>> CERPEN: HUBRIS

“APA kau buat tu ,Wan?” Tegur Sofea.

“Main permainan komputer..” Safwan begitu ralit dengan permainan berkomputer barunya itu.

“Kau dah solat Maghrib?” Soal Sofea.

“Belum,kejap lagilah..” Jawab Sawfan acuh tak acuh.

“Tengok tu,dapat permainan tu..lupa solat…Dah.Berhenti dahulu main permainan tu.Pergi solat dulu.Lepas tu baru sambung balik.” Sofea mengarahkan adiknya agar segera menunaikan solat.

“Alah,kejap aje lagi.Dah nak menang pun ni..” Safwan begitu taksub dengan permainan komputernya itu.Sehingga tak sanggup meninggalkannya walau untuk seminit.

“Akak kata tutup,tutup.Pergi solat dulu.”Arah Sofea lagi.

“Iyelah..” Safwan akhirnya akur.Permainan komputer itu ditutup.Dia melangkah longlai ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.

“Dah siap solat?” Tegur Sofea sejurus melihat adiknya itu melipat sejadah.

“Dah kak Sofea..” Balas Safwan.

“Alhamdulillah.”Ucap Sofea pula.

Malam ini bulan terang.Langit malam tidak sunyi ditemani bintang-bintang yang menyinar cemerlang.Sofea termenung di jendela..Ada resah yang bertandang di jiwanya.Ada gundah yang tertanam di sudut hatinya.Dia merenung nasib saudara seislamnya nun jauh terpisah di seberang laut.Baharu sebentar tadi dia mendengar perkhabaran tentang nasib malang yang menimpa saudara-saudaranya.

Tentera Zionis mengganas lagi.Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa.Kejamnya Israel menggadaikan nyawa insan lemah.Langsung tidak berupa manusia.Hanya syaitan bermaharajalela semata-mata.Sekolah dan institiusi pendidikan menjadi sasarannya.Rumah-rumah diletupkan,orang awam dicederakan.Malah,tanpa belas kasihan golongan tua dan anak kecil dibedilnya. Lebih zalim, bantuan ubat-ubatan dan makanan untuk mangsa kekejaman mereka turut disekat.Memang tentera-tentera Zionis itu Iblis yang dilaknat!

            Nampaknya bukan Amerika sahaja yang mewarisi penyakit dalaman yang digelar Hubris.Tentera tentera Zionis juga turut dijangkiti.Penyakit Hubris atau megah diri adalah sifat seseorang yang bertindak untuk memalukan mangsa,bukan untuk mempertahankan diri ,bukan juga untuk menuntut hak yang dirampas tetapi semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu serakahnya.

            Hubris bukan menghukum demi keadilan tetapi untuk melunaskan dendam kesumat yang membuak di dada.Hubris akan menyebabka manusia itu berfikir bahawa dengan menzalimi manusia, ia akan membuatkan dia menjadi berkuasa,hebat dan kuat berbanding sebelumnya.Ia diertikan dengan kebongkakkan dan keujuban yang melampau.Merasakan diri mereka serba hebat,serba kuat dan tiada tandingan.

            Ianya adalah kerana  kekotoran hati,kekejian dalam diri dan keterlampauan batas-batas moral dalam norma kemanusiaan.Mereka  sebenarnya bertuhankan nafsu ,berajakan syaitan.Kegilaan kuasa,ketamakan harta dan kezaliman berleluasa.Penyakit hubris yang menyerang jiwa tentera-tentera Zionis itu tidak lain diwarisi terus dari sekutunya Amerika.

            Sofea mengeluh sendirian.Mengenangkan nasib saudara-saudaranya.Dia bersyukur dapat hidup di negara yang aman damai ini.Dia turut berdoa agar saudara – saudara seislamnya di sana akan selamat.Biar derita mereka berakhir.Biar mereka terlepas dari segala kezaliman rejim Zionis yang hina. Tentera Zionis yang dilaknat,sebusuk-busuk bangkai sekeji-keji haiwan…itulah yang dapat dia gambarkan terhadap pengganas-pengganas yang tidak berperikemanusiaan seperti itu.Hatta anjing sekalipun lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding manusia-manusia seperti itu.

         Sofea dapat mendengar dengan jelas bunyi bising yang kedengaran dari bilik adik lelakinya,Safwan.Sofea cuba mengamati bunyi-bunyian tersebut.Seolah bunyi letupan bom dan tembakan bertalu-talu.Sofea menjadi hairan.Apakah Safwan sedang menonton rancangan televisyen?.Langkah kakinya laju menuju ke bilik adik lelakinya yang terletak betul-betul bersebelahan dengan biliknya.

“Apa yang sedang kau buat ini,Safwan?” Tegur Sofea.

“Sedang main permainan komputer ini.” Balas Safwan.Leka benar nampaknya Safwan menghalakan picu senapangnya kepada orang –orang di dalam komputernya.

            Lama Sofea menjadi pemerhati.Permainan yang keji! Kutuknya di dalam hati.Permainan tiu tidak ubah seperti mengajar kanak-kanak memegang senjata, menjadi penzalim dengan menembak mangsa tak berdosa.Kemudian,sekiranya ingin mengumpul mata kemenangan,si pemain perlu menzalimi mangsanya. Mengerat kaki,memotong kepala,atau menikam dada mangsa yang sudah tak bernyawa.Sebagai ganjarannya,jangka hayat si pemain pula akan bertambah.

            Safwan dilihatnya membaling bom terhadap sekumpulan manusia yang diikatnya beramai-ramai di dalam sebuah bangunan.Berkecai seluruh tubuh mereka.Kemudian Safwan berlari mengejar seorang saksi yang melihat kejadian itu.Dicungkilnya biji mata musuhnya itu ,lalu diktikamnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.Dipijaknya mayat yang sudah tak bernyawa itu sehingga remuk tulang-temulangnya.Safwan memperolehi lima ratus mata tambahan dan mendapat pertambahan hayat.

            Semakin ramai bilangan mangsa,semakin banyak mata yang dikumpul. Semakin banyak pula yang tercedera dan dizalimi,semakin panjang jangka hayat si pemain.Sofea mengeji di dalam hati.Begini rupanya cara baru pihak barat mempengaruhi anak-anak kecil seperti adiknya.Mudah benar mereka menipu kanak-kanak ini.Diajarkan cara berperang.Dididik agar menjadi zalim dan tak berperikemanusiaan seperti mereka.Diasuh supaya menjadi berani dan dalam masa yang sama mereka meracuni fikiran anak-anak itu dengan sifat-sifat mazmumah yang bertentangan dengan norma-norma Islam.

“Mengapa kau cederakan orang-orang itu? Bukankah mereka sudah mati?” Sofea geram melihat adiknya tanpa perasaan bersalah menikam dada mayat yang terdapat di dalam pemainan komputernya.Kemudian Safwan dilihat memotong dan mencantas manusia itu.Berkecai tubuhnya.Terkeluar organ-organ dalamannya.

“Alah,kak.Inikan permainan sahaja.Ini caranya nak dapat ‘nyawa’.Kalau buat macam ni barulah dapat banyak ‘nyawa’.Jangka hayat aku pun panjanglah.”. Terang Safwan lagi.

“Apa jenis permainan kau main ini..? Zalim betul..” Ujar Sofea lagi.Safwan hanya ketawa kecil.Baginya itu hanya sekadar satu permainan.

Namun bagi Sofea.Itu bukan sekadar permainan biasa.Ia dipenuhi misi dan fungsi rahsia.Memang ia didatangkan dengan tujuan itu.Melatih mereka untuk menjadi kejam! Nampaknya mereka sudah berjaya melebarkan satu lagi sayapnya dikalangan generasi  muda.Dalam tidak kita sedari, mereka menggunakan semua cabang-cabang yang ada agar mereka dapat menguasai minda dan pemikiran kita.Mana mungkin semua ini dapat disedari kalangan ibu bapa yang tidak perihatin terhadap apa yang dilakukan anak-anak mereka setiap hari?

            Apa yang menjadi tontonan mereka di televisyen,apa yang didengari mereka di radio, apa yang di baca mereka, dilihat mereka di internet? Apa yang menjadi permainan mereka? Semuanya harus diteliti kerana dalam tidak sedar, pengaruh barat telah berjaya meresap ke dalam diri anak-anak hari ini. Membentuk sifat –sifat mazmumah dalam diri mereka.Dan dalam tidak sedar sebenarnya telah begitu banyak anasir-anasir buruk  barat berleluasa di dalam kehidupan seharian kita.

“Safwan,berhenti bermain permainan komputer itu.” Pinta Sofea.

“Mengapa kak.Games ni bestlah..” Balas Safwan pula.

Game ni mungkin best bagi Wan.Tapi tak elok untuk budak-budak seperti Wan ni..” Jelas Sofea kepada adik lelakinya itu.

“Apa yang akak cakap ni?”

“Begini,sedar tak Wan yang sebenarnya game yang Wan main ni lebih banyak datangkan kemudharatan dan keburukan pada Wan?” Sofea cuba memancing perhatian adiknya yang masih lagi melekat di hadapan skrin komputer.

“Maksud kakak?” Safwan ingin mendengar penjelasan seterusnya daripada kakaknya.

“Safwan pernah tak tengok kekejaman tentera-tentera Zionis ,tentera Amerika Syarikat kat televisyen?” Sofea menggunakan pendekatan psikologi terhadap adiknya itu.

“pernah..” Jawab Safwan ringkas.

“Baik.Sekarang cuba Safwan beritahu akak beza permainan yang Safwan main tadi dengan kekejaman mereka menembak dan mengebom orang-orang awam yang tak berdosa?” Soal Sofea.

“Tapi yang Wan buat tu main-main saja.Wan bukan tembak orang betul-betul…” Balas adik lelakinya itu.

“Baik.Sekarang akak ada satu lagi soalan yang akak nak tanya.”

Safwan mengangguk.Menumpukan perhatiannya pada soalan Sofea yang seterusnya.

“Semasa Safwan menembak orang-orang maya di dalam komputer tu,adakah sebarang perasaan simpati wujud.Masa Wan cederakan mayat-mayat mereka, ada tak sekelumit pun perasaan berdosa atau bersalah wujud dalam diri Wan?” Sofea  menyoal lagi.

Safwan terdiam.Benar.Memang dia tak berasa apa-apa saat dia menembak mati semua orang-orang maya itu.Dia seronok sasarannya semua mengena.Dia puas dapat mengalahkan musuh-musuhnya.Dia langsung tidak merasa apa-apa saat dia mencederakan mangsa-mangsanya.Dia langsung tidak rasa berdosa merobek dada mangsanya,mengorek isi perut hingga terpercik darah-darahnya. Mengerat tubuh dan anggota badan musuhnya yang sudah tak bernyawa.

“Safwan tak rasa apa-apa,kan?” Teka Sofea .

“Jadi Safwan rasa ada beza tak Safwan dengan tentera-tentera Zionis dan Amerika Syarikat yang kejam tu?” Sofea cuba memancing adiknya untuk bersuara.

            Safwan masih diam tak bersuara.Dia seolah sedang berfikir sesuatu.Mungkin sedang menimbang kebenaran kata -kata Sofea sebentar tadi.Lama Safwan membisu seribu bahasa.

“Sebenarnya,Wan tak sedar…itu adalah salah satu daripada helah jahat  barat untuk menguasai pemikiran anak muda macam Wan ni.Mereka gunakan bermacam cara agar Wan dan rakan-rakan Wan yang lain mengikut telunjuk mereka.Mereka mahu Wan dan anak-anak muda seperti Wan terpengaruh dengan mereka.Mencontohi  sifat buruk mereka.Mereka sebenarnya menipu kita.Mereka cuba hendak menjajah minda kita setelah mereka sedar mereka tak dapat nak jajah negara kita seperti yang pernah mereka lakukan berpuluh tahun dahulu.” Terang Sofea lagi panjang lebar.

“Dah banyak contohnya,Wan.Banyak sangat.Tengok sahaja buku-buku dari barat tentang Islam.Banyak sangat pemesongan fakta.Banyak tipu daya mereka.Putar-belit tentang Islam.Tengok pulak di kaca televisyen.Program-program tak berfaedah yang bercanggah dengan budaya dan ajaran Islam…bersepah-sepah.Tak terkira lambakannya.Itu belum lagi termasuk permainan seperti yang Wan main ni yang berlambak-lambak dijual dipasaran dan entah segala macam benda lagi digunakannya untuk menjajah minda kita.” Sambung Sofea lagi setelah melihat tiada tindak balas diterima daripada Safwan.

“Akak tahu,Wan dah besar dan dah boleh berfikir dengan matang,dapat bezakan baik dan buruk.Jadi…Wan fikirkanlah..” Sofea meninggalkan Safwan di situ…

            Sofea menyelak lembaran akhbar di depannya.Berita kekajaman rejim Zionis memenuhi ruangan kolum luar negara.Pilu dan sungguh menyayat hati.Anak-anak kehilangan ibubapa,ibu-ibu kehilangan anaknya,isteri-isteri kehilangan tempat bergantung apabila sang suami ditembak kejam tentera Zionis.Berita terbaru adalah mengenai serangan dan sekatan terhadap bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk mangsa kekejaman.Malah,pihak media turut menjadi mangsa apabila bangunan tempat wakil media bekerja diserang.Ramai yang menjadi korban.Memang tentera-tentera Zionis itu sudah melampau!

Suara orang ramai yang membantah serangan-serangan yang dilakukan rejim itu langsung tidak diendahkan oleh pemimpin mereka.Malah serangan besar-besaran terus dirancang.Amerika Syarikat dan negara-negara berkuasa besar yang kononnya menetang kezaliman langsung memejam sebelah mata, seolah tiada apa yang sendang berlaku di hadapan mereka.Mereka memekakkan telinga seolah tidak mendengar suara bantahan yang berkumandang di disekeliling mereka.Mereka menutup mulut seolah-olah bisu tak berkata-kata.

Begitukah sikap negara berkuasa besar yang kononnya anti pengganas,anti kezaliman,dan anti kepada penindasan?.Mereka tidak lain hanya bertopengkan malaikat syurga,walhal merekalah yang mencampakkan rakyat tak berdosa ke dalam neraka kezaliman yang dicipta oleh tangan-tangan kudis mereka!.Mereka terus dengan misi kezaliman mereka dan cita-cita keji mereka tanpa memperdulikan nasib orang-orang yang tertindas disebalik perbuatan keji mereka.

            Tak cukup dengan meluaskan kekuasaannya melalui kekejaman, Amerika turut menghantar virus –virus Hubris sebagai ‘buah tangan’ untuk rakyat seluruh dunia.Virus disebar dalam pelbagai bentuk.Semua cabang yang berpotensi diterokai,dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh mereka.Tujuan mereka adalah tidak lain semata-mata untuk menguasai dunia.Mereka mahu dunia di dalam tangan mereka.

            Malah virus Hubris ini telah sebati dalam kehidupan rakyat-rakyatnya.Lihat sahaja kadar jenayah yang tinggi di negara mereka.Biarpun kononnya terkenal sebagai negara bertamadun,namun budaya korupsi,penindasan,gejala sosial,dan jenayah masih tinggi.Semuanya adalah kerana virus Hubris yang bersarang di dalam hidup mereka.Nafsu tamak haloba,penindasan ,dan kezaliman sosial dibelai atas nama ‘kebebasan individual’.

            Kerana Hubris,Amerika tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.Daripada peristiwa Pearl Harbour hinggalah kepada perang Vietnam,semua bak satu ceritera sejarah yang bebas nilai dan perlu dilupus dari ingatan rakyat.Para veteran perang Vietnam dan Iraq disisihkan.Terkontang kanting meneruskan hidup yang penuh dengan trauma fizikal dan mental. Memang Amerika tidak pernah sedar.

            Rejim Zionis juga masih meneruskan kezaliman itu.Berbekalkan virus Hubris yang semakin menular di dalam dada mereka, mereka terus-terusan menyambung misi penindasan yang pernah dilakukan tentera-tentera mereka.Hubris adalah sifat terkeji yang diwarisi makhluk-makhluk terlaknat seperti rejim Zionis dan Amerika Syarikat.Sifat yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.

“Kakak..” Panggil Safwan tiba-tiba.

“Wan..ada apa ni?” Sofea yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen ketika itu memberikan perhatian pada kata-kata yang ingin diucapkan oleh adik lelakinya itu.

“Wan tak  nak main permainan itu lagi.Wan tak mahu jadi kejam macam tentera Zionis .Wan baca dalam surat khabar,Wan tengok gambar-gambar mereka  yang cedera tu.Kasihan mereka.Ada yang masih kecil,orang tua yang uzur..malah perempuan yang sarat mengandung pun turut jadi mangsa.” Sofea tahu adiknya itu memang anak yang bijak.Dia cepat faham perkara yang baru dipelajarinya. Safwan juga bijak menilai baik buruk sesuatu perkara.

“Tak salah nak berhibur Wan,banyak lagi permainan yang boleh wan main.Ada games bola sepak, bowling, dan macam-macam lagi.Tak semestinya Wan perlu bermain permainan yang kejam seperti itu,kan?” Ujar Sofea .

“Lagipun permainan tu boleh sebarkan virus berbahaya kepada kanak-kanak seperti Wan ni.” Terang sofea lagi.

“Permainan boleh sebarkan virus kak Sofea?” Jelas Safwan keliru dengan kenyataannya sebentar tadi.

Safwan tak sangka virus boleh menjangkiti manusia melalui permainan komputer.Setahunya,virus di dalam tubuh manusia hanya boleh berjangkit melalui manusia dan haiwan sahaja.Lain pula halnya dengan cara virus menjangkiti komputer.Virus di sebarkan melalui laman web,blog,laman sembang atau melalui internet.Virus juga boleh berjangkit dari satu komputer ke komputer yang lain melalaui storan dokumen seperti pendrive,disket mahupun CD.

“Macammanna komputer boleh hantar virus kepada manusia kak Sofea? ” Safwan ingin tahu.Rupa-rupanya masih banyak lagi perkara yang tak diketahuinya selama ini.

“Ha..itulah,virus ni menjangkiti manusia tanpa kita sedari.Sebab itulah ianya amat merbahaya.Gejala-gejala yang boleh dikesan apabila seseorang telah dijangkiti virus ini adalah sentiasa merasa diri mereka sahaja yang betul, berkuasa,dan hebat.Orang yang dijangkiti virus merbahaya ini akan bertindak suka memalukan mangsanya,menyakiti dan bertindak zalim terhadap mangsa-mangsanya tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.Mereka bertindak demikian bukan untuk pertahankan diri,bukan juga untuk menuntut hak yang tertindas dan ditindas,tetapi semata-mata untuk kepuasan diri.” Terang Sofea.

“Virus tu boleh berjangkit ke kak Sofea…?” Safwan bertanya lagi.

“Eh,mestilah boleh.Virus ni merebak dengan cepat.Sekejap sahaja ia merebak. Lagi-lagi kalau seseorang itu imannya rapuh.Senang sahaja dia akan dijangkiti.Sebab itulah kita kena selalu berhati-hati.” Balas Sofea.

“Bagaiman ia merebak kak Sofea..?” Safwan tertanya-tanya.

“Macam-macam cara.Komputer,televisyen,bahan bacaan, internet..semua boleh jadi bahan sebaran virus tu.”Ujar Sofea lagi.

“Jadi macammana nak elak ia dari menjangkiti kita?” Safwan bertanya kepada kakanya.

“Senang sahaja.Sentiasa dekatkan diri pada Allah, amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi sifat-sifat Mazmumah, dan awasi setiap perbuatan kita dan apa yang kita baca,kita lihat,kita dengar.Terutamanya internet.Jangan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita kebesaran kuasa-kuasa barat yang kafir.Jangan sekali-kali menanam rasa kagum terhadap kekuatan mereka melebihi kekuasaan dan kebesaran Allah.Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir jahat mereka.Jadi,kita harus sentiasa berhati-hati..” Pesan Sofea kepada adiknya.

“Oh,begitu…Jadi..,apa sebenarnya nama virus merbahaya ni kak Sofea?” Naluri ingin tahu Safwan semakin membuak-buak.

“Hubris.”Jawab Sofea.

“Hubris?” Safwan tergamam…..

by:






0 comments:

Catat Ulasan