Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SPP

Salam,
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan  di bawah rahmat serta ketenangan .

Pada 31 Mac 2016 , whatssapp group ISMP berduyun2 dimasuki mesej. I tetiba jadi hairan. Kenapa ya? Jadi I pun teliti mesej satu persatu. Ramai yang dapat makluman semakan panggilan temuduga SPP DG 41 melalui Mesej. Tetapi bila I check Handphone x ada pula mesej daripada SPP masuk.

Apakah? Hati I  kembali berdebar2. Tambahan lagi kawan2 satu batch 2014 pon dapat makluman panggilan temuduga.Macam mana dengan I?

I sedikit terkilan n sedih. Tapi kawan2 minta terus buat semakan di laman web SPP.Jadi I pun buka web SPP yang masa itu sangat2 jammed. Stuck tak dapat buka!

Berdebar2 dan berpeluh2 juga menanti.Alhamdulillah.. penantian I berakhir setelah 2 tahun menunggu. Bayangkan sejak bergraduat pada 25 Mei 2014 hinggalah waktu ini 31 Mac 2016. Baru dapat panggilan temuduga!


Temuduga SPP DG41 2016
Nak ditakdirkan, Tarikh panggilan temuduga 14/4/2016 tu bos I pon nak cuti. Jadi,  dia risau bos besar tak benarkan kami berdua cuti serentak. I nak cuti kerana Temuduga, dan dia pulak nak ke Baling Kedah  atas urusan keluarga.

Isi borang cuti siap2 dan letak atas meja dia kemudian minta sign. Mula dia tak nak sain sebab dia sendiri tak pasti bolehkah cuti serentak.

Lepas dia jumpa bos besar, Alhamdulillah.. bos besar department kami sangat memahami dan membenarkan kami bercuti. So my task, I dah serah pada kawan I di unit Aset. Dia akan tolong basic task if ada urgent letter yang perlu di sign n cop registry dia akan uruskan bagi pihak I. Lega sekejap..
Fuhhhh!


14/4/2016

Bagun awal bersiap. Nervous sangat2 sebab rasa banyak sgt ilmu yang tak cukup di dada. Terasa macam tak cukup persediaan lagi. Tapi yakinkan diri jugak I boleh!

Bertolak jam 7 pagi dari rumah ke Putrajaya. Husband I yang drive sampailah ke putrajaya. Baru sekerat jalan dia minta Adress tempat temuduga.La..ingatkan dah tahu?

Lepas pakai Waze kami pon berangkat ke Putrajaya.Singgah beli bekal kuih sikit takut kelaparan tunggu turn untuk temuduga.Makan seketul kuih.Lain tak lalu nak makan sebab nervous and cuak gila!

Sampai Putrajaya 8.45 am gitulah. Member dah call tanya I dah sampai ke belum.Dia cakap dia dah ada sana. Sedangkan I masih OTW. I suh dia masuk dulu, dia tak nak,takut. So suh dia tunggu I. Masa macam ni pulak rasa nak terkencing dan terberak!

Lepas Park dekat Parking side kiri JPM, I call balik kawan I. Dia cakap dia dekat sebelah Kanan JPM. Cuak jap! I salah tempat ke?

Jalan kaki sampai depan guard n tanya.Guard cakap, sebelah kanan.Jadi kenalah menapak jauh sikit. Elok je sampai, tengok ramai betul calon2 tengah beratur nak ambil pas masuk. Guard yang jaga pintu pun tegas boleh tahan. Sempat marah seorang pekerja india yang suka-suka je benarkan parent masuk dalam. (Parent tak boleh bawak masuk ye adik2, kakak2..cuma calon temuduga sahaja dibenarkan masuk)

Lepas berjalan agak jauh, kami (calon2 temuduga) sampailah di bangunan temuduga SPP. Berpeluh jugalah menapak.

Sampai je, tulis kat board, bilik temuduga 4 ditukar ke bilik 9. Cepat2 I masuk dalam.Sekali tengok.. fuhh berlambak2 calon yang sedang menunggu!

Lepas daftar nama dan sign kehadiran di borang attandance, Kami cuba cari tempat duduk. Penuh semuanya! Terpaksa berdiri. Sementara pegawai yang jaga temuduga tu cakap. Tolong bagi kawan2 ruang duduk.Beg tu alihkan dari kerusi!

Maka menyelitlah kami di tempat2 kosong. I terkontang kanting seorang sebab hari tu I berdua je dengan kawan I kos Matematik (IT)  UTM Batch 2014. Yang lain kos Tesl (Bahasa Inggeris).

Agak kelam kabut juga mencari rakan yang sama bilik IV dan sama kumpulan IV. Mulanya I terpisah dengan kawan I yang sorang ni yang sama U and sama Kos Matematik (IT) dengan I. Lepas mesej dia, I jumpa dia balik dan duduk di sebelah dia.Kami dua je terkontang kanting. Last2 nampak junior kami dari UTM :2 orang kos Math (Fizik)

Bila dah sudah IV baru kami berkumpul semula. Rupanya Yang IV 14/4/2016 kos Matematik dari pelbagai UA tak ramai. Macam bilik I, bilik 4 (14 orang sahaja dari kos Math) Kumpulan I terdiri daripada 2 Calon UM (Math /Kimia) Calon Upsi (Math/ Sains) Calon UTM (Math /Fizik) dan I calon (Math/ IT).

Di bilik 3 pula hanya 14 orang juga.Kawan I tadi di bilik 3 dia seorang sahaja dari UTM dan 4 calon lain dalam kumpulannya dari UPSI.


Calon dg41 SPP 2016
                 
                          (Zakiah-UM, Juweisa -UTM, Terry-UM, Rafidah-UPSI , DAN I UTM)



Antara bahan bacaaan yang I jadikan bekalan IV SPP DG41  ini ialah:

PPPM 2016
GELOMBANG PPPM











Selain itu, studylah tentang:

  • Tugas dan tanggungjawab guru, pengetua, Penolong kanan, panitia dlln.
  • Bidang tugas guru
  • Jawatan2 dan persatuan disekolah
  • Etika profession perguruan
  • SPP dan KPM
  • Nama menter2 timbalan , kabinet, Majlis raja2, Parlimen Malaysia
  • Isu semasa.
  • Isu global mcm isu luar negara .isu dlm negara 
  • Pengetahuan am
  • Bidang yg dipelajari misalnya jika cikgu geografi kna la tahu n mahir bidang tersebut n isu serantau
Kepada yang akan ditemuduga, semoga berjaya !


Comments

  1. wahhhh...tahniah....sekali lagi nak puji..blog awak cantik sangat...saya suka masuk sini...teringin nak blog secantik awak..bytheway keep on sharing..u always have good info from post-post yang saya baca...hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah...semoga berjaya dalam temuduga tu ya

    ReplyDelete
  3. Congrates :) Susah nak dapat interview ni. BTW, mek singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. baru saya tahu untuk ni pun ada interviewww

    ReplyDelete
  5. All the best... semoga ada rezeki Syifa..

    ReplyDelete
  6. ish ish...saya pulak yg rasa kecut perut...dup dap dup dap! all the best Syifa!

    ReplyDelete
  7. Congrats sis! Semoga berjaya..Aminnnnnn.. :)

    ReplyDelete
  8. Gud Luck Nabila.. Pray the best for u! Chaiyok2!

    ReplyDelete
  9. Zaman skrg memang susah sikit nak dpt keje.. mental kena kuat..! Apa2 pun rezeki dh ada depan mata .. do the best ok!

    ReplyDelete
  10. HUHU, tringin nk dipnggil iv cmni..huhu..

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya....


    singgah dari www.arzmoha.com

    ReplyDelete
  12. Ada info tak bila next interview PPPS DG41 after june 2016 ni?

    ReplyDelete
  13. Ada info tak bila next interview PPPS DG41 after june 2016 ni?

    ReplyDelete
  14. Ada info tak bila next interview PPPS DG41 after june 2016 ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

8 Pekerjaan 'Glamer' ?