapi, I pun tak kisah sangat,nak tambah pengalamankan.Why not? I sahut cabaran ini!I memang suka Bahasa Inggeris pun.Kalau tengok filem pun...I memang tak layan citer Melayu.Mengarut! Tema semua sama je.Tak berkembang.Kalaw drama tv pun banyak layan English.Crime Series, Lie to Me, version siri penyiasatan dan ala-ala adventure memang I suka sesangat!


Jadi, bermula seminggu lepas tu I masuk sekolah.Persekitaran tempat kerja baru dan rakan baru.



WHAT?? SaKIt JaNtung!!

 Kali ni memang I terkejut sangat.

Berkunjung ke rumah my mum pada hujung minggu dan dapat berita yang my sis disahkan oleh doktor dari HKL bahawa telah mengalami masalah JANTUNG!

MY SIS BARU 25 tahun okey? Lepas bersalinkan anak sulongnya hari tu beliau ada alami komplikasi.Lepas sesak nafas, sukar bergerak dan lemah badan .Beliau penah masuk ICU dan ditahan selepas pengsan di rumah my mum!

Okey,masa adik beta masuk ICU dulu pun beta dah nangis2 ni pulak dapat tahu dia ada sakit jantung.Tengok pulak muka baby kecik dia..lagilah jadi hiba.Tahan jelah air mata..kalau gugur t nangis pulak baby..

Dibedah kali kedua selepas bersalin Ceasar kerana disahkan ada tisu tertinggal dalm perut selepas Ceaseran.Jadi dapat jangkitan kuman.Lepas bedah, still tak baik.Kondisi makin teruk.Badan lemah, sukar bernafas.Then asyik ulang-alik buat  check up sampai anak sendiri terabai.Nasib baik ada my mum yang tolong jaga.

Teknik bersalin Ceaseran


Last2 lepas deal dengan Pakar, doc suspect ada masalah paru2.sebab batuk tak baik2.Dirujuk ke Institut Respiratori,suspek TB.Ulang-alik diagnosis dan check up, doc kata bukan TB.X-Ray dan check up lagi,tak dapat kesan apa-apa.


X-Ray Dada


Last2 dapat tahu ada masalah jantung! Pakar sahkan Injap Jantung rosak.30% sahaja masih berfungsi dan elok.Seluruh keluarga terkejut! HELLO,KAMI tak pernah ada sejarah keluarga sakit jantung!
Doc kata sejak lahir lagi masalah tu.What?? takkanlah baru dapat kesan sekarang? lepas mengandung dan bersalinkan anak sulong baru dapat tahu ada sakit jantung?

 doktor kata jantungnya bengkak



Arteri pesakit jantung

AND sebab masalah jantung tu, doc sarankan buat pembedahan untuk gantikan injap jantung dia yang rosak tu.Tapi my sis refuse.Dia tak yakin nak letak bendasing dalam badan dia.Lagi2 lak injap gentian ! Dia jadi ragu-ragu n still berfikir.Wajarkah?


Doc pesan, dia tak boleh mengandung lagi.Bimbang masalah jantung akan mengancam nyawanya.Jadi that baby akan jd satu2 nya anak tunggal dia.Except dia pulih daripada sakit tu!
Kalau I suggest dia ikut arahan doc untuk bedah pun, beta tak tahu nasib dia lepas tu.Jadi I serahkan pada dia untuk buat keputusan n fikir masak-masak.