Pakej Percutian Penjawat Awam

 Assalamualaikum w.b.t

 

    Hye semua.Me harap semua sihat2 dan ceria bersama keluarga tercinta.Lama dah aktif socmed.Baru2 ni Me terscroll website tulia pasal tawaran pakej percutian selepas Pandermik Covid-19.Wah, menarik bunyinya kan? yang lebih menarik lagi ialah dapat pelepasan cukai !jom kita tengok macam mana tu?

Aquaria KLCC

       Aquaria KLCC

    Salah satu usaha Kerajaan melalui kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam untuk merancakkan kembali industri pelancongan negara dan membantu membangunkan kembali sektor perhotelan dan pelancongan di Malaysia selepas pandermik Covid-19 adalah dengan menawarkan inisiatif jangka panjang untuk penjawat awam berupa pakej cuti2 Malaysia khas untuk penjawat awam.

i city
i-city

 Ia merupakan sebahagian usaha meraikan dan menghargai usaha kakitangan kerajaan terutamanya frontliners yang bertungkus lumus menjaga keselamatan masyarakat.Penjawat

awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.

 Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam.Selain memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota, sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.

 

 Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus. Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.

 

 Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.

i city

     i city

 Alangkah baiknya sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan memandangkan pindaan cuti sekolah dalam takwim persekolahan.Almaklumlah, cikgu sekolah cuma dapat pergi melancong waktu cuti sekolah je.Hurm, tapi kalau yang ada baby kecil macam me ni, tak tahulah bila dapat melancongnya. Anak kecil lagi.Menyusu badan pulak tu. Pasrah je la..sambil pegang bahu mata ke atas.

 

Comments

  1. Sekarang resit hotel memang akak simpan elok2, nak guna untuk pelepasan cukai :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan..
    Wah menarik pakej pelancongan yang ditawarkan.
    Lepas PKP ramai antara kita pergi bercuti termasuk saya sendiri, janji SOP tetap kita utamakan.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..
    Wah menarik pakej pelancongan yang ditawarkan.
    Lepas PKP ramai antara kita pergi bercuti termasuk saya sendiri, janji SOP tetap kita utamakan.

    ReplyDelete
  4. da lepas pkp ni ramai orang nak bercuti..bgs juga ada pakej macam ni.. sekurang2 utk motivasi dan membangukn kembali industir pelancongan..follow sini #538 ;)

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya.. time utk pusing2 malaysia this year kan

    ReplyDelete
  6. Wah keren program pemerintahnya.. Bisa keliling (pusing-pusing) Malaysia nih..

    ReplyDelete
  7. Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 539.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  8. Perks of being a penjawat awam hehe bestnya dapat travel tapi pasrah je lah baby still breastfeeding ye? InshaAllah ada rezeki lain next time.

    ReplyDelete
  9. wahhhh best niiii untung arr penjawabt awam ;-)

    ReplyDelete
  10. p/s sis boleh tak letak link blog kat blogger profile? thank you

    ReplyDelete
  11. untung semua penjawat awam. Banyak dapat faedahnya kan. apapun rezeki masing-masing :)

    ReplyDelete
  12. Best nie boleh jalan-jalan satu Malaysia 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

8 Pekerjaan 'Glamer' ?