CLEVER GIRL?

Assalamualaikum ..tak jawab dosa..hehehe!

Hai kawan2 blogger! Korang semua apa khabar? busy ke?
Mesti korang penah tengok rancangan realiti tv Clever Girl kat TV3 tu kan? kan?
Amacam? BEST ke tak? Best ke tak? Hahahah



Aku terkadang je tersilap tekan remote maka 'terlayan' lah pulak rancangan yang tak berapa nak 'REALITI' tu. Yang bestnya pulak Hubby aku pon terjoin sekali tengok rancangan tu.Al-kisah, episod Clever Girl yang tak berapa nak Clever tu, aku dengan hubby dok sibuk menjawab soklan yang Si Alif Satar tu tanya.

Tapi yang tak puas hatinya, aku tak sempat nak pikir jawapan, peserta tu dah berebut2 nak menjawab, macam tak logik pulak dah jadinya.Iyelah, tak sempat nak berfikir kot, aku  depa lak laju je jawab. HEBATTT betul!

Kadang soalan tu tak habis lagi tapi Buzzle tu dah ditekan. BIAR BETUL?? Memang tak boleh lupa time soalan mengenai Karya Usman Awang ditanya, peserta tu laju je jawab B.




Bila Alif Satar tanya balik B tu apa? dia terkedu tak keluar jawapan. Dah tu, kau sendiri pon tak tahu pilihan jawapan B tu apa, kenapa kau tak nyempat2 nak jawab B? Padahal kau tak tahu pon B itu benda jawapannya? MUSYKIL betul!

Lantaklah pasai CLEVER GIRL yang tak berapa nak Clever tu. Sebenarnya entry kali ni nak bercerita pasai:

Kenapa Perempuan kena belajar pandai-pandai??


Murid: Ala cikgu, belajar pandai-pandai pon nanti duduk rumah, jaga laki jaga anak.
Cikgu : Eh, sebab awak nak duduk rumah nak jaga anak ,jaga laki lah kena belajar pandai-pandai.
Murid: Buat penat je belajar pandai-pandai cikgu nak buat apa?
Cikgu: Ha.. itulah awak tak tahu..

Kalau you all pernah baca entry I mengenai baka anak genius : adalah dari genetik yang diperturunkan, pada  24 Nov 2014  mesti you all akan faham kenapa agaknya, perlunya pendidikan yang sempurna. walaupun si isteri hanyalah setakat suri rumahtangga sepenuh masa.

Kajian menunjukkan bahawa kecerdikkan/kebijaksanaan seseorang itu sebenarnya adalah diwarisi daripada genetik ibunya! Jadi jangan nak pandai2 cakap anak itu bijak sebab mewarisi kepandaian bapaknya heh?

Tak percaya? Cuba google kat pakcik google, banyak artikel yang menyokong kenyataan ini.

“New research confirms that kids get their intelligence from mom” -GH Sep 12, 2016.

“Science says you can thank (or blame) your mum for your intelligence”-Yahoo Sep 14, 2016.

“Children inherit their intelligence from their mother not their father, science says”-UK  Independent.Oct 7, 2016.


Menurut kajian ,genetik bijak itu adalah diwarisi daripada kromosom X yang dibawa oleh ibu. Kromosom Y yang dibawa oleh bapa pula tidak memainkan peranan dalam mewariskan gen kebijaksanaan.

Seperti gambarajah di bawah, jelas menunjukkan bahawa  Lelaki mempunyai hanya satu kromosom X dan satu lagi kromosom Y. Manakala perempuan pula memiliki kedua-dua kromosom X.

Rujuk Gambarajah di bawah:

Jika Anak tersebut adalah anak lelaki, maka dia akan mewarisi Kromosom X dari ibu dan Y dari ayahnya, justeru dia mewarisi ciri2 kebijaksanaan  / pewarisan  dari ibu

Tetapi Jika anak tersebut anak perempuan, dia akan memiliki kromosom  X ibu dan kromosom X bapanya.

Kromosom X dari bapa lazimnya tidak memainkan apa-apa fungsi apabila digabungkan dengan kromosom X dari ibu dengan kata lainnya, kromosom X dari ibu adalah lebih dominan dan mendominasi pewarisan genetik kebijaksaaan yang akan diperturunkan kepada anak.

Kesimpulannya, seseorang ibu boleh mewariskan kebijaksanaannya kepada anak-anaknya. Sebab itulah ibu-ibu perlu menambah pengetahuan agar anak2 yang dilahirkan menjadi anak bijak pandai.

Mengukuhkan lagi fakta Medical Research Council Social and Public Health Sciences Unit di United Kingdom melakukan kajian tentang ibu tahun 1994. Mereka menemuramah 12,686 golongan muda berusia 14 hingga 22 tahun.

Soalan yang ditanya pada mereka fokus kepada IQ kanak-kanak,kaum, pendidikan dan status sosio ekonomi yang mana hasil jawapan mereka mencerminkan bahawa tahap IQ anak diwarisi dari IQ ibu.


 So, kesimpulannya kat sini nak cerita kat anak murid tu yang depa memang kena belajar pandai-pandai supaya dapat lahir anak yang cerdik pandai, walaupun depa cuma berhasrat nak jadi suri rumah sepenuh masa sahaja selepas belajar pepandai!

Sebab lepas belajar pandai-pandai, barulah dapat masuk universiti dan jumpa lelaki yang pandai-pandai, dan lahirkan anak cerdik pandai.

Nabi Muhammad sendiri pernah berpesankan, kalau nak pilih calon isteri tengok pada  4 perkara:

Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu. (Riwayat Shaihan)

Tapi janganlah kita sebagai wanita sedih pulak kalau kita rasa tak berapa nak cerdik, sebab menurut Thomas Alva Edison, "Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration" 

Usaha kita menentukan sejauh mana kita boleh pergi dan tak mustahil kita boleh jadi lebih hebat dari si bijak pandai  dengan usaha yang bersungguh.

Comments

  1. sy dr season 1 lg mmg x layan da sbb rs mcm merepek je. clever girl? tang mn yg clever? kalu xcantik tp pandai, xpt jg msk tv... kalu betul2 clever suh jwb soalan subjektif tu. soalan objektif main tembak je semua leh jwb... eh eh teremo laa plak...

    btw, hrp2 ank sy nnt ikut baka ibu dia yg cerdik pandai ni hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. sy dr season 1 lg mmg x layan da sbb rs mcm merepek je. clever girl? tang mn yg clever? kalu xcantik tp pandai, xpt jg msk tv... kalu betul2 clever suh jwb soalan subjektif tu. soalan objektif main tembak je semua leh jwb... eh eh teremo laa plak...

    btw, hrp2 ank sy nnt ikut baka ibu dia yg cerdik pandai ni hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. dh lama tak tengok claver girl ni...

    ReplyDelete
  4. Tak berminat nak tengok Clever Girl nie... mmm... Rancangan Clever Boy, tak ada ke...?

    ReplyDelete
  5. masa yang first dulu ada jugak layan. semua pakat tepuk dahi je -,-''

    masa TV3 iklan audition tu, teringin nak pergi cuba. Tapi tengok tajuk 'Clever Girl' macam eh seram lah . mana tau soalan fizik ke kimia ke politik ke yang keluar. sekali bila dah on air err krik krik. macam ni rupanya soalan dia hahaha.

    ReplyDelete
  6. masa yang first dulu ada jugak layan. semua pakat tepuk dahi je -,-''

    masa TV3 iklan audition tu, teringin nak pergi cuba. Tapi tengok tajuk 'Clever Girl' macam eh seram lah . mana tau soalan fizik ke kimia ke politik ke yang keluar. sekali bila dah on air err krik krik. macam ni rupanya soalan dia hahaha.

    ReplyDelete
  7. dulu tak minat sangat tengok cerita ni, bila dah keluar berita macam-macam tertarik pula tengok rancangan ni. hehe

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam...
    Saya memang tak pernah tengok program ni.
    Tapi ada jugak baca kes 'soklan bocor' tu...huhu

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam...
    Saya memang tak pernah tengok program ni.
    Tapi ada jugak baca kes 'soklan bocor' tu...huhu

    ReplyDelete
  10. kak nina tak rasa semua clever.. kesian pun ada tgk Hani masa final

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

8 Pekerjaan 'Glamer' ?