Institut Respiratori






Hari ini 7/7/2014 bersamaan dengan hari Isnin.

Semalam adinda beta menelefon meminta beta menemaninya ke Hospital katanya.Beta pun telah bersetuju.Beta bergerak dari rumah seawal jam 7 .30 pagi.Biasalah, tumpang mr hubby yang hendak pergi ke tempat kerjanya..Setibanya di perkarangan rumah, beta menelefon adinda beta memberitahu beta menunggu di luar sahaja.

Tepat jam 8 kami bergerak ke Hospital.Sebaik memarkir kereta, kami ke makmal berhampiran. Selepas menyerahkan hasil x-ray untuk diteliti, adinda beta diarahkan berjumpa doktor dan menunggu giliran .

Sejurus dipanggil, doktor menanyakan beberapa perkara.Beta yang kebingungan dan tak tahu apa-apa hanya mendengar.Rupa-rupanya pihak hospital sebelum ini mengarahkan adinda beta membuat check up di istitut perubatan ini kerana dikuatiri menghidap TIBI.

Bagaimana pun menurut doktor bertugas,tiada tanda-tanda positif yang ketara untuk mengesahkan adinda beta dijangkiti TIBI.Tanda-tanda juga tidak ada.Mungkin sedikit batuk berdarah namun menurut doktor tidak bermaksud pembawakan TIBI kerana simptom-simptom lain tak dapat dikesan.

Doktor menyarankan agar adinda beta memmbuat pemeriksaan susulan seperti ujian darah, sampel kahak dihantar untuk dianalisa di makmal.Saranan doktor itu disambut oleh adinda beta dan beta menemaninya ke bahagian makmal.

Setelah menunggu giliran selama beberapa minit, adinda beta diminta menghantar sampel air ludah/kahak kepada pihak makmal.Beta sempat melihat lampiran dan botol yang dibekalkan untuk mengisi sampel.


Menunggu Ujian darah


Ruang menunggu


Kaunter urusan Makmal


Angka giliran dan kit sampel Air ludah


Nampak botol tu??



Kami kembali ke bahagian pendaftaran dan menunggu maklum balas dari jururawat bertugas. Tak lama selepas penyerahan dokumen , adinda beta dibenarkan pulang.



0 comments:

Catat Ulasan