Memaparkan catatan dengan label Komedi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komedi. Papar semua catatan

RAGAM KERJA DI OFFICE

Assalamualaikum w.b.t..

Sesak.Serabut.Annoying.

Tu yang boleh aku gambarkan dengan perasaan aku. Aku jenis tak banyak cakap, tapi aku suka memerhati. Suka pendam dan bila nak meletup.. rasa macam nak  hantar bom 'HIROSHIMA'.Biar hancur semua!!!

Banyak yang aku perhatikan ragam orang di sekeliling aku. Lebih tepat OFFICEMATE aku.
Tapi aku rasa benda2 ni bukan terjadi dekat office aku sorang kot. Mana2 tempat kerja mesti ada jadi benda2 macam ni.

Betul tak korang?

(1) Penah tak, dalam organisasi korang ni ada spesis yang BAJET BAGUS. Bagi arahan ikut suka hati macam dia tu bos SUPER besar. Padahal dia tu level biasa2 je. Pastu kalau orang cakap 'NO' dia cannot accept. Macam seolah-olah apa yang dia nak tu kena say 'YES'  dan angguk2 je. Kira kena ikut je telunjuk dia semua.

Bukan pendapat aku sorang je tau. Ni orang HR pon perasan benda ni. Dia sendiri cakap ada spesis ni 'BESAR KEPALA'  BAJET BAGUS.Kalau dah benda tu peraturan cakap 'TAK BOLEH' takkan sebab dia seorang semua nak cakap 'BOLEH' KAN? KAN? Kau aspek semua orang kena ikut cakap kau je sorang.Kau tu sapa? anak raja? Sedangkan bos besar pon tak tunjuk 'BESAR KEPALA' macam kepala kau tu!

(2) Penah tak dalam banyak2 orang dalam office kau tu, ada seorang ni macam kena pulau je. Aku namakan dia ni Si X la. Si X ni macam selalu kena pulau, kena buli. Aku rasa kesian . Pastu aku nampak macam semua orang asyik cari salah Si X ni je.. sampaikan aku rasa ----WHY? why Si X ni asyik ditindas? Besar sangat ke dosa Si X ni? Kejam la kalau reramai buli dia seorang kan?



(3) Dalam banyak2 office, mesti ada spesis TALAM  2 Muka. Atau spesis bermuka2. Dengan orang A ,dia cakap dia tak suka B.Pastu depan Si B bukan main lagi dia baik. Pelik kan?

(4) Kaki ARAH.Apa perasaan korang kalau korang berjawatan pengurus, tapi cleaner pulak jadi bos korang.Arah itu ini.Begitu begini? Aku pelik dengan Hierarki ni.Siapa bos sebenarnya? Cleaner ke atau Korang bos? Begitula yang terjadi di depan mataku. Ibarat pekerja yang tukar title jadi 'BOS'. Bos lak jadi kuli. Pening2.

(5) Mulut kecoh (bizi bodi)  Mulut tempayan! Banyak2 office mesti ada spesis ni. Kalau dia nampak kita wat silap sikit hatta sekecil kuman- seboleh2 dia nak ANNOUNCE kat dalam satu office tu. semua department dia kecoh pasal kesalahan orang tu. Janganlah korang wat silap sikit---habis dijajanya semua walaupun dia tu cuma tukang sapu je kat office korang tu..apa agaknya perasaan korang waktu tu? Nak tempeleng ke atau lempang lelaju ke?



(6) Spesis nyanyuk yang suka hilangkan barang lepas tu kelam kabut suruh korang carikan. Spesis suka hilangkan dokumen, suka hilangkan file lepas tu kecoh2 satu department .Menyakitkan hati betul! Dah nyanyuk tu buat la rekod. Senang cari!!

(7) Spesis suka buat silap, lepas tu salahkan orang lain. Bagi arahan tak jelas. Pelupa, lepas tu tuduh anak buah buat kesalahan dan tanggung salah dia pulak! Geram.Dah nyanyuk nak salahkan orang.

(8) Spesis kerja tak ada tapi buat-buat bizi ke hulu kehilir lepas tu suka kacau kerja orang lain! Ni aku paling benci.Paling benci dengar bunyi tapak kasut dia!

(9) Spesis gila kuasa.Kau kuli tapi bos kau 2 orang ni  tak sekepala. sorang bagi arahan lain , satu lagi bagi arahan lain. Last2 korang yang pening kepala. Ikut Bos A , Si bos B cakap salah. Ikut Bos B si Bos A pulak cakap salah., Tetiba last2 ko pulak yang dipersalahkan.Bodoh punya bos! Baik bos kau 2 orang tu jadi kuli je!

(10) Spesis yang ringan tulang dan rajin tapi selalu diperli2 dan disindir , ditegur sebab tolong buat kerja orang. Selalu dinasihati "kau ni baik sangat." Tapi spesis ni orang selalu tak nampak kebaikan dia dan niat baik dia selalu diperkecilkan.- tak menang APC pun .




Rata2 yang aku perhatikan yang buat kerja dengan ikhlas, baik jujur dan tekun kebanyakkan orang tak nampak dan tak dapat REWARD pon. Hatta APC. Tapi yang Kaki bodek, mulut manis, Pura2 bizi ke hulu ke hilir, Mulut kecoh pok pek pok pek, besar kepala.- Hah itu yang dapat APC.Ngok ngek.

Hahah. itu sahaja luahan hatiku yang kecil ini. Jangan ada yang terasa hati dan marah naaa?




P/S: Tak heranlah kalau orang2 yang berjaya yang ada kat atas tu- especially yang ada company sendiri dan yang buat bisnes dapat income juta2 tu tak nak ingat kat bos2 lama atau rakan sekerja lama dulu2.

Sebab perangai rakan sekerja yang super 'annoying' tu la menyebabkan tak sanggup nak ingat balik pengalaman buruk jadi kuli kan?kan? hahaha!

Tapi masa korang dah Kaya raya tu pulak lah rakan sekerja yang talam bermuka2, yang kepala besar, yang mulut kepoh sibuk cari salah korang masa korang bergelar 'kuli' dulu nak bangga penah kenal korang n jadi kawan sekerja korang dulu2 kononnya.

Mulalah ngaku 'kawan' n 'kenal' korang!

macam pepatah.. dekat bau tahi.. jauh bau bunga!






7 selfie face yg korang selalu buat?? ke

Sapa sini suka Selfie? Put Up your hand! hahaha..

Tak kisah la korang tu comel ke, tak ke kan? tapi kalau dah selfie bukan2 tu..Annoying okey? Rasa macam nak tampar je laju2 muka tu.Kwang3X..kejam tak?

Ce tengok, kat tangga berapa tahap annoying selfie yang korang selalu  buat tu?




  Pig Nose Pose

# (1) Yang nie muka mintak pelempang.Rasa nak lempang je lelaju.Selaju 150km/j !!


                                                                'Sama tak kami?'



Dog Face

# (2)Yang nie kalau tak kena tempeleng, I bagi Kickboxing.Haiyakkkkk!!amek kau.

dog face

'Cute tak kalau macam ni?'



Cow Tongue

# (3)Macam x wujud je nama ni.Kwang3x tak pe tapi ce tengok gambar kat bawah ni? serupa ke tak ek? Rasa macam nak kerat2 je lidah tu buat Sup Lidah!


cow tongue

'La..Lidah lembu rupanya!'




Monkey Face

# (4)Mawas pun Mawas lahh..Yang ni comel gak..Macam siapa yer?

monkey face

'Alo2x..so adorable'



Donkey Face

# (5)Yang nie tayang gigi macam Donkey.Tambah bunyi..Eeeeokkk..eee..okkk!!

donkey face

'We're the hottest in town!'



Duck Face

# (6)Yang nie pulak muka acah2 comey.Ingatkan ada rupa Angelina Jolie tapi..macam Anjing Lina Juling !!

duck face

                                                                  Siapa lagi comel?Itik ke orang?



Fish Face

# (7)Cute? Awww..huhu.Ini ikan Buntal Okey.Bahaya tau! Duri dia beracun.

fish face

'Rasa Comel?Pikir balik ye'



p/s:post ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yg telah lama mati.ini khas untuk peringatan diri aku sendiri.Kalau ada yg termakan cili rasa pedas tu rasakanlah sendiri! hihi:Don't get it wrong okeyh? Islam Itu Sederhana, jd bersederhanalah.Don't get over!! peace :)


Gadis Jerebu oppsss..ke Jelebuu??

Hai..Assalamualaikum w.b.t !!

Sihat x? Sekarang cuaca tak berapa baik..jerebu melanda merata-rata..Tak salah I tahun lepas pun kita terkena tempias jerebu dari negara jiran ni.Indonesia dan pembakaran hutannya.Menurut laporan, pihak tak bertanggungjawab telah membakar hutan-hutan di Indonesia untuk tujuan pertanian.Hmm dan akibatnya jerebu sampai ke Malaysia.

Okey, bukan nak bersyarah atau berucap pasal jerebu sangat kat sini.cuma nak cerita kejadian hari ni..Indeks pencemaran udara kat kawasan ni mencecah 200 bacaaannya.Itu pun dapat tahu dari rakan sekerja.Haram jadah tak amik tahu.Sebab tengok semalam masih di tahap yang tak merbahaya.So juz go on je la dengan tugas n aktiviti harian.

HAZE IN MALAYSIA


Pagi ni, I macam biasa siap2 pergi kerja.But tak macam usually, I rasa malas sangat2 nak pergi kerja. I bangun, slow2 iron baju, mandi,solat subuh, dan bersiap ala kadar.Then teringat lak worksheet untuk students tak siap lagi.So, pergi print sekejap.Agak lewat jugak, mencecah jam 7 pagi baru settle semua.Then slowly, walk through the hall, and tarik tombol pintu.

Start enjin kereta, tengok cuaca kelabu semacam je.Bersangka baik and terus drive.Smpai atas jalan raya rasa macam "Eh, kenapa lengang je jalan hari ni?" Jadi pelik plak.I pun pikir mungkin sebab I dah lewat sangat.Selalu jam 6.40 pagi dah gerak dari rumah.So, terus je drive dengan senang hatilah kan. Huhuhu..jalan 'clear' sapa tak happy? tak payah risau pasal heavy traffic, tak bimbang pasal lampu isyarat.

Elok2 sampai depan pagar, tengok ada dua tiga kelibat makhluk terpacak tegak depan tu! Makhluk tu menyerupai wanita!! Biar betul??? Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dada.Apa benda dua tiga ekor makhluk tu buat tercegat kat depan pagar tu? Aku salah tengok ke ? Al maklumlah..cuaca berjerebu..Hm, rasa macam tak sedap hati.

Elok melewati pagar dan makhluk2 tu, enjin kereta tiba-tiba mati.Oi mak kau!! terperanjat kejap. Yelah, enjin mati atas bukit, dah nak kena kontrol minyak,stanby gear, turun handbreak bagai.Mujur ke depan, kalau mengundur ke belakang...alamatnya habislah terlanggar makhluk2 itu tadi..
Fuh..selamat!!

Lepas punch kad, berjalan melenggang lenggok ke station kerja dan tiba-tiba kedengaran suatu suara bercakap "Kenapa kau datang hari ni? kan students semua cuti?"

"Hah?"

Terpana.terkesima sekejap.

Suara manusia-manusia yang bercakap itu menggamit rasa ingin tahu.Betul ke atau sekadar khayalan saja? Inginkan kepastian, tanpa segan silu I pun mencelah.

"Betul ke? students tak payah datang hari ni?"

"Aar..tapi kita kena datang macam biasa.Kan dalam whatsapp Bos dah bagitahu."

Blurrr.Whatspss??

Cis! patutlah I malas semacam je nak pergi kerja hari ni tadi.Tapi..apakan daya, students  je cuti.Tenaga pengajar  tak yeeear??

Langkah longlai masuk ke dalam workstation.Tak ada Pnp la, students tak ada?Termenung seketika. Toleh kiri kanan tengok rakan sekerja lain.

Blurrr..

Last2 buka Whatsapp.Hm, tulah..baru nak buka whatsapp..Tadi kat rumah tak sempat nak tengok HP.
Somebody write:

"Asal Jerebu je, institusi pendidikan tutup, students cuti.Habis, kakitangan awam macam mana? staff lain macam mana? Yelah..students je yang ada hidung..yang kita ni tak ada.."

Diam.Hmmm.


P/S: Baru I tau, makhluk2 yang menunggu pagar pagi tadi adalah untuk 'menghalau' students2 yang datang tu supaya balik ke rumah masing2.Ouhhh ..Gadis Jerebu.
Huhuhu
KEEP HEALTY


Menggelabah Itik, Ayam terbang

Okey..Tajuk tu tak berkaitan k?

Ni kejadian malam semalam jugak.After officially dapat Lesen, My Hubby ngada2 suh I yang drive balik dari tengok wayang.So, walaupun macam tak berapa konfiden nak drive mlm2 buta gitu, I pun terimalah cabaran my hubby tu..

Itu pun time my hubby tetibe berhenti n turun dari kereta kat tepi jalan. Minta tukar tempat duduk n suruh I drive balik rumah.Biar betul laki I nih? (Time tu pikir gitu la)

Jadi i pun drivela..Elok2 gitu.Sambil My Hubby kejap2 membebel.Itu tak kena ini tak kena. Dia takut sangat ..kikiki.Lepas tu dia dah boleh rileks sikit.Hah duk diam2 kat sebelah tu. Tapi kejap je.Pas tu dia bagi arahan.Masuk line tengahlah, side tepilah.I pun ikutkan aje..Steady je bawak.


Tetibe masa dekat simpang empat, depan trafik light, lampu merah.Kena berhenti.Time lampu Hijau nak gerak, entah kenapa I gelabah semacam. Kereta tak gerak2. Kereta belakang dah hon dua tiga kali. Last2 depa potong.

My hubby dah bebel2 suh tekan minyak kuat sikit.Tapi kereta taknak jugak gerak2. I lagilah gelabah time tu kan? Adoilah hai..tulah.. orang suh bawak je kete hari2 tak nak..Bila dah tak biasa bawak ginilah jadinya.Kah kah kah.

Sebenarnya I slalu bawak kancil dengan viva yang elok2 saiz I tu je. Mana biasa bawak kete My Hubby ni.Tu yang gelabah semacam. Time tu jugak tukar balik.Hubby bawak kete,Tengah2 lampu Merah tu hubby turun dan tukar tempat duduk.Elok pulak kete tu bergerak bila Hubby I yang drive.

Sabar je la..kah kah kah..

So, kesimpulannya. Jangan Gelabah tak tentu pasal okey Nabila??
Nasib baiklah My Hubby tak keluar statement "Tengok bini abang ni bawak kereta macam tengah bawak Lori!"

Welcome 2015 !!

Assalamualaikum W.B.T ..

Walaupun hari ni dah 06 Januari 2015 rasanya masih belum terlewat untuk I mengucapkan selamat datang  tahun baru 2015.

Munculnya Tahun Baru membawa seribu satu pengertian pada Individu.Ada yang memasang hajat dan azam bersempena dengan kunjungan tahun baru, tak kurang juga yang muhasabah diri bersempena dengan kemunculannya.

Menjelang ketibaan tahun baru, bererti meningkatnya umur, status, dan tak kurang juga pertambahan tanggungjawab.Bagi yang baru mendirikan rumahtangga  tahun baru menandakan bertambahnya tanggungjawab dari single kepada berpasangan, dari berpasangan kepada beranak pinak, bercucu-cicit. Ada juga dari berstatus pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah, IPT dan masuk ke alam pekerjaan, alam persaraan.

Dari perspektif I sendiri tentunya kemunculan tahun baru ini diharapkan membawa seribu satu pengalaman baru dan peningkatan dalam pencapaian baik dari sudut peribadi mahu pun  umum.

Azam? Setiap orang pasti ada 'List to do' or 'List to Achieve' dalam kamus dan diari peribadi masing-masing.Hmmmm apa pun hari ni secara rasminya I dah dapat Lesen memandu.Hahaha.. setelah berhempas pulas, akhirnya I secara rasminya adalah pemegang Lesen memandu  (kah,kah, kah.. orang lain dah berkurun2 dapat lesen, I baru nak dapat lesen!)


Actually, dengan permulaan yang baik, di awal tahun baru ni I berharap akan menarik lebih banyak aura2 Positif datang kepada I lepas ni ( Ameennnnn!)

Bagaimana dengan you all? Harap u all pun dapat Aura-aura Positif jugaklah sempena Tahun Baru 2015 ni.Kita Doakan sama-sama ya! Apa pulak perkara baik yang terjadi pada you all di awal tahun baru ni? apa kata kongsikan sikit kat bawah Komen box ni Jom?


Hah, ni sample to do list I


Cekodok itam vs. cekodok puith.


Hm, kalau petang-petang makan cucur kodok pisang panas2 sedap jugak sambil layan drama kat tv.
Korang suka makan cekodok? Cekodok versi mana.Yang itam manis ke yang putih? Yang itam tu bukan hangus, tapi itulah cekodok pisang.Yang putih tu cucur kodok ikan bilis +bawang.

Sedappp..cicah dengan sos.Lagi sedap.Bayangkan macam makan KFC.Kah,kah,kah!!
Ada orang suka cucur kodok pisang.Ada suka cucur ikan bilis.Ada gak yang suka dua2.


Senyumannya melebar tatkala mendengarkan cerita mamanya.Dia dan cekodok itam memang tak boleh dipisahkan.Tetapi sejak diperkenalkan kepada cekodok putih, Icha macam tak boleh nak berpisah dengan cekodok putih lagi.Pagi petang siang malam dia cuma nakkan cekodok putih.Dia bukannya sengaja nak beralih kasih, tapi apa nak buat.Sedangkan pantai lagikan berubah..inikan pula manusia biasa!

Mama dan papanya naik rimas dengan perangai baru Icha itu.Bimbang dengan perangai anak perempuan tunggal mereka yang serba tak kena pada pandangan mata mereka.Mana tidaknya..tiba-tiba sahaja angau dengan cekodok putih.Tak pernah jemu dengan cekodok putih.Sedangkan mama yang melihat pun rasa muak dan nak termuntah inikan pula papa!

CEKODOK


“Icha!”

Icha menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.Dia cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Kelopak matanya membesar.Bagus, lelaki itu menepati janjinya!


“Kau bawa tak apa yang aku nak?”

“Kau ni tak menyabar-nyabarlah Icha!

“Cepatlah.Kau ni terhegeh-hegehlah.macam perempuan!”

“Habis kau tu, gelojoh macam jantan!”

“Kurang-kurangnya kalau aku jadi perempuan pun beruntung ..pandai masak berbanding kau tu jadi jantan..apa yang kau pandai? melalak?”

“Kau ni kannn!!!” Icha menampar-nampar susuk tubuh di depannya itu.

Grrrrrrr! Geram betul! Tak habis-habis nak kutuk dia macam jantan.Suka hati dialah nak jadi macam jantan ke perempuan.Kalau ada pilihan jadi pondan..agaknya elok lagi dia pilih untuk jadi pondan!

“Eii sakitlah.Kau ni..tak padan dengan perempuan.Kau makan apa ha? makan besi ke?”

‘Sakit betul penangan Icha.Baru kena penampar dekat badan.Kalau kena tampar dekat muka.. pengsan aku agaknya!’

“Mananye..cekodok aku?”

Yang Tak masuk di Akal vs.Masuk Akal?


Pernah tak korang tengah masak-masak dekat dapur..lepas tu mak korang tegur korang :
JANGAN menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.”
Pastu korang pun tertanya-tanya apa relevennya, menyanyi dalam dapur dengan kawen dengan orang tua? Tak masuk di akal?

Pastu mak korang masak ayam, dalam banyak2 bahagian ayam yang mak korang goreng berempah tu, korang nak jugak pilih pedal ayam!

Mak korang startlah membebel " Makan pedal ayam, nanti mengantuk masa bersanding."

Kat sini ada banyak lagi pantang larang orang tua yang kekadang bila kita dengar rasa macam, eh apa kaitannya? Cam tipu je pantang larang nih semua???

I Dah buatkan List spesial  Untuk you all:

1# Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul. 

Apa kena mengena duduk atas bantal dengan bisul lak kan? Setahu I lah kan, kalau duduk atas kusyen tu pun kira macam bantallah jugak.Tak bisul lak punggung duduk atas kusyen tu?
Sebenarnya, kalau ikut fakta,Bisul terjadi disebabkan oleh kuman yang dipanggil Staphylococcus aureus.Kuman akan masuk ke dalam tubuh melalui kelenjar peluh,kelenjar minyak atau akar rambut  dan seterusnya menyerang kawasan tersebut.

Jadi à relevannya tak boleh duduk atas bantal sebab, bantal lazimnya dibawa tidur.Terdapat banyak peluh melekat sewaktu tidur dan pastinya banyak bakteria dan kuman di situ.Pointnya adalah,mak-mak dan nenek-nenek kita tak tegur direct, dia berkias “Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.”
Nampak tak indahnya cara orang dulu-dulu berbahasa?Menegur secara berhemah bukannya buat khemah. 
Lagi pun kalau korang duduk atas bantal tu nanti korang kentut pening pulak kepala orang yang tidur atas tu bau gas beracun korang yang terperangkap dalam tu.

2 # Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan (lelaki)

Orang lelaki ni special kes sikit.Dia kalau dah tak tahan kat mana-mana je boleh menyiram! Suburlah pokok-pokok bunga yang kena siram tu.Dapat baja free.
Tapi mak-mak kita, atok-atok kita selalu pesan “Jangan kencing atas busut, nanti buruk kemaluan.”

Kenapa agaknya? Ha..korang taukan Busut biasanya terdapat dekat mana? Dekat hutan,,dekat kebun habitat semulajadinya!
Tau dekat hutan ada apa? Banyak..yang boleh ‘nampak’ dan ‘tak boleh nampak’.Ha..jadi agak2 la kalau nak menyiram pun! Karang korang pancut merata, tersembur dekat muka dia.Tak ke bengang dia? Bukan takat manusia je marah kalau kencing korang tersembur dekat diaorang ..’dia’ pun boleh naik hantu!

4# Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 


Kalau dah anak duk tidur berguling-guling atas padang, bukan takat emak je mati..selera mak mertua nak buat menantu pun  mati! Iyelah.Tak senonoh, banyak2 tempat boleh baring..tengah2 padang jugak nak buat posing maut ala-ala atas katil.Superman ada, gaya primadona ada, gaya singa terlepas kandang pun ada!

Kau ingat padang tu  bilik tidur rumah korang, nak berkuak lentang bagai? Mak sendiri makan hati tengok perangai buruk lantak korang tu , apatah lagi makwe/ pakwe korang sendiri.Patah hati!


5 # Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 

Ya Allah..kau pun dalam banyak2 tempat nak duduk, buntut lesung batu tu jugak nak dijadikan alas duduk! Memanglah berkudis bontot korang! Dahlah benda tu guna tumbuk sambal, tumbuk bawang, bagai..kau buat tempat duduk pulak.
Pedih bontot korang baru tahu!


6 # Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 

 Ni aku tak jelas sangatlah.Tapi aku rasa (bersiul yang dimaksudkan tu, bersiul kuat2)
Pernah tak tengok orang panggil ular guna seruling tu? Ha, kalau rumah korang jenis rumah rendah yang duduk atas tanah tu, memangla tak digalakkan bersiul kuat.nanti bukan takat ular, segala macam benda nak masuk rumah korang.Yelah, ingatkan korang nak mengorat ‘mereka’!

macam dalam filem hindustan ..ke tamil ek?

Pantang larang

   Hai..korang panggil aku ke?


Hah, sampai situ je aku ulas.Yang lain2 tu pepandailah korang pikir ikut akal cerdik korang tu? 
Kalau nak tahu lagi senarai pantang larang orang tua dulu-dulu tengok bawah ni.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan 

  •  Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 
  •  Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 
  •  Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang. 
  •  Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h. 
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. 
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 
  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
  •  Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
  •  Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 
  •  Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 



Pantang Larang Ketika Makan 

  •  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 
  •  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 
  •  Makan mencangkung, payah dapat rezeki. 
  • Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 
  • Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 
  • Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut. 
  • Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 
  • Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 
  • Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 
  • Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 
  • Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 
  • Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 
  • Makan sisa anak, anak akan degil. 
  • Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 


Pantang Larang Ke Atas Lelaki 

  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang. 
  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 



Pantang Larang Ketika Duduk 
  • Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
  • Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang. 
  • Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki. 
  • Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur. 
  • Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.  

Eeeiii..muka cantik tapi..??

Haluuu..you all sehat? Thanks sebab sudi singgah ye?  Semua pernah tak tengok iklan ni?

video

(iklan dari :google)


Haha..lawak tul iklan ni! tapi hari ni bukan nak cerita pasal tu.Bukan nak promote product, semua pun bukan.

Nak tanya you all mana lagi penting, cantik luar ke.. cantik dalam? Ke dua2 kena cantik bak kata orang cantik luar & cantik dalam?

Okeyh al-kisah.Mungkin antara pembaca blog ni ada yang pernah duduk di asrama. Pernah ada roomate, kawan baik atau classmate.Pernah tak kan, you all dapat roomate yang muka cantik, pakaian bukan main up to date ,bergaya, anggun, diva de boom! Bam boom Bang! Tapi...??

Bekas makanan seminggu 'peram' tak basuh2.Baju recycle 10,20 kali baru basuh, Cawan, sudu,garfu simpan sampai cukup sebulan..sampai berkulat2.Almari baju..tak payah nak ceritalah..berterabur macam tong sampah.


Sarang tikus

Rumah ke, sarang  tikus ni?


Tu belum masuk bab lain2.Baju dalam bakul bertimbun-timbun sampai tak muat bakul.Al maklumlah stok baju banyak..mengalahkan gudang fabrik pakaian.

Tapi pergi kelas pandai pulak nak wangi2, nak cantik2 nak bergaya.Oh my, my? Berbotol minyak wangi sembur masa nak keluar.Tapi kat dalam rumah sendiri..dah macam bau tempat pembuangan sampah! Nak bernafas pun nyawa-nyawa ikan!

"Eeee..muka cantik tapi PENGOTOR, PEMALAS!"

Ini bukan omong kosong okey? memang kenyataan dalam dunia ni memang ada orang yang macam ni.Kat luar penampilan memang mengalahkan artis terkenal tapi sebaliknya..(pandai2 lah pikir).Biasanya hal2 macam ni hanya orang terdekat, terapat, yang tinggal sebumbung, sebilik, serumah sahaja yang berpeluang mengetahuinya.Hatta selepas berkahwin nanti barulah pasangan mengenai 'sebenar-benarnya' sifat pasangan mereka itu.

Pengalaman zaman belajar dulu, pensyarah I ada bercerita tentang anak didiknya.Seorang yang cemerlang dalam akademik.Pointer memang GEMPAK selalu.Tak pernah mengecewakan. Sayangnya, menurut rakan-rakan sekelasnya.. dia tu PENGOTOR!

Bayangkan rakan sebiliknya cakap, loker punyalah tak pernah kemas.Baju pun selalu recycle balik pakai.Memang rakan sebilik tak 'ngam' langsung.Mana taknye..belajar je 24 jam.Yang lain2 langsung tak ambil peduli.Bilik malas kemas, tak bersapu, bersawang bagai.Macam rumah hantu!


cerminan peribadi


That's why my lecturer pun cakap:

"You all, belajar,belajar jugak tapi janganlah sampai abaikan kebersihan diri, dan sekeliling.Kawan2 tak respect.."

BUKAN semua yang muka cantik tu Pengotor dan malas.Sebab tu I terangkan tadi..nak cantik luar ke, nak cantik dalam ke, atau You all nak cantik kedua2nya.

Itu baru sentuh bab kebersihan diri, persekitaran, dan sikap.Belum sentuh soal peribadi lagi.





"Eee.. muka cantik tapi Mulut PUAKA!"

ini satu lagi.Allah dah jadikan awak tu cantik, tapi mulut tu tak cantik!Bercakap tu biarlah beradab, sopan sikit, jangan asyik mencarut tak tentu pasal.Biarlah cantik luar..cantik dalam!


p/s:

  • Tepuk dada ,tanya selera..cantik macam mana yang you all hendak??
  • Jaga diri hiasi peribadi




href="http://nabila86.sharethisstory.net/my-951174-11452">