>> CERPEN:HADIAH UNTUK MIA

 HARI ni, mama dan papa ke hospital lagi.Mia tak tahu mengapa.Tapi Mia dapat agak ia tentu kerana perut mama yang semakin membusung itu.Besar betul perut mama.Macam belon, Mia takut sangat kalau-kalau ia akan meletup. Mama dah tak sekuat dulu.Mama selalu pening-pening, dan kadang-kadang mama muntah.Sekarang mama suka tidur.Mia jarang dapat bermain dengan mama. Nak minta dukung pun, mama selalu bagi alasan macam-macam.

Mama cakap Mia dah besar.Tak boleh dukung lagi.Jadi sekarang, Mia tak mintak didukung lagi.Mia dengar cakap mama.Sebab Mia sayangkan mama.Mia bimbang tengok muka mama yang selalu pucat.Kadang-kadang mama tidur sehari suntuk, tak bangun-bangun sampai ke malam.Cuma bibik yang temankan Mia, tengok tv dengan Mia, makan dengan Mia, dan kadang-kadang main dengan Mia.Mia tak ada kawan..Kawan Mia cuma bibik.

Papa selalu sibuk.Selalu tak ada di rumah.Tapi bibik kata hari ini papa tak kerja.Papa temankan mama pergi hospital.Tapi sampai sekarang mama dan papa tidak pulang lagi.Mia rasa sunyi sangat.Bibik sibuk di dapur.Mia cuma tengok tv di ruang tamu seorang diri.Masa tu, jam pukul sebelas pagi.Mia ingat lagi.Sebab masa tu ada kartun Mickey Mouse ,kartun kegemaran Mia.Mia dengar bunyi enjin kereta papa.Papa dan mama dah balik!

Mia nampak mama meluru naik ke bilik sambil menangis teresak-esak. Tapi papa tak muncul-muncul.Mia jenguk kat muka pintu.Mia nampak papa turun dari kereta sambil picit kepala.Papa peningkah?.Lambat-lambat papa melangkah masuk ke dalam rumah.Papa duduk di kerusi di ruang tamu.Mia cuba datang dekat.Papa dukung Mia dan letakkan Mia atas ribanya.Selepas tu papa usap lembut rambut Mia.Mia ingat lagi..

Mia ralit tengok kartun Mickey Mouse kegemaran Mia sampai tak sedar yang sebenarnya Mia berada dipangkuan papa.Tetapi sejak tadi papa tak bersuara.Papa tak bergerak-gerak.Mia sengaja bersandar pada papa.Papa seolah tidak ada sebarang tindak balas.Tiba-tiba Mia rasa ada air yang menitis di atas kepala Mia.Mia pegang hujung rambut Mia.Rambut Mia basah!.Mia mendongak.Mia nampak papa menangis!.Kenapa papa menangis?.

Mama muncul secara tiba-tiba.Di tangan mama ada dua buah beg pakaian.Mia hairan.Mama hendak ke mana?.Mia mendongak.Mia lihat papa juga sama seperti Mia.Papa juga hairan melihat mama begitu.Papa menurunkan Mia dari pangkuannya.Dia memegang tangan mama.Papa berkata sesuatu kepada mama.Tetapi Mia tak dapat mendengar butirannya.Suara papa perlahan.Seolah sedang berbisik kepada mama.

Mia lihat mama menangis.Mama tidak mahu mendengar pujukan papa.Air mata mama berjurai jatuh.Mia lihat papa memeluk mama. Tetapi mama segera meleraikan pelukan itu.Mama terus mencapai beg pakaiannya dan melangkah ke muka pintu.Mama terus berjalan dan tidak menoleh ke belakang lagi.Papa terduduk di kerusi.Seolah sudah mengalah.Tidak berdaya lagi hendak memujuk mama.Bibik diam.Mia juga terdiam.

Papa meraup kedua belah tangannya ke muka.Mia tahu papa masih menangis.Mia tak mahu papa menangis.Mia tak mahu mama pergi.Mia tak mahu papa bersedih.Mia cuba kejar mama.Mia tahu, mama masih belum jauh.Mia nampak mama cuba  menahan teksi di hadapan rumah.Cepat-cepat Mia peluk mama erat-erat.Mia tak mahu mama tinggalkan Mia.Mia sayang mama.Mia perlu mama.

“Mama nak pergi mana ni?.”.Mia pandang wajah mama. Mama sedih.Air mata mama mengalir.

“Mama nak pergi Mia…”.Ujar mama perlahan.Esakkan mama masih kedengaran di telinga Mia.

“Kenapa?.Mia sayang mama…Nanti kalau mama tinggalkan papa dan Mia, siapa nak jaga Mia, siapa nak tidurkan Mia malam-malam, siapa nak buatkan susu untuk Mia macam selalu?.”.Mia pandang mata mama yang sepet itu.Mata mama kecil.Tak sama seperti mata Mia.Mata Mia bulat.Nenek kata mata Mia serupa mata papa.

“Tak boleh Mia..mama tak boleh tinggal di sini lagi..”.Mama terus masuk ke dalam perut teksi dan sejak itu, Mia tak pernah jumpa mama lagi….

Hari ini genap ulang tahun kelahiran Mia yang ke sebelas.Bererti sudah lima tahun peristiwa itu berlalu.Tapi Mia masih ingat hari itu.Mia tak tahu apa yang terjadi pada mama selepas tu.Sehingga sekarang, Mia masih tinggal berdua dengan papa dan bibik.Mia sangat rindukan mama.Mia harap sangat dapat jumpa mama.Terutama pada hari yang istemewa seperti hari ini.Tetapi, sudah lebih sepuluh tahun Mia simpan impian yang sama, dan mama..masih jua tak muncul-muncul.

“Selamat pagi semua.Hari ni cikgu ada satu pengumuman, kamu akan dapat seorang cikgu Bahasa Inggeris baru kerana cikgu Zailan dah bertukar ke tempat lain.Perkenalkan, ini dia cikgu Sherrina..”.Guru besar memperkenalkan nama guru Bahasa Inggeris baru.

“Selamat pagi murid-murid..”.Ujar guru itu.

“Selamat pagi cikgu!!!.”.Seluruh kelas memberi ucapan kepada guru baru itu.

Wajah itu!.Seakan pernah Mia melihatnya..Mata itu…Seolah ada memori yang tersimpan di situ..Mia terpaku.Mia tahu, memang dialah orangnya!.Semua pelajar sudah duduk di kerusi masing-masing.Mia segera tersedar setelah dicuit rakan disebelah.Cikgu Sherrina menulis sesuatu di papan hitam.’Introduction’. Kemudian dia meminta kami memerkenalkan diri masing-masing.Mia tergamam. Sesi suai kenal?.Tiba-tiba sahaja peluh dingin membasahi badan Mia.

“You,what is your name?.”.Tak sedar sudah sampai giliran Mia untuk memperkenalkan diri.

“Err..ermm..”.Mia terkedu.

“Just rela,tell me what is your name..”.Ujar cikgu Sherrina lembut.

“Tengku Mia zahira bintiTengku Zafry.”.Lancar sahaja Mia menuturkannya.

Jelas dia terkejut.Wajah Mia ditenungnya lama.Tiba-tiba Mia lihat matanya berkaca.Dia menundukkan wajahnya.Seketika kemudian dia terus ke hadapan kelas.Dia mencapai buku-bukunya sebelum keluar dari kelas.Seluruh kelas terpinga-pinga.Masing-masing merasa hairan dengan tindakan guru itu yang secara tiba-tiba keluar dari kelas tanpa sebutir bicara.Memang terbukti, dialah yang Mia cari-cari selama ini!.Dialah orangnya!.

 Mia tak mahu terus menunggu.Mia terus bangkit dari kerusi dan kejar cikgu Sherry.Mia mahukan penjelasan.Mia mahu dengar segalanya.Mia mahu dia menceritakan segala kisah yang pernah menjadi rahsianya selama ini.Mia bencikan dia.Dialah yang menjadi pemusnah keluarga Mia.Dia yang menyebabkan hidup papa dan Mia menderita.Dia yang menyebabkan kami terseksa.Hari ini,Mia mahu membuat perhitungan !.

“Cikgu Sherrina,.Tunggu.Cikgu!!”.Mia berlari ke arah cikgu Sherrina.

Cikgu Sherrina tak berhenti.Dia terus berjalan laju tanpa menghiraukan panggilan Mia.Mia tahu, dia mahu lari sama seperti yang pernah dilakukannya beberapa tahun yang lalu.Tetapi kali ini ,Mia akan pastikan dia takkan berjaya. Mia akan pastikan dia tidak boleh terlepas.Mia mahu dia berhadapan dengan papa.Mia mahu dia berterus terang tentang segalanya.Mia mahu dia menebus segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan suatu ketika dahulu.

“Cikgu Sherrina!!!.”.Kini Mia berada betul-betul di hadapannya.Mia tenung wajahnya tajam.Biar dia sedar betapa Mia bencikannya.

“Mana mama saya?.”.

“Apa yang kamu cakap ni?.”.;Cikgu Sherrina cuba berdolak-dalik.

“Saya tahu ,cikgu kenal mama saya.Sekarang cikgu jawab di mana mama saya?.”.Mia sengaja menyoalnya bertalu-talu.

“Jawablah, di mana mama saya?.”.

“Cikgu tak faham apa yang Mia cakapkan..”.

“Mia?Lancar cikgu sebut nama saya?.”. Mia sengaja menyindirnya.Mia tahu, cikgu Sherrina memang ada semua jawapan yang Mia mahukan.

“Err..memang itu nama kamukan?”.Cikgu Sherrina masih mahu berdolak-dalik.

“Cukuplah,mama.Sampai bila mama nak larikan diri daripada Mia.Kenapa mama nak bohongi Mia.Kalau betul mama tak pernah sayangkan Mia, kenapa mama tak beritahu saja Mia.Kenapa biarkan papa dan Mia tunggu mama selama ni. Enam tahun mama.Enam tahun papa tunggu mama.Dia sanggup hidup menyendiri,sebab yakin mama akan kembali kepangkuannya”.Air mata Mia mengalir laju.Mia sudah tak dapat nak simpan semuanya lagi.Sakit sungguh hati Mia.Luka yang selama ini Mia pendamkan berdarah kembali.

“Mia…”.Lemah suara cikgu Sherrina.Cikgu sherrina turut sama mengalirkan air mata.

“Mia tahu,mama tak pernah sayangkan Mia…”.Mia tak sanggup hendak menunggu lagi.Apalah gunanya pertemuan kali ini…

“Mia sayang…Mama minta maaf..Mama …”.Suara cikgu Sherrina tersekat-sekat.Dia terus berlalu meninggalkan Mia keseorangan di situ…..

Petang itu, sewaktu pulang dari kerja,papa membelikan Mia sekotak hadiah yang besar.Papa memang tak pernah lupakan hari lahir Mia.Mia seorang sahaja anaknya.Mia kasihan melihat papa.Semuanya papa uruskan sendiri. Biarpun bibik ada, tetapi papa lebih senang menguruskan keperluannya sendiri. Bibik hanya membuat kerja-kerja rumah dan memasak untuk kami.Telefon di ruang tamu tiba- tiba berdering.

Mia lihat papa mengangkat ganggang.Papa bercakap perlahan.Kemudian Mia lihat air mata papa mengalir.Mia tertanya-tanya.Papa bercakap dengan siapa?.Sudah lama Mia tidak melihat papa menangis.Siapakah yang telah melukai hati papa.?.Hati Mia turut sama merasai kesakitan itu.Sakit melihat lelaki yang paling Mia sayangi menangis sebegitu.Mia seperti hendak membelasah orang yang telah membuatkan papa bersedih.Mia tidak suka melihat papa menangis.Mia benci sesiapa pun yang buatkan papa menangis,terutamanya perempuan itu!.

“Mia…”.Panggil papa.

“Ya,pa.”.Mia segera menyahut.

“Petang ini, ada orang yang sangat istemewa akan datang untuk sambut hari lahir Mia bersama-sama.”.Ujar papa.Papa tersenyum.Sudah lama Mia tidak melihat papa tersenyum seperti itu.

“Siapa tu, papa ?”.Mia sudah tidak sabar hendak mengetahuinya.

“Kita tunggu sahaja petang nanti…”.Papa terus berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Mia dengan persoalan yang masih bermain-main di minda….

Masa yang ditunggu telah pun tiba.Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah.Papa tersenyum.Jantung Mia berdegup kencang.Hati Mia berdebar-debar menantikan saat itu.Siapa agaknya tetamu istemewa yang dimaksudkan papa sebentar tadi.Mia cuba mengawal perasaan dan bertenang. Mia tidak mahu terlalu mengharap. Loceng pintu berbunyi menandakan ada orang di luar.Tergesa-gesa bibik membuka pintu.

“Bapak..bapak!!”.Bibik berlari-lari anak ke arah kami.Matanya berkaca.Bibirnya bergetar.Suaranya tidak keluar.Seolah ada sesuatu yang mengunci mulutnya ketika itu.

“Kenapa ni bik?.”.Mia rasa hairan.Mengapa bibik berlari-lari?.

“Assalamualaikum..”.Tiba-tiba seorang perempuan berselendang hitam muncul di hadapan kami.Dia memegang tangan seorang budak lelaki yang comel.

“Waalaikum sa….”.,Mia terkejut.Belum sempat Mia habis menjawab salam. Wajah perempuan itu ditenungnya dalam-dalam.Seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

“Mia…itu mamamu…”.Ujar papa.

Perempuan yang sama yang ditemuinya di sekolah tadi.Ya, benar.Cikgu Sherrina.Dialah guru Bahasa Inggerisnya dan juga adalah mama yang ditunggu-tunggu olehnya sejak enam tahun lalu.Mia menoleh kepada budak lelaki itu, jika benar sangkaannya, budak lelaki itu tentu adalah adik lelakinya.Mia memeluk budak lelaki itu.Mia memeluknya erat-erat.Terbayang dirinya dalam tubuh sikecil itu.

“Ke mana mama pergi selama ni.Kenapa mama tinggalkan Mia dan papa?.”.Berjuraian air mata Mia mengalir.

“Maafkan mama Mia…mama bersalah pada Mia dan papamu.Mama berdosa…”

“Tapi mengapa ,mama..Mengapa?”.

“Mia…yang sebenarnya…” .Mama cuba menceritakan segalanya.

“Sudahlah Sherry, jangan diingat cerita lama..”.Tiba-tiba papa memotong.

“Mia nak dengar semuanya.Mia nak tahu kenapa mama tinggalkan Mia!!”.Mia jerit sekuat hati.Mia sudah tidak peduli akan perasaan mamanya.Mia tak peduli perasaan papa.Mia mahu tahu segalanya!.

“Mia.Mia bukan anak mama.”.Ujar mama perlahan.

“Jadi, Mia ni anak siapa?.”.Hati Mia tercalar mendengar pengakuan itu.Mia tak sangka selama ini mama bukan ibu kandung Mia.

“Mia, Mia adalah anak papa bersama dengan wanita yang dicintainya, Dilla.Ibu Mia meninggal dunia sewaktu melahirkan Mia.Kebetulan dalam waktu yang sama, mama baru saja kehilangan suami dalam satu kemalangan ngeri.Justeru papa Mia telah mengambil mama sebagai isterinya yang sah.Mama telah menjaga Mia seperti anak kandung mama sendiri sehinggalah mama didapati mengandung.Ketika itu, doktor sahkan kandungan mama adalah anak lelaki, tetapi malangnya kata doktor, bayi mama mungkin cacat.”.Air mata mama terus mengalir.

“Jadi,kerana itu mama tinggalkan Mia?.Mama dah tak sayangkan Mia kerana mama anggap Mia penyebab kepada kecacatan anak mama?.”.Mia tak sangka mama begitu bencikan Mia selama ini.Mia tak sangka mama anggap Mia pembawa sial.

“Bukan macam tu, sayang…”.Pujuk papa.

“Jadi kenapa?.Kenapa mama tinggalkan Mia dan papa?Kenapa pa?.”.Mia merasa amat sedih.

“Kerana mama tak mahu susahkan papa dan Mia lagi.Selama ini, papa Mia dah banyak tolong mama.Mama terhutang budi pada Mia dan papa Mia.Mama tak mahu dengan kelahiran bayi mama nanti, Mia dan papa Mia terpaksa bersusah payah lagi untuk menjaga kami berdua,Mia…”.

Mia lihat wajah adik.Tak salah Mia umurnya enam tahun.Tapi fizikalnya kecil.Air liurnya sentiasa mengalir.Mata adik sepet.Kasihan..jari adik tak sama seperti Mia.Mia lihat jari tangan adik.Jari adik pendek dan jari kanannya terlebih satu.Tiba-tiba Mia rasa sangat sedih..Ini adik Mia!.Mia terus peluk adik erat-erat.Mia lihat adik tersenyum.Mia gosok kepala adik lembut.Mia lap air liurnya yang meleleh dengan sapu tangan kecil miliknya.

“Dia adik Mia!.”.Mia cakap pada papa dan mama.Papa tersenyum pada Mia. Mama juga begitu…..

Mia pimpin tangan adik ke tengah rumah.Mia nak beri hadiah untuk adik.Adik berjalan bersama Mia.Dia berjalan terkedek-kedek.Mia dan bibik membawa adik ke tingkat atas.Mia nak tunjukkan pada adik biliknya.Mia masih ingat, papa sentiasa biarkan permainan dan barang-barang kelengkapan adik tersusun rapi di bilik khas.Kata papa itu bilik untuk adik.Mia tak percaya dengan kata-kata papa pada masa itu.Tapi sekarang,Mia dah percaya.

“Selama ini, rupanya memang tak ada ruang langsung untuk abang bertapak di hati Sherry..”.

“Kenapa abang cakap macam tu?.”.Sherrina kehairanan.

“Yelah, siapalah abang berbanding Rusdi..Dia cinta pertama Sherry. Sherry  terima abang selama ini pun rupa-rupanya hanyalah kerana Sherry terhutang budi pada abang…”.Kedengaran sayu ucapan itu dipendengaran Sherry.

“Bukan macam tu , bang..”.

“Betulkan?.Sherry memang tak pernah sayangkan abang..Sherry cuma bersimpati pada abang kerana kehilangan isteri dan terpaksa menjaga anak kecil seorang diri pada waktu itu.”

“Sherry tak bermaksud macam tu.Sherry….”

“Tak apalah Sherry, abang faham…”. Tengku Zafry kecewa.Rupanya selama ini cintanya bertepuk sebelah tangan.

“Abang, Sherry sayangkan abang..Sherry sayangkan Mia juga…”.Air mata Sherrina mengalir deras.

Dia tak menyangka selama ini suaminya juga beranggapan begitu.Dia benar-benar cintakan Tengku Zafry.Cuma waktu itu, dia ragu-ragu tentang perasaan Tengku Zafry terhadapnya.Dia sedar siapa dirinya.Ibarat melukut di tepi gantang,jadi dia tidak pernah berharap yang lebih-lebih daripada Tengku Zafry.Cukuplah selama ini dia menumpang teduh di rumah milik Tengku Zafry dan diberi makan pakai oleh lelaki itu.Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan perasaan hatinya terhadap Tengku Zafry.Tak disangka rupanya Tengku Zafry juga menaruh perasaan terhadapnya.

“Abang juga sayangkan Sherry…”.Tengku Zafry merangkul tubuh isterinya. Dipeluk erat tubuh itu seolah tidak mahu dilepaskannya lagi.Terlerai sudah rindunya selama ini.

“Ehemmm…Ehemmm..!!”.Mia berdehem.Terkejut kedua pasangan itu.Tersipu-sipu keduanya

Bibik tersengih-sengih melihat pertemuan semula dua jiwa yang saling mencinta.Mia menoleh kepada adik lelakinya.Selepas ini,dia tidak akan keseorangan lagi.Dia sudah ada papa, mama dan adik yang comel untuk menemaninya.Dia juga ada bibik yang begitu setia berkhidmat untuk keluarganya.Pertama kali Mia merasa amat gembira pada hari lahirnya.Inilah hari lahir yang paling bermakna buatnya.Dia kini memiliki hadiah yang diidam-idamkan setelah sekian lama menunggu.

“Mama, apa nama adik Mia ni..?”.Mia begitu teruja.

“Tengku Muhammad Zahid Aswadi.”.

“Bin Tengku Zafry.”Sambung papa.

Sherrina memandang suaminya.Pandangan mereka bertaut.Seolah membakar kembali semarak cinta lama..Api cinta yang semakin membara.Mia tersenyum.Bibik juga begitu.Masing-masing berasa bahagia dengan kesudahan ini.Hanya adik Mia sahaja yang tidak faham apa-apa.Air liur masih terus mengalir dari mulutnya.Bibik mengelapnya dengan tuala kecil.

“Selepas ini,kita semua takkan berpisah lagi…”.Ujar Mia.

“Ya,takkan berpisah.Tak ada sesiapa yang dapat memisahkan kita melainkan dengan kehendak Allah s.w.t.”.Balas Tengku Zafry…

“Sayang janji takkan tinggalkan abang lagi?.”Ujar tengku Zafry kepada isterinya,manja.

“Sherry janji bang..”.Sherrina merenung suaminya.

“Mia pun janji…”Tiba-tiba timbul perangai nakal Mia untuk menyakat mama dan papanya…

Kedua mereka tertawa.Hidung Mia dipicit papa.Mama pula mencubit pipinya…

“Adui…sakitlah Mia macam ni..tak boleh bernafaslah papa….Adik..tolong kak Mia dik..!”.Mia terjerit kecil.Semua mereka tertawa.


Hanya Tengku Muhammad Zahid Aswadi sahaja yang terpinga-pinga..Dia tidak memahami apa-apa…dan air liurnya masih terus mengalir keluar daripada mulutnya…..Semoga bahagia akan terus menjadi milik mereka sekeluarga…

by:

3 comments:

  1. Sedihnyaa... ni awak buat org copy paste ^-^ just tanya hee

    BalasPadam
  2. silapp.. bukan awak** tapi akak**

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam