>>CERPEN:PELANGI SENJA

                                         
MENTARI sebesar nyiru berada betul-betul tegak di tengah langit biru.Tanpa belas kasihan menghirup titis-titis air dari bumi yang semakin kontang merekah itu.Zarah-zarah debu halus berterbangan di tanah gersang yang semakin tandus.Bumi kontang dipenuhi jutaan mayat yang semakin membusuk,di dalamnya keluar ulat yang meruit-ruit lalu menggerekot apabila terjatuh ke tanah tandus itu.Kemudian, jatuh seekor lagi ulat berwarna putih yang meruit-ruit itu bangkai busuk yang menusuk hidung.

Bau busuk yang teramat sudah menjadi semacam sebati dengan kawasan itu.Bau bangkai yang semakin mereput menerobos masuk melalui ruang pernafasan lalu menerjah ke dalam rongga tekak sehingga memaksa seluruh isi perut dimuntahkan.Sungguh memualkan.Di sana sini mayat-mayat busuk berteraburan.Darah manusia dijadikan santapan harian.Nyawa manusia dijadikan taruhan.

Misi menyelamat yang dipimpin oleh Doktor Johari Moss semakin kehilangan arah apabila berlaku rusuhan berdekatan dengan kem penempatan mereka.Terasa kawasan tersebut semakin tidak selamat untuk dijadikan penempatan sementara bagi mangsa-mangsa peperangan dan rusuhan yang semakin menjadi-jadi ketika itu.Manusia kini semakin hilang pertimbangan.Mereka seolah-olah ingin kembali ke zaman kuno di mana manusia saling berbunuhan,hidup nomad tanpa penempatan tetap dan gaya hidup berburu dijadikan aktiviti harian.

Mungkin usia dunia yang semakin tua menyebabkan  manusia sudah semakin tipis kemanusiaannya.Dunia kini sedang berputar dalam arah yang bertentangan.Tidak cukup burung di langit,binatang di hutan,manusia di rumah pula di jadikan buruan.Ke manakah hilangnya kewarasan mereka?.Lihatlah..manusia berbunuhan,ada yang pecah kepala sehingga terkeluar otak dan tempurung kepala,ada yang terburai isi perutsehingga terkeluar ketulan-ketulan daging,urat berselirat dan segala macam isinya,ada yang tercarik ngeri kulit dan wajahnya,malah ada yang putus kaki,tangan dan bahagian badan yang lain hanya kerana mereka menjadi manusia,sedangkan mereka yang telah memilih untuk menjadi haiwan bebas melakukan segala kekejaman dan kezaliman.

Slogan-slogan keamanan yang dilaungkan selama ini tidak dapat menandingi irama kemusnahan yang dilagukan sehingga menerobos ke seluruh pelusuk cakerawala.Doktor Johari Moss memandang sayu seorang kanak-kanak kecil yang terlantar kelesuan .Ibu bapanya telah mati akibat serangan tentera-tentera pengganas.Entah bagaimana nasib kanak-kanank itu selepas ini.Terasa naluri kemanusiaannya tersentuh melihat wajah si kecil yang tidak berdosa itu.

“Doktor Azmi, aku hendak ke pejabat kedutaan Malaysia.Kau mahu ikut sama?”.Doktor Johari Moss mempelawa rakannya.

“Tak mengapalah,Johari.Engkau sahajalah yang pergi.Biar aku dan Doktor Fakhrul yang menjaga mereka ini.”.Balas Doktor Azmi.Doktor Azmi berasal daripada Parit Buntar,Perak.Ibunya berketurunan Banjar.Dia bersama dengan Doktor Johari menyertai misi menyelamat mangsa-mangsa perang di bmi gersang ini.

“Baiklah kalau begitu, Emm, engaku tak mahu pesan apa-apakah?.”.Ujar Doktor Johari Moss lagi.

“Tiada apa yang mahu kupesan.Cuma, kau mesti berhati-hati.Ingat..tanah ini dahagakan darah..!”.Ujar Doktor Azmi. 

“Baiklah, aku faham.Kalau begitu, aku pergi dahulu.”.Doktor Johari Moss melangkah melewati sahabatnya ,Doktor Azim yang sedang merawat pesakitnya itu.

            Doktor Johari Moss sudah tidak sabar lagi untuk tiba ke pejabat kedutaan itu.Dia terasa seperti ingin terbang ke sana secepat mungkin.Selama tiga bulan ini sudah cukup baginya untuk menjadikan rindunya pada keluarga di Malaysia semakin menggunung .Dia teringatkan isteri dan anak-anaknya.Bukan tidak pernah Johari Moss menghubungi isterinya tetapi kos panggilan jarak jauh yang agak tinggi ditambah lagi dengan keadaan darurat menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat diluahkannya.

Itupun sekiranya dia bernasib baik ,barulah dia berkesempatan untuk bercakap dengan isterinya.Jika tidak,ibu mertuanya sahaja yang menjadi pengantara antara dia dan isterinya.Sewaktu mula dahulu kerap jua isterinya membalas surat darinya namun sejak akhir-akhir ini surat daripada isterinya tidak jua kunjung tiba.Doktor Johari Moss tidak tahu mengapa hal itu berlaku.Dia amat bimbang sekiranya berlaku hal buruk terhadap isteri dan keluarganya.

Doktor Johari Moss pulang dari pejabat kedutaan dengan perasaan yang amat kecewa.Dia terlampau merindui anak-anak dan isterinya.Perjalanan dari pejabat kedutaan ke kawasan penempatan mereka langsung tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.Fikirannya bercelarumemikirkan segala kemungkinan.Mengapa pangilannya tidak di angkat?Mengapa surat-suratnya tidak di balas?Doktor Johari Moss tersedar dari lamunannya apabila tiba-tiba kedengaran dentuman kuat yang bertalu-talu.

Suasana sekeliling menjadi huru-hara.Semua manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan untuk menyelamatkan diri masing-masing.Ibu-ibu menggendong anak masing-masing .Kedengara suara riuh-rendah dan tangisan kanak-kanak kecil.Segalanya kacau bilau.Doktor Johari Moss juga terpaksa mencari tempat untuk berlindung.

Tiba-tiba dia teringatkan kawasan penempatan mereka!>Bagaimana keadaanya di sana?.Kemudian dia terfikirkan sesuatu.Tempat itu sudah hampir dengan kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa perang itu..Mungkinkah?Soalnya sendirian.Doktor Johari Moss semakin yakin.Hatinya menjadi gundah tiba-tiba.Bagaimana jika apa yang difikirkannya ketika ini menjadi kenyataan?Doktor Johari Moss cuba untuk berfikiran waras, namun akalnya tetap merencanakan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Dia semakin tidak betah untuk duduk diam di situ.Doktor Johari Moss terua berkejar ke kawasan penempatan sementara yang menempatkan mangsa-mangsa perang itu.Dia berdoa agar semua andaiannya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan.Lalu dengan sekuat tenaga yang dikumpulkan,dia menerobos ke segenap ruang,jalan dan liku untuk sampai ke kawasan itu.Nah….Apa yang dijangkakannya benar-benar telah berlaku.Di hadapan matanya ,mayat-mayat bergelimpangan dalam keadaan yang amat menyedihkan.Khemah-khemah rebah tersungkur mencium bumi,barang-barang dan ubat-ubatan berteraburan dan bersepah-sepah di sana-sini.

Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya .Kawasn itu seolah telah dimusnahkan oleh sekawan Garuda yang kelaparan untuk membaham mangsanya,lalu mencarik-carik daging mangsanya dan mengunyah dengan lahapnya.Beg-beg dan kotak-kotak yang mengandungi makanan dan ubatan dari Malaysia telah diselongkar seolah ada sesuatu yang dicari.Doktor Johari Moss meraup kedua belah tangannya ke muka.Peluh dingin mengalir laju di dahinya.Matanya mencari kelibat sahabat baiknya,Doktor Azim yang dirasakannya baru bebrapa minit ditinggalkannya sebentar tadi.


Alangkah pilunya rasa hati Doktor Johari Moss apabila melihat tubuh rakannya itu tersandar di tiang khemah dalam keadaan memeluk seorang budak lelaki yang umurnya dalam lingkungan sepuluh tahun.Di saat akhir kematiannya pun dia masih berbakti.Begitu mulia hati sahabatnya itu.Terdapat beberapa das kesan tembakan di dada kiri nya manakal budak lelaki yang dirawat di situ kerana kecederaan di kepalanya turut menerima tembakan di perut dan kaki kiri.Tiada seorang pun yang terselamat dari serangan ini.Ya, tiada seorang pun kecuali Doktor Johari Moss sendiri.!

Malah sukarelawn Malaysia yang sama-sama datang ke sini untuk membantu mangsa-mangsa perang turut dibunuh tanpa belas kasihan.Doktor Johari Moss dilanda sebak.Mereka datang ke sini dengan niat murni dan tanpa diduga..Mereka mati di sini tanpa diminta.Mereka semua memang kejam.!.Pengganas-pengganas itu hanya laparkan darah.Kini, terasa kesabarannya seperti diperbuda-budakkan.Kerakusan tentera-tentera dan pengganas itu membunuh orang-orang lemah dan tidak berdosa harus dihentikan.Air mata kejantanannya mengalir laju melihatkan kemusnahan di hadapan matanya itu.

Doktor Johari Moss menyusun mayat-mayat yang bergelimpangan itu.Dia memisahkan antara mayat-mayat warganegara Malaysia yang bersama-sama dengannya dalam misi menyelamat itu dan juga mayat-mayat rakyat di situ.Tiba-tiba hatinya terddetik untuk mengira mayat-mayat itu.Nyata.Kurang seorang.Hatinya tertanya-tanya selain daripada dirinya siapakah yang masih hidup dan terlepas dari cengkaman pengganas-pengganas yang tidak berperikemanusiaan itu?.Syafiyya?Di manakah dia?.Sedang dia memikirkan tentang kehilangan Safiyya tiba-tiba terasa sesuatu yang keras mencucuk bahagian belakang badannya.Seseorang bercakap dalam bahasa yang tidak difahaminya.Dia tidak bergerak.Tubuhnya dibasahi peluh yang semakin lenjun.

Entah apa yang diperkatakan oleh kedua orang manusia itu dia sendiri tidak tahu.Kepalanya dililit dengan sehelai kain untuk menutupi matanya dan tangannya diikat ke belakng.Dia berdoa di dlam hati agar dia tidak dibunuh.Dia belum bersedia untuk mati.Dia masih ingin melihat wajah anak dan isterinya.Dia masih belum mencukupkan amalannya untuk bertemu tuhan kelak.Dia tidak mahu mati dalam keadaan penuh dosa dan belum sempat bertaubat.Doktor Johari Moss telah dibawa ke suatu tempat yang asing baginya.

Setelah di tempatkan di suatu bilik kurungan,baharulah lilitan kain yang diikat pada matanya dibuka.Doktor Johari Moss melihat keadaan sekelilingnya.Dia hanya dikelilingi oleh dinding batu yang berwarna putih.Terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi di sisinya.Tempat apakah ini?.Soalnya sendiri.Hatinya semakin cuak.Berapa lamakah aku akan dikurung di sini?Setahun, dua tahun,atau seumur hidup?.Adakah dia diculik?Sepanjang hari dia merenung masa depannya.Apakah ada hari esok untuknya?.Apakah dia berkesempatan menemui anak dan isterinya.

Air mata mengalir deras membasahi wajahnya.Tiadsa ungkapan yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu.Sesekali dia menyesali tindakannyayang nekad menganjurkan misi menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa perang di negara ini biarpun ditegah keras oleh ibu dan bapa mertuanya.Terbias dilayar ingatannya senyuman mesra isteri yang telah lama ditinggalkannya.Sayup-sayup kedengaran suara anak –anaknya menyapa gegendang telinga.Mengenangkan kaum keluarga di Malaysia menjadikan dirinya lemah dan tidak berdaya.Apakah reaksi ahli keluarganya sekiranya mereka mendapat berita penculikannya.

Kedengaran suara-suara asing berkumandang disekelilingnya.Suara-suara tersebut kedengaran begitu lantang bercakap dalam bahasa yang tidak dapat ditakrifkan oleh mindanya.Suara-suara itu ada kalanya kedengaran seperti sekumpulan orang yang sedang bergaduh dan ada kalanya pula seperti orang yang sedang berbisdik sesame sendiri.Doktor Johari Moss meraup kedua belah tangannya ke wajahnya.Kemudian tangannya diletakkan di kepala seolah sedang memikirkan sesuatu yang berat.Dia beristighfar berkali-kali.Mula menyedari akan kerapuhan imannya dalam menjalani dugaan yang ditakdirkan oleh Allah terhadapnya.

Mulai saat itu,dia sedar tiada lain yang dapat dilakukannya melainkan menyerah kepada untung nasibnya di tangan Yang Maha Esa.Setiap hari dia cuba mendekatkan dirinya kepada Allah.Dia memahami segala yang berlaku adalah ketentuan Allah…

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah..

Lirik lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Now See Heart itu begitu menyentuh hatinya.Dia begitu mensyukuri kebebasan yang menjadi milinya kini.Kisah penculikan dua orang warganegara Malaysia di negara telaga minyak itu kini semakin dilupai.Mereka yang bersalah telah disabitkan kesalahannya.Manakala yang tidak berdosa pula telah mendapat gantirugi di atas kemusnahan yang berlaku.Tiada siapa yang peduli akan nilai yang dibayar bagi menebus nyawa-nyawa yang tidak berdosa.Tiada siapa yang mampu menafikan hak yang tertindas dan yang ditindas.

Percaturan kuasa semakin melemahkan jiwa.Si Polan A dituduh berdosa oleh Si Polan B yang dirinya sendiri dipenuhi noda.Si Polan C menunggu peluang untuk menginjak nama dan kuasa.Si Polan A yang tertindas menjadi penindas si Polan D.Si Polan E dan F berkomplot mengawal tahta dunia lalu Si Polan B,E dan F bersekongkol menjadi dalang yang mencetus kontrovesi dunia.Si Polan A dan anak-anak buahnya menangis sedang si Polan B ketawa berdekah-dekah.Itulah panorama sebenar sebuah permainan kuasa.Si Polan D terus menjadi mangsa penindasan yang dilakukan.Si polan F yang bertopeng seolah malaikat sebenarnya adalah Dajjal yang menjanjikan syurga buat yang terpesong mengikut telunjuknya dan menghamparkan neraka buat yang menghalang cita-citanya.

“Ahlan Wasahlan..Ahlan Wasahlan…!”.Ucapan selamat datang dari negara telaga minyak itu masih terngiang-ngian dicuping telinganya.

Di sini,harga makanan ibarat sebutir emas yang jatuh dari langit.Doktor Johari Moss masih ingat dua hari lalu tatkala bantuan makanan dari Malaysia tiba di kawasan penempatan mereka itu.Anak-anak kecil berlari-lari mengejar sukarelawan yang bertugas mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa perang.Hatinya amat sayu tatkala melihat seorang kanak-kanak kecil terjatuh ketika sedang merebut makanan .Kanak-kanank itu terus bangun kembali tanpa memperdulikan kesakitan yang dialaminya.Di tangannya terdapat dua buah bekas seakan loyang bersaiz sederhana.Dia menyelit dicelah-celah segerombolan kanak-kanak yang lain lalu mereka bertolak-tolakkan sesama sendiri.

  Budak perempuan yang cekal itu akhirnya berjaya memperolehi makanan.Dua keping roti mengisi bekas loyang yang di bawanya.Budak perempuan itu membawa bekasnya dengan penuh hati-hati.Doktor Johari Moss mengekori kanak-kanak perempuan itu dalam diam.Budak perempuan itu kemudiaannya berlari-lari kecil memasuki sebuah lorong yang gelap dan sempit.Sewaktu sedang berlari,dia tidak sedar sekeping rotinya jatuh.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya seakan menyesali kegopohannya sehingga menyebabkan roti itu terjatuh.Budak itu berkata sesuatu.

“Rotiku,rotiku..!”.Ujarnya sambil air matanya mengalir laju.Dia terus menangis teresak-esak.

            Kanak-kanak itu kemudiannya mengutip roti yang terjatuh lalu bangkit dan terus berjalan sayu.Di sebalik tembok batu yang permukaannya berlubang-lubang akibat terkena bedilan senjata puak pemusnah,kelihatan seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan dua tahun sedang duduk dis ebelah mayat ibunya.Budak lelaki tersebut amat comel sekaligus menyapa perasaan sayangnya.Kanak-kanak perempuan itu mengusap lembut rambut adik lelakinya kemudiannya menyerahkan bekas loyang yang berisi kepingan roti itu .Dia sendiri makan roti yang telah terjatuh sewaktu dalam perjalanannya.Budak lelaki tiu menangis memanggil-manggil ibunya yang terbujur kaku disebelahnya.

            Tubuh kaku tersebut digoncang-goncang oleh tangan comel itu.Si kakak merenung sayu wajah adiknya.Bagaimanakah nasib mereka selepas ini?.Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda si kakak ketika itu.Si kakak berhenti mengunyah .Tubuh comel adiknya dipeluk erat.Terpancar kasih sayang yang mendalam terhadap adiknya itu.Selepas ini mereka terpaksa melayari kehidupan berdua tanpa kehadiran ibu tercinta di sisi.Kanak-kanak perempuan itu diam membisu.Dia masih tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada adiknya yang masih kecil itu.Dia tersenyum hambar.

            Doktor Johari Moss segera menghampiri dua orang kanak-kanak malang itu.Melihatkan kelibat Doktor Johari Moss yang semakin menghampiri,si kakak seolah mahu melarikan diri tetapi teragak-agak untuk meninggalkan adiknya.Si kakak memeluk erat adiknya.Doktor Johari Moss mengusap rambut kanak-kanak lelaki itu lalu mendukungnya.Si kakak cuba menghalang Doktor Johari Moss dari membawa adiknya namun tidak diendahkan oleh Doktor Johari Moss.Doktor Johari Moss terus membawa kanak-kanak itu ke kawasan penempatan mereka.Si kakak terus mengekor dari belakang.

            Tiba di kawasan penempatan mangsa-mangsa perang itu,Doktor Johari Moss memberikan rawatan kepada keduanya.Si kakak yang bernama Safiyya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain yang terdapat di situ tetapi si adik yang bernam Afifi sering merengek bertanyakan ibunya.Kesihatan Afif sering membimbangkan.Tambahan lagi, apabila Afifi dikesan menghidap sejenis penyakit hati.Safiyya sering menemani adiknya bermain.Afifi akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kakaknya.Mungkin kerana terlampau merindui ibunya,Afif yang masih kecil tidak dapat menanggung penderitaannya lalu dipanggil menghadap ilahi.


“Pap..”Suara anaknya mematikan lamunan nya.Doktor Johai Moss tiba-tiba teringatkan Safiyya.Umur Syafiyya hampir sebaya dengan anak perempuannya yang sedang belajar di Australia kini.

Ada panggilan dari jauh.”.Ujar Zafira sambil tersemyum kepada papanya itu.

“Assalamualaikum ..”.Ujar seseorang dihujung talian.

“Waalaikum salam…”.Balas Doktor Johari Moss.

“Abi sihat…?”.Ujar orang ditalian.

“Syafiyya…?”.Tekanya.

“Ya,abi,Syafiyya di sini…”.

“Syafiyya,bagaimana keadaan kamu di sana?”.Suaranya bertukar ceria tatkala menyedari Syafiyya yang berada di talian.

“Alhamdulillah ,Abi..Ana sihat.Bagaimana dengan keadaan adik-adik di sana?”.Ujar Syafiyya seolah-olah sudah tidak sabar untuk bertemu keluarga di Malaysia.

“Baik.Zahara masih di Australia.Tahun akhir jurusan kedoktoran.Adik kamu,Zafira baharu sahaja menduduki peperiksaan untuk melayakkannya ke universiti dan Zahid pula masih dengan persekolahannya..”.Doktor Johari Moss menceritakan tentang anak-anaknya kepada Syafiyya.

“Bila Syafiyya mahu melawat kami di Malaysia?.Adik-adik kamu sering bertanya tentang kamu.”Ujar Doktor Johari Moss lagi.

“Saya akan menduduki peperiksaan akhir beberapa hari sahaja lagi,Abi.Selepas itu,saya akan bergelar seorang peguam,insyaallah…Saya akan pulang ke Malaysia selepas tamat peperiksaan nanti..”Safiyya berjanji.

“Abi…”.Panggil Syafiyya sayu.

“Kenapa Syafiyya?”.Doktor Johari Moss cemas tatkala mendengar suara Syafiyya bertukar sayu tiba-tiba.

“Terima kasih kerana menjaga Syafiyya selama ini.Syafiyya amat bersyukur kepada tuhan kerana dapat bertemu dengan Abi sekeluarga.Abi banyak membantu Syafiyya dan menjaga Syafiyya seperti keluarga Syafiyya sendiri.Jasa abi dan keluarga tidak mungkin dapat Syafiyya balas…”.

“Syafiyya telah abi anggap seperti keluarga abi sendiri.Sewaktu arwah mama ada dahulu,kami sama-sama telah bersetuju untuk menjaga Syafiyya seperti anak kami sendiri.Kasih sayang yang kami beri kepada Syafiyya sama seperti yang kami beri terhadap anak-anak kami yang lain…”Perbualan dua beranak itu bertukar sayu tiba-tiba.

“Syafiyya sayangkan abi dan keluarga di Malaysia…sampaikan salam Syafiyya pada adik-adik …”.Ujar Syafiyya sebelum mengakhiri perbualan.

            Kenangan silam menyapa jendela hatinya.Peristiwa penculikannya di negara telaga minyak itu bermain di layer ingatannya.Selama setahun menjadi tahanan,akhirnya dia dibebaskan.Saat itu,ingatannya terus  terbayang keluarganya di Malaysia.Dia dipertemukan kembali dengan Syafiyya sewaktu dalam perjalanan menuju ke pejabat kedutaan Malaysia.Keduanya seakan tidak percaya akan bertemu kembali.Syafiyya akhirnya mengikut Doktor Johari Moss pulang ke Malaysiademi untuk membina masa depan baru yang lebih terjamin.Doktor Johari Moss amat bertuah kerana dengan rahmat kehadiran Syafiyya keluarganya kembali bersatu dan bahagia.

            Keluarganya terus di ambang bahagia sehinggalah isterinya tiba-tiba disahkan menghidap kanser payudara dan menghembuskan nafas terakhirnya dua tahun lalu.Di saat akhir sebelum kematiannya dia masih sempat menabur jasa kepada Majlis Kanser Malaysia(MAKNA) dengan mendermakan wang sebnayak lima ratus ribu ringgit kepada Majlis tersebut.Hasratnya agarwang tersebut dimanfaatkan untuk menyelamatkan pesakit kanser yang senasib dengannya.Isterinya juga sempat berpesan agar ank-anaknya diberi didikan yang sempurna termasuklah anak angkatnya,Syafiyya.Malah selama menjadi isterinya,Mayang tidak pernah menghalangnya daripada melakukan kerja-kerja amal dan turut sama membantunya dalam melakukan kerja amal.

            Suara takbir bergema mengundang sayu di hatinya.Suasana pagi Hari Raya Aidilfitri kali ini tidak sama seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.Kehadiran anak-anak di sisi tidak dapat mengubat rindunya terhadap isteri.Entah mengapa laungan takbir dan tahmid yang berkumandang seolah memanggil-manggil ingatannya di bumi asing itu.Negara telaga minyak itu terus menyapa kalbunya.Usai solat sunat hari raya,Doktor Johari Moss berkumpul sekeluarga.Kehadiran Syafiyya sekaligus memeriahkan pertemuan di pagi Aidilfitri.Mereka bertukar-tukar cerita sambil menikmati juadah hari raya.

            Malam yang kelam,awan baharu sahaja memuntahkan isinya,mencurah alam sejagat dengan nikmat air yang menumbuhkan tumbuhan dan menyegarkan tanaman.Selesai makan malam ,Doktor Johari Moss masuk ke kamarnya.Tubuhnya dirasakan terlalu penat setelah seharian bersama keluarga menziarahi sanak-saudara.Tak sedar entah dia terlena.Wajah isteri menjelma dalam mimpinya.Wajahnya bersinar-sinar dan bercahaya.Isterinya tersenyum kepadanya sambil menghulur tangan kepadanya.Doktor Johari Moss cuba mencapai tangan isterinya namun terasa begitu sukar.Wajah anak-anak terbayang satu persatu di layar matanya.Tanpa di sedari air matanya mengalir membasahi pipi….

            Pagi Jumaat yang redup,awan berarak lembut.Angin pagi menyegarkan tubuh dan membelai rambut.Sanak-saudara dan sahabat handai memenuhi ruangan hadapan rumah milik Doktor Johari Moss.Sekujur tubuh tak bernyawa dikelilingi orang ramai yang menghadiahkan bacaan Yaasin boat arwah.Pemergiannya ditangisi oleh setiap insan yang mengenalinya.Berkalung ucapan takziah yang diterima.Malah sahabat yang bukan beragama Islam turut sama berkabung di atas pemergiannya.Syafiyya melihat sekujur tubuh milik bapa angkatnya itu lesu…

“Abi…semoga engkau tenang di sana…”Bisik hati kecilnya.Empangan air matanya pecah jua akhirnya…

by:



0 comments:

Catat Ulasan