Tuhan, Jagakan Dia

FAHMI Khairi melibas-libas parangnya ke batang Pokok Pisang di kebun milik bapanya.Tingkahnya tak ubah seperti orang gila.Habis ditebasnya batang Pisang itu. Tidak puas dengan itu, batang Tebu di hujung kebun pula dikerjakannya.Fahmi Khairi seolah histeria.Fikirannya benar-benar kacau dengan berita yang baru sahaja diterima olehnya.Berita itu benar-benar telah mengganggunya, memandu fikiran di luar sedarnya.

Dia benar-benar kecewa.Namun bila dikenang- kenang, apalah nilainya kecewa bagi seorang remaja hingusan sepertinya.Fahmi Khairi meraung dengan sekuat-kuat hatinya. Melepaskan segala kemarahan yang semakin beraja di sanubarinya.Raungannya bergema di segenap tanah kebun yang sekangkang kera itu.Menakutkan ungas-unggas yang berterbangan, menggentarkan sang penghuni rimba berhampiran.

Tiba-tiba sahaja dia seperti hendak menangis sekuat hatinya.Dia mahu melalak semahu-mahunya.Tiada lagi perasaan malu yang menyelubunginya.Di kebun ini waktu ini,kelelakiannya seolah ditelanjangkan di hadapan ungas-ungas yang berterbangan, cengkerik yang bersahutan,dan serangga hutan yang berkeliaran.Air mata kelelakiannya mengalir membasahi wajah.

Dia menangis! Itulah pertama kali Fahmi Khairi menitiskan air matanya kerana seorang perempuan.Dia melempar pandangannya ke pondok tempat dia dan Damia Aqila sering bergurau senda bersama.Pondok itu dibina ayahnya untuk dijadikan tempat berteduh dan berehat setelah penat berkebun.Di situ jugalah tempat mereka berbual bersama-sama seisi keluarga..< sambungan> 


5 comments:

  1. sejujurnya saya suka damia kahwin dgn idzhar. Hahaha sweet gtu. tapi kesian plk dgn fahmi khairi sbb damia nak kahwin dgn orang lain. dan tntunya sherry akn kacau hbgn damia dgn idzhar. sambung cpt2 Nabila Syifa. tak sabar nak baca :D

    BalasPadam
  2. Nak tambah lagi. Rsanya Idzhar Effendy tu takda la tua sgt kot. Kalau dah dicukur jambangnya mesti jadi hensem. Keh2 :D

    BalasPadam
  3. Minat cerita2 ye..bagus bagus bagus... teruskan kesinambungan cerita ...

    BalasPadam
  4. wah.. cerita menarik gitu.. lalala..

    BalasPadam
  5. dah lama takde sambungan cite nie.

    BalasPadam