>> CERPEN:BOIKO

JATUH cinta lagi.Cintaku kini milik Bioko.Pertama kali aku ke sini, aku sendiri tidak mengerti mengapa mereka memanggilnya begitu.Memang aku keliru.Keliru dengan gelaran yang mereka berikan padanya.Namun, lama-kelamaan aku mulai mengerti.Memang itu namanya!. Ternyata Bioko bukan calang-calang keturunannya.Ia memang istemewa.Seunik namanya.

Dari jauh lagi aku terhendap-hendap mengintai dirinya.Bimbang akan menakutkannya.Bioko memang pemalu.Ia bukan seperti spesis liar yang lain.Bioko tidak mudah dipikat.Jika di zaman dahulu orang pernah berkata, tak kenal maka tak cinta.Tetapi hakikatnya memang aku tak pernah kenal Bioko.Terus sahaja aku terjatuh cinta padanya..Begitulah penangan cinta Biokokepadaku.

Saat mataku memandang wajahnya, dapatku rasakan semacam satu perasaan asing menjalar di segenap urat nadiku.Bioko memang comel.(Walaupun kadang-kadang aku nampak macam ada bulu-bulu kasar berhampiran hidung dan mulutnya!).Mata Bioko cantik.Bulat dan besar.Anak matanya hitam pekat.Jari-jemarinya kecil, mugil dan kurus-kurus sahaja semuanya.Geram aku melihatnya.

Tertarik benar aku melihat bulu-bulu dadanya.Lebat.Telinga Biokotak terlalu besar, tak jugak terlalu kecil…yang sedang-sedang sahaja..Tetapi yang paling menggoda adalah pandangan mata dan renungannya..Bioko kadang-kadang akan bersembunyi apabila merasa malu dan terancam.Biarpun Bioko nampak liar dan agak garang, Bioko sebenarnya bersifat penyayang.Bioko sangat sayang pada anak-anaknya.

Pada mulanya,aku teragak-agak mahu mendekati Bioko.Bimbang Bioko akan mengganas.Mujur Bioko memahami hasratku.Aku sekadar ingin mengenali. Berkenal-kenalan dahulu dan kemudian belajar mencintai.Sudah terlalu lama Bioko tinggal di sini.Di pulau ini.Di sinilah tempat Bioko dan saudara-saudaranya tinggal.Ada yang bertelinga merah,ada yang hidungnya besar, ada yang berambut merah,berambut kuning,dan ada pula yang hidungnya agak panjang.

Bioko.Ia bukanlah gadis pujaan.Bukan jua jejaka impian.Bioko adalah spesis monyet  yang tinggal di sebuah pulau bernama Pulau Bioko yang terletak di Malabo,Afrika.Bioko, monyet Afrika yang kian terancam apabila menjadi mangsa pemburuan haram.Di sini, monyet-monyet Bioko ini diburu, untuk mendapatkan habuan apabila daging-daging mereka dijual di pasaran.Permintaan untuk daging monyet-monyet Bioko ini amat tinggi.

Pelanggan sanggup membayar dua ratus ringgit dan ke atas demi untuk menikmati daging monyet Malabosegar ini yang dipanggang hidup-hidup!.Malah daging hutan ini begitu digemari oleh penduduk Malabo dan boleh di dapati di pasar –pasar sekitar Malabo.Oleh kerana itu juga, populasi monyet Bioko  ini semakin merundum.Jika bernasib baik, mereka akan dijadikan haiwan peliharaan,dan jika sebaliknya…bersedialah untuk dijadikan makan malam!.

Pulau Bioko.Nama pulau ini diambil bersempena dengan kewujudan banyak spesis-spesis monyet Bioko di sini.Di sinilah habitat asal mereka.Di sini tempat mereka beranak-pinak, mengembangkan zuriat dan keturunan mereka.Seekor monyet Bioko bersaiz besar dari baka Mandrillus Leocophaeus Poensis berbulu hitam dengan sepasang mata kecil berwarna jingga dan hidung yang agak besar serta rupa yang seakan-akan seekor singa berjalan hampir denganku.

Saiznya yang agak besar menyebabkan aku menyangkakan ia seekor singa berbulu hitam!Rupa-rupanya monyet Bioko baka ini berjalan di atas tanah dan hanya tidur di atas pokok.Monyet baka Mandrillus Leocophaeus Poensis ini lebih banyak menghabiskan masanya di tanah berbanding berada di atas pokok.Monyet-monyet Bioko ini hanya makan buah-buahan hutan dan serangga kecil.Kasihan monyet-monyet Bioko di sini.Menjadi mangsa buruan pemburu-pemburu haram yang tidak bertanggungjawab.

Tujuh spesis monyet termasuk babun ,merupakan penghuni tetap hutan hujan di sini.Di sini juga terdapat orkid hutan,siput, amfibia,ikan,labah-labah dan serangga yang tidak pernah atau mungkin jarang-jarang ditemui.Juga terdapat tiga spesis tupai berekor panjang,kelawar buah ,satu spesis landak, tikus berpoket, dua ekor rusa kecil dan kerbau hutan yang telah diburu oleh kepupusan sejak berkurun lalu..

“Farin, mari kita ke sana..” George menunjukkanku ke suatu arah.

Aku dan Melly hanya mengekor.Kami meredah semak samun dan segala rintangan .Hutan tebal Afrika ini berbeza dengan hutan yang terdapat di Malaysia..Malah, tumbuh-tumbuhan di sini berbeza dengan yang terdapat di sana.Faktor bentuk mukabumi, geografi, cuaca dan juga iklim yang berlainan menyebabkan kebanyakan tumbuhan dan haiwan di sini tidak terdapat di Malaysia.

George menyelinap perlahan-lahan di celah-celah semak  dan perlahan menghampiri sebatang pokok besar.Kami hanya membontotinya dari belakang.Perlahan, dan penuh hati-hati.Tugas begini memang mencabar.Kami perlu bersedia dalam apa jua keadaan.Krakkk…! Terdengar ranting kayu patah.Mungkin dipijak oleh salah seorang daripada kami.Tetapi pasti bukan George yang melakukannya!

“Syyhhh…!” George memberi amaran.Jari telunjuknya dirapatkan ke bibir.Memberi isyarat agar jangan mengeluarkan sebarang bunyi.

Klikk…Klikk!!.Sepantas kilat kamera digital canggih milik George merakamkan imej haiwan hutan yang telah berjaya menarik perhatiannya.Seekor kucing hutan Afrika!.Bentuknya seakan seekor tikus, dengan belang seperti harimau bintang.Ia memiliki sepasang mata yang besar berwarna hitam, telinga, hidung dan mulut seperti seekor tikus manakala ekornya berbelang seperti harimau.Menurut George , kucing hutan ini memburu mangsanya diwaktu malam.

Terperanjat aku tatkala hampir terpijak  seekor lipan berwarna hitam dengan kaki-kakinya yang berwarna kuning.Lipan atau nama lainnya,Order Scolopendromorph itu bergerak di celah-celah ranting kayu sebelum menghilang di sebalik batu.Seekor labah-labah besar berwarna hijau -Olios SP, Bunga Lily Bebola Api-Scadoxus Cinnabarinus dan Burung Raja udang berparuh putih  -Alcedo Leucogaster adalah antara koleksi gambar-gambar menarik yang telah berjaya ditangkap oleh George.

Hutan Hujan Afrika ini menyimpan banyak rahsia alam.Masih banyak khazanah alam semulajadi yang belum pernah diterokai dijumpai di sini.Pertama kali aku melihat ulat bulu unik berwarna kuning keemasan dengan bulu-bulu halus seperti  rerambut berwarna emas.mujurlah tidakku sangkakan bunga! Kelawar buah tergantung di celah dahan pokok.dan dari jauh…sepasang mata bulat sedang merenung ke arah kami bertiga…

“Jangan berpisah daripada kumpulan…” Begitulah pesanan George.

Setiap langkah diatur penuh hati-hati.Kami tidak mahu kehadiran kami di sini tidak disenangi oleh makhluk-makhluk lain yang menghuni tempat ini.Aku terpegun melihat ketangkasan George mengambil gambar seekor monyet Biokoberhidung bulat yang sedang memetik buah-buahan.Kelihatan begitu comel sekali.Monyet berbulu hitam itu langsung tidak menyedari gambarnya diambil oleh George.

“Monyet yang ini hidungnya bulat dan ekornya agak panjang, mereka menggelarkannya ‘Martin’s putty-nosed monkey.’ Nama saintifiknya pula Cercopithecus nictitans martini.Biasanya tinggal berkumpulan di atas pokok.Jumlahnya adalah antara limasehingga dua puluh limaekor dalam satu-satu komuniti.Monyet jenis ini beratnya antara sembilan hingga tiga belas kilo atau tujuh hingga sepuluh kilo  dengan ketinggian antara tujuh belas hingga dua puluh dua inci dan enam belas hingga dua puluh inci.” Terang  George kepada kami.

“Mereka mengeluarkan bunyi yang amat bising!" Melly menutup kedua belah telinganya dengan tangannya.Bunyi seperti ‘’pee-ow ’’ itu memang nyaring dan menyakitkan telinga .

“Itu cara mereka berkomunikasi..” Terang George lagi.

Kami meneruskan perjalanan, meredah hutan belantara itu,dan hari semakin gelap.Matahari hampir terbenam.Hatiku mula merasa gundah.Bimbang akan keselamatan kami.Sepatutnya kami telah sampai ke destinasi yang dituju.Malangnya perangkaan kami tersasar.Nampaknya malam ini, kami terpaksa bermalam di dalam hutan bersama-sama dengan binatang buas  dan binatang –binatang liar yang mungkin merbahaya.

“Pulau ini digelar Pulau Bioko kerana monyet-monyet yang tinggal di sini?” Soal Melly.

“Ya,penduduk di sini menggelarkannya Pulau Bioko.Ia terkenal dikalangan pelancong asing..” Terang George kepada kami.

Tiba-tiba beberapa ekor monyet liar melompat ke atas George.Kami terperanjat!.Monyet itu menjerit-jerit kepadanya dan menyerangnya.Aku dan Melly tergamam.Kami mati akal..George cuba menjerit kepada monyet-monyet itu untuk menakutkannya tetapi ternyata monyet-monyet itu tidak takut kepadanya.Kami cubauntuk membantu.Setelah bergelut selama limaminit, akhirnya George berjaya menakutkan monyet-monyet itu dengan senapangnya.

“Kau tak apa-apa, Geroge?" Soalku.

“Tak.Aku okey " Balasnya.

“Kau memang berani..” Puji Melly, dia menepuk bahu kanan George.

“Ouchhh!!" George menyeringai.

“Kau cedera?" Soal Melly.

“Sedikit…” Balasnya.

“Mari aku lihat..” Aku cubamelihat bahu kanan George.Tedapat kesan gigitan di situ.

“Monyet itu menggigit kau..” Ujarku.

“Berdarah?” Giliran Melly pula menyoal.

“Aku sangka mereka tak merbahaya." Ujarku.

“Mungkin mereka rasa terancam oleh kedatangan kita…” Balas George.

“Tetapi kita tak mengganggu mereka..” Ujar Melly pula.

“Tidak, tetapi mungkin kita telah menakutkan mereka..” Balas George pula.

“Mereka rasa tidak selamat..?” Aku bertanya.

“Ya..” Ujar George lagi.

“Mari aku ubati luka kau..” Melly mengeluarkan kit pertolongan cemas daripada begnya.

“Dalam lukanya?" Soal George kepada Melly.

“Tak berapa dalam..” Melly menyapu ubat pada luka di bahu kanan George.

“Farin..”Panggil Melly.

“Yeah..?” Aku menyahut.

“Kau rasa kita dapat keluar dari sini menjelang pagi esok?" Melly kelihatan ragu-ragu.

“Entahlah Melly.Semuanya bergantung pada keaadaan.Melihat pada apa yang terjadi kepada George sebentar tadi, terus-terang aku katakana.Aku mulai bimbang.”

“Maksud kau Farin…?”

“Melly, hutan ini hutan tebal.Berbagai jenis bintang buas ada di sini.Kita perlu sentiasa berwaspada…”Ujarku.

“Aku mahu bersembahyang..” Sambungku lagi.

“Di hutan ini?" Melly seakan tidak percaya.

“Ya,mengapa?"

“Kau boleh bersembahyang di sini? Bagaimana?” Melly menyoal.

“Melly,agamaku tidak pernah membebankan umatnya..Agama islam agama yang suci.Dalam agama islam, ketika darurat seperti ini, kami diberi kelonggaran untuk menunaikan solat, jika tiada air, aku boleh bertayamum.Kerana itu aku membawa bekalan debu pasir,untuk tujuan tayamum..”Aku menerangkan kepadanya.

“Kau benar-benar taat kepada agamamu..” Ujar Melly.

“Umat Islam mestilah taat kepada ajaran Allah dan berpegang teguh pada sunnah rasul-NYA Melly..” Aku membalas.

“Ouchh..Argghh…argh…” Kedengaran George meraung.Melly berlari mendapatkannya.Aku membetulkan kedudukanku.Setelah memastikan arah kiblat melalui jarum kompas, aku menunaikan solat fardhu Maghrib.

Usai solat fardhu Maghrib,aku menghampiri kedua orang rakanku itu.Kelihatan George sudah tertidur dan Melly masih setia menunggu di sisinya.

“Bagaimana keadaannya?”

“Dia keletihan.Lukanya tak dalam tetapi dia perlu berehat.” Balas Melly.

“Kau berasal dari mana?” Soalku.

“Aku dari Jawa Tengah.Menggembara ke Malaysiadan kemudian terpilih untuk mengikuti ekspedisi ini, di hutan hujan Afrika ini.

“Apa agamamu.?” Tanyaku.

“Aku?Aku tiada agama.Dulu, ibu bapaku penganut agama Kristian.Tetapi aku tidak percayakannya.Kini, aku tidak punyai agama…” Balas Melly.

“Jadi kau tidak mempercayai agama..?” Ujarku.

Melly diam.Dia hanya menjungkit bahu.Mungkin tidak mahu aku memanjangkan soal itu.Kami berehat seketika.George tiba-tiba terjaga dari tidurnya.Dia meracau-racau. Badannya panas.Dia berpeluh-peluh.Ruam merah memenuhi leher dan pergelangan tangannya.Melly panik.Begitu juga dengan diriku.Keadaan George nampak membimbangkan.Melly mengelap dahi George dengan tuala basah miliknya.

Perjalanan harus di teruskan.Tempat ini tidak selamat untuk kami.Aku memapah George.Kami berjalan perlahan.Keadaan George menjadi semakin teruk.Dia nampak terlalu lemah.Ruam merah di leher dan tangannya sudah merebak ke muka.Peluhnya semakin banyak keluar.Aku dan Melly mulai bimbang.Matahari semakin terbenam…Pelbagai persoalan bermain di mindaku.Di mana kami hendak tidur malam ini?.

Hari sudah semakin gelap.Cuaca tidak menentu.Kelihatan awan gelap berkepul-kepul mula berkumpul.Seolah hujan akan turun tidak berapa lama sahaja lagi.Aku dan Melly mecari tempat yang sesuai untuk membina khemah.Semoga kami terselamat dari hendapan binatang liar.Aku tidak mahu menjadi hidangan makan malam haiwan buas di sini.Setelah memilih tapak yang sesuai,khemah di dirikan.

Angin bertiup lembut.Cengkerik dan unggas hutan mula melagukan simfoni alam.Hari semakin gelap.Khemah sudah siap di pasang.Aku menghidupkan unggun api sementara Melly merawat George.Untuk tujuan keselamatan, aku membuat dua unggun api.Dan memasang perangkap di tepi khemah.Bimbang ada haiwan liar yang datang menyerang.

Perut mula berkeroncong minta diisi.Aku mengeluarkan bekalan daripada begku. Hanya ada setin sardin, sebungkus roti dan sepaket meggi.Aku membuka tin sardin dan menyapunya ke atas roti.Perlahan-lahan roti itu kukunyah.Terasa kelat tekakku.Hmm, makanan sejuk…terasa tidak berselera.Tetapi perutku ini harus diisi…Sekurang-kurangnya aku tidak mati kebuluran di tengah-tengah hutan tebal ini..

“Hai, Farin.” Sapa Melly yang baru sahaja keluar dari khemah.

“Hai Melly, kau mahu makan?" Ujarku sambil menyuakan sebungkus roti kepadanya.

“Ohh..tak apalah.Aku juga ada bawa sedikit bekalan..” Melly mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

“Hmmm..nampak sedap..” 

“Kau mahu sedikit?" Melly menyuakan bekalan berisi stik yang dibawanya.

“Tak apa,lah..Kau makan sahaja.” Sebenarnya aku ragu-ragu dengan kandungan stiknya itu.Halalkah daging itu, bagaimana cara masakkannya?Mungkin telah dicampur ramuan lain seperti arak,tuak atau minyak haiwan yang tidak halal untuk orang Islam sepertiku..

Aku dan Melly berbual-bual sambil menikmati makanan.George masih lagi tidur.Mungkin terlalu kepenatan.Unggun api menemani kami.Hujan rintik mulai membasahi bumi.Kami terpaksa berlindung di dalam khemah.Setelah menunggu selama hampir setengah jam dan diselubungi kesejukan, baharulah hujan mulai reda.Kayu api sudah basah, dan api tidak dapat dihidupkan.sebagai langkah berjaga-jaga ,aku dan Melly memasang lampu suluh.Mujur kami membawa lampu picit itu.Sekurang-kurangnya dapat digunakan dalam kesusahan.

Langit malam di hiasi bintang.Kanopi hutan yang tebal menyebabkan kami sukar melihat langit.Di kiri dan kanan hanya diselubungi kepekatan malam.Mataku melingas ke kiri dan kanan.Berwaspada dengan sebarang bahaya.Wajah Melly pucat.Mungkin dia kesejukan.Matanya juga membulat, memandang ke sekeliling.Dia seolah ketakutan. Zupp!!.Tiba-tiba dia duduk disebelahku.Terperanjatku!.

Tidak semena-mena seekor monyet besar melompat keluar daripada khemah George.Aku dan Melly saling berpandangan.

“Apa tu,Farin…?” Melly duduk semakin rapat dengan tubuhku.

“Err..mungkin monyet..” Balasku.Aku juga tidak pasti sebenarnya.Mungkin monyet.Mungkin juga singa atau mungkin serigala? Kegelapan malam membataskan penglihatan kami.

“Aku takut..” Tiba-tiba Melly memeluk tubuhku.Terkejut aku dengan tindakan pantasnya itu.

“Bertenang Melly..”Aku cubameleraikan pelukannya.Entah mengapa naluri lelakiku tiba-tiba bergetar hebat.Tak sanggup membiarkan keadaan seperti itu itu berterusan.

Melly masih ketakutan.Tubuhku dipeluknya erat.Terasa nafasku sesak.Jantungku mula berdebar..Ahh..perempuan ini!!.Melly seolah tidak mahu melepaskanku.Aku dapat merasakan lekuk tubuhnya itu melekap kuat pada tubuhku.Seolah jantungnya turut berdegup kencang.Lama begitu sebelum dia sendiri meleraikan pelukannya.Matanya berkaca..Dia benar-benar ketakutan!

“Mari kita pergi lihat George..” Saranku.

Melly akur.Dia menuruti langkahku ke khemah George.Kami terpaku.George tiada di situ! Barang-barangnya sahaja yang masih ada di tempat asalnya.Tetapi jasadnya tiada.Aku dan Melly saling berpandangan.Melly menyelongar ke seluruh khemah.Tiada!Ke mana George menghilang?

“Bagaimana Farin? ” Soalnya kepadaku.

“Aku sendiri runsing.Ke mana pula dia pergi?”

“Dia masih belum sihat sepenuhnya..” Melly berkata sendiri.

“Apa pandangan kau?” Soalku.

“Jangan-jangan dia diculik oleh monyet-monyet Bioko itu?"

“Hah? Kau gila!!Masakan monyet menculik manusia?" Hampir tertawa aku mendengarkan kata-kata Melly itu.

“Tapi kita sama-sama lihat tadi,kan?Adamonyet besar yang keluar dari khemahnya.Sejurus selepas itu, dia menghilangkan diri."Ujar Melly .

“Mungkin George telah keluar sebelum kedatangan monyet itu, dan kita terlalu leka sehingga tidak menyedarinya.” Aku menyuarakan pandanganku.

“Tak mugkin, dia terlalu besar untuk kita tak menyedarinya.Tak mungkin George tinggalkan kita begitu sahaja tanpa sebarang pesan." Balas Melly pula.

“Mungkin George keluar sebentar saja.Kita tunggu sedikit masa lagi.Lagipun hari semakin gelap.Kau tidurlah dulu.Biar aku yang menunggu George pulang..”

“Baiklah.Aku terlalu penat.Aku masuk tidur dahulu,Farin.Hati-hati ya?" Pesan Melly kepadaku…

 Malam semakin dingin.Aku hanya ditemani deruan angin dan bunyi-bunyian alam..Nyamuk Afrika semakin mengganas.Habis seluruh tubuhku diserangnya.Tiba-tiba sahaja badanku merasa seram sejuk.Terasa seperti ada yang sedang memerhati.Mataku melingas ke kanan dan kiri.Hanya kegelapan yang menyelubungi.Mungkin ada pemangsa yang sedang menghendap.Menantikan masa yang sesuai untuk menikmati hidangan makan malamnya.

Zashhhh!!!.Sesuatu melompat ke arahku.Aku tidak tahu apakah itu.Puas aku bergelut dengannya.Berpeluh-peluh aku melawan binatang itu.Zapp..!!Zapp!!..Tubuhku dicakar. Pedihnya ..!!Aku menjerit di dalam hati.Cakarannya bisa sekali.Bulu-bulu yang menyelaputi seluruh tubuhnya merimaskanku.Ianya seekor monyet Biokoyang besar dan ganas!.Aku menarik monyet itu sekuat hati.Wajahnya…seperti wajah manusia…ia adalah..seperti George!

“Kau?!” Aku menjerit sekuat hati melihat monyet jadian itu…

“Farin,Farin..!!” Tiba-tiba kurasakan tubuhku digoncang kuat.Namaku dipanggil berkali-kali.

“Kau bermimpiq!"Terpacul wajah George di hadapanku sebaik sahaja aku membuka mata.

“Kau, George?" Soalku.

George terpinga-pinga.Melly juga begitu.Keduanya saling berpandangan.

“Kenapa dengan kau,Farin?" Soal Melly.

 “Hari sudah siang?” Soalku pula.

“Ya, kau tertidur?” Soal Melly pula.

“Bila kau pulang George?" Aku menyoal.

“Pulang?Aku tak ke mana-mana.Sejak semalam aku tidur di dalam khemahku.Kau kantahu aku demam kerana diserang monyet hutan semalam?" George kehairanan mendengar pertanyaanku.Melly juga begitu.

“Kenapa dengan kau Farin?"

Aku memandang kedua mereka.Dahi George berkerut.Melly pula meletakkan tangannya pada dahiku.Melly menoleh kepada George.

“Dia demam panas…” Ujar Melly.

“Kau berehatlah..” Ucap George.

“Tak perlu.Aku okey..”

“Mujurlah hanya mimpi…” Bisikku sendiri.Aku tersenyum lalu bangkit dan mengemas barang-barangku.Kami akan meneruskan perjalanan selepas ini.Nampaknya ketaksubanku pada spesis primat ini telah terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi!

by:

Comments

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh