>> CERPEN: KASIH TERCIPTA


“Lama tak nampak, Man..?” Sapa Syara.

“Aar..Aku cutilah..” Kembang kuncup hatinya tatkala melihat wajah itu.Apatah lagi Syara jelas merasai ketiadaannya.

“Kau pergi mana..kahwin ke?”

“Kenapa, kau rindu kat aku ke?” Timbul niatnya untuk sengaja menduga perasaan wanita itu terhadapnya.

“Aar memanglah aku rindu,selalunya kaulah yang suka keluar masuk FinanceDept ni.Bila tak nampak kau rase pelik pulak.." Sengaja Syara menambah rencah ke  dalam kata-kata Azman  yang dianggapnya sebagai satu gurauan itu.

“Eh,kak Yatie ada orang cakap dia rindu sayalah.” Azman sedikit terhibur dengan kenakalan Syara.

“Perasan.Kau ingat aku cakap betul-betul ke?Aku main-main ajela..”

“Eh,jangan…kadang-kadang main-main tu yang boleh jadi betul-betul tu..” Kak Yatie pula menambah.

“Akak ni,saja la nak kenakan saya tu..” Balas Syara.

“Kalau rindu betul-betul pun apa salahnya." Usik Azman lagi.

“Banyaklah..kau.Tak kuasa aku nak rindu-rindu ni..eee..geli..”

“Eleh…” Azman  mencemik.

   Syara mencapai fail setebal dua inci yang terdapat di rak berhampiran.Fail itu dibawa ke tempat duduknya.Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung di atas kerusi, Azman sudah bertenggek di sisi mejanya.Syara menarik kerusi lalu duduk berhampiran Azman.Fail setebal dua inci itu dibukanya.Ada dokumen  penting yang perlu diperiksanya.Dia sedikitpun tidak menghiraukan kelibat Azman yang sedang asyik memerhatikannya.




“Hai,tadi kata rindu pada aku…Ni aku dah datang nak lepaskan rindu..kau buat tak peduli aje pada aku, ya?”  Azman masih tak henti-henti mengusik wanita di sebelahnya itu.

Kan aku cakap,aku main-main ajer..buat apa lah aku nak rindu pada kau,Man..macam tak kenal pulak aku..kan aku ni suka bergurau."

“Tapi aku tak anggap yang tadi itu sebagai gurauan." Azman semakin seronok kerana dapat mengenakan Syara.

“Habis tu,apa?”

“Kenyataan.” Balas Azman sambil tersengih,menampakkan barisan giginya yang berwarna putih.

“Mengarutlah kau ni,Man.” Tukas Syara.

“Aku mengarut?Tak apalah Syara.Sekarang kau cakap aku mengarut..Tapi aku tahu..dalam hati kau memang kau rindu pada aku pun, kan?”

“Ya,Allah kak..tengoklah Man ni kak..punyalah perasan.” Syara seolah mengadu kepada Kak Yatie.

“Hei, kau orang ni,kan..Tak tahulah akak nak cakap apa.Kahwin sajalah senang…” Kak Yatie geleng kepala.Pening melihat kerenah dua orang manusia di hadapannya itu.

“Apalah, akak ni.Kalau ia pun nak suruh saya kahwin..takkanlah dengan duda macam dia ni..” Syara menghadiahkan sebuah jelingan kepada Azman. Azman terkekek ketawa.Geli hatinya melihat wajah Syara yang sudah merona merah kerana terus-terusan disakat sebegitu di hadapan staf-stafnya yang lain.

      Melihatkan fail dan kertas kerja di atas meja Syara yang bertimbun seolah tidak terusik itu, Azman tahu memang Syara sedang sibuk.Dia tak mahu mengganggu. Azman berlalu meninggalkan Syara dengan kerja-kerjanya.Dia sendiri pun perlu menyelesaikan kerja-kerjanya yang sudah lama tertangguh kerana ketiadaannya di pejabat sejak berhari-hari lamanya.




     Sewaktu masuk ke pejabat awal pagi tadi, dia ada melihat kelibat uncle Muthu,driver encik Syajirin yang merupakan CEO di syarikat itu,tetapi entah ke mana pula uncleMuthu menghilang.Baharu sahaja dia hendak berbual dengannya.

   Azman kembali ke biliknya.Melihatkan timbunan fail yang terdapat di atas mejanya dia sudah dapat mengagak pasti setiausaha peribadinya tidak memaklumkan client tentang ketiadaannya.Terdapat berpuluh-puluh pesanan  suara yang ditinggalkan untuknya.Itu belum lagi termasuk dengan fax dan e- mail  yang dihantar kepadanya. 

 Azman menekan butang interkom.Dia perlu menegur setiusahanya itu.Seketika kemudian, setiausaha peribadinya muncul dengan buku nota di tangannya.

“Mimi, saya tahu awak masih baru.Tapi ada kalanya awak perlu bersikap lebih produktif. Perlu bertindak bijak.Tak perlu nak tunggu saya arahkan semua perkara.Kenapa awak tak maklumkan pada client yang saya bercuti?”

Idah try hubungi Encik Azman banyak kali tapi, Encik Azman  offkan handphone.I call ke rumah Encik Azman pun tak ada orang angkat..Jadi ,I guess Encik Azman tak mahu diganggu..And I forget to tell all the client yang Encik Azman bercuti..I’m so sorry, Encik Azman..”

Benar.Memang dia sengaja mematikan telefon bimbitnya.Dia perlu melakukan satu tugasan penting.dan dia tidak mahu kosentrasinya nanti terganggu.

Come on Mimi ,macam mana awak buat kerja ni..hmm tak apalah,mungkin salah saya juga tak beritahu awak tentang last minute flight saya ke Jakarta beberapa hari yang lepas..Lain kali, jangan ulangi kesilapan  yang sama.” Dia tidak mahu menyalahkan setiausahanya itu seratus peratus atas apa yang terjadi.

“Baik Encik Azman..”

“Baiklah..kamu boleh keluar..And lagi satu..saya tak mahu terima apa-apa panggilan masuk buat masa ni.dan tolong cancelkan semua appointmentsaya hari ni.”

“Baik, Encik Azman..” Mimi mengangguk.Lantas tombol pintu dipulas perlahan lalu dia melangkah ke luar dari bilik itu.

   Azman meneliti dokumen-dokumen yang terdapat di atas mejanya. Kemudian dia  memeriksa fail-fail yang bertimbun yang terdapat di situ.Sesekali dia memicit kepalanya yang pusing.Dia menatap komputer peribadi miliknya lalu menaip sesuatu di situ.Masih banyak kerja yang perlu disiapkannya sedangkan waktu bergerak begitu pantas.Lelah tak terkejar rasanya.Waktu makan tengahari sudah merangkak tiba ,dan perutnya kini mula melagukan irama keroncong.

   Azman menarik nafas panjang lalu bersandar tenang di kerusinya.Dia mengeluh kecil,sambil melakukan pergerakan ringan untuk membetulkan urat-urat dan melancarkan peredaran darah.Matanya masih lagi tertacap pada skrin komputer miliknya apabila tiba-tiba Interkom di sisinya berbunyi.

“Encik Azman, cik Syara hendak berjumpa..” Ujar setiausaha peribadinya.

“Baiklah Mimi,panggilkan dia masuk.” Balas Azman.

     Kedengaran satu ketukan lembut di pintu biliknya.Azman tahu,itu pasti Syara.Pasti Syara mahu mengajaknya makan tengahari bersama-sama.Atau mungkin sekadar bertanyakan soal kerja? Dia meneka-neka.Tanpa mengambil masa yang lama Azman bersuara memberi kebenaran untuk tetamunya itu masuk ke biliknya.

“Masuk..!”

“Selamat tengahari,Encik Azman..” Syara muncul di sebalik pintu yang terkuak.

“Hah,selamat tengahari cik Syara..ada apa-apa yang boleh saya bantu?Sebelum tu,silalah duduk..takkan tak sudi pula..” Azman berbasa-basi.

“Aku nak duduklah ni, Man..Amboi..kau dengan aku pun nak formal sangat..bercik-ciklah pulak..” Ujar Syara.

“Hai,bukan engkau yang mula dulu ke? Encik Azman? Mimpi ke?” Perlinya.

“Alah,takkanlah aku nak panggil abang Man pulak..” Syara sengaja mengusik.

Correction..abang aje.”Azman  memulangkan paku buah keras.

“Eeee..naik bulu roma akulah.Eh..kau ni.Jom pergi makan?” Pelawa Syara.

“Kita berdua aje,ke?” Soal Azman.

“Hai macam tak biasa pulak Encik Azman kita..ni.” Syara angkat kening.

“Bukanlah..sejak aku pergi beberapa hari lepas rasa macam lain saja hati aku ni..Macam rindu pulak kat seseorang tu..Tu yang rasa macam takut aje nak berdua-duaan ni.” Azman menyakat lagi.

“Takut? takut apa ni,Man?”Syara merasa hairan.Sejak bila pula Azman pandai berasa takut untuk keluar dengannya.Jangan-jangan benar tekaannya, Azman sudah pun menjadi kepunyaan orang.

“Iyelah..takutlah nanti terjatuh cinta pula pada cik Syara kita ni.”Balasnya bersahaja.

“Kau ni,tak abis-abislah ,Man…nak mengenakan aku aje kerja kau ,ya?” Syara sudah naik minyak.Hampir sahaja hendak dicubitnya lengan Azman.Mujur dia cepat-cepat tersedar. Wajahnya yang putih itu bertukar kemerah-merahan.

“Err..Maaf Encik Azman, Tuan Zulkhairi minta saya hantar dokumen ni pada encik..” Kemunculan Mimi secara tiba-tiba jelas mengejutkan keduanya.

“Emm,tak apalah, Mimi.Letakkan sahaja di sini.” Azman menyuruh Mimi masuk. Setiausahanya itu kelihatan takut-takut untuk masuk.Mungkin menyedari kemunculannya yang tidak dijangka itu telah mengganggu perbualan Azman dan Syara.

  Mimi melangkah masuk perlahan.Jelas dia gugup untuk berhadapan dengan keduanya. Dia mengutuk dirinya sendiri di dalam hati.Bagaimanalah dia boleh terlupa untuk mengetuk pintu.Tambahan lagi  setelah menyedari Azman mempunyai tetamu tika itu.Entah apa kena dengan dirinya…Masakan dia boleh terlupa pula.Padahal dia sendiri yang membenarkan tetamu Azman itu masuk.Baharu sahaja beberapa bulan bekerja sudah pelbagai kesilapan dilakukannya.

“Saya keluar dulu,ya Encik Azman..” Dia seolah meminta izin.

“Baiklah.” Balas Azman perlahan.

 Mimi mengatur langkahnya berhati-hati agar tidak kelihatan sumbang di pandangan keduanya.Hanya dia yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.Mujurlah Encik Azman itu tidak garang seperti singa,kalau tidak sudah tentu dia ditelannya.Janganlah dia dituduh tidak sopan oleh tetamu Encik Azman itu.Masuk ke bilik bos sesuka hati tanpa mengetuk pintu.Dia kesal kerana bertindak melulu dan terburu-buru.Bimbang juga kemunculannya tadi disalah tafsir sebagai sengaja menjaga tepi kain bosnya itu.

“Mengapa aku tengok setiausaha kau tu macam takut-takut saja dengan kau,Man?Kau garang sangat ke dengan dia?”Tegur Syara.

“Aku? garang?.Kau ni Syara..tak kenal aku ke? Bila masa pulak aku penah baran,naik angin tak tentu pasal?Pernah aku marah kau selama ni?” Soalnya.

“Memanglah tak pernah kau marah aku..tapi aku tak tahulah macam mana dengan staf-staf kau." Ujar Syara.

“Tak adalah,dia takut sebab ada buat silaplah tu.Biasalah..staf baru..” Ujar Azman selamba. Dia sendiri tak tahu sebenarnya mengapa Mimi kelihatan takut-takut untuk berhadapan dengannya.Setiausahanya itu juga cepat menggelabah apabila bertentangan mata dengannya.Sikap menggelabahnya itu kadang-kala menyebabkan kecuaian berlaku dalam tugas yang dilakukannya.

   Azman  juga perasan setiausahanya itu seolah tak berani bertentang mata dengannya. Mimi lebih gemar tunduk dan hanya memandang wajahnya jika benar-benar perlu.Pernah dia hampir terlanggar setiausahanya itu yang ketika itu sedang terburu-buru berkejar untuk masuk ke pejabat.Lalu menyebabkan satu insiden di mana fail-fail yang dibawanya jatuh berteraburan.Cepat-cepat dia membantu setiausahanya itu memungut semua fail itu.Ucapan maaf tak henti-henti dilafazkan olehnya.

“Hoi,yang kau termenung ni apasal pulak?” Sergah Syara .

“Kau ni..ada-ada ajer lah.Jomlah,kita keluar lunch.” Azman sudah tidak sabar lagi.Perutnya benar-benar minta untuk diisi.

*************************************************************************************

     Hari minggu yang dingin.Awan baharu sahaja memuntahkan segala isinya.Sang mentari mula menyinar kembali,menerangi alam maya yang tadinya diselaputi awan hitam yang tebal.Lopak-lopak air muncul di atas jalan raya berturap yang berlubang-lubang.Permukaannya kesat dan tidak rata.Daun pokok meliuk- lintuk ditiup angin lembut.Udara pagi yang segar begitu nyaman dan mendamaikan.Kicauan beburung menghiasi suasana tenang yang diselaputi kehijauan pepohon di situ.

   Raihana Zahirah bersandar kepenatan.Dia baharu sahaja menghabiskan lariannya.Setiap minggu, taman ini akan menjadi tempat dia beriadah.Peluh yang mengalir dikesatnya dengan tuala biru yang terdapat di bahunya.Nafasnya turun naik. Duduk menghadap tasik yang membiru begitu mendamaikan.Raihana Zahirah membetulkan ikatan tali kasutnya yang longgar.Tiba-tiba…ingatannya menelusuri memori lalu yang disimpan kemas oleh mindanya…

“Mama, I tak mahu kahwin dengan perempuan tu..I tak cintakan dia!” Bentak pemuda berkumis nipis itu.

You must married her !” Paksa Datuk Halim.

You don’t have a right to forced me ,dad.” Pemuda itu membentak.

Yes I have.I’m your father! ” Datuk Halim tidak memperdulikan permintaan anak lelakinya itu.Baginya, sebagai seorang bapa,dia berhak ke atas masa depan anak-anaknya.

But I’m too young to get married !” Tukasnya lagi.

Too young?.you dah 26 !" Ujar mamanya pula.Sebenarnya dia juga sudah tidak sabar-sabar hendak menimang cucu.Berharap benar dia agar anak sulungnya itu mendengar katanya.

Daddytak perduli,kami dah bersetuju.Hujung bulan ini,kamu berdua akan disatukan.”Datuk Halim memutuskan.

“Tapi, dad…” Pemuda itu masih  belum berputus asa.

“Keputusan daddy  muktamad!” Tegas Datuk Halim berkata.

 Dia yang kebetulan berkunjung ke banglo milik keluarga itu tergamam sendiri. Kunjungannya untuk membincangkan perkara itu dengan sejelas-jelasnya tiba-tiba  bertukar rupa.Dia seolah dapat menghidu kegagalannya.Jika benar seperti apa yang dikatakan oleh lelaki bernama Datuk Halim itu sebentar tadi,maka dia akan berputih mata.Bermakna perkara itu telah muktamad!.Dia ,mahupun pemuda bernama Syed itu  tidak dapat berbuat apa-apa.Semuanya adalah rancangan ibubapa mereka untuk menjodohkan keduanya.

   Raihana Zahirah tak jadi melangkah.Dia cubauntuk berpatah balik namun kemunculan orang gaji keluarga itu,makcik Limah secara tiba-tiba dibelakangnya telah menyebabkan hasratnya terbantut.

“Eh,cik Raihana.Mengapa berdiri di sini? Nak jumpa Datin Alma dengan Datuk ke? Jemputlah.." Ujar Mak Limah.

 Keduanya lantas menoleh.Seolah dapat membaca apa yang difikirkan oleh Raihana Zahirah ketika itu, Datuk Halim bersuara.

“Er..Raihana jangan salah faham dengan apa yang Syed cakap sebentar tadi..sebenarnya dia tak bermaksud begitu.Biasalah..orang muda..degilnya lain macam sikit!” Datuk Halim seolah cubamembetulkan keadaan.

“Ya,Raihana. Kami minta maaflah..Sebenarnya anak kami,Syed tu baik orangnya.Tapi, hari ni..adalah yang tak kena tu..dia mengamuk tak tentu pasal macam tu..” Pujuk Datin Alma pula.

“Marilah ,duduk di sini.” Datin Alma memaut bahunya lembut.Raihana Zahirah hanya menurut.Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan kerusi Datin Alma.

“Mama dan papa kamu sihat?”Tanya Datin Alma.

“Sihat, uncle..Untie..” Balasnya ringkas.

“Bila mereka nak balik ke Malaysia?” Datin Alma seolah teruja.Tak sabar-sabar untuk bertemu dengan bakal besannya.

“Mungkin dalam 2,atau 3 hari lagi,Untie..” Balasnya.

“Ha,baguslah..majlisnya pun dah tak lama..persiapan pun dah hampir selesai.. tak sabar rasanya saya nak dapat menantu,bang." Tergambar kegembiraan di wajah Datin Alma ketika itu.

“Eh,awak ni ,macam awak pulak yang nak kahwin..”Datuk Halim bergurau dengan isterinya.

  Seperti yang telah dijanjikan,kedua mempelai disatukan.Hari bahagia itu tidak bererti apa-apa buat Mimi.Begitu juga untuk pemuda bernama Syed itu..semuanya seolah mimpi. Sekelip mata dia bergelar suami.Perkahwinan tanpa cinta.Begitulah keduanya.Sayangnya perkahwinan gilang–gemilang penuh meriah itu tidak berakhir seperti ceritera cinta  Yusuf dan Zulaikha.

“Eh,Mimi?”Satu suara menyapanya.

“Err…Encik Azman..” Dia terkedu!

“Awak buat apa di sini?” Tegur lelaki itu.

“Saya memang selalu ke sini,tiap-tiap minggu.Jogging.” Balasnya .

“Oh,begitu.Saya baru pertama kali datang.Udaranya segar betul ,ya?” Azman cuba untuk memancing minat setiausaha peribadinya itu untuk berbicara.

“Err..” Mimi tidak tahu mengapa dia menjadi gugup ketika berbicara dengan lelaki di hadapannya itu.

  Azman dapat mengesan riak wajah wanita di hadapannya itu.Wanita itu seolah gelisah , dia nampak begitu cemas berhadapan dengannya secara tidak sengaja di situ.Dia seolah menggelabah tak tentu pasal,botol air mineral  yang dipegangnya terjatuh bergolek.Entah apa yang difikirkan wanita itu agaknya. Azman membantunya memungut semula botol yang terjatuh.

“Eh,tak apa Encik Azman,saya boleh ambil sendiri.” Cepat-cepat wanita itu membongkok untuk mendapatkan semula botol air mineralnya.

 Tak sengaja dia terlanggar kepala Azman yang turut sama membongkok untuk mencapai botol air mineral itu.Mimi menggosok kepalanya yang sakit akibat berlaga dengan kepala Azman.Keras macam batu!.Kutuknya dalam hati.Tanpa disedari ada sesuatu yang telah menarik perhatian Azman terhadapnya.Cincin emas bertahtakan sebutir berlian yang tersarung dijari manisnya!




“Mimi!” Azman terjerit kecil.

    Mimi merasa seperti ajalnya sudah tiba.Malaikat maut akan mengambilnya bila-bila masa sahaja.Lantas, degupan jantungnya semakin deras.

“Siapa awak sebenarnya?” Azman seolah tidak percaya.Wanita di hadapannya kini ..?

“Err…maksud Encik?” Apakah lelaki itu telah mengingatinya? Nafasnya turun naik.Dia benar-benar cemas!

     Tanpa diduga, reaksi lelaki di hadapannya itu amat mengejutkan.Tubuhnya dirangkul erat seolah tidak mahu dilepaskan.

“Raihana Zahirah.." Panggilnya lembut.Air matanya hampir mengalir tatkala menyebut nama itu.Sudah lama dia menantikan saat ini.

“Maafkan saya…Bertahun-tahun saya mencari awak, ke mana awak menghilang?" Syed Azman melepaskan bebanan rindu yang ditanggungnya selama ini.Dia benar-benar menyesal dengan tindakannya dulu.Dia tidak mahu Raihana pergi darinya lagi.Tidak untuk selamanya.Cintanya untuk Raihana adalah satu,tiada galang gantinya…

“Betul ke, awak cari saya?” Soalnya keliru.

“Betullah.Empat tahun,Raihana.Empat tahun saya macam orang gila.Merata saya cuba cari awak.Bila dengar awak di Sabah,saya ke Sabah, Kelantan,Terengganu,habis satu Malaysia saya mencari.Australia,US,semua saya jejaki.Kali terakhir saya dengar awak di Jakarta, Indonesia.Terus saya terbang ke sana.Rupanya orang yang saya cari ada di depan mata selama ni.” Azman berterus- terang.

      Raihana tidak tahu adakah Azman berkata benar atau sengaja hendak mengada-mengadakan cerita.Dia masih ragu akan keikhlasan lelaki di hadapannya itu.

“Tapi,waktu kita kenal dulu.tak salah saya nama awak Raihana Zahirah.Kenapa sekarang jadi Mimi?” Azman merasa hairan.

“Mimi itu nama manjalah.Takkan masa ambil saya bekerja dengan awak dulu tak baca resumebetul-betul?”

“Lah..memanglah.Urusan pemilihan setiausaha baru saya,saya serahkan bulat-bulat pada bekas setiausaha saya dulu.Jadi saya tak ambil tahu sangat.Lagipun bahagian Sumber manusia yang buat penapisan dari segi kelayakan dan personaliti.” Terang Azman.Dia sendiri tidak perasan setiausaha barunya kini adalah bekas isteri yang pernah dinikahinya secara paksa empat tahun yang lalu.

“Takkan tak cam?” Raihana menduga.

Sorrylah, sayang..dah empat tahun.Lagi pun dah macam lain.Dulu sayang abang ni mana pakai tudung.Pakai cermin mata tebal.Sekarang dah bertudung.Makin manis dah sekarang ni abang tengok..” Puji Azman kepadanya.

“Pandailah..nak bodek.Bukannya ingat kat kita.Muka kita pun tak dicamnya.”Raihana Zahirah seolah merajuk.Sedikit berkecil hati.

“Abang minta maaf ok?Janji tak buat lagi.” Azman seolah merayu.

“Tak nak maafkan.” Raihana masih berkeras hati.

“Okey,abang belanja ais krim,nak?” Azman cubamemancing.Dia tahu bagaimana hendak melayan rajuk bekas isterinya itu.

“Tak nak." Raihana mencemik.Namun ada senyuman kecil dibibirnya.

“Eh,tengok tu..dah senyum pun sayang abang ni..” Azman mencubit lembut pipi Raihana Zahirah.Wanita itu terjerit kecil.Mereka berjalan beriringin sambil berpimpinan tangan ….

“Nanti kejap.." Tiba-tiba Raihana Zahirah teringat sesuatu.

“La,saya ingatkan tadi dah selesai semuanya.” Azman terperanjat.

“Belum.Saya nak tanya satu perkara.Siapa Syara tu dengan awak?”

“O…awak cemburu ,ya?” Azman menyakat.

“Mana ada..” Wajah Raihana Zahirah bertukar merah.

“Syara tu kawan baik saya..tak ada apa-apa pun istimewa,kawan saja.” Terang Azman pula.

“Iyelah tu?” Raihana Zahirah masih belum berpuas hati.

“Betul,saya tak tipu..kawan rapat.Dia tahu pasal awak.Saya tak pernah sembunyikan tentang perkahwinan kita daripada dia.” Ujar Azman lagi.

“Alah,dahlah..tak payah fikir lagi..kita rujuk semula ya?” Pujuk Azman.




   Raihana Zahirah berjalan laju meninggalkan bekas suaminya itu. Membiarkan pertanyaan lelaki itu sepi di bawa angin lalu.Dan Azman berlari mendapatkan Raihana Zahirah yang telah jauh meninggalkannya keseorangan di situ.

“Raihana.. tunggu saya!” Panggilnya.

Dalam diam hatinya kembali berbunga...

by:

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh